KENA ‘HALAU’! … ALAHAI IBU MERTUA KU!

Seronoknya tengok semua beraya. Hari ni raya yang ke-5 – meriah betul tahun ni – melalui Instagram yang aku tengok la… Kawan-kawan semuanya bukan main beraya. I’m happy for them. Aku yang di perantauan ni, tak kurang meriahnya. Habis semua lauk pauk yang aku masak dimakan oleh mertua dan tetamu yang kami jemput. Takdelah ramai mana pun, hanya dua orang aku jemput! Kawan parent in law dan Eric yang selalu menjemput kami makan di rumah mereka. Dah alang-alang raya, aku jemput pula diaorang untuk makan dan menjamah makanan melayu kita.

Ada satu video aku letakkan untuk tatapan semua di youtube. Aku hanya masak rendang, lemang, nasi impit , kuah kacang dan kari saja. Suka benar diaorang makan. Itu bukan yang dibuat fresh. Hanya rendang & kuah kacang precook dari Brahim’s.  Aku memang bawa dari KL. Dah memang plan awal-awal.

Seronok tengok diaorang makan. Habis semuanya. Orang Perancis ni, makan makanan apa pun, mesti ada roti (baguette). Jadi, roti tu digunakan untuk menyapu kuah rendang dan kari yang tinggal di dalam pinggan! Bersih pinggan ‘dicuci’ oleh roti! Hahhahaa…  Rendang & kari yang paling disukai.  Tak kurang juga dengan kuah kacang. Siap jemputan kami ambil resepi! Di  sini susah nak cari segala lengkuas dan bahan-bahan untuk rendang. Jadi aku terpaksalah hantar nanti kepadanya.  Lepas makan semua mata layu dek penangan lemang!


Tradisi orang sini, bila makan pagi, tengahari atau malam – mereka akan mengambil masa yang panjang. Semasa raya tempohari, percaya tak kami makan selama 6 jam! Mesti ada entrée (salad), main course (rendang, nasi impit, kari, lemang, kuah kacang); pelbagai jenis keju, dessert dan akhirnya kopi. Bersembang lagi dan make jokes! Memang mereka appreciate food. Itu French! Bapak mertua aku pula, 3 hari berturut-turut dengan lebihan kari yang ada. Dia simpan sebab nak makan dengan pasta. Nasib rendang dah habis. Kalau tak mahu juga dia makan berhari-hari! Dia suka rendang, dia tengok kari pun, dia panggil rendang! Kelakar sebutan rendangnya. Dia sebut seperti berbunyi ‘remdam!’ Hahahha..

Pengalaman berada di meja makan yang lama, memang dah aku belajar semenjak kenal & berkahwin dengan Eric. Ayu yang tak pernah tahu akan keadaan itu, pada mulanya naik bosan juga. Sekarang dia dah tahu. Di meja makan lah selalunya family nak sembang atau update apa-apa info. She’s okay now.

Itu perihal raya dan makanan… Alhamdulillah all went good. Cuma aku kerinduan. Itu saja. Boleh tahan sebenarnya rindu tu. Adakala perlu berjauhan macam ni sebab bagus untuk test feeling! Hahahhaa…. Psycho diri sendiri sebenarnya! Yang nyata, aku tak suka. Tapi banyak pengalaman yang aku timba di sini. Alhamdulillah French speaking getting better but still broken French! Vocabulary dah bertambah dan aku semakin faham bagaimana penggunaan bahasa di sini. Aku juga makin faham akan budaya orang di sini. Banyak perbezaan budaya antara orang Perancis dan negara lain. Yang paling aku suka, mereka sering mengucapkan hello atau salam apabila bertembung di mana-mana sahaja. Walaupun tak kenal, mereka akan sebut bonjour! Sungguh ramah dan mesra semuanya. Aku suka akan keadaan itu. Aku ni kan ke terlebih ramah juga! Hahhhaa…

Ketika aku menulis entry ini, beg dah siap aku pack! Ya!! Esok pulang ke Malaysia! Ya!! Aku kena ‘halau!’ Ceritanya…. Kalut betul jadinya! Hahahaha… mak mertua aku yang penuh kasih sayang tu, risau dnegan keadaan aku yang selalu kena contraction. Dia risau aku akan bersalin di Saint Die ni! Aku ni pun satu… asyik cakap je aku sakit perut! Takut le orang tua tu. Manalah aku tahu dia sedikit beremosi dan panic. Lagi pulak ini cucu pertama mereka selepas 48 tahun! Tak pernah ada cucu. Aku tak terfikir. Germaine selalu bilang dia dah lupa bagaimana pengalamannya dulu mengandungkan Eric.  Jadi, dia tak dapat nak tolong aku. Memanglah lupa. Dah lama bebenor!

Salah satu hari dalam minggu lalu, aku alami sedikit contaction dan sakit di malam hari. Itulah yang trigger Germaine panic dan aku dikejarkan ke hospital dek ketakutan! Aku okay je. Mak mertua aku yang takut sangat dan jangan tak tahu, dia menangis! Risau akan sesuatu berlaku kepada cucunya. Walaupun dah aku pujuk dan nyatakan semuanya okay, dia tak percaya. Dia nak aku pergi juga hospital untuk check keadaan baby dan kalau boleh pulang ke Malaysia awal. Aku yang dengar perkataan pulang – apa lagi, memang le seronok! Memang dah ada rasa nak balik! Hahahah… Doktor yang memeriksa juga menasihati aku untuk pulang awal seminggu ke Malaysia! Terima kasih doctor.. tak le sakit menahan rindu. Yaaahooooo!!!! Pulang… marilah pulang.. marilah pulang bersama-sama! Seronok bukan main!

Kelakar bila aku ingatkannya semula. Kata Germaine, dia punya tanggungjawab yang besar bila aku tiba di sini. Harus menjaga aku sebaik mungkin supaya tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada aku dan kandungan ni. Jika berlaku apa-apa, dia tak dapat menerima keadaan tersebut. Seringkali aku sabarkan dia.. lain pula jadinya. Ibu mertua ku hatinya sangat baik dan lembut. Penuh kasih sayang – terlebih!  Aku tak mampu nak mengawal emosinya. Jadi, aku pun ambil keputusan untuk pulang sahaja bersamanya ke Malaysia. Sememangnya dia akan ke sana menunggu kelahiran cucu pertamanya.

Aku pun rasa tak best bila dia asyik termenung risau dan banyak berfikir akan aku.  Ye lah.. orang tua… 73 tahun, bukannya usia 37.. lain pemikiran mereka. Biasanya terlebih emosi dan kurang sedikit berfikir dengan lojik. Jiwa mereka penuh kerisauan dan sering berfikir yang bukan-bukan. Aku pun taknak susahkan hatinya. Takut pula kena heart attack!

Aku beruntung punyai ibu bapa mertua yang keduanya menyayangi aku seadanya. Merekalah pengganti arwah mak & abah. Aku macam princess dibuatnya! Eric pun jealous! Hahahhaah… sorry baby, I stole your limelight! Soon mine will be stolen too by the baby!

Baguslah pulang awal.. aku pun naik rimas juga bila jiran dan rakan-rakan mertua yang bertandang ke rumah sering berkata perut aku ke bawah. Baby dah ke bawah. Ni mest bersalin awal. Baby boy pulak tu. Dah la aku ni ni 7 bulan setengah. Nervous sekejap dengar macam tu. Naik rimas! Orang Penang kata rimas perut! Pada mereka kepercayaannya baby boy akan bersalin awal! Hello!! Don’t feed me with all the thoughts! Tak suka! Tak suka! Tak suka! Tapi aku tak mampu nak mengawalnya. Maklumlah, emosi orang pregnant bila dah dekat-dekat hari ni, lain sikit. Aku akui, sering juga menangis sebab satunya rindu dan risau! Aku ni pulak ada satu kepercayaan yang mana, bila fikiran sering berfikir begitu, ianya akan berlaku. So, bagi aku, aku taknak berfikir begitu, jangan dimuatkan pemikiran yang aku tak mahu.

Macam-macam… kelakar.. kelakar.. lega.. esok dah nak balik.. Flight dari Paris jam 12 tengahari – 6 petang waktu Malaysia dan akan tiba Rabu jam 6 pagi di KLIA. Tak sabarnya nak jumpa buah hati dan anak dara ku. Yang best nak makan lemang & rendang! Dah ada beberapa jemputan open house juga. KL, aku pulang!!! Yahooooo!

Advertisements

16 Comments on “KENA ‘HALAU’! … ALAHAI IBU MERTUA KU!

  1. nurul..spelling kena pebetoi.. “rimaih peghot” hahaha… anyway welcome back 😀

  2. selamat kembali ke Malaysia kak nurul… akhirnya dapat gak balik awal ye?? hehehe… selamat hari raya… 🙂

  3. selamat pulang ke tanah air nurul….saya jugak laarrr tak balik2 lg….dh 3kali raya dh masih kat bumi USA nihh…..btw seronok baca cerita nurul kali nihhh….lebih krg sama dgn apa yg saya alami kat sini…..mcm tu laarrr kannn kalu dh cucu sulung nihh…..risau terlebih xboleh nk elak…..apa2 pun sori to say nurul mmg baby boy lahir awal dr jangkaan sbb saya pun mcm tu gak thn lps….apa2 pun saya doakn segalanyer selamat utk nurul nnti…..jgn lupa amal surah maryam utk mudah bersalin nnti yer…selamat hari raya nurul&eric maaf zahir&batin

  4. …best nyer nurul dpt mertua yg penyayang…gembira lihat nurul semakin bahagia……SELAMAT PULANG N SELAMAT HARI RAYA….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: