TOLONG! TOLONG! SINI ADA HANTU! .. HANTU LA SANGAT!

Seribu satu cerita… Itu kata Pingu ku pada ku.. Ye la nama pun hidup.. setiap hari ada je cerita.. Banyak benar aku fikir. Sampai naik stress. Bila dah stress mana boleh nak menulis atau nak concentrate practice nyanyi.. Semua tak jadi. Agaknya hormon lepas bersalin baru nak adjust ke normal.. Ni dah okay sikit.. Dah semangat  nak menulis. Aku dah letakkan sebelah stress aku ni. Maklum saja, husband takde… Macam-macam runsing yang aku ada. Nak kena jaga baby lagi, ibu bapa mertua lagi… Naik kelam kabut juga hari-hari aku ni.

Alarm clock aku setiap hari adalah Baby Z. Dia bangun seawal 7 pagi. Paling lewat 8 pagi. Jadi, hari ni bangun, mandikan dia dan langsung tertidur. Aku pantas membuka laptop dan mula menulis. Seronoknya ada masa menulis. Stress aku tu datang dari takde masa nak menulis juga. Masa agak terhad sebulan dua ni. Bukan saja kerana anak kecil, tapi perkara lain juga. Semangat hadir selepas semalam ake berjumpa dengan semua sumber semangat aku. Siapa lagi kalau bukan Pingu ku, Deq Sha, & Indra. Rasa lega dapat luahkan semuanya dan ketawa! Bukan itu saja, kami merancang sesuatu tentang kerjaya kami untuk tahun 2014.

Pingu, editor kecil aku tu, diam je bila dia tahu aku stress. Tak mahu dia paksa aku lebih-lebih. Tapi aku yang terlebih paksa diri aku bila dalam kepala terlintas nak bercerita dan menulis. Banyak cerita yang aku nak kongsikan.. Sampai ada yang dah lapuk pulak nak cerita. Orang dah habis cerita berminggu, aku baru nak cerita..  Salah satunya pasal hantu! Cerita pasal hantu sorok hari tu, buatkan aku dan pingu serta family ketawa sendiri. Kecoh satu Malaysia rupanya cerita hantu tu ya! Hahahaha… Tak pasal-pasal Hantu Kak Limah dipersalahkan! Hahahaha…. Terasa macam joke untuk promosi movie pula! Aku ingatkan ada movie baru dari Tayangan Unggul! Hahahahaaa..

Ishhh.. apa yang mengarut nak percaya hantu ni… Hantu, syaitan iblis – memang wujud tapi jangan percaya lebih-lebih ye tak… Tapi dalam masyarakat kita, khususnya Melayu memang tak boleh lari dari cerita hantu. Aku pun sama je. Ye la, dari kecil dulu dah disebut-sebut pasal hantu. Jadi, dalam kepala ni, memang melekat lah pasal hantu.

Bila terjadinya insiden di Johor tu, aku tertarik nak kaji dan bercerita kenapa masyarakat kita suka sangat bercerita hantu. Hanya pendapat aku, bukannya nak pertikaikan atau nak merendahkan. Walaupun cerita ni dah naik basi, tapi aku syok juga nak cerita!

Ingat tak dulu masa kita kecil, orang tua sering mengingatkan jangan main luar sewaktu Maghrib, nanti hantu sorok. Jangan pegi main  kat dalam hutan, nanti hantu sorok.. Pegi la ke pokok tu, ada hantu… eeee… takut…  – Aku pasti kalian juga sering mendengar ayat-ayat yang aku katakan tadi.. Kesian hantu dipersalahkan seringkali ibu bapa tau penjaga kita dulu, taknak kita nakal atau bermain di tempat jauh yang sukar atau penat untuk mereka kejar.

So imagine… Kalau dah dari kecil kita disogok dengan cerita dan ditakutkan dengan cerita hantu, memanglah melekat dalam kepala. Sampai ke tua lah tasyik terbayangkan hantu. Setuju tak jika aku katakan hantu yang adakala sesetengah pihak berkata ternampak dan sebagainya, adalah hanya di dalam imaginasi? Sebabnya jika dah sedari azalinya kita disogok cerita hantu, memanglah akan sentiasa akan terbayang dan takut akan hantu.

Jika diikutkan, apa yang aku belajar (aku pasti kalian juga belajar) Hantu, iblis dan syaitan memang kerjanya mengganggu dan menyesatkan manusia, terutamanya yang beragama Islam. Maklum saja dah berjanji mahu menganggu. Tapi ikut apa yang aku faham, hantu syaitan semua sebenarnya takut juga dengan semua manusia. Semuanya kerana kita adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya yang Allah ciptakan kerana kita punyai roh, jasad dan akal. Sedangkan hantu syaitan tidak boleh dilihat dari pandangan kasar dan tidak berjasad. Tahu tak mereka ni jealous kat kita kerana mereka tak boleh sentuh kita pun! Jadi, apa yang sering aku lakukan dan katakan – aku tahu akan kewujudan hantu syaitan, aku tak kacau kamu, dan jangan kamu kacau aku. Kata-kata itu sebenarnya untuk kuatkan perasaan andaikata ketakutan melanda.

Kita ni memang banyak imaginasi. Kata bapa mertua aku, di negara Eropah, mereka jarang sekali bercerita hantu. Bukan jarang sebut; tak ada langsung! Katanya lagi, imaginasi kita yang membuatkan kita sering takut. Yelah, dok bayangkan rupa hantu.. Padahal hantu takde pun rupa macam yang kita bayangkan tu! Hahahha.. Agaknya ada yang lawa! Hahaha.. Itu joke ye.. Aku tahu Jin hantu syaitan takde yang indahnya. Aku taknak tengok dan taknak tahu. Biarkan mereka di alam mereka.

Orang Eropah; bukan cara mereka nak cerita perkara karut. Kata Eric pula, waktu kecilnya, langsung tak pernah dengar cerita tentang hantu. Bukan saja di rumah, di sekolah pun sama. ooohhh… Patutlah berani je laki aku ni! Dia sering juga ketawa bila aku dan Ayu takut dengan gelap! Dia kata patutlah takut bila dari kecik asyik bercerita hantu. Ayu dalam pada takut pun, suka juga tengok cerita hantu. hmm.. Mana taknya sering terbayang-bayang hantu! Adakalanya takut nak tidur sorang pun! Bila dia balik ke rumah kami, adakalanya dia tidur dengan aku dan Eric! Anak dara dah besar panjang tapi masih takut. Tu lah, banyak sangat tengok cerita hantu.

Aku dulu pun ada juga beberapa insiden yang agak menyeramkan. Tapi bukan aku yang cari, kerana orang lain yang takut hantu, aku diseret sekali. Kebetulan aku ada di dalam situasi itu. Kelakar juga bila difikirkan balik. Masa tu di Penang. Ada show di sana. Dah nak tidur malam, tiba-tiba ada pulak hanger terjatuh di dalam almari. Terkejut le partner aku tu masa tu… Dipaksanya aku bangun dan tengok apa ada dalam almari tu dan kenapa terjatuh macam tu. Dia takut, jadi aku lah yang kena check out apa bendanya. Aku ni kan ke nampak je berani! Hahaha…

Dia suruh pulak aku eksperimentasi jatuhkan semula penyangkut baju tu sebab nak tahu bunyi nya sama ke tak! Aduh.. dah satu hal.. Memang lah bunyinya lain sebab yang bunyi awalnya tu bukan pasal penyangkut baju tu, tapi bunyi di luar. Entah apa yang meletop, dikatanya hantu! Hahahaha.. Tu la banyak sangat trengok movie hantu! Tak pasal-pasal tengah malam buta kena cari hotel lain!  Orang lain yang kami tinggalkan di dalam apartment tu malam tu – bercerita esoknya, takde apa pun yang berlaku. Tak dengar bunyi apa pun!

Hamba Allah  yang aku kenal tu, memang penakut benar. Tapi suka sangat pulak tengok cerita-cerita seram. Kenyataannya penakut ya amat. (Tapi tak takut pulak dengan perempuan! Hahahah)  Dia juga percaya akan hantu yang disuruh-suruh menganggu orang lain yang dihantar orang yang kononnya dengki dengannya. Aduh… Naik rimas juga aku. Dek kepercayaannya tu, habis semua kawan-kawannya dituduh membomohkannya. Bila sakit je, dikatanya dia dihantukan! Alahai… memang ada dan wujud perkara-perkara macam tu, tapi teman-teman yang dituduhnya tu, bukanlah yang jenis nak ambik masa cari bomoh untuk hantar hantu padanya! Akhirnya, dia yang suka cari bomoh kononnya nak buang hantu-hantu yang ada pada dia tu.. Alahai anak hantu betul la dia ni! Hahahhaa…

Itulah salah satunya antara perkara-perkara yang berkait jika sering takut akan hantu. Takut itu membuatkan kita semakin dekat sebenarnya dengan hantu. Bukannya makin jauh. Yang takut itulah yang datang dulu. Aku kecewa dengan orang seperti hamba Allah yang aku ceritakan di atas tu. Dari takut hantu, dah jadi syak wasangka pula. Kan ke tak baik…

Being married to a foreigner, aku belajar banyak perkara. Salah satunya pasal tahyul dan perkara berkaitan seram dan hantu.. Jika ada yang bertanya apakah perbezaan berkahwin dengan mat saleh dengan melayu, inilah salah satu jawapannya. Mereka susah nak bercerita perkara yang tiada bukti contohnya seperti cerita hantu. Dan mereka tidak menakut-nakutkan anak-anak sedari kecil. Hmmm…. Langsung aku terfikir, ada jugak kebenarannya. Jika sering ditakut-takutkan, memanglah anak-anak akan membesar bersama dengan perasaan takut. Satu perkara yang aku rasa baik juga untuk aku belajar dan lakukan untuk anak-anak yang akan datang. Aku tak mahu anak-anak aku takut. Nanti hadkan apa yang mereka nak buat.

Aku ingat lagi – tapi tak sure tahun bila – Tun M ada menegur kerana terlalu banyak movie hantu di kaca tv dan di pawagam. Dia menegur kerana bimbang terjadinya percaya akan perkara tahyul. Kepercayaan kita kepada perkara sebegini membuatkan kita sering menghadkan diri kita untuk berani melakukan apa saja. Ya, ianya ada kaitan. Aku yang dulunya sering juga menyebut perkataan ‘takut’, kini agak berkurangan kerana aku belajar untuk membuka minda terhadap apa saja perkara. Aku belajar untuk tidak takut kerana tak mahu menghadkan kelebihan aku. Takut pada hantu-hantu ni, mempengaruhi juga kehidupan kita. Kita jadinya takut melakukan apa saja. Imaginasi yang tadinya hanya suka menggambarkan hantu, terbawa-bawa kepada perkara lain juga kerana sering membayangkan yang tidak sepatutnya kerana otak telah terbiasa melakukannya. Jadi, apa lagi, akal sering bermain game dan sering project perkataan ‘Takut’ and don’t do. Tak bagus kan?

Cerita di Johor yang kecoh dua minggu lalu, buatkan ramai juga yang terkejut dan ada juga yang ketawa. Bagaikan satu joke yang mengalahkan Jozan! Hahahha… Aku ketawa.. Aduhai anak muda.. sangat nakal kamu ya! Kesian ibu bapa yang risau kononnya anak disorok hantu… Hmmm… ni bukan real hantu yang sorok ni… ni anak ‘hantu’ yang sorok! Hahhaa… anak remaja … ada saja nak explore. Explore benda lain.. Toksah explore hantu.. Tak datang faedah. Dunia dah moden.. banyak perkara boleh explore. Kaji cerita angkasa atau bulan… Banyak kelebihannya. JIka kita cari hantu, memanglah dia datang. Yang best tu, hantu yang betul tak datang, kita pulak yang jadi hantu.

P/S: Cerita ni kononnya nak tulis semalam. Tapi memandangkan semalam malam Jumaat, terus cancel! Haaa.a… takut juga tu! Aku pun! Hahahhahaa… Kononnya berani sangat nak cerita pasal ni, nak kata kat orang,  hahahha.. diri sendiri rupanya pengecut juga.. hahhaa.. Ya.. ada sikit-sikit lagi! Something to share supaya kita tak percaya dengan tahyul.

Advertisements

9 Comments on “TOLONG! TOLONG! SINI ADA HANTU! .. HANTU LA SANGAT!

  1. hahhahahaaaa… sanggup hold dulu sbb mlm jumaat. takut gak ye. Tapi mmg betul tak pernahlah dgr cerita kat Eropah ada hantu puntianak, gula-gula(pocong), toyol dsb, tapi yang tahu mmg syatian, iblis tu wujud dari zaman Nabi Adam lagi. Apa-apa pun jaga diri, jgn terlalu percaya takut nanti syirik.

    Nurul, Baby Z sihat ke?

    • Tu la Erin.. hold duly .. penakut juga i ni hahahhaa… Baby Z sihat alhamdulillah. Lusa dah masuk 2 bulan. Alhamdulillah. Thanks

  2. SY xsuka jugak takutkan anak dgn hantu2 ni..sy takutkan anak sy dgan LEMBU. kalu dia degil je saya ckp ha ada booo boooo(bunyi lembu) kat dia.. trs dia terkam kat sy…mmg hr2 takutkan dia dgn bunyi lembu la..smpkan dia pn ajuk bunyi booooo..hahahaa..

    • hahhhhahaa/…. Good one! Habis bila besar esok dia lari bila nampak lembu. I takut lembu juga sebab bil akecik dulu orang kata pakai baju merah lembu akan kejar tanduk.. hahahah.. Padahal bukan lembu yang kat malaysia ni. itu lain. Husband saya selalu gelak bila saya kata taknak dekat dengan lembu hahahha.. padahal lembu harmless…

  3. HAHAHAAA… ntahla besar sok dia tkt lembu ke x..tp sy ms kecik dulu tkt lembu jgk..nak2 time nk p mngaji lau nmpak lembu xnak lalu jalan tu. nak2 time pakai baju merah,,,sbb org ckp lembu suka kejar org pakai bju merah. tah leh caye ke x.tp xpenah dgr lg org pakai bju merah kena kejar lembu kan???

  4. Hahahaha..kelakar dan menghiburkan entry ni. Memang hantu jin syaitan tu ada. Tapi dah Tuhan jadikan manusia darjatnya tinggi dari mahkluk2 tu, patutnya kita pun tak perlu rasa takutlah. Kalau tengok senario kehidupan sekarang, agaknya makhluk2 tu yg lari bertempiaran mencari tempat utk sembunyi sebab kita terlebih hantu dari mereka!

  5. hye sis.. suka baca blog sis. pasal hantu2 ni. saya x ajar anak saya takut kan hantu. sbb nk bg dia berani dalam gelap.. dia umur 4 tahun.. tapi kan..bila sekat rumah mesti cakap..eee hannnnttuuuuu… lepas tu boleh plak dia amik touch light siap suluh kat dagu dia..siap hannnntuuuu..hahhahah.. maybe kawan2 kot dia buat macam tu.. bila saya tanya hantu warna apa…dia cakap warna unggu..lawak2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: