MAAF… SELEPAS LAMA BERDIAM…. YEAAAYY!! IT’S ONE YEAR!

Maaf beribu ampun! Masih di bulan Syawal, jadi boleh minta maaf lagi… hahhhaa.. nak minta maaf bulan bila pun boleh… heheheh.. saja mulakan ayat dengan maaf… ye mohon maaf sebab semenjak balik – dah lebih dua  minggu, tak update pun new entry. Ada yang dah mengingatkan. Terima kasih kerana mahu membaca dan menyokong blog aku yang teramat hijau ini.

Semenjak balik, busy dengan macam-macam! Open house dan wedding invitation – sudah tentu. Aku tak lepaskan peluang yang ada sebab dah kempunan sangat nak makan rendang, ketupat serta kuih raya! Senang cakap, kempunan semua masakan melayu! Lepas dua hari berehat, dah terus menjengah ke open house yang dijemput oleh seorang teman baik. Makan tak toleh kiri kanan! Terlalu rindu dengan masakan Malaysia.

Walau bagaimanapun, keadaan aku, membataskan perjalanan. Aku dah tak larat nak drive jauh-jauh lagi. Paling jauh hanya Ampang & Bangsar! Dah start sakit belakang dan tak selesa dengan stering di depan perut. Adakala jika keluar dengan Eric, dia yang akan memandu. Nasib baik ada ‘reserved player!’ hahhahaa….

Dalam pada busy dengan open house dan wedding tu, macam-macam juga berlaku di sekekliling aku  yang membuatkan aku banyak berfikir. Maklum  saja hormone mengandung ni tak menentu. Up and down. Adakala okay, adakala emo terlebih. Trimester ketiga ni memang berbeza. Satu perkara je boleh dibuat dalam sehari. Kalau dua tiga meeting atau apa-apa, aku akan terkelepek kepenatan. Errrr… ada ke perkataan ‘terkelepek’ tu? Hahahha… memang takde la kan.. bahasa pasar ada la kot.. aku pasti ramai yang faham. Jangan digunakan perkataan itu di dalam penulisan ya. Marah pula Dewan Bahasa Dan Pustaka!

So, dalam banyak berfikir tu, aku terlepas hari penting untuk blog ini. Ya! Blog ini telah berusia 1 tahun tanggal 29 Ogos yang lalu. Terima kasih kepada semua 200,000 pembaca dan follower blog ini. I do really appreciate it. Happy 1st anniversary to all of us! Ya anniversary kita… tanpa kalian membaca, blog ini tidak mungkin akan mendapat perhatian dari pihak lain juga. Terima kasih! Thank you! Merci beaucoup!

Aku tak sangka sebenarnya secepat ini aku akan mencapai target pertama 100,000 pembaca di dalam tahun pertama. Kalian telah menjadikannya double hanya di dalam masa yang singkat. Less than one year! Memanglah rasa terharu. Bagi aku apa lah sangat tulisan aku ni.. biasa-biasa je… hanya mahu berkongsi  apa pendapat dan fikiran aku tentang keadaan semasa dan update aktiviti aku sahaja. Terima kasih.. terima kasih…

Namun, aku mohon maaf kerana tidak dapat mengadakan majlis sambutan ulangtahun blog ini di atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.  Antarnya kerana keadaan aku yang memboyot besar ni.. dah tak larat you all! Takpe.. kita buat nanti selepas aku bersalin! Lagipun, ada lebih masa sementara menunggu aku lepas pantang untuk menyusun dan merancang segalanya selepas itu. Jadi, doakan semuanya berjalan lancar ya!

Masa memang pantas berlalu. Oktober semakin hampir. Dua gementar yang aku ada. Of course satunya nak bersalin pada awal bulan itu; dan keduanya untuk Ayu. PMR semakin dekat.  Hari dekat-dekat sama dengan tarikh aku bersalin. Stress Ayu di sekolah, semakin menjadi-jadi. Sehingga bergaduh dengan kawan-kawan baiknya. Biasalah, remaja. Masih belum mampu mengawal emosi dan perasaan. Aku hanya mampu menasihatinya supaya dia lebih tenang dan dapat memberi sepenuh perhatian kepada PMR nanti. Dia stress, aku pun stress! Tak boleh lari.. dia mahu buat yang terbaik.

Maklum saja, sekolah juga beri tekanan yang tinggi. Macam yang aku ceritakan di dalam entry yang sebelum ini beberapa bulan yang lalu. Sekolah pun kejar point dan kedudukan dengan sekolah-sekolah yang lain. Jadi, tekanan cikgu-cikgu juga hebat! Cuma yang aku tak gemar tu, mereka suka menggunakan ayat-ayat yang sangat kasar sehingga menganggu pemikiran student di sana. Apa boleh buat.. report jabatan pendidikan sahaja.

Kalau dilaporkan pada cikgu juga, lain jadinya. Anak kita pula dijadikan bahan umpatan dan gelaran yang bukan-bukan. So, mama Ayu pun kenalah sabar. Nak cakap lebih-lebih nanti, dikatakan pula kita ni mengada-ngada sebab selebriti. Hmmm… semuanya serba tak kena. Boleh marah anak dara aku tu, bukannya tak boleh, dia perlu ditegur juga. Cuma kena ada caranya. Anak aku sekarang banyak berubah, jika aku sendiri tegur pun, akan jadi masalah. Walaupun ditegur dengan baik. Kenapa? Sebab di sekolah cikgu dah biasa menegur dengan menggunakan perkataan-perkataan kesat.

Jadi, bila aku tegur, di dalam fikirannya, aku seperti cikgunya. Dia menunjukkan emosinya dan dah pandai menjawab. Jika ditekan, memang anak remaja akan bertindak sebegitu. Aku juga sebagai parents tertekan! Sakit pulak hati kita.. itulah beberapa perkara di dalam banyak-banyak perkara yang berlaku semenjak aku balik dari France. Emosi memang agak terganggu. Sebab itulah aku diam aje dari menulis. Tak dapat idea langsung nak menyusun ayat! I wonder how all journalists do their daily work dengan menulis banyak artikel satu hari.

Dalam masa yang sama, perancangan karier juga rancak dijalankan. Planning untuk Disember yang akan datang. Aku bercuti dan berehat dari aktiviti nyanyian dari Ogos sehingga akhir November. InsyaAllah semuanya akan bersambung seperti biasa pada Disember 2013.

Untuk kalian, insyaAllah gambar pertama bayi lelaki yang bakal lahir nanti, akan dipaparkan di sini. Aku dan suami mengambil keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan anak kami sehingga dia menjangkau usia yang tertentu.  Hanya satu atau dua gambar akan disiarkan buat tatapan semua. Alaaa.. anak kami bukannya anak Raja seperti Kate & William.. so, kami taknak tayang lebih-lebih, nanti ada pula yang mengatakan kami mahu eksploitasi anak kami tu. Lagipun, semuanya demi keselamatannya di masa akan datang. Macam-macam sekarang di Malaysia ni. So, lebih baik ambil langkah berjaga-jaga.

Ada banyak pula nak bercerita bila dah mula menulis. I will write in the coming entry, insyaAllah. Terima kasih sekali lagi buat semua yang menyokong dan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan aku.  Banyak juga komen yang tak sempat aku balas. But don’t worry, aku baca setiap komen kalian. Don’t feel bad kalau aku tak reply, okay! Kalian sentiasa di dalam ingatan dan doa. Semoga Allah balas jasa baik kalian terhadap aku… amin… Take care all!

p/s: hari ni meeting dengan penyanyi muda bintang reality yang handsome dan macho untuk projek bersama kami! Aku sangat terharu! Soon… all of you will know who and what! Tunggu ya!

Advertisements

12 Comments on “MAAF… SELEPAS LAMA BERDIAM…. YEAAAYY!! IT’S ONE YEAR!

  1. Happy 1st anniversary..:)
    Masakan melayu memang y terbaik & xdapat dilupakan terutama sekali bila jadi perantau,confirm balik jadi gian semacam hehe..
    InsyaAllah,Ayu akan cemerlang dlam PMR dia..biasalah kalu dah nak dekat peperiksaan penting macam tu,bukan cikgu dengan pelajar jer stress,kadg2 sampai mak bapak sekali,macam y akak kata 🙂
    akak gementar tp kami teruja nak tengok junior kak Nurul & Eric..
    cepat2 ye letak gambar baby nanti,hehe..

  2. Happy 1st anniversary…teruskan menulis ok.saya suka baca tulisan nurul…good luck utk ayu yg nak ambil pmr…same dgn daughter saya dan my son yg nk ambil upsr lagi beberapa hari je lagi…dan selamat hari merdeka… 😉

  3. happy 1st anniversary ….welcome home to Msia. Rindu nye akak dgn ur entry. Take care.

  4. Alhamdulilah… dah setahun yer…cepat masa berlalu, kadang2 dgn menulis ni dpt menghilangkan stress. ..
    TERUS MENULIS MENULIS kak nurul..saya tetap menyokong dari belakang..

  5. Happy Anniversary… and welcome back home Kak Nurul. I thought you are going to deliver in France. Take care

  6. Yayyy ada crita baru…
    Happy anniversary…ada majlis sambutan ya…syok tu 😉
    cant wait to see your baby! 🙂 🙂 🙂

  7. (^_~)….hepi 1st anniversary Nurul…glad 2 hear frm u again…wish u hv a great n sweet day ahead dear…all the best mmmmuuaahhhss..

  8. salam kak nurul..
    happy baca entry kak nurul dan sentiasa ternanti-nantikan tulisan sis..happy 1st Anniversary..good luck for Ayu yg nak amik PMR tu..’m waiting for u’r next writing..salam sayang

  9. take care nurul hope ur delivery goes well… cant wait to look forward your baby! yeahh

  10. Penyanyi Hitam Manis yang maintan cun dari saya kecils sampailah saya dah menjengah ke usia 30’an. Take care sis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: