HARU BIRU.. NIKAH DUA KALI??

Aduh.. kelam kabut bila dah ada anak kecik! Takpe.. tak complain tapi keep me busy! Ni cepat-cepat datang ke laptop untuk menulis entry ni setelah Baby Z dah terlelap. Hari ni dia semakin berubah perangai dan menukar masa feeding. Baby Z fully breastfeeding dan masuk hari ke 13 ni memang di betul-betul on demand! I like it.. aku boleh kurus cepat! Alhamdulillah dah turun 6kg semenjak bersalin! I have 10 more kg to go! Sedang berusaha keras ni. Maklum saja, bulan depan dah ada show menanti! Jadi, kenalah cepat-cepat kuruskan badan.

Ayu pun dah balik ke sekolahnya di JB. Rumah dah sunyi pula. Kesian tengok dia melangkah keluar pintu pagi tadi. Selalunya sebelum keluar rumah memanglah dia akan peluk berkali-kali. Pagi tadi lebih lagi lah sebab aku tak dapat nak hantar dia. Hanya Eric yang  pergi. She arrived safely, Alhamdulillah… rindu pulak kat anak dara yang dah lebih tinggi dari aku tu. Takpe, soon dia nak balik bercuti panjang dah. Can’t wait!

Hari ni tak sabar-sabar nak menulis pasal satu cerita yang rata-rata diperkatakan. Riuh rupanya last week ya! Aku dapat tahu cerita tu pun dari Pingu. Dia kan ke tukang update apa yang berlaku di dalam industry dan sekeliling aku. Takdelah apa sangat nak ceritanya. Cuma apa yang aku belajar dulu nak aku kongsikan. Bak kata Rudy Imran selepas aku hubunginya apabila aku dan Pingu menonton di Youtube mengenai satu video sidang media pasangan pelakon muda yang kecoh di media itu; jangan nanti ramai pula generasi muda meniru dan buat perkara yang sama. Aku setuju dengan pendapatnya. Soal hukum hakam agama jangan dibuat main.

Semua reporter yang ada di sidang media itu bukan calang-calang orang. Semuanya sudah lama bertugas dan punyai banyak pengalaman. Soalan yang diajukan mereka bukan juga boleh dibuat main. Kena jawab dengan bijak. Aku dengar cerita pelakon muda tersebut awalnya mengelak pelbagai pertanyaan wartawan mengenai statusnya dengan pasangannya. Kata mereka lagi pasangan muda itu seakan menipu. Oooh.. memanglah marah sangat semua wartawan. Bila dah ada peluang macam tu, memanglah akan kena.

Kalau sekalipun ada contract dengan syarikat yang mereka bernaung, setahu akulah – mengikut pengalaman aku, ramai juga wartawan yang boleh simpan rahsia. Istilah off record dah biasa bagi semua wartawan. Boleh berterus terang dengan mereka. Bagi aku mereka juga manusia. Ada hati dan perasaan juga. Harus pilih mana yang boleg berterus terang dan yang tidak. Kalau menipu, lebih teruk jadinya. Memang mereka akan cari bukti dan benar-benar menekan supaya mereka mendapat jawapan.

Mungkin di sidang media itu, pasangan muda tadi takut dengan semua yang ada lantas tersalah jawab. Mungkin dia nak jawab memang nikah dulu dan daftar kemudian. Tapi lain jadinya. Dijawab nikah dua kali dengan orang yang sama. Siap diajukan soalan buat wartawan salah ke dia bernikah dua kali dengan orang yang sama…

Hmmm…  setahu aku lah kan… bila dah sah nikah, mana boleh nikah lagi dengan orang yang sama, kecuali bercerai dan lepas edah.. itu kenalah nikah balik bila nak rujuk. Ini ceritanya lain pulak.. Naik marah dan keliru juga semua yang mendengar cerita nikah dua kali dengan orang yang sama ni.  Apa yang aku belajar, seingat aku lah; kalau dah sah nikah, tak boleh nikah lagi dengan orang yang sama. Hukumnya haram. Itu yang aku belajar semasa kursus pra  perkahwinan dengan Allahyarham Ustaz Sulaiman dulu. Betul kan aku kalau aku salah. Tapi itulah yang aku ingat dari dulu sampai sekarang.

Lepas tu dijelaskan pula, nikah sekali lagi kerana nak bin kan anak. Alamak adik manis… kalau dah nikah sekali; ada wali dan saksi dan menurut syarat nikah – walaupun tak register di JAWI atau JAIS, kiranya dah sah la tu. Awak hanya perlu pegi report dan bayar denda bila register nikah awak tu di Jabatan Agama Islam. Ramai kot nikah di luar, dan balik ke Malaysia, register dan bayar denda andai dikenakan. Mudah saja. Tak perlu nikah dua kali. Kita kan ke belajar semua ni even di sekolah lagi.

Bila berlakunya insiden macam ni, memang ada pentingnya untuk pergi ke kursus pra perkahwinan. Ianya banyak mengajar perkara-perkara penting dalam rumahtangga yang  bakal dilalui serta mengingatkan kita tentang hukum hakam agama dan undang-undang syariah. Soal agama jangan dibuat main. Semuanya ada garis panduan dan undang-undangnya. Kalau peraturan manusia, lainlah. Boleh diubah-ubah.  Aku harap Aeril Zafril & Wawa Zainal belajar dari pengalaman ini.

Advertisements

12 Comments on “HARU BIRU.. NIKAH DUA KALI??

  1. well said kak nurul…harap ianya menjadi iktibar untuk anak2 muda…kene ada ilmu sebelum menikah..

  2. semoga apa yang berlaku pada mereka kita jadikan pengajaran. mungkin itu cuma alasan.. seperti alasan dorang kata takutkan david teoh.. alasan untuk lepas diri. Cuma mungkin dorang guna alasan pelik & tak munasabah tu untuk menutup aib.. apapun kita doa yang terbaik yer kak nurul. Biar mereka belajar dari kesilapan & orang lain belajar dari kesilapan mereka

  3. yeup… the reason was not logic…kalau dah dari agama sah, knp kena 2 kali.. boleh pulak dah tau preggy kena nikah sekali lagi so that boleh di binkan bapanya..hmm kalau dah nikah, then preggy, he shouldn’t be worried about the bin. sorry to say lah certain celebrities bikin malu community.

  4. Salam kak, macam2 la orang sekarang ni. Dah nikah, sorok2. lepas tu bila dah mengaku nikah 2 kali pulak. adehhh… kena pegi kaunseling ni. buat main2 je soal hukum. oh yaaa… tahniah kak dengan baby Z… muahmuah kat baby ye…

  5. salam, nurul..setuju sgt apa yang di tulis.mereka bercakap tanpa mengira hukum hakam.bila statement yang di buat begitu seolah-olah..memperlekehkan agama kita.tidak boleh membezakan hukum islam dan undang2 negara.jika dah sah dari segi islam tak perlu risau jika mengandung.saudara saya nikah di luarnegara..then daftar..kita boleh tgk kes asraf muslim,nikah di thailand tidak perlu nikah kali kedua ke malaysia..bila isteri mengandung…

    memalukan.seharusnya mereka malu bukan masih nak mengadah ke langit sambil meludah..lebih baik tunduk ke bumi menyesal akan perbuatan.

  6. Hukum-hakam agama tak boleh dibuat main. Kalau tak faham, merujuklah pada orang yang lebih arif. Kenapalah kena nikah semula kerana nak daftarkan dan dibinkan anak kepada si bapa. Pelik perangai muda-mudi sekarang ni. Tak macam kita dulu-dulu, takut sungguh nak bermain dengan hukum hakam ni. Sekarang ni kalau membaca berita macam ni memang sangat menggerunkan. Apajadi ya nasib anak-anak kalau ibubapa sendiri sedari awal sudah cetek pengetahuan? Cetek sahaja tak apa, boleh belajar. Kalau cetek pengetahuan dan tak mahu menambah ilmu, itu yang sangat menggerunkan.

    • Isu jawab mennjawab ni, Kalau Tak difikir Baik2 jawapan yang nak diberi, memang boleh mengelirukan.. Biasa la tu. Muda.. Tapi I’m sure they will learn a lot from this experience. Takpe.. kita pun Tak tahu situaSi diaorang. Harapnya akan Baik seperti sediakala.

  7. Assalam..tapi byk ustaz dh komen pasal nih..tk haram nikah dua kali dgn org yg sama la kak nurul…dorg muda n baru lg kt dunia hiburan..tk tahu mna satu wartawan yg boleh simpan rahsia @ tidak…jgn salahkn dorg.sekurang-kurangnya dorg bnikah dulu utk elakkn zina

    • Wsalam. Hi Ayu. Thanks for your comment. Okay.. this is new. Okay noted. At least Saya belajar sesuatu yang baru. Will ask my ustazah too untuk kepastian. Soal wartawan mana satu okay Atau Tak tu, Itu Terpulang pada seseorang Itu untuk menilai. For me, I easily get close to them because I always take them as friends. Yang Tak okay tu, taklah I cerita semua or buat kawan. Kena perlu bijak menilai Bukannya being judgemental. Thanks Ayu for sharing. Appreciate it.

  8. Dua orang ni, mereka ni takut kat Producer. Mereka tak tau ke rezeki tu datang dari ALLAH Swt, bukan kat producer filem. Ini akan menjadi contoh kepada anak2 muda di malaysia. Nak bin kan anak kawin, wlpn pregnan sblm nikah. Depa ingat depa Brad Pit dgn Angelina Jolie kut.

    Memang la sah dari hukum syarak, tapi matlamat tak menghalalkan cara. Nanti ramai yg terikut2 cara depa 2 nie. Sbb depa ni artis. Patut pejabat agama.denda depa ni, dakwa apa yg patut. Biar naik turun mahkamah, Depa ingat undang2 syariah kat malaysia, ni undang2 koboi ke.

    Aku tak nak cakap pasal producer tu sbb dia bukan islam. Tapi cara dia cakap tu mcm dia lagi paham dari depa 2 org ni, yg islam. Dan org2 yg sekeliling yg biarkan mereka berbuat begini. Nak menjauhkan zina konon, lps tu kawin, mcm mana pulak jangan lah kamu menghampiri zina. (yg tu depa ingat sendiri la kut)

    Kalau dok kat Brunai dah sah kena sebat.

  9. Hai Nurul,

    Tahniah ye atas kelahiran baby Z mu..

    Saya ingin berkongsi tentang isu nikah dua kali celebriti yang kita sedia maklum siapa.
    Jawapan ini saya dapat dari dalam internet:
    Menurut fatwa ulamak; tidak ada tegahan untuk mengulangi aqad yang telah sah sama ada untuk tujuan pengisytiharan, memenuhi prosedur rasmi atau sebagainya. Para fuqahak dalam kitab-kitab Fiqh, dalam bab mahar; mereka membahaskan mahar yang mana yang akan dipakai jika ada dua mahar berbeza yang disebut; satu dalam aqad yang dibuat secara tertutup dan satu dalam dalam aqad secara terbuka. Sebagai contohnya, pandangan dalam mazhab Syafi’ie; jika kali pertama ‘aqad dijalankan secara tertutup dengan menyebut mahar RM1000 dan kemudian diulangi aqad secara terbuka (untuk pengisytiharan) dengan menyebut mahar RM2000, mahar yang dipakai ialah yang disebut dalam aqad pertama iaitu RM1000”. (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, 4/161). Para fuqahak dalam perbahasan tersebut tidak mempersoalkan tentang pengulangan aqad, tetapi mempersoalkan tentang mahar mana yang hendak dipakai. Seolah-olah mereka mensepakati bahawa pengulangan aqad tidak dilarang atau ditegah oleh Syarak.

    Ustaz Azhar Idrus pula berkata dalam ceramahnya yang jika tujuan pernikahan kali kedua untuk tujuan pengesahan pendaftar, hukumnya adalah sah walaupun nikah pada kali pertama juga sah dari segi syarak. http://www.youtube.com/watch?v=TiccsImQWCc#t=63

    Jadi alasan yang sebenar-benarnya hanya Tuhan dan mereka yang tahu kenapa mereka melakukan akad nikah dua kali.

    Wallahu’alam…

    • As salam Melodi. Thanks a lot for sharing. Sekarang saya lebih clear pasal akad dua Kali. Yang lain juga Boleh gunakan yang awak share ni. May Allah bless. Thanks a lot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: