TENDANGAN BABY, TENDANGAN BOLA, TENDANGAN ‘SAYA TAK BODOH!’

Dua tiga hari ni hati kurang tenteram.. adik aku yang betul-betul di bawah aku – kami beza hanya 14 bulan – hospitalized. Syikin adik paling rapat dengan aku. Dia dikatakan mengidap penyakit kencing tikus dan juga mungkin demam denggi. Alamak! Dua-dua tu menyeramkan! Berdoa siang malam untuknya supaya sembuh cepat. Dua anaknya masih kecil. Baru 4 dan 2 tahun. Lebih aku panic bila semalam hubungi suaminya, dia pula kabarkan yang adik aku ni sesak nafas! Alamak! Aku ni mulalah risau. Syikin tak pernah ada asthma. Janganlah kena kencing tikus… minta dijauhkan.

Hari ni berita yang aku dapat katanya hanya jangkitan dalam darah sebab itulah dia demam panas dan terkena viral fever. Sesak nafas tu kerana Syikin terlampau takut dan risau dengan demamnya yang tak kebah-kebah. Alhamdulillah… lega sikit aku dengar. Mudah-mudahan segera dia sembuh. Dia tu bukannya tahan sakit. Kena gigit nyamuk pun sakit katanya! Dia kami gelarkan Uji Rashid dalam family. Satuny kerana mata yang besar sama macam primadona itu, dan satu lagi, paling mudah menangis! Aku boleh bayangkan macam mana dia dicucuk jarum setiap hari untuk diambil darahnya sepanjang 5 hari ni! Mesti tak tahan tu!

Dalam masa yang sama, adik yang bawah dari Syikin – Ani, bersalin anak ketiganya. Satu sakit yang memang saki; satu lagi sakit juga tapi sakit happy dapat baby. Keluarga besar aku ni memang macam tu when comes to pregnancy. Sorang pregnant, yang sorang lagi mesti ada juga ‘kembar’ yang ikut sama mengandung! Dari arwah mak ada dulu hinggalah sekarang. Dulu arwah mak bergilir ke rumah anak-anaknya jika ada lebih dari satu atau dua anaknya yang bersalin! Emak, macam mana dah berdikari atau dah besar anaknya, tetap diberi kasih sayangnya. Itulahpengorbanan dan mulianya hati seorang ibu. Kami adik beradik jadi kuat bila terkenangkan arwah yang sangat kuat.

Jiwa tak tenteram kembali tenang, tambahan pula dengan wajah manis anak buah baru yang bernama Nuratiqah yang dihantar pagi tadi pada aku. Dah aku share kan di dalam Instagram. Sangat comel bauan syurga yang diberi Allah kepada adik aku itu. Happy aku tengok. Tunggu pulak giliran aku.. aku tak sabar sebenarnya.. dan nervous nya… jangan tak tahu! Seksa adik aku Ani dah lepas. Lepas ni aku pula! Takut bercampur, nervous dan juga excited!

Setiap hari ada saja yang aku fikir. Beg hospital dah lama siap. Walaupun gementar, tak sabarnya tu lebih lagi dari perasaan takut! Takut jarum sebenarnya! Hahahhaa… Eric tak habis-habis menyakat aku! Dia sangat happy dan sangat tenang menunggu kelahiran bayi pertamanya. Tunggu ya. Nanti aku announce di blog ni. Insyaallah akan aku sertakan gambarnya. Hanya satu! Janji! (itupun kalau aku dapat kelulusan dari bapanya Eric Depp ya)

Sepanjang sebulan berehat-rehat di rumah ni, asyik melayan pergerakan baby di dalam perut ni. Contraction pun semakin hebat. Dah dekatlah pulak masanya kan… Bukan main dia menendang. Nak jadi footballer agaknya! Tak pun jadi Muhammad Ali! Hahaha… tendangan bayi apalah sangat. Tendangan yang menggembirakan. Tendanglah sekarang tak apa. Jangan dah besar nanti nak menendang orang pula. Mahu aku potong kakinya! Hahhaa.. ya.. cerita tendang orang hangat diperkatakan sehari dua ni.

Pemain bola memang dilahirkan dengan bakat menyepak dan menendang bola. Itu satu anugerah juga. Kalau tak masakan mereka bisa bermain dengan baik sekali permainan yang diminati majority di dunia. Namun, cerita yang hangat aku dengar semalam, buatkan aku tergamam. Ini bukan pemain bola yang tendang, tapi isteri pemain bola! Wow! Hebatlah! Mesti practice selalu dengan suami bagaimana cara menendang bola. Belajar menendang bola itu bagus. Tapi kalau tendang orang tu bunyinya serong sikit. Tambahan pula tendang orang yang lebih tua.

Terkejut sebenarnya dnegan berita yang satu ni. Aku pun taknaklah kata lebih-lebih. Nanti kang ada pulak yang kata aku ni jatuh hukum pada orang lain pula. Just sebagai teguran buat semua yang seakan melupai adab sopan. Kita ni melayu. Kemana kita pergi, kita tetap dengan adab dan budaya kita di depan. Tak kiralah kaya ke, tak kaya ke, famous atau tidak.

Aku tergamam melihatkan video di youtube yang menunjukkan seorang wanita bertengkar dengan seorang pakcik security guard. Aku bertanyakan adik comel ku yang aku gelarkan pingu – apa jadi pada pakcik yang Azza Elite letakkan gambarnya di Instagram. Macam ada kes besar. Pingu pun apa lagi, di google dan cari di youtube sebab katanya hari sebelum itu dah kecoh di Twitter tentang satu phrase ‘saya tak bodoh, saya tak bodoh..’

Kali pertama menonton, aku speechless.. kali kedua, ketiga aku gelak dengan apa yang diulang-ulang kepada pakcik tua itu! Apalah salah pakcik tu yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai security guard? Kalau kita ni ada adab, macam mana marah sekali pun, gunalah perkataan yang baik-baik di dalam percakapan. Lagipun dia orang tua. Aku naik berang bila ada yang mengatakan si wanita yang garang itu menendang pakcik guard di celah kelangkangnya!

Amboi adik… suami awak memang kaki tendang, tapi dia tendang bola. Awak tak payahlah pula ambik tendangan tu untuk menendang pakcik tua yang tak buat salah pun pada awak! Aku harap apa yang aku dengar tentang dia menendang ni, betul. Taknak pula nanti dia datang tendang aku dan ambik video nak saman pula! Hahhaha… chekkk oiii… orang tua, pakcik tu. Mungkin dia sama umur dengan ayah atau ibu kamu. Imagine if someone say like that to your dad (jantan dayus & pakcik ni bodoh lah) apa perasaan kamu? Lagi pulak bapak kamu ditendang, atau dipukul… agak-agak adik beradik awak pegi pukul tak orang yang memukul atau mengherdik bapak kamu tu?

Kalau stress sekali pun, cakaplah baik-baik. Pakcik tu dah siap bagi 20 minit untuk kamu menunggu di kawasan yang tak boleh diletakkan kenderaan. Dia bekerja ada majikan. Ada undang-undang. Dah diberi garis panduan kat situ tak boleh nak parking, ikut je lah. Itu pun dia dah cukup baik bagi 20 minit untuk kamu menunggu. Si suami pun hanya diam melihatkan tindakan isterinya yang sangat garang tu. Tak ditegur pun. Mungkin di ajuga tergamam.

Ishhh… aku tak tahulah apa nak jadi kat generasi sekarang ini. Aku sering juga bercakap dan berbincang dengan Eric tentang adab sopan dan common sense seseorang. Bukan yang muda saja, keseluruhannya. Kami sering berbincang tentang adab kerana risaukan anak dara aku yang bersekolah jauh dan adakala remaja tindak tanduknya tak fikir panjang dan menampakkan kirang sopannya dek persekitaran di sekolah yang kurang diterapkan nilai-nilai kesopanan di dalam percakapan.

Tak ramai yang perangainya seperti wanita garang isteri kepada pemain bola yang kontroversi itu, tapi ianya cukup memalukan. Aku pasti si suami juga di dalam masalah sekarang ini, dah ada satu kes, sekarang dah jadi dua kes. Mesti bertambah stress nya. Kamu pun cik abang, seorang suami. Tegurlah isteri tu. Bila dah jadi macam ni, satu Malaysia memandang lain kepada kamu. Dah lah nama baru nak memuncak. Kesian… dah sedikit terbantut. Sekarang ni pulak, zaman teknologi internet yang pesat membangun. Apa-apa je yang berlaku, sekejap je semua tersebar. Dulu boleh disorok-sorok. Habis kuat sangat hanya dijawab dengan ‘khabar angin’. Sekarang ni dengan twitter dan youtube pelbagai, jangan haraplah nak sorok! Semuanya kena berhati-hati. Kena fikir panjang akan setiap perbuatan dan percakapan. Kena pulak ada bukti video macam ni..

Mengikut lojiknya, apalah nak di argue dengan security guard. Nak hina diaorang buat apa. Kalau takde security guard, agaknya kita tenteram tak tidur malam (kalau rumah teres ber sekuriti dan berpagar – comtohnya) Diaorang mencari rezeki. Bekerja juga. Bila dah namanya bekerja, masing-masing ada tanggungjawab. Dengan adab sopan yang kita belajar dari ibu bapa dan sekolah dulu tentang tatasusila; takkanlah tak boleh bercakap cara baik dan mohon secara baik jika kita mahukan sesuatu. Bukan dengan menghina, mengherdik dan memaki hamun.

Keduanya, adab kita kepada orang tua. Sekalipun dia bekerja guard, tak semestinya dia itu rendah dari kita. Boleh jadi akalnya lebih baik, hatinya lebih suci dari kita yang bekerja di atas ni. Cuma rezekinya di situ. Itu tentang pekerjaannya. Orang tua, manusia juga. Wajib dihormati. Dia ada hati dan perasaan, ada maruah.. sama je kita ni bila namanya manusia. Cuma cara pemikiran dan gaya hidup kita yang membezakan siapa kita. But when comes to adab sopan, itu yang meletakkan siapa kita sebenarnya. Ianya melambangkan juga bagaimana cara kita dididik oleh ibu bapa. Apa-apa yang kita lakukan, tetap reflect kepada cara keluarga kita membesarkan kita.

Kesian ibu bapa dan keluarga wanita garang tu.. Sekarang ini, suami pula menerima tempiasnya. Aku pasti dia berasa malu. Si isteri pula, entah apa yang dirasa ya. Lebih-lebih lagi berita terbaru, majikan pakcik guard tu pun nak ambik tindakan. Kan ke dah satu masalah tu. Ambil video katanya nak saman pakcik tu. Pakcik tu buat apa la sangat yang nak disaman tu. Tak relevan pun. Kan ke sekarang video tu dah makan tuan… aku pasti ianya dah dijadikan bukti untuk pihak majikan pakcik tu menyaman pula. Memang sah lah pakcik tu tak salah. Kita semua boleh nampak. Tidak ditengking apa pun. Cuma dia menolak telefon camera setelah dikatakan dayus dan seakan mencabarnya. Siapa tak marah bila dikatakan sedemikian. Semua orang ada tahap sabarnya.

Semoga cerita seumpama ini dijadikan tauladan. Cakap baik-baik dengan semua orang yang kita jumpa. Kita semua, sama sahaja di sis Allah SWT. Tak kiralah hebat mana pun kita di dunia. Hormat sesama manusia. Tak salah dan tak buruk. Jangan diletakkan ego di depan apabila berdepan dengan sesiapa pun terutamanya orang tua. There’s always a way to talk to people nicely. Senyuman juga penting. Tak kiralah kerja apa pun. Bila kita beri senyuman pada seseorang, mungkin kita bisa memberi kegembiraan pada seseorang yang lain yang mungkin di dalam masalah. Dan apabila di dalam masalah pula, jangan lah pula menjadikan orang lain sebagai tempat kita untuk melepaskan kemarahan kepada orang yang tidak sepatutnya – seperti yang berlaku kepada wanita garang itu.

Gunakanlah akal. Hati yang baik, menampakkan wajah yang menarik. Akal yang cerdik, buatkan kita lebih dihormati dan disanjungi. Bukannya dengan ego serta keangkuhan. Tak membawa ke mana pun. Biasanya hanya memalukan. Semuanya bermula dari hati dan hasil didikan dan cara kita dibesarkan. Semoga anak-anak aku kelak ingat apa yang aku didik akan adab sopan. insyaAllah akan aku didik sebaiknya. Aku pasti semua ibu bapa pun berfikir yang sama dengan aku. Semuanya menjadikan tauladan di atas peristiwa ini. Semoga pakcik guard itu dirahmati dan dimurahkan rezekinya. Allah maha kaya. Dia takkan membiarkan yang teraniaya!

p/s : kata aku kepada pingu semalam, penat Dato Siti memartabatkan budaya… katanya motif Dato siti masuk dalam ini cerita… hahahaa…. Ya lah.. budaya kita penuh adab dan sopannya.. tetiba keluar pula cerita macam ni. Sungguh tidak relevan dengan seorang melayu yang kaya budaya… berbuat sedemikian.. kat orang tua pulak tu! sungguh tak kena.. agak-agak relevan tak aku sebut macam tu?! Hahaa.. itu lawak bodoh aku pada pingu sebab nak menampakkan ‘saya tak bodoh, saya tak bodoh…’ sedap ek buat ring tone!

Advertisements

14 Comments on “TENDANGAN BABY, TENDANGAN BOLA, TENDANGAN ‘SAYA TAK BODOH!’

  1. nurul…. tak sabar nak tgk baby nurul. lepas je bersalin trus send pic kat blog ye. hehehhehe

    mmg kurang ajar perempuan tu, tp yg si husband boleh lak dok tengok je….

    • gamaknya kalau keluaq di blog ni dah tak jadi eksklusif lagi la. Kena la pangie press.

  2. moga semua d permudahkn nanti waktu bersalin. Tak sabar nk tgok baby you nanti …
    eeeee ….pempuan tu sgt tak beradab. Yg sebenarnye suami nye yg dayus, biarkn isteri buat tindakan begitu.

  3. kalau dah silap (terang2 lah silap kan), mohon maaf. org pun akan sedikit sebyk akan hormat. tak perlu ego sbb ego tak kemana.
    semoga syikin segera sembuh & congrats dapat anak menakan baru. cant wait to see ur baby nurul 🙂

  4. Nurul memang pandai BM, boleh menulis dengan menarik dan kalau ada masa terbitkanlah sesuatu. Minah, ada lagi ka? Hampa orang muda teruskan, usia sebaya cikgu sesuai timang cucu je…semoga selamat melahirkan anak Mat Salleh tu…Teringat gelagat kalian masa budak-budak dulu…

  5. Assalamualaikum nurul, senyap jer..dah bersalin ke? kat ig pun tak nampak 🙂

    • Wsalam..Belum. ada ni ha.. baru Sehari diam Kat IG tu hehehe.. Busy sikit. Thanks for asking. 😉

  6. Semoga Nurul selamat bersalin dan semuanya berjalan lancar. Tahniah buat adik Nurul yang baru dapat baby baru. Perempuan yang dok buat tendangan kat pakcik tua tu muda lagi; cantik tapi kasihannya rendah budi pekerti. Kerana perkara yang sebodoh itu, maruah diri, suami dan keluarga yang tercemar. ‘Pakcik tak bodoh tapi awak tu, bagaimana?’ Macam-macam hal dalam dunia ni sekarang.

  7. senyum sorang2 tengok catitan nurul….teringat kembali kes isteri footballer yg pandai menendang celah kangkang org tp sgt2 rendah IQ dan maruahnya….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: