ALL ABOUT ENERGY! AKU KETAWA DAN TERUS MENYANYI…

Kononnya… nak jauh sekejap dari semua media sosial… nampaknya kalah juga. Kalah dengan blog ni… selagi tak menulis dan bercerita, selagi tu ‘bising’ dalam kepala ni dengan ayat-ayat nak bercerita… ‘hantu’ menulis dah datang.. hehehe… Aku ni memang tak boleh duduk diam. Padahal banyak benda nak buat. Ditambah-tambah sendiri pulak dengan macam-macam agenda dalam kepala. Semuanya aku nak buat. Lepas tu stress!

But now, no stress.. All good. Stress jaga malam je. Jadi zombie. Dok adjust tak habis-habis lagi. Sebab tulah orang kata dalam pantang; pantang betul-betul! Maksudnya, adjust masa dengan baby dan adjust diri sendiri juga. Baby Z yang kuat minum susu, buatkan aku tak ter adjust time aku. Adakala dia bangun 2 jam sekali, ada juga 3 jam sekali. Every hour pun ada!

Yang katanya tadi nak jauh dari media sosial sekejap – bukannya apa, nak de-stress sekejap. Last week bertubi-tubi masuk macam-macam komen di laman Instagram aku. Jadi, aku ambil langkah nak jauhkan diri seketika dari upload apa-apa gambar dan komen apa-apa. Aduh, ramai juga haters aku. Takpelah.. Ada yang suka, dan ada juga yang tidak. Nama pun manusia. Nobody is perfect.

Salah aku juga, gatal post gambar komen-komen di blog ni (yang aku tak publish kan) di laman Instagram. Semacam bagi green light kepada haters untuk join berjemaah (kata Pingu ku) memberi kutukan dan mengkritik. Dari gambar baby Z hingga lah ke nama suami di pangkal nama arwah abah aku. Haaiiii…. tak payah nak justify dan explain lebih-lebih la kut. Nama suami aku Eric; dan nama family nya Depp. Segala urusan rasmi yang melibatkan embassy dan sebagainya aku gunakan Nurul Wahab Depp. Arahan suami untuk meletakkan nama keluarganya di hujung nama aku. Jadi, aku ikutkan saja.

Bukannya saja-saja nak bermegah nak gunakan nama Depp tu. Aku faham ramai yang tak suka mungkin kerana pada mereka aku mengambil glamour nama pelakon terkenal Johnny Depp. Alahai.. aku ni memang peminat dia, tapi tak terfikir pula dulu yang aku akan berjumpa jodoh dengan seseorang yang keluarganya bernama Depp. Dulu bila dah kenal pun, tak pernah aku bayangkan aku sebagai Mrs Depp atau nama aku akan menjadi Nurul Depp. Pada aku itu datang yang paling akhir. Perkara penting yang harus di dahulukan – contohnya seperti agama.

Kata yang komen di blog ni, artis di Amerika tak pula tukar nama pangkal mereka ke nama suami apabila berkahwin. Ada beberapa nama dia sebutkan. Ya, memang betul. Ianya kerana bisnes. Nama mereka sebagai trademark mereka. Jadi sukar untuk mereka tukarkan. Bagi kes aku pula, bagus juga ikut arahan suami kerana aku tak mahu 4 letter name yang dulu sering dikaitkan, masih di belakang nama aku.

Aku ada tuliskan dulu kenapa aku tak mahu dikaitkan lagi selain dari kami dah tidak bersama. Mungkin ada yang terlepas pandang. Dek kebencian yang mendalam, dia komen aje di sini dan benar-benar luahkan rasa tidak puas hatinya yang aku berkahwin mat saleh dan meletakkan nama suami (katanya) di belakang nama aku. Lantak lah chek oiii… Malaih nak pikiaq.. banyak benda lain nak kena pikiaq oiii… Cari duit lagi baguih, dari dok pikiaq benda remeh!

Aku diam je lah.. Tapi bila ada mood aku balas juga komen-komen yang tak mendatangkan hasil tu. Maklum lah, dalam pantang lah pulak. Dalam sibuk menyusu anak, boleh lagi jeling Instagram dan sebagainya. Paling lama masa terluang dengan phone bila Tanamera datang buat treatment! Hahahaa.. Masa tu lah nak check semua. Eric bising juga bila dia nampak aku busy on the phone bila aku sedang urut. Katanya enjoy massage tu, letak phone. Ada aku dengar!! Dia dah tak larat melarang… Busy sangat isterinya. Aku pun satu.. Selalunya tak jawab pun. Hanya jawab thank you. Kali ni rajin pulak nak explain panjang-panjang.. Macam lah takde kerja lain aku ni pun! Taknak dah balas komen-komen hantu macam tu lepas ni. Menampakkan kebodohan aku. It’s okay, learning process!

Terasa juga hati dan sedikit sebanyak mengganggu emosi. Aku juga manusia. Rasa tersentuh dan kecil hati tu datang juga menyapa tatkala dihentak dengan pelbagai kata-kata kesat dan meluahkan kebencian. Takpe lah. Sabar aje. Cepatlah habis pantang. Masa aku taklah terluang sangat. Ada banyak kerja nak buat, jadi, takdelah nak fokus sangat ke komen-komen yang tak membangun tu. It’s okay, I have many to support me. Thank you haters. You make me stronger!

Tinggalkan cerita haters tu. Kalau nak cerita pasal diaorang ni, takkan habis. Kita semua tahu bagaimana terjadinya haters dan kenapa mereka begitu. Selagi tak dibersihkan hatinya, selagi itulah mereka begitu. Aku percaya, semuanya bermula dari hati. Kalau putih bersih, baiklah kata-katanya. Jika penuh hitam dengan kebencian dek kehidupan yang tak pernah happy; pincanglah fikiran dan perasaannya.  Semua kata-katanya sudah pasti penuh kebencian. Rasa bersyukur dengan apa yang ada itu sangat penting.

Jangan sentiasa membandingkan antara satu sama lain sehingga menimbulkan iri hati dan cemburu. Itu tanda-tanda awal menjadi orang yang negatif apabila kita tak happy dengan kehidupan kita. Lihat dalam diri, cari apa perlu dibaiki dan hiasilah peribadi. Banyak cara nak jadi positif. Dari hati dan langsung ke pemikiran. Fikiran kena cepat analisa jauh ke dalam perasaan. Jika ada sedikit ‘kekotoran,’ cepat-cepat dibuangkan. Fikiran dan hati kena kuat. Ini yang aku lakukan supaya perasaan iri hati jauh dari aku. Aku tak mahu membenci. Jika kita mudah membenci, mudah juga orang lain menjauhi serta berbuat perkara yang sama. Ingat, semua yang ada di dunia ini datangnya melalui energy. Saling berbalas.

Agak deep ek apa yang aku tulis di atas ni.. cuba-cuba lah faham ya. I’m not perfect too tapi aku sering menganalisa what is good and what is bad yang aku keluarkan sebagai tenaga dari diri aku untuk manusia lain di sekeliling. Jika mahu semuanya baik, kena project good energy. Begitu juga sebaliknya. Masih deep ek explanation aku tu… Hehehe,… Mood nak menulis, jadinya gitulah! heheheh… okay meh tukar cerita! Kalau tak kang, jenuh pulak yang membacanya nak menganalisa!

Hari ke 33 berpantang. Lagi seminggu aku ada show. Ya dah mula bekerja.Lepas tu sambung balik pantang untuk balance yang 4 hari lagi tu! Boleh gitu?! Alhamdulillah rasa badan pun dah kembali normal. Dah kuat sikit dah rasa.. so, lagi 7 hari lagi akan bertambah better.. Aku perlu siapkan diri aku untuk satu persembahan pentas pada 13 November nanti. Sangat grand show tu,  dan client tu mintak lagu berhantu aku ‘Kerana Terluka’ & ‘Listen’. Dua lagu yang ‘membunuh!’ Giat lah aku practice. Bermula semalam – warm up dan menghafal.

4 bulan tak menyanyi – naik berkarat jugalah.. Hanya dengan warm up boleh membantu. Nasib baik dulu belajar dengan Cikgu Siti Hajar. Tahu lah juga menggunakan teknik dan bagaimana nak warm up. Kalau tak, habislah aku! Aku banyakkan latihan untuk pernafasan. Haru biru juga jadinya! Hahhaa. ..

Terfikir pula dengan satu videography yang aku tonton di youtube mengenai Celine Dion. Aku tak ingat tahun berapa. Selepas dia melahirkan bayi kembarnya – 3 minggu lepas tu dah terus giat rehearsal for her concert! Aku 3 minggu selepas bersalin, masih lemah! Very inspiring! Dan aku tahu aku bisa melakukannya juga! Itu konsert lebih besar. Show aku ni hanya majlis makan malam. Boleh tahan juga ramainya. 6 lagu – I can do it!

Sekarang ni memang giat lah menyanyi setiap tengahari. Baby Z lelap je, aku berlari ke bilik satu lagi untuk buat latihan. Ada lagu baru pulak tu. Kena hafal pula liriknya. Masih ada masa dan lagunya mudah. Tak sabar juga nak buat show tu kerana rata-rata mereka penggemar aku. Itu yang menambahkan semangat aku untuk buat yang terbaik!

Wish me luck!

P/S: Hari ni aku practice dengan Baby Z di ribaan aku. Dia tenung muka aku bila aku mula menyanyi. Bukan main muncung mulutnya seakan mahu bercakap dan dah mula senyum! Dah sebulan lah pulak kan… Dia tak nangis macam baby di youtube tu! Maknanya mama nya nyanyi okay lah tu! hahaha… dah sebulan lah pulak kan.. Imagine kalau nanti dah 6 bulan!

Advertisements

25 Comments on “ALL ABOUT ENERGY! AKU KETAWA DAN TERUS MENYANYI…

  1. Inilah yang dikatakan “tall building, narrow minded”. saya ni mix marriage pun selalu kena kutuk dengan org2 yang berfikiran sempit. Ada je yang tak kena di mata mereka, semoga kite diberikan ketabahan untuk berdepan dengan org2 yg mcm ni…..

  2. A very matured write up Nurul Wahab Depp! Biting the bullets is something most malays are not willing to do. I heard abt the comments on ur last name. I totally agree with u tht everythg start fr Hati. An unhappy heart radiates bullshit. And they were never there in times of ur sorrows..leave them be…may u live happily ever after..I wish u well

    • Hello Jett!! I’m ao honoured you commented here. Thanks a lot. Means a lot to me success lady! Thanks for all the prayers. Amin! May Allah bless.

  3. People will always talk. Take it as a compliment that they are envious of you sis NWD. You can never shut the haters up. Just smile it all away (cos you have a great smile!) & rather concentrate on being a mom for Baby Z. Everytime someone’s comments make you feel down, just look at Baby Z’s face & I’m sure everything will be fine *hug*

    Love, Anis from Singapore 🙂

  4. hai Kak Nurul. memang deeeep sangat post kali ni. hihihi. takpe. saya tau Kak Nurul tabah, kuat. pekakkan telinga butakan mata je dengan haters. having haters means that u’re famous. good thing right? 🙂

  5. hi nurul.how r u?i baru berjinak2 bace blog u.very interesting and lain dr yg lain.some more,nak tanye yg ads kt blog u ni pasal online bisnes ni real ke?i mean,is it worth it to try it?thanks

  6. Assalamualaikum,

    All the best nurul & hugs to baby Z.
    to the haters..get a life. muhasabah la..tengok diri sendiri apa yg kurang & perbetulkan.
    jgn sibuk dgn life org lain tapi life sendiri pun sebenarnya tak seberapa.

  7. balinglah apa pun hinaan, cacian, umpatan….. nurul tetap tersenyum and be more stronger.
    ‘kerana terluka’ dah lama tak dengar nurul nyanyi lagu tu. nanti bolehlah upload ye…

    go nurul go!!

  8. everyday bukak blog ni.. kot2 ada citer yang latest.. tapi paham sbb orang berpantang.. good luck kak nurul.. best baca..:)

    • Thanks sue. Nanti dah lrpas pantang, Nurul Cuba Tulis banyak Kali Sikit Ya. Thanks for all The support

  9. Dear… Just ignore all those negative comments.. Better u reply komen i je… Hahaha… Btw i baru tau bout your baby sbb dh lama tak baca ur blog.. Congrats!

    • Hello dear..
      Thanks. Ya dah sebulan dah. Hope you are doing good.

  10. hi nurul…suka baca titipan kali nihh….so in deeeeeepppppppp…..mmg mulut org xbleh nk tutup…just ignore n remove them all from your life….simple…..teringin nyer nk tgk nurul nyanyi live…apakan daya trlalu jauh sgt…maunyer jetlag 22jam nk smpai m’sia…..anyway all the best nurul…kalu boleh kannnnn nk mntak laa nurul up show nurul tu utk tatapan org2 perantauan nihh….

    • Hi Atievan.
      Please go to my YouTube. Ada banyak.live performance di channel Tu. Thanks a lot. Show Semalam.was good walaupun nervous Gila hahhahaa… hope you will enjoy.to see the performance. Will.upload soon! 😉

  11. Pingback: Foto : Kemunculan Pertama Nurul Selepas Bersalin | Portal Hiburan OHBULAN!

  12. akakaka kecoh betul la depa ni pasal issue nama… nama you kut… suka hati la kan.. sorry sorry…disebabkan i pun kawin dengan mat salleh kadang2 bila baca you punya blog, macam challenge yang sama jer hahahaha… anyway, keep on moving babe…!! all the best!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: