TERBANTUT SEMUANYA… JUDGEMENTAL NYA DIA…

Dah berkali tulis… padam, tulis, padam tulis; … tak menjadi juga. Husband mengingatkan what to do in these few days – seperti biasa dia memang ‘tukang remind’ sebab dia tahu isteri dia buat masa ni memang pelupa di tahap yang sangat teruk!  After few calls, still tak sampai  satu perenggan menulis. Mood apakah malam ini? Mood okay je cuma sedikit terganggu dengan beberapa cerita yang berlaku pada kawan-kawan di sekeliling. Aku pun terkena juga tempiasnya. Tapi tak teruk.

Hati semangat nak bercerita pada mulanya. Nak letak gambar-gambar yang diambil sepanjang hujung  minggu lalu. Bila dah start letak kat instagram, dah ada komen (2 dari 10 komen) yang entah apa-apa, aku jadi terdiam sekejap. Dapat pula cerita tentang Rebecca Nur Islam & Yasmin Hani, terus aku terkedu.  Semuanya terbantut apabila beberapa perkara dan rata-rata dok mengata pulak. Rasa tak mahu menjadi penyebab buat mereka-mereka yang kepochi dan suka berkata-kata menambahkan dosa mengumpat pula.

Aku buat baby shower last weekend. Ye lah aku faham bukan budaya melayu. Budaya orang kita selalunya kita dengar ‘lenggang perut.’  Orang dulu-dulu memang buat lenggang perut untuk membetulkan posisi baby dan doa dibacakan. Itu selalunya dibuat oleh bidan kampung yang arif. Di kampung aku, selepas lenggang perut, ada makan-makan. Bunyinya lebih kurang baby shower pulak ek… Tapi sekarang dah kurang kedengaran tentang lenggang perut. Ada yang kata, doctor sarankan jangan buat. Sebab ada bidan yang kurang arif salah pusing baby dan mendatangkan masalah lain buat ibu yang mengandung.

Mengikut kata suami aku – yang asalnya tercenggang bila dengar perkataan baby shower – katanya di Perancis takde juga baby shower. Ianya bukan budaya dari Perancis. Dia tak pernah dengar langsung tentang baby shower. Begitu juga dengan ibu mertua ku.  Kata mereka, tak ada apa-apa celebration dibuat sebelum baby dilahirkan. Aku tak tahu di UK dan sekitar Eropah. Rata-rata mengatakan ianya bermula di Amerika. Entahlah.. aku pun tak tahu.  Tak sempat pula nak kaji. Nanti aku google! Apa yang aku tahu, kebiasaannya baby shower ni hanya untuk kaum wanita. Lelaki tidak dijemput. Tapi untuk kes aku, aku banyak punyai kawan lelaki. Itu pun tak ramai yang dapat datang.

Tujuan aku buat baby shower tu sebenarnya untuk menjemput kawan-kawan rapat untuk makan-makan dan melawat aku ketika sarat. Nanti bila dah bersalin, nak concentrate pada baby dan biasanya dalam pantang aku tak mahu diganggu. Jadi, jumpa sebelum bersalin adalah yang terbaik. Lagi pulak ketika di hujung-hujung pregnancy ni, adakala depression datang menganggu. Maklum saja, macam-macam difikirkan. Takut bersalin dan sebagainya.  Jadi, bila ada acara seperti baby shower, kawan-kawan datang, seronoknya tu lain dan fikiran yang bukan-bukan pun hilang begitu sahaja. Mudah juga untuk kawan-kawan yang berniat nak bagi hadiah. Masa ni lah nak bagi. Nanti baby dah lahir, boleh pakai baju atau barangan yang dihadiahkan.

Semua kawan yang datang dengan niat dan doa yang baik. Memanglah dalam suasana yang berbeza. Gelak ketawa dan beberapa permainan dianjurkan.  Yang penting semuanya datang dengan doa dan niat yang baik. Baby shower – nama saja, sebenarnya kalau nak sertakan bacaan doa pun boleh. Ramai juga kawan aku buat begitu. Tapi tak diceritakan. Mungkin dengan nama English baby shower tu buatkan orang yang tak faham; menjadi salah faham dan memberi komen serta pendapat yang berbeza.

Aku dengar rata-rata menyeret nama aku juga di dalam komen di laman sosial yang lain apabila ramai mengata tentang baby shower Rebecca Nur Islam dan tak kurang juga yang terkejut dengan lukisan yang dilukis di perut comel Yasmin Hani. Gambar tu apa yang aku faham, hanya untuk simpanan mereka suami isteri. Tak sengaja pula terkeluar. Kesian Yasmin Hani yang bercerita pada aku. Tertekan dan menangis seharian. Aku sabarkan ibu kali pertama yang sedang sarat 8 bulan itu. Hmmm… apa nak buat.. dah terkeluar dan dah berlaku.

Pada mereka yang mengutuk tanpa usul periksa pula; tanpa berfikiran waras dengan mudah mengata dan langsung menghina Yasmin. Tak fikir ya bagaimana penerimaan dan tertekannya dia yang sedang sarat tu? Yang tak pernah merasa, memang lah tak tahu bagaimana perasaan ibu mengandung. Lagi pulak sedang sarat macam Yasmin Hani dan aku. Ya memang betul aurat menunjukkan perut. Tapi kan ke dia kata gambar tu asalnya untuk simpanan sendiri? Janganlah dijatuhkan hukuman pada dia. Niatnya untuk ditatap kemudian hari apabila anaknya besar kelak – itu aku pasti. Bukan dia saja yang buat. Bukan artis saja yang buat. Ramai lagi orang di luar sana dah buat. Itu dah jadi kebiasaan wanita yang mengandung buat kali pertama, kedua mahu pun ketiga.

Setiap wanita merasa amat bahagia dan istimewa apabila mengetahui dirinya mengandung. Anugerah Allah yang tak ternilai. Tak semua wanita berpeluang, hanya sesetengahnya sahaja. Nak mengandung juga bukannya mudah. Perasaannya amat istimewa – tak tergambar melalui perkataan. Betapa besarnya rahmat Tuhan. Memang nak buat macam-macam untuk disimpan sebagai kenangan kelak. Semuanya ada cara yang tersendiri. Aku simpan gambar dan jurnal yang dihadiahkan Ning. A very nice journal. Aku simpankan untuk ditatap sebagai kenangan apabila anak aku besar nanti supaya dia tahu bagaimana rupa aku mengandungkannya dan betapa besarnya perut aku. Untuk Ayu dulu aku buat hanya satu album.  Masa tu aku kurang kreatif macam sekarang. Kesian Ayu. But she enjoys to look at all of her pictures.

So, itulah yang buatkan aku terbantut nak bercerita behind the making of the baby shower.  Terus terpadam hasrat nak share gambar-gambar juga. Takpelah, yang mana dah follow kat instagram tu, dah tengok pun. Ada juga gambar-gambar yang diambil di instagram aku yang dijadikan bahan umpatan sesetengah orang. Aku tahu. Ada ‘mata-mata’ bagitahu. Tapi malas aku nak baca. Buat mengganggu mood saja. Aku tak pedulikannya – unless ada teguran yang membina dan tidak berbaur hinaan dan kutukkan.

Maaf ya jika ada yang terganggu melihatkan gambar-gambar aku di Instagram. Sorry kalau agak seksi. Baju tanpa lengan yang aku pakai dihadiahkan oleh Ning dan aku sangat suka sekarang ni pakai baju macam tu. Kalau di rumah pun, memang sleeveless lah yang aku pilih. Badan mudah panas dan berpeluh sekarang ini. Ianya bukanlah satu alasan yang aku nak bagi di sini kerana aku mengenakan baju tanpa lengan. Tapi rasa aku, dulu pun (semasa mula jadi penyanyi) aku memang gemarkan sleeveless. Banyak kot baju macam tu yang aku ada dulu dan kini. Agaknya dulu takde laman sosial untuk dikutuk, jadi taklah aku dengar.

Ada juga yang rajin bagi komen yang membezakan aku dulu dan kini. Kalau nak tahu, dulu aku lagi teruk. Tapi tak payah lah aku nak cerita macam mana teruknya dulu. Itu dulu. Dulu dan sekarang not equal. Yang sekarang ini penting – untuk masa depan. Jangan lah nak bezakan dulu dengan orang itu lain, sekarang dengan mat saleh lain. Tapi, memang lain pun!  Betul yang kata lain tu. Aku sekarang lebih waras dan more positive. Happy pulak tu! Alhamdulillah… Syukur sangat-sangat..

Dulu aku tak happy macam sekarang. Kusam je muka sebab lebih banyak makan hati. And to think of it, I’m so amazed with some people yang lebih arif tentang hidup aku dulu dan sekarang! Amazing! And I’m so glad to know that I’m so important in their life. Sebab itulah mereka sanggup mengadili dan ambil tahu lebih-lebih tentang aku.  Thank you dear darlings. Appreciate it! My husband always remind me to say thank you to those yang ambil tahu (yang cara baik mahupun tidak). So kalau ada yang aku reply di mana-mana ‘thank you’ dalam huruf kecil, bermaksud aku really mean it. Tetapi, kalau dalam huruf besar tu, ada maksud yang lain di situ. Hehehe…

Haiiii…. Macam-macam… sigh… aku langsung tidak mahu judge dan tak mahu menjatuhkan hukum pada mereka yang mengutuk dan menghina. Biarlah Allah saja yang mengadili dan Dia Maha Mengetahui segalanya dan berhak menghukum semua hambaNya. Aku maafkan mereka dan aku berterima kasih kerana sedekahkan pahala mereka buat aku yang serba kekurangan ini. Harus diingatkan, apabila kita bercerita dan mengata tentang orang lain, bukannya orang itu yang kita ceritakan. Sebaliknya kita bercerita tentang siapakah kita sebenarnya. Aku juga  mahu lebih berhati-hati apabila aku menulis dan memberi pendapat tentang orang lain.

Dalam entry yang sebelum ini, mungkin ada yang salah faham mengatakan aku menghukum dan mengadili Adi Putra. Terpulanglah kepada yang membaca. Aku tidak berniat begitu. Mungkin olahan aku kurang baik, sebab itulah ada yang salah faham. Aku mohon maaf. Ada beberapa komen yang tak aku approve kan untuk disiar di ruangan komen sebab emo sangat bunyinya. Ada yang kata tahniah sebab berjaya jatuh hukum. Aku termenung jap. Lepas tu aku gelak! Hahahaha… satu je komen yang macam tu pun.. hehehe… terpulanglah labu.. tak pulak aku berniat begitu. Yang pasti, aku akan lebih berhati-hati di masa yang akan datang.

P/S:  Thank you my dear darling friends Ning Dalton, Zahida Rafik, Ina Mohd, Yus Alighor, Nora Habibur Rahman, Ayie Stailista, Dynas Mokhtar, dan Daphne Iking for the efforts & time you guys took to organize such a fun baby shower for us.  We had so much fun! I know now why some that never experienced the baby shower got so jealous of us! Hahahhahaa… Thanks to all the guests too!

Advertisements

12 Comments on “TERBANTUT SEMUANYA… JUDGEMENTAL NYA DIA…

  1. kesian nurul….mmg saya ada baca dan tgk gamba tu kat salah satu blog…ramai sgt yg mengutuk dr mendoakan…sabar byk2 yer nurul….saya pun ada komen kat blog tu apa itu baby shower as my husband is american…balik2 saya pulak yg kena hentam…actually mmg betul baby shower tu berasal dr amerika…tetapi itu bkn budaya dorg sebenarnyer…apa yg saya tau dr my MIL dgn org2 kat sini…dorg kata baby shower tu pun ada yg amalkn ada yg tidak…trpulang pd individu…baby shower tu bg dorg sama laa mcm niat nurul jugak laarr….dorg buat utk menyambut kehadiran bakal baby…brserta dgn sesiapa yg nk bg hadiah tu bleh ler bg sblm baby lahir…sbb bg dorg bila baby dlm pantang nihh dorg mmg xgalakkan sesiapa melawat demi kesihatan baby…sbbnyer takut virus atau bakteria yg dibawa dr individu mudah trkena baby…kalu nk pergi tgk pun kena basuh tgn bagai atau guna sanitizer…itu laa sebenarnyer baby shower tu…xder istilah budaya atau unsur2 keagamaan pun….xper laa nurul sabar jerlaa byk2 yer…itu lah harga yg kite kena byar bila brsuamikn mat saleh nihh….take care yer nurul…love u much

    • Hello atievan. Thanks for your komen. Takpe.. kita sabar je. Juat ignore all these unhappy people. Thanks for reading. Appreciate your sharing too.

  2. To you,Yasmin Hani or whoever wish to enjoy their life to the maximum…am just happy for all of u guys. Lantaklah apa org nk ckp…..Nurul,pls let Yasmin know that she’s awesome no matter what ok!!!

  3. kak Nurul, susah kita nak puaskan hati semua orang. Yang penting niat dan hati kita ikhlas apa yang kita buat. I’m happy to see you happy dgn Eric. Semoga baby yang akan lahir nanti comel dan sihat sejahtera. Amin…

  4. Kak Nurul, susah kita nak puaskan hati semua orangkan. Semuanya ada perangai masing2. Tapi apa yang penting niat dan tujuan kita itu ikhlas dan tidak memudaratkan. I’m happy to see you & Eric.. Semoga baby yang lahir nanti sihat dan comel. Amin

  5. Hi Nurul!! You are looking hot as ever!! how is life treating you?? I haven’t done my research on baby shower but apparently the Americans started the trend. I had my baby shower last year organised by my kiwi in laws 🙂 I got lotsa baby clothes and other knick knacks on top of that we had an awesome time!! Seriously people need to adapt to change!! Ni bukan zaman batu lagi bahh lol! Not sure if kak Nurul masih ingat sy I was one of your protégés ;))

  6. Sikap org kita mmg suka mengata. Nak buat mcmana? Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Asalkan kita bahagia dan tak melanggar mana2 tatasusila dan hukum-hakam sepatutnya, pedulikan aje kata2 mereka yang berhasad dengki.

  7. Ada jugak gambar perut yg maha besar..hahaha! Semua pun utk simpanan sendiri laki bini. So what?!

    Sabar ek. Kurang kasih sayang kot depa ni.

    • Terlalu la la cik oiii depa ni. Susah nak cakap. Sat gi kata lebih2 kita lagi dihina Dan dicacinya. Jadi bo layan senang. Takklah kita letak.diri kita pun serendah depa kan na.. Kesian depa ni..

      • Salam kak nurul… lalui hari2 terakhir sebagai ibu mengadung dengan hati yang tenang serta ceria dan jangan lupa banyakkan solat sunat agar dipermudahkan apabila tiba masa untuk bersalin nanti.. Semoga selamat bersalin.. selamat semuanya.. dan moga2 dikurniakan baby yang sihat, cukup sifat dan sangat comel…. Amin… Luv u…

  8. salam kak nurul,
    x salah apa yg kite nk buat, mcm kak nurl, sy tgk pic tu tak ada lah over sgt..
    cuma rasa sedih bila tgk puc yasmin hani tu, siap tunjuk perut kat public..
    kalau setakat simpan pic tu,x apalah, ni 1 dunia dapt tgk perut dia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: