I BELIEVE I CAN FLY!!!! INI SEMUA KERANA NING!

Sedapnya tau foo fa petang-petang ni… hehehe… Perut ni lapar je bila banyak menyusu badan… So kena makan makanan yang bagus untuk menahan lapar dan yang tidak menggemukkan. Big challenge for me! Lagi pulak nak menulis buat kerja… Bertambah rasa laparnya! Dah turun 10kg dalam 45 hari – alhamdulillah.. Syukur! Ada lagi 8kg ye! Aku target nak turunkan dalam masa 6 minggu. Shake Herbalife sangat membantu dan menurunkan berat badan dengan sangat pantas. Makanan kesihatan yang patut diambil oleh semua!

Dah habis 2 bekas tau foo fa tu aku bedal.. Sementara Baby Z nyenyak tidur tu, teringat pula pada semua pembaca ku di blog ni. Sorry ya guys… lama betul tak update. Cuti sekolah dah bermula dan dengan adanya baby kecil ni; aku admit… Aku sangat busy! Rumah tak pernah sunyi dengan Ayu yang sering ketawa apabila dia membuli adik lelakinya! Ayu juga selalu mambantu menjaga Baby Z. Bila diberi peluang, memang direbutnya! Masa tu lah dia dapat nak buli adiknya tu.

Waktu pagi memang dah penuh dengan menyiapkan minum dan mandi baby. Hanya selesai selepas 10:30 pagi. Baby Z dah pandai sekarang ni.. Baru 47 hari, dah pandai memerhati dan tenung mama & daddy nya. Dah mula nak sembang juga. Entah apa la disebut… Aku layankan aje. Satu rumah ketawa dengan gelagat Baby Z. Setiap hari ada saja perkara baru yang kami belajar tentangnya. Bless!

Aku sangat busy lewat minggu lalu dek memenuhi undangan nyanyian di KL Sogo. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar walaupun aku risau kerana 4 bulan tak menyanyi. I passed my test! Happening sangat show tu. Most of the audience nyanyi sama-sama dengan aku. Lebih-lebih lagi lagu ‘Kerana Terluka.’ Happy sangat kerana dapat menghiburkan peminat yang sporting macam tu! I had so much fun! Kalau ada yang nak tengok performance tu, boleh lah ke Youtube channel aku. Semuanya ada di sana. Jangan ketawakan perut aku ya! hahahha…

Bercerita tentang performance aku tu, takde apa sangat jika nak dibandingkan dengan seorang teman lama yang baru saja habis konsertnya pada 16 November yang lalu. Ning antara teman artis yang aku rapat dan kami banyak berkongsi cerita suka duka kehidupan. Aku heret anak dara aku yang dah lama tak berjumpa dengan Auntie Ning tu! Suka betul dia. Kebetulan Eric punyai video meeting dengan business partner nya di Itali, jadi dia tak dapat bersama. Sepatutnya kami bertiga ke konsert yang sangat intimate itu.

Apa yang boleh aku katakan hanyalah ‘WOW!’ Ning tak pernah mengecewakan para penontonnya setiap kali dia mengadakan persembahan. Congratulations my friend. You did it well! 23 lagu yang dinyanyikannya – semua lagu favourite rata-rata yang hadir malam tu. Tidak terasa masa pantas berlalu malam tu. Aku bangga dan terpegun. 20 tahun perjalanan Ning di dalam industri muzik ini – dia banyak berubah dan menjadi insan yang sangat prihatin – di dalam kehidupannya; dan sangat berjaya di dalam kariernya. Ning pernah dilanda duka. Aku tahu hanya air mata menjadi temannya tatkala kesedihan menghimpit.

Namun, wanita kuat itu tak pernah mengalah dengan segala kontroversi yang mendatang. Dia sangat tabah. Aku admire Ning kerana determination nya dan juga keberanian mencuba segalanya. Dia antara artis yang dulunya (awal kemunculannya) tak tahu nak sorok apa yang dia buat sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi. Aku percaya banyak yang dia belajar ketika permulaan karier nya sehingga sekarang ini dia lebih matang dan menjadi lebih bagus. Professionally & personally. Bravo my friend. You bangkit dari segalanya.

Malam tu, Ning turut menyanyikan lagu ‘Selagi Ada’ yang dicipta Ajai untuk album ‘Kembali’. Album itu sangat bermakna – buat kami semua. Ning ketika itu, mahu kembali dari segala kontroversi yang melanda sebelumnya. Apa yang dapat aku katakan Ajai did all his best for that album.  Malam tu, bila Ning menyampaikan lagu tu – aku tak tahu kenapa – buat kali pertamanya, aku tersentuh dan menangis. Bukannya kali pertama aku dengar Ning nyanyi lagu tu. Dah berkali-kali.

Lirik yang aku tulis itu mengundang memori tatkala menyiapkan album itu. Banyak dugaan Ning. Aku teringat satu ketika dia menangis di telefon apabila mengenangkan segala yang dilaluinya. Happened to all of us too. Kita semua ada fear. Itu yang dia rasa ketika itu. Sangat sedih. Itu yang buatkan aku menangis malam itu. Memang tak dapat nak tahan! Ayu kuat mengenggam tangan aku. Begitu juga teman yang duduk sebaris dengan aku. Aku lihat Zahida Rafik yang kuat mengenggam jari ku, menahan air matanya dari gugur.

Apa-apa pun, kepujian harus diberikan pada Ning. That concert was a successful one! Very intimate dan peminatnya terasa dekat dengannya. Aku pasti! Semua emosi ada di konsert tu. sedih, pilu, suka duka, tak kurang juga dengan ketawa apabila melihatkan telatah Ning & joke nya! Kalian semua mungkin tak tahu, Ning is actually a very funny person! Dari dulu sampai sekarang, she’s the same. Ada je joke yang dia buat. Tak kering gusi jika bersama nya. Dia macam tak pernah rasa sedih. Ketawa je. Ketawa soprano okay! Hahahaa.. Riuh satu bangunan kalau dia ketawa! Hahahhaa…

Apa yang Ning lalui aku jadikan teladan dan apa yang dia kecapi kini, aku jadikan rujukan. Dia senior aku di dalam bidang ni. Dan kebetulan kami berkawan baik, aku menyokong sepenuhnya apa yang kawan aku lakukan. Aku turut bersemangat memperbaiki karier aku apabila melihatkan kawan aku berani dan bersemangat dengan kariernya. Satu contoh yang baik yang ditunjukkan Ning. Dia ni tak reti nak putus asa.

Orang yang kuat selalunya berjaya. Mereka berani melakukan segalanya dan tidak pernah skeptikal dengan kehidupan. Ada saja yang mampu dibuat kerana hati yang jitu serta fokus yang mendalam untuk berjaya. Bukan di dalam bidang ini saja – dalam segalanya. Kehidupan, kerjaya dan peribadi. Harus tahu apa yang kita mahukan & lakukan sepenuh hati untuk mencapai kejayaan. I want to do it & let’s do it! Percaya mampu melakukan, insyaAllah boleh lakukan!

Semangat aku bangkit – aku tak tahu kenapa. Mungkin selepas menyaksikan konsert Ning tu. Lagi pulak selepas bersalin ni, hati berkobar-kobar nak buat macam-macam selepas habis berpantang. Tahun baru bakal menjengah. 2014 – genap 19 tahun aku di dalam bidang nyanyian ni. Langsung terfikir, apa yang telah aku capai dan apa yang masih boleh aku lakukan. Semangat pudar dulunya dek pelbagai spekulasi dan politik di dalam bidang ni. Aku lay low sebab tak daya nak melawan. Sebab itu aku tak dapat banyak peluang yang baik. Aku pun ada juga melakukan pelbagai kesalahan. Maksudnya salah menilai peluang yang mendatang dan sebagainya. Tak apa lah… Tak berlaku macam tu, aku pun mungkin tak belajar. I’ve learned my lesson.

Masa untuk bangkit. Jadi lebih kuat seperti kawan aku. Lebih fokus dan merangka segalanya dengan baik. Dah ada list yang aku buat untuk tahun depan. Bila tengok balik, banyak rupanya yang perlu aku fokus kan. Naik takut pulak! hahhahaa…

Really a new life and new style – macam yang aku tulis di atas blog ini. Kali ini another revamp and I will make it right! Kata mertua, whatever it is Nurul, jangan berhenti menyanyi. You have a good voice. Kena lebih bersemangat practice dan benar-benar lakukan. Mereka ni kan ke peminat kental aku. Peminat France. Habis satu kampung di Saint Die tu kenal siapa Nurul Wahab Depp dek publicity yang diwar-warkan oleh bapa mertua aku. Mereka juga semangat aku. Lagi pulak dah ada anak baru ni, aku kena lebih kuat bekerja. Masa pantas berlalu, usia tidak menunggu.

P/S : Now singing – I believe I can fly! Hahaha… Eh.. Teringat pulak satu ketika semangat jatuh dek ditipu komposer hangsuang tu! Mana nya tak frust… kata kenal lama… kata kawan…Laaa… penipu juga rupanya!! Hey!!! Pulangkan duit aku!!! Hantu punya orang!

Advertisements

10 Comments on “I BELIEVE I CAN FLY!!!! INI SEMUA KERANA NING!

  1. hari2 bukak web akak..lamenye nk update..erm…rindu tau…suka ble nmpak akak dh post yg baru…

  2. Hai Nurul..
    Hope everything goes well… makin lama baca blog nurul makin syok n makin bersemangat.. saya makin meminati nurul, your spirit, your determination…. hari ni best bukak blog ada cite baru dari nurul…. teruskan menulis, teruskan menyanyi dan teruskan bercerita segala-galanya yang ada boleh share dgn peminat anda……

  3. hi nurul, i told my friends yg sama2 pegi concert tu that i love your spirit, personality & your level of keyakinan. it’s not easy to gain all that after facing pelbagai dugaan. sangat2 memberi inspirasi kepada saya. thanks for that.

    yes the concert was amazing. love ning’s voice from day 1 dia mula menyanyi. im glad that i have the oppurtunity to see her performance & super happy sebab dapat jumpa u & your sweet princess. semoga 1 hari nanti dapat berjumpa lagi.. May Allah bless u & your family always..Ameen.

  4. Hi, Nurul. Lama juga tak berupdate ya. I believe I can fly. I like this song.Memang betul-betul mengujakan, macam satu inspirasi untuk kita melakukan sesuatu dengan lebih baik. I know you can too.

  5. Salam nurul. Acct. insta. dah private ya. Saya suka tgk photo nurul tp hari ni x dpt tgk dah. Saya x de acct insta.nak follow. Tp suka baca semua penulisan dlm blog n insta nurul. Tiap2 hari tgu nurul update. Keep on writing.

    • Salam Are

      Ya hari tu private kan sekejap akaun instagram tu. Ni dah public kan balik. Buat la akaun instagram dari komputer. Boleh juga.
      Thanks for reading . InsyaAllah akan terus menulis. Thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: