7 HARI PERTAMA YANG BAHAGIA.. YANG DATANG & YANG PERGI…..

Hari ketujuh … seminggu yang penuh dengan pelbagai cerita.  Hari-hari penuh ceria & happiness buat kami sekeluarga.  Aku pula perlu adjust time dengan adanya Baby Z. So far so good. Alhamdulillah. Dia baby yang sangat baik – so far. Jaga malam hanya 2 atau 3 kali. Baby Z fully breast feeding. Jadi, dia selalulah melekap je dengan aku. But I like it! Dapat aku tatap dan belek wajahnya berkali-kali setiap hari!  Tak sangka, ada baby lagi. Aku sering panjatkan kesyukuran buat Yang Maha Esa. Dia berikan lagi untuk aku satu kebahagiaan yang tidak ternilai. Syukur Alhamdulillah!

Wajahnya – apa yang dapat aku katakan sepanjang 7 hari ni – hari ini dah banyak muka Eric. Gabungan kami ada juga terutamanya di bahagian kulitnya. Warna matanya aku pasti seakan bapanya.  Tapi belum tentu itu warna matanya sehingga dewasa. Bila berusia 6 bulan nanti baru tahu. Alhamdulillah segalanya sempurna. Eric, ayah kali pertama yang sangat happy dengan kelahiran Baby Z. dia langsung tidak mengeluh apabila Baby Z menangis atau dia perlu menjaganya apabila aku sedang diurut atau sedang melakukan sesuatu. Eric – suami 5 bintang! Alhamdulillah.. dia masak kan aku, dan buat semuanya untuk aku! Thank you my love.

Di fasa baru dalam kehidupan aku & Eric.. Pengalaman kali pertama buat eric… Di sangat teruja dan tak habis-habis menatap wajah anak nya. Aku tersenyum sendiri melihatkan gelagatnya. Lama sudah dia menunggu. Aku bersyukur aku mampu memberi kebahagiaan seperti ini padanya.  Terima kasih tuhan kerana menemukan insan mulia seperti Eric Depp buat aku.  Dia suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.

Dia berada di samping aku setiap saat – dari mengandung, saat sakit dan mahu melahirkan. Dia saksikan semuanya. Air mata kegembiraan – jangan ceritalah. Ibu bapanya juga tak sudah-sudah mengucapkan syukur kepada tuhan di atas kurniaan generasi seterusnya di dalam keluarga Depp.  Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada aku kerana sanggup menanggung sakit untuk memberikan mereka cucu. Cucu pertama bagi mereka. Hanya kesyukuran yang dapat aku panjatkan. Aku sangat bertuah. Terima kasih Allah di atas kurniaan ini.

Mengimbas kembali seminggu yang lalu, kami sering ketawa sendiri. Mana taknya Baby Z dilahirkan awal 12 hari dari hari yang sepatutnya. Dah tak sabar dia nak melihat dunia! Nak dijadikan cerita pula, dia lahir pada hari arwah abah meninggal 16 tahun yang lalu. Kakak aku, Kak Fizah, mengingatkan aku. Aku tak lupa, Cuma tak ingat bila dah kelam kabut ke hospital tatkala kesakitan menyerang.  Al fatihah buat arwah. Tarikh yang aku tak akan lupakan hingga bila-bila.

Ceritanya sebelum kelahiran Baby Z,  hari Rabu tu, 2 Oktober – check up untuk minggu ke 39 bersama Datuk Dr. Aziz – mengesahkan aku belum lagi ready untuk bersalin. Dia langsung set kan date baru untuk bertemu, iaitu seminggu lagi. 9 haribulan Oktober Doktor mahu bincang dan ambil keputusan bagaimana aku mahu melahirkan.

Pulang dari hospital – aku yang dah lama tak ke salon rambut –  mengambil keputusan untuk berjumpa teman di sana dan mahu mencuci rambut kerana dah tak larat sangat nak cuci sendiri. Hati berdetik, silap-silap cuci rambut ni untuk ke hospital! Tapi aku endahkan aje apa kata instinct aku tu. Masakan aku ke hospital esoknya sebab doctor dah bilang seminggu lagi. Plan awalnya nak cuci rambut tu, untuk event Ning yang mahu melancarkan wangiannya pada hari berikut nya.

Selepas salon, aku pulang ke rumah. Selesai melakukan beberapa perkara – email client dan sebagainya – aku hanya bermalasan di kerusi rehat melayan karenah Baby Z bergerak di dalam. Tapi kali itu, rasanya memang lain. Tu yang aku rakam dan letakkan di Instagram!  Sangat letih hari tu. Sangka aku mungkin aku banyak berjalan sebelumnya.

Selesai makan malam, aku melayan mertua seperti biasa menonton tv dan bersembang dengan mereka. Jam 10:50 malam dah aku beransur ke kamar tidur sebab dah tak larat sangat. Masa tu aku dah boleh rasa perut aku semacam. 11 malam, sakit menyerang. Kata Eric, mungkin Braxton hicks. Aku pun berfikir sedemikian.  False alarm mungkin!

Namun, sangkaan aku meleset kerana sakit itu datang berulang.  Dalam jam 11 malam itu, sakitnya datang 3 kali. Begitu juga jam 12 dan sehinggalah ke 3 pagi. Setiap kali datang sakit, sekali aku terbangun. Jam 3 pagi sakitnya makin kuat dan aku rasakan yang ianya bukan false alarm. Lebih aku confident bila aku lihat ada ‘show.’ (darah)

Segera aku beritahu Eric untuk ke hospital. Eric benar-benar ingatkan ianya hanya false alarm. Katanya pergi saja hospital. sekiranya takde apa, kami akan pulang ke rumah. Dia ingat apa kata doctor siang hari itu. Belum tiba masa. Jam 3:45 pagi kami tiba di hospital.  setelah diperiksa semuanya, Eric tercengang mendengarkan kata jururawat yang aku in labor! Dah ready! Aku pun terkejut juga!  Tapi aku tahu, bila dah kandungan 38 minggu, kelahiran bayi memang tak menentu masa.

Aku boleh nampak yang Eric tersentuh dan menangis melihatkan aku menahan sakit ketika itu dan dia rasa bersalah kerana tak bawa aku ke hospital awal. Aku menahan sakit dari jam 10 malam sehingga 3 pagi. Kata aku, aku pun tak tahu kerana tak ada apa-apa darah atau pecah air ketuban untuk aku rush ke hospital. Dalam terkejut tu, aku tahu dia ready untuk menyambut anaknya .

Setelah aku ambil suntikan epidural jam 4:30 pagi itu, aku bolehlah tidur seketika kerana sebelumnya tidur terganggu dek kesakitan. Jam 9:30 pagi Datuk Dr. Aziz tiba dan dia sendiri terkejut melihatkan aku yang dah sememangnya ready. Bukan terkejut macam mana, hanya kami bertiga ketawa mengenangkan yang siangnya aku masih okay tetapi tidak selepas beberapa jam pada hari yang sama.

Kata doctor mungkin baby akan lahir sebelum tengahari. Kata ku, jam 10:30 atau 11 pagi. Doctor pun keluar ke kliniknya. Tak sampai setengah jam, doctor dipanggil semula. Baby Z dah ready nak keluar. Tepat jam 10:28, tangisan pertamanya kedengaran. Alhamdulillah baby boy yang kami nantikan sihat dan cukup sifatnya.

Germaine yang sedari awalnya di hospital, tak habis-habis menangis. Roland masih tak sangka yang dia bergelar ‘Papi’ (datuk/grandpa) buat kali pertama pada usia 74 tahun! Mereka berpelukan sesama sendiri, menangis. Germaine yang sangat alim dengan agamanya, aku lihat memanjatkan syukur kepada tuhannya. Germaine yang sangat penyayang itu, sebelumnya, sentiasa di sebelah aku dan mengenggam tangan aku untuk memberi semangat. Dia tahu bagaimana sakit melahirkan. Pengalamannya 48 tahun yang lalu tidak pernah padam diingatannya.

Eric mengazankan bayi di hadapan aku. Baby Z terdiam sejenak setelah menangis tak henti di bawah incubator untuk dibersihkan. Saat yang sangat ditunggu Eric untuk melafazkan kalimah syahadah & azan di telinga anak sulungnya itu. Sempat dia berseloroh, ‘I have two more times to do this!‘ yes, he’s expecting another 2 from me. InsyaAllah. Aku juga mahu.

Segalanya sangat mudah pada tanggal 3 Oktober itu. Syukur Alhamdulillah. Aku pasti ini semuanya juga berkat dari doa mereka yang berada di sekeliling aku – keluarga, saudara mara, teman rapat dan seluruh peminat aku. Aku tahu kalian mendoakan. Sering aku aminkan setiap komen dan doa di Instagram atau pun di blog ini. Terima kasih daun keladi..

Ini ceritanya pagi itu apa yang berlaku – hari sangat bermakna buat aku, Eric, Ayu, Germaine, Roland dan keluarga. Bermulalah lembaran baru dalam hidup kami sekeluarga.  Kelahiran Baby Z pagi itu sedikit sebanyak buatkan kami kelam kabut kerana kami menjangkakan yang Baby Z akan lahir minggu kedua di bulan Oktober. Aku hingga lupa nak beritahu saudara mara di Penang! Kesian diaorang.. dapat tahu pun dari Blog ni! Ampun wahai kakak-kakak dan adik-adik ku! Telefon ke mana, semuanya ke mana..  Alhamdulillah mereka memahami. Adik yang paling rapat dengan aku, Syikin dah pun melawat. Yang lain akan menyusul minggu depan. Maklum saja semuanya sudah berkeluarga dan ada komitmen kerja masing-masing.

Dalam masa aku bergembira dengan kelahiran Baby Z, ada yang lain di dalam kesedihan. Ianya juga memberi kesan buat aku. Ibu kepada adik angkat aku Ina Mohd, telah pergi menemui Illahi tanggal 5 Oktober. Dua hari selepas Baby Z dilahirkan. Sangat memilukan. Arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11:45 malam. Panggilan tengah malam itu buatkan aku dan Eric agak tersentak. Kami tahu sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Eric & aku sama-sama mengalirkan air mata kerana mengenangkan Allah beri nyawa yang baru untuk membahagiakan kami, dan mengambil yang lainnya kerana sudah tiba masanya. Kena pula giliran ibu kepada insan yang aku sayangi. Sangat sedih kerana aku tak dapat bersamanya ketika dia kehilangan insan tersayang.

Aku yang sebelum ini hanya bercakap dengannya melalui telefon, memang menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya setelah habis berpantang. Hajat yang tak kesampaian. Ustazah Hamidah pergi menemui penciptanya. Dia sempat menyiapkan aku air selusuh supaya aku mudah bersalin. Memang nyata doanya dan bacaan ayat suci Al Quran yang diamalnya, sungguh mujarab. Itu memang aku rasa. Memang segalanya mudah untuk melahirkan Baby Z. Tak sempat aku mengucapkan terima kasih padanya. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.  Amin… Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat insan yang mulia ini.

Itulah kehidupan. Segalanya ditentukan olehNya. Yang pasti semua yang hidup, pasti akan mati. Masa kita entah bila menyusul tiba. Apa yang berlaku ini membuatkan aku lebih menghargai setiap saat bersama insan yang aku sayangi termasuk semua teman rapat di sekeliling. Hargai masa dan diri kita sementara masih  ada peluang untuk menghirup udara di dunia ini. Mati itu pasti.

Namun, hidup yang baru diberi ini, aku jaga sebaiknya. Dia permata hati kami sekeluarga. Alhamdulillah. Maha suci Allah. Segala pujian bagiNya. Terima kasih Allah. Untuk kalian yang menantikan gambar Baby Z, ini saja yang dapat aku kongsikan buat masa ini. Nanti lepas pantang, aku letak lagi ya! Enjoy!

p/s : dalam pantang ni pun busy sebenarnya! Banyak juga kerja menulis yang aku kena buat. Ayoo.. busy…busy..  Dua kali berhenti masa aku menyiapkan entry ni! Baby Z lapar! Bagus, aku boleh lose weight cepat! Now is the time for me to lose 14kg that I gained throughout pregnancy! Next month aku dah ada dua show menunggu! You can do it Nurul! Can’t wait for Ayu to arrive tomorrow!

1

2

Advertisements

35 Comments on “7 HARI PERTAMA YANG BAHAGIA.. YANG DATANG & YANG PERGI…..

  1. salam.suka baca tulisan kak nurul.tahniah atas kelahiran baby z.selamat berpantang.

  2. Bila dah ada baby z, x menang tanga lah, mesti berebut2 nak dukung baby kan…tiba2 teringat pengalaman saya dulu2…
    Alhamdulilah…dgn adanya baby z, bertambah bahagia dan rezeki..

  3. kak nurul nampak da kurus… happy breastfeed!!
    tersentuh bila baca tang Eric azankan baby z…
    ok.. 2 more to go… ihihiih.. selamat berpantang.

  4. : Ya Allah… Sayu saya baca pengalaman kak nurul nie… Tahniah kak nurul.. hehe.. dah sepasang dah anak kan… Ayu dah jadi Kak Long Ayu… 😉

  5. MasyaAllah..comelnya baby Z kak Nurul…Alhamdulillah, segala usaha & doa dimakbulkan Allah… Semoga baby Z membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, beramal kepada ke dua ibu bapanya… Amin… bisous :-*

  6. Kak Nurul,
    Tahniah & Selamat Berpantang kak..lahirnya baby Z bertambah2 kebahagian, semoga berkekalan..aamin…

  7. Dear Nurul, Congratulations on your new born baby………!Take care ya…………..

  8. Congratulations on your new born baby boy sis. And thank you for sharing your wonderful story.. Take care and Selamat Hari Raya Aidiladha…

  9. tahniah nurul&eric….comel sgt2 baby z tu……nurul cukup bertuah sbb bersalin&berpantang di malaysia…semua ada….saya bersalain&brpantang diperantauan…nk brpantang tu setakat yg mampu jer…almaklum duk di US nihh apalaa yg nk pantang sgt….keperluan xder….alhamdulillah semua org ada disamping nurul….nnti jgn lupa up laa gamba baby z tu byk2 yer…xpuas tgk….

  10. Nurul I adore sgt u… Dugaan sebelum ini mendapat ganjaran paling hebat… Alhamdulillah..selamat berpantang… Ur baby sama bday my doter…

  11. Suka sangat baca setiap coretan Nurul.. kali ni apa yang ditulis tersentuh jiwa saya, sedih, gembira, teruja semua bercampur…ayat yang mudah faham dan amat membina. Tahniah atas Penyeri Hidup. Doa saya semoga rezeki dan kebahagian nurul sekeluarga akan bertambah2 selepas ni..AMIN..

  12. ongrats to u sis di atas kelahiran putera comel pada hr ini♥ take care yaaa..
    “Lailahaillallahu wahdahu lasyarikalahul mulku’ walahumhamdu wahuala’ ‘kullisyain qadir..
    Sayangilah zuriat kita kurnian Allah swt..penyambung keturunan nabi adam AS & pemimpin masa depan..umat rasullullah..pahlawan agama..ahli syurga…amin…

  13. hai nurul… terharu & bergenang air mata happy sangat. touching bila eric mengazankan baby Z.. semestinya bertambah bahagia hidup nurul & keluarga eric. so…. selamat berpantang dan terima kasih post pic baby Z yg sgt cute tu.

  14. Nurul…U ni boleh write novel yang bagus….Tulisan u menyentuh hati, mengalir airmata baca tulisan u yg cukup dekat di hati. Semoga U & baby Z sihat dan semoga ur family bahagia selamanya. I like the way you praise your husband. Kedengaran tulus dan ikhlas. Suka baca tulisan u…hope u teruskan walaupun nanti makin sibuk dgn baby Z.

    • Salam Aina.
      Terima kasih . Novel.dah ada Saya Tulis dulu. Ada juga di ruangan di.blog ni. Baca la.Kalau ada Masa. Thanks for.your support. Appreciate it

  15. Pingback: Foto : Nurul Wahab Kongsi Wajah Baby Z | Portal Hiburan OHBULAN!

  16. Tahniah kak nurul.. selamat berpantang.. saya sentiasa nanti2kan tulisan u kat blog nie… selamat berpantang!!

  17. Pingback: GAMBAR ANAK KEDUA NURUL WAHAB - BABY Z | AMMBOI DOT COM

  18. Alhamdulillah..membaca coretan Nurul..saya dapat rasakan Nurul sangat bahagia dikelilingi insan yang mulia..semoga berkekalan hendaknya..im happy for u too..

  19. Salam nurul. Just want to congratulate u on e arrival of yr baby son. I always read yr blog bt nvr comment. U r very lucky to be surrounded by wonderful people. Congrats ya!!

  20. Assalamualaikum..suka baca blog kak nurul sbb i know it true from ur heart..tahniah kak

  21. Congrats Nurul, I am very happy for you. Your last posting was enlightening. Hopefully, however it would be the last posting in English…for obvious reason it would be better to have your posting in Bahasa Malaysia.

  22. tahniah nurul,,semoga baby z akan menjadi anak yang soleh…………..

  23. Tahniah!! Didiklah ia menurut Islam semoga menjadi anak soleh untuk saham ayah dan ibunya.

  24. Eric mengazankan bayi di hadapan aku. Baby Z terdiam sejenak setelah menangis tak henti di bawah incubator untuk dibersihkan. Saat yang sangat ditunggu Eric untuk melafazkan kalimah syahadah & azan di telinga anak sulungnya itu.

    (This really brings tears to my eyes..SubhanAllah….)

  25. Tahniah Nurul. Tak nampak pun mcm kena turun 14kg lagi. Apa-apa pun semoga berbahagia hendaknya seisi keluarga dengan kehadiran orang baru.

    • Dah turun 6.5kg ni. Ada lagi 10kg nak turun. Hehehe.. thanks for reading mummydearie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: