NERVOUS BERSALIN, NERVOUS PMR & BERDOA…

Baru je sehari atau dua aku agak berdiam dari laman sosial seperti Instagram, twitter & FB – dah ada yang bertanya adakah aku dah bersalin.. don’t worry! Not yet! Kalau dah, akan diumumkan di blog aku ni. Dah ada perancangan apa yang aku nak buat. Aku berterima kasih buat peminat dan teman yang concern akan aku. Sabar ya.. aku kan beritahu jika aku dah bersalin.

Diam semalam bukannya apa, satunya busy meeting client; dan yang keduanya terkedu dengan berita yang aku terima dari adik angkat aku – siapa lagi kalau bukan si kenit a.k.a Pingu ku. Dia telefon dan menangis jam 2 petang kerana ibunya masuk hospital kerana paginya diserang sesak nafas. Anak mana tak terkejut atau risau jika ibu jatuh sakit. Langsung dia bergegas pulang dari  kerja dan segera balik ke kampung halaman.

Ustazah Hamidah mengidap kencing manis dan dah beberapa hari sebelumnya tak sihat. Walaupun tak pernah bertemu, tapi kami ada juga berhubungan melalui telefon. Tak kurang juga kiriman makanan yang dimasaknya untuk aku.  Karipap dan ikan patin tempoyaknya paling best! Kesian Pingu. Sabar ya. Aku pun turut merasa. Dia anak tunggal pulak tu. Hanya pakcik & makcik serta saudara yang lain ada di Kuantan untuk membantu Ustazah Hamidah & Pak Mohd. Semoga lekas bangun dan sembuh seperti biasa.

Aku yang patutnya masuk hospital untuk melahirkan, bukannya Ustazah. Sedikit sebanyak aku agak terganggu kerana adik angkat aku tu bukannya orang lain bagi aku.  Dah macam family. Apa yang tak kena padanya. Aku akan terasa juga. Kami memang rapat. Setiap hari ada saja yang nak dibualkan. Dia macam bayang-bayang aku.  Jadi, bila dia bersedih macam ni, aku pun turut rasa tak best. Semangat semacam berkurangan.  Aku hanya mampu berdoa semoga semuanya kembali seperti biasa buat Pingu ku dan ibu bapanya. Amin…amin..

Sehari dua ni juga, (dah seminggu sebenarnya) busy dengan merangka iklan bagi blog aku ni. Ya! Kerana kalian memberi sokongan yang sangat padu, permintaan sudah mula masuk untuk ruangan iklan. Jadi, aku tak mahu kelepasan.  Nak juga jadi seperti Budiey, serta blog lain yang famous dengan iklan!  Lagipun, ianya bagus untuk semua syarikat – tak kira perniagaan baru atau yang dah establish untuk memaparkan iklan mereka.

Aku buka ruangan iklan untuk sesiapa sahaja  – termasuk spammers di dalam Instagram aku! hahhaa… banyak betul yang di spam. Bukan aku saja, semua artis. Sorry to say, itu kurang beretika. Alaa… bukannya mahal sangat pun ruangan iklan yang dibuat di semua laman web dan blog terkenal di Malaysia ni. Semuanya berpatutan. Cuba ditanya. Tak tanya memanglah tak tahu kan..  By the way, dengan membeli iklan di saluran yang betul, kita sebenarnya membantu each other. Kerana spammers lah aku juga tergerak hati nak menjual ruangan iklan! Agaknya sesuai tak sebab tu??! Hhahaha..

Peminat juga naik hantu sebab komen diaorang di laman Instagram diganggu dengan iklan yang di spam dengan banyak sekali. Adakala, aku pun naik angin juga!  Aku nak berterima kasih buat semua  teman dan pengikut yang sudi membaca dan mengikuti perkembangan aku dari masa ke semasa. Kerana kalian – words of mouth – blog aku diminati. Aku rasa disayangi. Dek kerana itulah, aku dan Pingu busy membuat iklan dan segala yang berkaitan.

Semua dah sedia, cuma perlu di email dan dipaparkan sahaja supaya client tahu dan membeli ruangan iklan di sini. Alhamdulillah beberapa client dah pun setuju. Itu yang semalam dan hari sebelumnya busy dan tak sempat nak upload apa-apa di blog ini atau pun di instagram. Hari ni pun, sekejap lagi nak keluar meeting dengan satu lagi client. Bila busy macam ni, aku tak sengaja terdiam dan ada yang ingat aku dah bersalin. Sabar ya! Jangan buat aku nervous! Hahhaa.. masa itu akan tiba. Dah masuk 39 minggu,  minggu ni. Doctor pun kata anytime from now. InsyaAllah soon.. aku pun tak sabar!

Kepada sesiapa sahaja yang berminat nak beli iklan, bolehlah hubungi aku melalui page yang telah aku dan Pingu sediakan di sini. Sekarang ni sempena pelancaran ruangan iklan ni, – sehingga Disember ini – kami berikan harga yang istimewa dan sangat berpatutan!  Kalau ada bisnes nak dipromosikan, inilah masanya!

Aku nak ucapkan terima kasih dan sangat hargai pembabitan Tropical Secrets iaitu syarikat yang membawakan Tanamera Postnatal care; yang sudi menaja aku sepanjang berpantang nanti dan juga membeli iklan di dalam blog aku ini. Jangan lupa nanti ikuti cerita bagaimana aku kenali Tanamera dan kenapa aku menggunakan produk mereka!  Kepada wanita yang bakal bersalin selepas aku, kalian boleh menjadikan reference daripada cerita dan testimony yang bakal aku tuliskan nanti. Banyak produk mereka yang sangat berkesan dan baik digunakan.

Setakat ini dulu update untuk hari ini. Masih busy aku ni walaupun dah sarat macam ni. Ye lah kepala ni tak berhenti berfikir pasal kerja sebab dah terbiasa. InsyaAllah all will be okay – pesanan buat diri sendiri.. heheh.. bagus juga macam ni .. sekurang-kurang boleh kurangkan nervous nak bersalin!  Dalam masa yang sama, aku ada satu lagi nervous! Esok Ayu bakal menduduki peperiksaan PMR! Dia lagilah nervous. Itu aku pasti! Satu rumah dok mendoakan anak dara aku tu. Termasuk ibu bapa mertua aku! Harapnya Ayu tenang esok nak jawab soalan. Dia tu panic juga tu. Kalau panic habis semua lupa nanti.

Selamat menduduki peperiksaan PMR buat semua anak-anak yang bakal mengambilnya. Aku doakan kalian semua berjaya. Ibu bapa sekelian – aku tahu kalian juga sama macam aku. Nervous dan risau andai anak tak dapat nak jawab kertas peperiksaan. Kita kena relax dan stay calm. Kalau tak, mereka akan lebih nervous dan langsung panic! InsyaAllah all will be fine! I’m sure they can do it! All the best!

p/s : sama je nervous nak bersalin dengan nak ambik peperiksaan.. tak tahu apa yang akan berlaku… Hope my spammer will not spam my IG anymore with this space for advertisement! Katanya la.. silap-silap, makin banyak nanti!  Hahhhaa…

Advertisements

3 Comments on “NERVOUS BERSALIN, NERVOUS PMR & BERDOA…

  1. all the best to ayu for her PMR and utk Mama dia jg selamat berpantang nanti …..

  2. All the best untuk Ayu. Rileks Nurul. Debaran tu tak lama lagi akan reda dan berganti pulak dengan excitement beriringan dengan kurang tidur, kurang masa dan kurang rehat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: