GARA-GARA BABY Z, ZOMBIE JADI NADIA THE PONTIANAK!

Betullah kata orang bila ada baby ni, memang jadi zombie lah! Semalam si kecik ni tak nak tidur. Kalau tidur pun hanya sekejap. Dia terjaga setiap satu jam.. Jam 2 hingga 4 pagi tak mahu tidur.. Hari ke 24, sungguh menguji keimanan. Dah lama kan takde baby, nak adjust balik, tahu saja la kan.. But all good. Hanya semalam dia susah nak tidur. Selalunya hanya jam 10:30 malam, 2 pagi dan 5 pagi baru dia bangun minum susu.

Terkial-kial juga aku bangun nak menyusu, salin lampinnya dan tercari-cari kenapalah si kecik ni tak nak lelap tidurnya. Mungkin agaknya Daddy nya tiada di sampingnya. Eric ke Cambodia atas urusan perniagaan semalam. Nampak sangat dia mahukan suara dan bau daddy nya. Dah terpaksa diletakkan di tempat tido Eric, ambik bau – barulah dia nak tidur.

Aku pulak hari ni – jangan ditanya – mata dah macam burung hantu! Jangan dibayangkan rupa aku.. Kan dah kata macam zombie! Hahahhaa… Tak apa lah.. Demi anak kecil ku ni, aku sanggup apa saja. Masih berpantang, aku punya masa berehat. Adakala tak sempat juga. Baru nak take a nap, letak kepala je, Baby Z dah bangun semula. Menyusu badan, membuatkan aku selalu berdamping dengannya. Aku bangga kerana kali ni dapat breast feed sepenuhnya.

Hari ni – bangun pagi – baru tersedar dah  berhari aku tak menulis dan update di blog ni! Naik panic sekejap! Memang jadual masih bercelaru dengan adanya anak kecil ni. Nak adjust ambik masa juga rupanya. Sangka aku hari tu dah adjust okay dah bila Baby Z tidur ikut masanya dan bangun minum susu dengan teratur – setiap 3 jam. Agaknya dah makin membesar ni, dia tukar time. Itulah.. Dah ramai nasihatkan dulu, bila ada masa tidur, tidur… Tapi aku ni busy ke lain.. Kan ke sekarang dah kurang waktu tidur!

Jenuh juga aku nak adjust time ni… Lagi pulak bila dah start kerja dan show nanti. Memang aku keletihan sikit sekarang. Aku perlu makan dengan lebih teratur dan beberapa kali dalam sehari. Dengan adanya shake Herbalife; it helps me a lot! Bukan saja beri tenaga tetapi aku dah dapat kurangkan 8.5kg dalam 24 hari. Alhamdulillah.. Sebab tulah aku tak complain bila Baby Z kerap bangun untuk menyusu. Lebih cepat aku kurus! Ahhahahaa…

Baby Z so far, sangat okay. Tak sangat menangis. Hanya sedikit bila lapar. Kalau basah pun, rela dia tidur dari ditukarkan lampinnya. Alhamdulillah. Such a good boy. Syukur. Tapi tak nak juga tegur lebih-lebih. Arwah Mak pernah berpesan, kalau baby tengah baik tu, jangan ditegur. Nanti jadi sebaliknya! So, aku berhenti di sini untuk puji dia lebih-lebih! Be good Baby Z.

Baby Z tidak divaksin. Ada hari tu aku mendapat komen di sini yang bertanya apa yang aku lakukan dan solusi kepada vaksinasi. Kami mengambil homeopathy dari Australia. Ianya dipanggil immunisasi homeopathy. Semuanya natural. Bukan dicucuk tapi diletakkan pil yang mudah meresap itu ke dalam mulut baby. Vaksinasi baby bukannya tak baik, tetapi ianya banyak mengandungi bahan chemical seperti mercury – yang dapat mendatangkan pelbagai masalah later on in our baby’s life. Mercury mengambil masa 60 tahun untuk dirembeskan dari badan.

Bila aku & Eric membaca fakta tentang kesan dan apa yang berlaku di dalam badan bayi dengan semua vaksinasi yang ada, kami mengambil keputusan untuk tidak memberi apa-apa vaksinasi sebaliknya menggunakan second opinion seperti salah seorang kawan Eric yang tinggal di Australia. Dia mengambil imunasasi homeopathy. Anaknya sekarang berusia 10 tahun, dan tidak punya apa-apa masalah walaupun dia pernah menetap di Malaysia, Filipina dan Belgium.

Apa yang kami fahamkan, selepas baby berumur 3 tahun, barulah lebih baik divaksin kerana sistem badannya telah sedia berfungsi sepenuhnya. Kami tidak langsung menolak vaksinasi, cuma tidak untuk masa ini. Alhamdulillah ada kaedah Homeopathy. Kepada yang nak tahu lebih lanjut, boleh email pada aku dan insyaAllah aku akan bantu. Menurut doktor pakar kanak-kanak untuk Baby Z, dia juga berkata ramai ibu bapa tidak mahu mengambil suntikan untuk anak-anak mereka. Cuma mereka tidak punya kaedah lain. Kini aku pasti, dengan entry ni, semua dah tahu, ada kaedah lain yang lebih selamat dan natural untuk baby membesar dengan lebih sihat serta selamat.

Bercerita tentang Baby Z ni – ada cerita yang berkaitannya. Pagi tadi ada satu komen di Instagram aku. Aduh… Bikin kecoh lagi… Ye, aku belum bersedia nak paparkan gambar Baby Z. Semalam aku letakkan gambar muscle nya. Hanya sekadar gambar. By the way, aku pasti semua akan berkata, Instagram dia, lantak le apa pun nak diletakkan. Betul tak? Kita semua tahu, laman sosial ni, bila dah kita letak sesuatu gambar, memang semua akan komen bagi pendapat. Aku tak kisah cuma tengok juga komen yang macam mana.

Aku faham ada sesetengah peminat tak sabar nak menatap wajah anak aku. Bukan aku sengaja nak bikin kalian naik hantu atau bengang dengan keputusan aku yang tidak mahu menunjukkan gambar sepenuhnya. Sebenarnya bukan tak mahu, cuma masa belum sesuai. Ada pulak yang komen pagi tadi tu kata apalah nak dibanggakan sangat kawin  mat saleh dan anak dengan mat saleh taknak ditunjuk & dikongsikan. Dia macam bengang bila dia komen di situ dengan mengatakan ramai yang membanggakan sangat bila kawin mat saleh.. something like that la. Rimas pulak aku nak baca lagi dan tulis semuanya di sini. Lepas tu dia marah katanya sekejap tunjuk lengan, sekejap tunjuk jari… oooo… Tengok juga rupanya! Hahahaa…

Haiiii… Entahlah.. Macam mana aku nak jelaskan ek… Takde lah bangga sangat. Sama je kawin dengan mat saleh ni. Bangga dengan anak dari kawin mat saleh?! Tak juga… Aku hanya berbangga dengan rezeki yang Allah beri. Ada lagi dia kata, apa lah yang hebat sangat dapat baby.. Ya Allah.. begitu sekali marahnya.. Ya! Sangat hebat dapat baby. Ianya Rahmat Allah. Hadiah dari syurga. Hasil cinta dua insan. Rezeki di tangan Allah. Bila dah diberi, terpulang pada penerima macam mana dia nak menjaga rezekinya tu.

Dalam kes pagi tadi ni – bagi aku – itu hak aku nak tunjuk atau tidak anak aku. Yes aku hak masyarakat, aku artis. Tapi aku bukan anak raja atau menteri yang perlu dikongsikan semuanya. Anak Raja pun simpan privasinya. Itu hak aku kerana ianya hidup peribadi aku. Kalau aku tak kongsi langsung, kot ye lah nak marah pun. Aku kahwin, aku mengandung, aku beranak, aku share dengan semua. Sudah cukup kan jika difikirkan semula? Aku beritahu kerana aku sedar akan hakikat peminat ada hak mengetahui.

Selanjutnya dengan detail untuk aku ceritakan, ianya terpulang pada aku. Selalunya peminat (real fans) memahami dan respect dengan semua keputusan artis kegemaran mereka. Cuma aku tak faham dengan wanita (nampak cerdik rupanya) yang beri komen pagi tadi. Marah betul dia. Maaflah andai aku menyebabkan kalian naik angin dengan keputusan aku. Hak peribadi aku… Aku rasa ada perkara dan benda yang boleh dikongsikan dan ada yang tak perlu – atau belum sampai masanya.

Anak aku bukanlah hebat sangat di mata sesetengah orang. Tapi hebat di mata kami yang telah sekian lama menanti. Jadi, bila ada yang buruk sangka beri komen sedemikian, aku rasa sangat kecewa kerana dia tak tahu respect privacy aku, dan aku pasti privasi orang lain juga dia tak boleh terima. Dia kata pada aku tak matang dan memalukan. Dia sedih dengan mentaliti orang-orang kita. Aku tak pasti apa yang dia nak malu dengan tindakan aku mengambil keputusan sedemikian.. Aku masih berfikir dengan setiap ayat yang ditulisnya… Pelik betul…naik sedih juga… Dia mungkin  bukan salah seorang pembaca blog aku ni sebab tu lah dia tak tahu ada gambar Baby Z dah aku letakkan di entry sebelum ini.

Langsung zombie menjadi ‘Nadia’ (watak aku dalam ‘Tolong Awek Aku Pontianak) dengan kenyataannya yang mengatakan apa yang hebat sangat dapat baby.. Amboi… Tak pernah dapat baby lagi kot… atau dia frustrated tak mampu nak dapat baby? Semua orang lain tahu betapa specialnya dapat baby. Rezeki Allah. Tapi kenapa wanita itu berkata dan berfikiran sedemikian? Macam marah sangat dengan rezeki Allah. Semoga Allah rahmatinya. Mungkin juga dia kecewa dengan kehidupannya, atau dia perlukan perhatian dari semua orang.

Aku tak mahu judge tentang mentaliti (dari ayat-ayatnya) dan siapakah dia. Bukan kerja aku. Yang aku pasti, dia tak berapa happy dengan hidupnya. Sebab itulah dikomen sedemikian. Aku harap satu hari dia akan berubah dan menjadi insan yang lebih terbuka dengan keputusan masyarakat sekeliling serta memahami privasi orang lain. Aku simpati dengannya dan dalam masa yang sama aku sangat sedih dengan apa yang dilontarkan pada aku. Kalian juga akan naik marah jika baca komennya.

Aku balas juga dan boleh tahan juga aku ketawakan dia. Hahhaha.. Dia naik marah agaknya, langsung disuruh kawannya komen juga digambar lengan anak aku itu! Hahahhaa… Si pingu ku pun naik hantu! Kami sama-sama balas membalas komen! Hahhaha.. Adakala syok juga balas-balas komen ni! Dah aku blokkan keduanya. Aku tak perlukan peminat yang bukan minat sangat tapi berlagak peminat yang suka memberi komen yang berbaur kebencian.

Aku renung anak aku bila aku baca komennya. Rasa sedih dan kesian kat anak aku ni. Langsung bergenang air mata. Ya Allah, aku berterima kasih dengan nikmatMu, tapi tidak pula aku mahu membangga-banggakan dan menunjuk-nunjuk. Aku bimbang akan kemurkaanMu.

Niat tu taknak dikatakan menunjuk pula bila dah dapat anak dengan mat saleh bila ditunjukkan sangat. Tak ditunjukkan juga pun salah… Memang kita takkan boleh puaskan hati sesiapa pun. Rasa macam langsung tak nak share bila ada yang bersikap seperti dua wanita pagi tadi tu. Tapi tak adil pula pada peminat yang benar peminat. Serba tak kena…

Dah lah… malas dah nak fikir dengan sikap orang sedemikian. Kata Eric toksah dilayan komen yang merendah-rendahkan kita. Ianya nyata menunjukkan betapa rendahnya juga mentaliti mereka. Jika dilayan kita juga setaraf mereka. Alamak!! Dah aku balas dan layan tadi! Takpe, pengajaran…

Lebih baik aku fikirkan show yang bakal aku buat 13hb November depan! Lebih berfaedah. Aku perlu kembali fokus pada kerja. Dah berbulan tak practice dan warm up suara. Penting untuk aku mulakan semula. Tema Hollywood – bukan calang-calang client aku ni. Excited!!

Advertisements

21 Comments on “GARA-GARA BABY Z, ZOMBIE JADI NADIA THE PONTIANAK!

  1. Ya Allah kak…jgn dilayan manusia berperangai mcm tu… yg penting niat kita… kdg2 sedih dgn orang bangsa kita ni sendiri…hati sesetengah mereka ni penuh dgn hasad dengki (maaf ckp ye tp x semua) tersentuh hati saya bila baca ayat akak “Ya Allah, aku berterima kasih dengan nikmatMu, tapi tidak pula aku mahu membangga-banggakan dan menunjuk-nunjuk. Aku bimbang akan kemurkaanMu” eventhough akak kawin dgn mat saleh.. tp akak masih ingat perkara2 mcm ni…Salute! jd kita sbagai umat Islam siapa pun jodoh kita terima dgn penuh keikhlasan dan redha…. apa jua rintangan & dugaan yg melanda yg plg penting kita kekal dgn iman kita sbagai org Islam… selalu minta pd Allah rahmat & hidayah dr Nya… amin jazakallah..

    bisous

  2. Assallamualaikum….
    As you said Nurul….we can never please everyone….never give a thought to those few…..we…your real blog fans are here for you…regards to you and family….

  3. Teruknya pompuan 2 ekoq tu.. dok dengki sgt kat nurul pasai pa…. bkn kita minta mkn or duit kat depa.. nurul toksah layan manusia camtu.. mengenalkan otak je.. setakat depa 2 tu.. belambak lg peminat yg menyokong nurul
    ..

  4. Hai nurul, saya mengikuyi blog nurul dari mula hingga kini.saya sangat berminat membaca blog yabg nurul tulis. Selepas membaca kesemua blog yang nurul tulis apa yang saya katakan saya KAGUM dengan nurul. Seorg wanita dan ibu yang tabah. Saya harap nurul terus menulis blog kerana saya tertunggu_ tungu blog nurul.salam sayang dari saya (peminat dari BumiKenyalang)

  5. susahkan jadi public figure? kongsi salah tak kongsi lagi la cari kesalahan. tak pe lah nurul yg penting jaga lah kesihatan semasa dalam pantang lagi ni. zombie ke? ok je…. nurul tetap sweet. 🙂

    pasal ubat homeopathy tu… teruja juga nak tau.

  6. Bukan mudah nak memuaskan hati semua orang apalagi golongan artis seperti Nurul. Mereka nak berburuk sangka, sukahati merekalah. Memang kahwin mat saleh tu bukan apa-apa, tapi kalau tak diberitahu pun bukan main sibuk mencari berita, nak tahu segala details. Biasalah peminat,kan Nurul. Bukan setakat artis sahaja, kita orang biasa ni pun kalau ditenung-tenung aje, hai naik rimas rasanya!

  7. Apa2pun buat yg terbaik utk diri sendiri dan keluarga.tok sah layan…betul semak kepala ajer. Yg penting kita bahagia dgn cara kita. Kalau peminat yg betul2 minat dan faham…mereka akan memahami apa jua tindakan yg dibuat…

  8. sedih kan bila org pikir yg bukan2 tentang diri kite..tak apalah kak nurul, yg penting kite dan family bahagia..
    memang betul kata kak nurul tu, bukan mudah dan senang utk kite membahagiakan semua org…kadang2 kite dah cukup buat yg terbaek utk semua org tapi lain pulak sangkaan mereka..
    pikirkn positif…ye kak nurul, jgn strees masa pantang, tak elok… 🙂 🙂 🙂 🙂

  9. kak nurul now u dah nampak bz. bila adayer baby z…
    tapi kira try jugak lah dpat update blog…
    tapi org tua pernah berpesan, masa dlm pantang jangan. kusyok sgt tgk computer takut mata cepat rabun..
    tu kata org tua2….
    #hihihi tapi masa ina pantang pun, x bole duduk diam dan biasa buat keje…
    #kita kena ikut time baby tido..hihihih…
    nanti bila baby z tido, kak nurul pun ikut tido nooo…jaga kesihatan. tu yg penting…

  10. Assalamualaikum.. be strong kak nurul… ” Saat orang bicara dengan nada iri mengenai kita , itu adalah tanda bahawa kita… sudah jauh LEBIH BAIK dari mereka…” peace yaw!!… 🙂

  11. Apa yang hebat sangat dapat anak? Dia boleh tanya macam tu? Kesiannya… Ada anak ni sangat hebat hokey… Kena laluinya baru tau.

  12. Assalamualaikum… bz with work, seminar etc…hari ni baru berkesempatan nak baca blog. oooo besssstt byk entries… enjoy baca semuanya…tak jemu. luv ur photo up there.
    nurul sabar la dengan mereka2 yg memberi komen yg kurang sopan & kurang bijak. kdg2 bila baca your instagram..saya pulak yg geram. sometimes cakap tak fikir hati & perasaan org lain. pls take care & may Allah bless u & your family.

    Alfatihah buat arwah ibu Ina. pls convey my salam takziah.

  13. kesian & sedih sesangat dgn org yg mempunyai hati busuk sprt itu..bagus U dah blocked takut menjadi2 penyakit meroyan mereka2 itu haha.. mungkin mereka cemburu @ iri hati dgn kebahagiaan & rezeki yg nurul kecapi, just ignore those “langau2” yg cuma know how to let people down!! U deserved the happiness & own privacy dear.. as God always grant His blessed to every1 of us..

  14. As salam Nurul…Elok pun block 2org minah yg komen kt instatu…sakit hati kami yg membacanya….moga nurul dan family dirahmati Allah dan bertambah murah rezeki… 🙂

  15. haters will always hate kak nurul. just let them be. and sabar okeh. some people are sick. smp sanggup bercakap buruk even to newborn baby. teruk! owh i have one thing to share..bila beri puji pujian jgn lupa sebut MasyaAllah kerana benda yg baik itu semua dtg dr Allah. dgn itu, kita dpt memelihara dari ‘evil eye’. when we puji our baby..ckp anakku yg sangat cantik..masyaallah. 😉 baby will always protected by Allah. ini bukan utk babies sahaja..segala benda yg kita puji. selalunya bila tgk baby comel, breathtaking views, org cantik cantik, benda yg cantik cantik 😉

    barakallah kak nurul and everyone 😉

    • Hello diyana. ThaNks for.sharing. I dah start sebut masyaallah when I puji baby z. Semoga you mendapat rahmatNya sentiasa. Amin

  16. tertarik baca blog nurul ni….bila baca dr mula ….rs cam teruja nk bc seterusnya. sedar2 da ending da…..apa pon sy doakan semoga nurul n fmly sentiasa dirahmati allah dlm apa jua situasi .

  17. Nurul….saya berminat pasal imunisasi homeopaty tu.blh kongsikan tak.berharap sangat sangat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: