SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. JANGAN NANGIS-NANGIS!

Selamat hari raya buat semua di Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura dan semua negara yang mengikuti blog ini. Bagaimana dengan raya kalian tahun ini? Diharap semuanya bergembira dan berbahagia di Lebaran ini. Kepada yang kehilangan insan tercinta, aku doakan semoga kalian tabah menerima hakikat kehidupan ini. Kita percaya akan Qada & Qadar.  Setiap yang hidup, pasti akan pergi menemui penciptaNya. Take it easy. Jika kita menerima hakikat kehidupan sedemikian, insyaAllah kita bisa menerimanya. Sedih… mananya tak sedih.

Raya tahun ini, aku dapat banyak berita dari teman-teman yang kehilangan ibu bapa atau insan tersayang. Al fatihah buat yang telah pergi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku sendiri dah banyak tahun tak berpuasa & beraya dengan Mak & Abah. Keduanya pergi menemui Illahi lebih dari 10 tahun yang lalu. Tatkala Syawal menjelma, terasa juga akan kehilangan kedua bonda. Aku ni tak suka sedih-sedih. Bila nak sedih, sedih betul. Lepas tu rasa tak best bila nangis. Jadi, aku pastikan aku akan psycho diri aku kalau nak rasa sedih. Cepat-cepat twist pemikiran kepada yang positif.

Bagaimana pula sekian wanita yang kembali solo meraikan raya tahun ini? Hey, I’ve been there & done that. Don’t be sad and make yourself happy. Kepada yang masih ada parents, aku pasti mereka tak terasa sangat beraya tanpa suami. Aku dulu beraya sorang dan tiada ibu bapa. Sedih le jugak tapi aku buat happy. Masak macam-macam! Akhirnya takde orang yang makan! Hahhaa.. it was so funny…. Hati bukan main bulat & semangat sebab tersangat sakit sebelumnya. Jadi, memang seronok nak beraya sorang.

Jauh dan dalam hati tu, adalah juga sedihnya. Sedih & sayu kerana keseorangan tanpa mak & abah. Jika mereka ada, mungkin berbeza. Takdelah rasa keseorangan terkontang kanting macam berada di gurun sahara! Pulang ke kampung halaman, hanya menambahkan sayu. Ke kubur abah & mak – jangan ceritalah, menangis macam filem Hindustan! Itu pengalaman pertama aku beraya selepas aku ambil keputusan untuk kembali solo. I took the decision & I have to be responsible on my emotions & what will happen next! Itu yang ada di dalam fikiran aku.

Tahun ini tahun ke 8 Ayu beraya dengan bapanya. Memang itu keputusan dan persetujuan di dalam agreement kami setelah berpisah. Ayu harus beraya bersama bapanya pada raya pertama. Raya ketiga ke atas, barulah bersama aku. Tahun ini aku agak terasa kerana sepatutnya aku beraya dengan Ayu.  Dah aku janji. Tapi lain pula keputusan yang aku ambil. Salah aku. Tak check date betul-betul. Manalah Eric tahu yang raya tu jatuh 8 Ogos. Aku pun tak brief dia. Dia pun book lah tiket flight awal-awal.  Apalah Nurul Wahab ni.. Nasib baik anak dara aku tu faham. Tapi nangis le jugak dia bila aku bagitahu.

Dalam kepala ni terbayang-bayang dia nangis pada malam aku beritahu dia yang plan bertukar. Aku pun serba salah juga dibuatnya kerana aku ni always follow by the rules. Aku tahu bapaknya akan bagi kalau Ayu minta untuk beraya dengan aku kali ini. Tapi dalam hati bimbang andai ianya bisa mengundang kemelut kemudiannya.  Bukannya mudah bila bercerai ni. Susah aku nak cerita. Biar aku simpan saja ya!

Hanya gambar di instagram dan Whatsapp dapat melepaskan rindu aku pada anak dara yang semakin tinggi itu. Dia happy. Macam-macam dia dapat.  Alhamdulillah..  Ibu mana tak terasa jika anak berjauhan.. lagi pulak di hari raya. Nanti bila dia dah habis sekolah, dia mungkin berjauhan juga – Aku ambil pendekatan yang aku sedang practice untuk dia beraya di perantauan andai dia dapat belajar di university di negara lain kelak.

Aku pasti bukan aku sorang saja yang rasa macam ni. Hanya ibu yang berstatus sama dengan aku saja faham bagaimana rasanya anak beraya dengan bapa dan tanpa ibunya. Dan anak-anak seperti Ayu sahaja yang faham dan merasa bagaimana sakitnya ibu bapanya beraya berasingan. Namun, apa yang aku lihat, Ayu seakan sudah ‘numb.’

Semua ibu macam tulah.. seramai mana anak yang ada – atau macam aku sekarang ni sedang pregnant dan menanti hari kelahiran anak baru; tetap aku terasa bila Ayu tiada di sini. Setiap anak ada special nya. setiap ibu rasa akan tanggungjawabnya.

Kepada wanita atau para suami yang ditinggalkan dan beraya sorang kali ni – focus finding a new one! Hahhaha.. ni aku reverse psycho sebenarnya. Toksah nak sedih-sedih. Orang dah taknak. So, cari orang yang nak! Ye, dia tak datang bergolek macam tu je. Tapi percayalah Allah nak temukan kalian dengan yang lebih baik dan Dia mahu kalian kuat. Belajar dari setiap apa yang telah berlaku kerana ianya satu pengalaman yang amat berharga yang tak semua orang dapat! Bersyukurlah! So, smile now & do the things that make you happy!

Itulah pengalaman hidup. Apa-apa pun ianya harus diteruskan. Selagi nyawa dikandung badan, kita bertanggungjawab ke atas diri dan kehidupan yang telah dikurniakan Allah Taala. Jangan sesekali rasa menyesal di atas setiap yang berlaku di dalam hidup ini. Segalanya ada sebab yang tertentu. Harus menerimanya dengan tabah. Kena sentiasa positif. Aku tahu, cakap saja memang mudah. Yang menanggung dan menerima, hanya masing-masing tahu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi buat semua. Aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan buat semua yang setia membaca blog ini, andai kata ada yang aku coretkan selama ini, telah mengguris perasaan kalian. Semoga di rahmati Allah dan berbahagialah di Aidilfitri ini. Salam penuh kemaafan…

p/s: ini entry yang paling pendek yang pernah aku tulis! Hahahhaa…

Advertisements

9 Comments on “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. JANGAN NANGIS-NANGIS!

  1. Selamat Hari Raya Nurul & family.
    luv ur new photo up there…sexy & confident. and of course cantikkkk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: