HUJAN RAHMAT, HUJAN UJIAN… BERSABARLAH…

Salam hujung minggu buat semua… Pastinya semua meluangkan masa bersama keluarga – lebih-lebih lagi pulak dalam cuaca yang sebegini… Cuaca sangat muram lately.. Setiap hari aku bangun pagi lewat. Bila bangun ingatkan masih awal.. Tak tengak jam, langsung tidur semula. Sedar-sedar selalunya 9:30 atau dah 10 pagi!

Tapi bukan itu alasan untuk aku beri sebab bangun lewat. Penat pun ya juga. Berjaga malam untuk Baby Z – bangun setiap 2 atau 3 jam sekali. Selalunya hanya 3 kali aku bangun setiap malam. He’s quite a good baby. Treating us well. Alhamdulillah. No complain. He’s one of our happiness.

Sebut pasal cuaca tadi, fikiran langsung berpandu ke daerah timur dan selatan… Aduh… dugaan yang sangat hebat buat mereka di saat ini. Aku harap semua yang menjadi mangsa bencana alam banjir, akan tabah dan menerima segalanya dengan redha. Allah tak duga orang yang tak boleh diduga. Dia beri dugaan kerana Dia sayang dan mahu kita ingat padaNya. Terimalah dengan hati yang tenang. Aku pasti, ada sesuatu yang hebat Allah Taala akan berikan selepas ini. Amin…

Aku sedih juga kerana orang yang dekat dengan aku turut menjadi mangsa banjir. Dia yang berasal dari Kampung Isap Kuantan Pahang, terperangkap di sana dan tidak dapat keluar ke mana-mana. Pingu aku tu pulang ke kampungnya hujung minggu lalu kerana melawat Ayahnya yang kurang sihat.

Hujan berhari tanpa henti – dia awalnya beritahu aku hatinya berdetik dan terfikir akan kemungkinan banjir melanda – seperti tahun-tahun sebelumnya. Di hujung tahun macam ni, musim tengkujuh, di sebelah Timur Malaysia, memang sukar nak mengelak dari banjir.

Pingu memang sedia maklum akan masalah itu dan dia memang traumatised dengan keadaan banjir itu. Aku sangat sedih dan terasa amat pilu untuknya… Bukan saja masalah banjir melanda, macam-macam lagi yang dia terima sewaktu di sana. Dugaan yang sangat hebat. Satu hari sebelum dia sepatutnya pulang ke KL, dia menerima berita yang Makciknya kemalangan. Boleh tahan juga teruknya. Berjahit juga kepala makciknya tu. Dalam hujan, maklum saja, macam-macam boleh berlaku.

Esoknya pula, hari Selasa, dia yang di dalam perjalanan bersama ayahnya ke stesyen bas untuk pulang ke KL, dilanggar pula oleh kereta lain yang cuai di jalanan. Nasib baik tak ada apa yang teruk, hanya tayar kereta yang pecah. Dalam hujan, terpaksa pula dia menahan beberapa orang yang melalui di jalan dan minta untuk menukar tayar kereta. Dalam pada dok tukar tayar tu, hujan yang tanpa henti membuatkan hampir ke semua jalan di kota DiRaja itu dipenuhi air. Dia yang sememangnya trauma dengan banjir, menjadi semakin takut dan terbayangkan rumahnya yang pastinya akan dinaiki air.

Aku tak pasti berapa jam dia terperangkap di dalam kereta dan di dalam kesesakan lalu lintas kerana tak dapat ke mana-mana. Kebanyakkan jalan ditutup kerana air yang sedang meningkat naik. Dia yang ketakutan tak habis-habis menghantar message pada aku untuk meluahkan rasanya. Aku rasa lewat petang baru dia dapat keluar dari kawasan yang dia terperangkap dan langsung ke rumah makciknya yang berada di kawasan tinggi di sana.

Dia dan ayahnya tak dapat pulang ke rumah bila berita mengatakan rumahnya memang ditenggelami air. Hanya bumbung yang kelihatan. Dia yang kehilangan ibunya awal Oktober lepas, Tak habis-habis menangis mengenangkan nasibnya. Kata ku, Allah beri ujian ini kerana mahukan dia lebih kuat. Aku sering katakan, ‘what doesn’t kill you, will make you stronger.’ Itu kata-kata dari seseorang yang aku kagumi; Jim Rohn. ada kebenarannya.

Bukan itu saja, semalam entah dengan tak semena-mena, dia menerima satu lagi berita yang amat mengejutkan. Kali ni lebih parah. Bosnya mahu menghentikan semua pekerja dan menutup satu bahagian di syarikatnya.. Pingu aku ni, asalnya bukan dari keluarga yang senang. Sebagai anak tunggal dia menanggung segala keperluan keluarganya. Jatuh terduduk! Memang perasaan sedihnya tak dapat dibendung lagi.

sighhh… Dugaan yang bertimpa-timpa buat adik aku tu.. Imagine bagaimana perasaannya. Mak takde – baru saja meninggal, rumah ditenggelami air, makcik acciddent, ayah kurang sihat, kereta baru saja ‘telan’ RM700.. Nak beli barang baru untuk rumah lagi… Bayangkan kalau kita di dalam situasinya.. Agaknya boleh tak kita tanggung? Paling teruk, dalam masa yang sama, kehilangan punca pendapatan…

Aku hanya dapat bantu apa yang  termampu. Kawan-kawan yang terdekat juga ada yang bantu. Itu pun belum pasti mencukupi. Wang ringgit itu satu perkara, soal motivasi diri; satu perkara yang lain pula. Dia hilang semangat dan hanya menangis. Aku rasa useless kerana tak dapat bantu ke sana untuk tolong apa yang patut. Kesibukkan pertunjukkan pentas Khamis lepas dan keadaan aku membataskan aku ke sana untuk membantu insan yang sering bersama aku di kala suka dan duka. Sangat sedih…

Hari ni khabarnya dah boleh pulang ke rumah setelah 4 hari tak dapat masuk ke Kampung Isap. Mesti busy membersihkan rumah tu hari ni. Aku pasti bukan Pingu aku ni saja macam tu. Yang lain juga. Aku doakan hujan reda dan berhenti serta keadaan kembali seperti sedia kala.

Ini antara satu cerita dan dugaan yang kita tahu. Aku pasti banyak lagi cerita sedih dan ujian yang sangat perit yang juga diterima oleh yang lain di daerah yang sama. Hidup ini adalah satu ujian. Whatever happens, we have to move on. Life has to go on. Selagi bernafas, selagi itulah ujian mendatang. Semuanya untuk menguatkan dan menambahkan kesabaran kita semua.

Terimalah dengan tenang. Setiap dari kita ada ujian masing-masing – antara kita dapat menghadapinya atau tidak. Kata Ustazah Yati yang mengajar aku dulu, Setiap kali kita dapat melepasi sesuatu ujian itu, darjat kita akan diangkat Allah Taala. Jadi, apa-apa pun memang kena sabar dan redha.

Serah kepada Allah. Dia maha Mengetahui dan Maha penyayang. InsyaAllah akan diberikan ruang dan rezeki yang lebih baik buat semua yang sedang dilanda musibah dan masalah yang sangat berat. My heart goes to all of you.

P/S : Happy to see ramai pemurah yang membantu mangsa-mangsa banjir yang dianjurkan oleh beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Semoga bantuan diterima oleh semua seadilnya.

Advertisements

4 Comments on “HUJAN RAHMAT, HUJAN UJIAN… BERSABARLAH…

  1. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. tak dapat nak zahirkan dgn kata-kata… sedih, simpati dengan apa yang berlaku pada Pingu dan mangsa banjir yang lain. hope pingu kuat hadapi saat-saat yang sangat mencabar ini.

  2. masa sy kat kg..setiap tahun banjir cuma nasib baik rumah mak sy tak kena banjir
    so bila musim..sedara mara dtg menumpangkan anak2 diorang kat rumah kami
    masa tu budak2.. seronok je dpt kumpul ramai2.hihi

  3. Allahuakhbar beratnya dugaan dia…tgk pingu ina mohd seorg yg ceria je…(dari yg saya tgk dr gmbr nurul n dia kt ig) .. Moga dia tabah menghadapi segalanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: