SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA … PENUH EMOSI!

 SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA DARI KAMI!

IMG-20131015-WA0010

Punyalah lambat wish Hari Raya! Takpe, better late than never orang kata. Memang busy sangat. Ayu balik beraya untuk 4 hari dan esok dah nak balik ke JB semula. Jadi, macam-macam lah nak kena siapkan. Masa nilah tudung koyaklah, nak jubah lah dan macam-macam lagi. Kena lah siapkan semua untuk dia. Dah tak lama pun dah nak cuti. Selepas PMR ni dia agak relax lah sikit. Kalau tak memang stress je memanjang! Mama dia pun terkenalah tempiasnya.

Anak remaja 15 tahun ni cabarannya lain sikit. Memang perlu ada tahap kesabaran yang tinggi. Mereka bermain dengan perasaan sendiri. sebagai ibu, kenalah terima semuanya dan guide sebaiknya. Pening juga, lagi pulak di dalam pantang ni… emosi pun boleh tahan juga. Tapi aku sentiasa beristiqfar. Kalau tak, mahu meroyan! Alhamdulillah all okay. Ujian aku. Inilah kesan kepada anak-anak dan parents yang bercerai. Bukan mudah nak handle emosi anak remaja yang ibu bapanya berpisah.

Sedikit sebanyak bila ada adik baru, dia terasa juga. Bagi kes Ayu, dia rasa dia ditinggalkan keseorangan walaupun kedua pihak mama & papanya memberi segala apa yang dia mahukan. Segalanya tak pernah pudar padanya. Namun, dalam hati anak remaja macam Ayu, kadang-kadang macam mana mama dan papanya boleh baca pun, jadi terlepas pandang akan emosinya yang terpendam. Aku sering sarankan padanya untuk bercakap dan beritahu andai dia terasa sesuatu supaya aku boleh membantunya. Nasib baik Ayu pun jenis yang nak bagitahu apa yang dia rasa. Itupun jenuh juga aku mengajarnya untuk beritahu. Mula dulu susah juga.

Sigh… Kesian Ayu dan anak-anak remaja sepertinya. Apakan daya semuanya sudah berlaku. Aku perlu kuat untuk tangani perasaan Ayu yang tak menentu. Perubahan emosi dan juga situasi dalam fasa hidupnya. Memang aku perlu bercakap selalu dengannya dan harus beritahu yang dia juga penting kerana dia anak aku juga.  Semalam hari penuh emosi buat Ayu. Puas aku menahan air mata nak menangis dengar ceritanya. Apa yang dia rasa di sekolah, di rumah papanya dan di rumah aku.  Adakala perasaannya bermain dengannya. Dia berasa dia tidak okay di mana sahaja. Aku faham kenapa dia berkata begitu. Mungkin padanya dia rasa dia tak mendapat sepenuh perhatian dari aku apabila kami dah ada Baby Z serta papanya yang sudah punyai anak perempuan dari perkahwinan barunya.

Ayu sangat happy dengan kelahiran Baby Z. Malah dia juga berdoa supaya dia mendapat adik lelaki. Alhamdulillah doanya dimakbulkan. Excited betul hari pertama dia balik ke sini. Cium adiknya tak henti-henti. Biasalah tu, aku dulu pun masa kecik happy juga dapat adik. Tapi lepas tu jealous. Tak habis-habis buat perangai nak perhatian dari mak. Seingat aku, umur aku hanya 7 atau 8 tahun masa tu. So, memanglah nak perhatian kan..

Agaknya mak dulu berasa macam apa yang aku rasa sekarang. Cuma bezanya mak tak berada di dalam  situasi seperti aku yang bercerai. Aku lebih sikit rasanya sebab perasaan kesian bercampur dengan lain-lain pada Ayu kerana situasinya dan bersekolah jauh dari keluarga. Adakala aku naik geram juga!  Tapi kalau aku kasar dengan dia, tak bawa ke mana. Lembut sangat pun, tak boleh juga.

Eric banyak membantu aku di dalam soal perasaan dan emosi untuk menangani Ayu. dia juga sering menasihati Ayu. Kata Ayu, daddy nya bukan darah daging namun Eric seperti bapanya sendiri. Beri sepenuh perhatian dan kasih sayang seperti bapa kandungnya. Eric memang ada father figure tu dan dia memang seorang yang penyayang. Dia cukup bersabar dengan Ayu. katanya anak remaja memang macam tu.

Aduhai Ayu.. Mama ni kalau boleh bagi segunung emas permata untuk tunjukkan kasih sayang mama, dah mama buatkan untuk buktikan pada Ayu. tapi apakan daya, mama tak mampu nak buat macam tu. Hanya kasih sayang dan doa yang mama ada yang mama boleh bagi. Harapan seorang ibu untuk semua anaknya; mahu anak-anak bahagia dan berjaya serta sentiasa di dalam lindunganNya.

Aku tahu Ayu akan okay. Selalu dia balik je, memang ada ‘drama minggu ini’.. aku dah arif sangat. Bukan di rumah aku saja, dengan Papanya juga. Agaknya dia geram dengan kami berdua dan sememangnya mahu menunjukkan kemarahannya dengan buat perangai macam-macam. Taklah teruk macam mana pun, cuma kadang-kadang tu, sangat menguji keimanan. Ya Allah, tebalkan kesabaran & kuatkan iman ku! Agaknya semua pasangan bercerai menghadapi situasi yang sama dengan anak-anak mereka. Bertabahlah ya. Pesanan tu untuk aku juga.

Cerita sedih pulak petang-petang Raya ni. Hope semuanya enjoy makan rendang dan ketupat bersama keluarga tersayang. Aku sempat jugalah melayan Ayu dengan memasak rendang padanya. Tak boleh nak pegang air sangat tapi aku kuatkan minda toksah fikir dengan kesan dalam pantang sebab banyak pegang air. Nasib baik ada water heater kat rumah ni. Seronok tengok dia makan rendang dan nasi impit mamanya yang tak berapa nak impit! Ahahhaa.. busy dengan anak kecik dan macam-macam, langsung tak perasan nasi impit tak cukup air di dalam periuk! Langsung jadi nasi! Hahahaa..

Anak-anak macam mana pun, nak air tangan mak. Sama dengan Ayu.  Setiap kali balik bercuti, memang ada saja dia request. Sebagai ibu, terasa bangga! Kali ni, dia mintak aku masak nasi tomato lah, kuah kacang la.. tapi aku tak dapat nak tunaikan. Kata ku balik next month masa cuti aku buatkan. Masa tu dah habis berpantang 44 hari. Dapatlah juga tadi dia makan rendang. Bukan favorite dia saja, kegemaran ibu bapa mertua aku juga. Habis dimakan mereka berempat!

Untunglah semua yang masih ada ibu. Balik bila pun ke rumah ibu, boleh makan masakkan dan merasa air tangannya. Aku dah 10 tahun – atau mungkin lebih –  tak merasa air tangan mak. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al Fatihah buat mak tersayang.

P/S : Esok aku nak menulis lagi… ni… apa ni cerita kecoh nikah dua kali dengan orang yang sama ni?! Haaaiiissshhh macam-macam dunia sekarang! Jangan bermain api dengan reporter adik oiiii…  nanti rentung…!! hmmm.. aku dan Pingu tergelak sendiri melihatkan video itu!  kesian dengan rakan media yang seakan ditipu dek pasangan artis itu! Sempat aku bergosip dengan wartawan hiburan Harian Metro, Rudy Imran! Bikin panas dan pening seluruh wartawan hiburan tanahair!

Advertisements

24 Comments on “SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA … PENUH EMOSI!

  1. You such a great mother and good friend for your child…always pray for you…Good bless…Selamat hari raya aidil adha…

  2. assalamualaikum kak, saya faham apa yg ayu rasa tu kak.. saya pun dtg dari kluarga yg berbelah.. saya faham dan saya akui memang susah untuk terima kenyataan bahaya ibu dan ayah saya dah tak bersama lg dan masing2 dah mempunyai kluarga sendiri.. saya pun rasa terbahagi ddua belah pehak.. tapi.. dsamping itu saya masih bersyukur kerana ibu dan ayah tak pernah nak asing2 kn saya.. dalam perumuran saya 11 tahun ibu dan ayah bercerai..sekarang saya dah 21tahun dan mempunyai kluarga sendiri sekarang.. inshallah ayu akan dapat menerima semua ini step by step.. ingat allah tu maha esa dan maha kaya.. setiap cobaan mesti ada hikmah nya yg tersendiri.. selalu lah bersyukur dgn apa ygtelah dtakdirkn untuk diri kita.. saya doa kan supaya ayu akan tabah mengharungi perasaan seperti mna sayaa telah merasa nya ketika usia remaja saja.. salam sayang dri Brunei. mimie.

    • Wsalam. Thanks Daania Aaeesha for sharing. I showed Ayu komen you ni. She smiles. Thanks a lot. Appreciate it. Salam orang Brunei. Dah Lama Saya Tak ke sana. Take care

  3. Kak nurul, memang kena sabar dengan remaja sekarang. yang parent tak bercerai pun sama je. maybe influence keadaan sekeliling. saya pun kadang-kadang hilang sabar nak handle adik. tarik nafas panjang-panjang dan istighfar je la 🙂

  4. sedih lak citer Ayu ni … remaja skrg mmg camtu, nak attention. Tp Nurul harus berbangga punya anak yg pandai mcm Ayu.
    All d best for you n family…

    • Alhamdulillah. I am.. Biasa.la tu. Anak tunggal.dia tu sebwlum ni. Sekarang dah ada adik. Memangla nak perhatian.. I’m okay.. Thanks for reading

  5. Salam, nurul. Luahan yang ikhlas dan jujur. Semoga semuanya dipermudahkan untuk nurul, ayu dan eric dan baby Z yg comel tu. .

  6. Terasa kesian pulak baca kisah Ayu ni. Sangat faham rasa keter’asingan’nya dalam kedua-dua keluarga Nurul dan bekas suami. Mudah-mudahan, segalanya dipermudahkan buat Nurul dan tentu Ayu memahami kasih-sayang sejati mamanya.

      • by the way, i showed andy your baby’s fingers on my instagram.. he asked, “who is that?” i cakap, “eric’s and nurul’s baby lah!” heheh 😀 dia jeling jer… you are so lucky nurul to be able to have baby after a long break… 15 years kan? 🙂 i salute your bravery.. hheheeh 😀

      • Salam to Andy. Alhamdulillah. Syukur. I memang nak baby lagi. So Syukur sangat2 Allah bagi lagi Rezeki. I have two more to go. InsyaAllah! Hehehe.. thanks babe

  7. harap pengalaman nurul handle prob anak gadis menjadi guide utk diri saya juga. tp cite nurul ni sedih laaaa….. huawaaaaa….
    so i kena bersedia utk harungi dugaan yg mendatang.

    • InsyaAllah Erin. Hope my experience will help you. Thanks for reading. Take care

  8. 1st time bg komen. Tak sangka Nurul yang saya kenal sebagai seorang penyanyi dan pelakon boleh menulis dengan begitu baik..melihat dari air muka Nurul mmg terserlah kegembiraan ada baby baru. i believe you are a great mom to ur daughter n son. Keep it up Mommy……

    • Salam Lasufi. Thank you so much for visiting and reading my blog yang Tak seberapa ni. Appreciate it. Alhamdulillah alhamdulillah…. memang suka menulis. Tapi kena improve Banyak lagi. Thanks for all the support Ya. Datang lagi!

  9. hi kak nurul..sy bru 2.3 bulan vsit blog akak..skrang trus fall in love..penulisan akak pn baik..
    btw bgenang jugak air mata ni bca kisah ayu.. im really sure bila bsar nnti dia mt akan jd ank yg bijak n bbakat srta xkan
    lupakan ksih syg ibunya..muka dia pun sweet mcm kak nurul jugak..truskan mnulis k..

  10. Dear Nurul,
    I am happy for you..semoga Allah limpahkan rahmat dan hidayahNya untuk Nurul sekeluarga..
    Saya juga berpisah dengan suami..punyai 2 orang anak perempuan yang cantik..Alhamdulillah ayahnya sangat bertanggungjawab dan kami bersahabat baik sekarang..All the best to you Nurul..whatever it is..you are gorgeous!Terima kasih kerana membuktikan wanita boleh membahagiakan walaupun pernah dilukai..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: