KISAHNYA MERINDU! HAPPY BIRTHDAY HUBBY & AL FATIHAH BUAT ARWAH MAK…

Pernah tak berlaku –  masa kecik dulu kalau berjauhan dengan family – emak terutamanya – kita akan rasa rindu dan menangis? Pernah berlaku pada aku. Pertama kali ketika berusia 5 tahun kalau tak silap aku. Berjauhan sekejap dengan mak. Ceritanya pergi ke rumah Tok. Seronok main dengan kakak aku punya pasal, aku beritahu mak, taknak ikut mak balik. Mak berkali bertanya, betul ke taknak balik? Nanti rindu kat mak, nangis nanti. Aku dengan confident nya jawab, taklah.. okay.. seronok di sini.

Seronok masa hari pertama je… Lepas mak balik, esoknya aku dah menangis bagai nak rak! Tok pulak bukannya jenis yang cakap lembut. Garang ya amat! Mana boleh tunjuk menangis atau bagitahu dia..… mati aku kena marah balik! Pada kakak dan adik aku, Fizah & Syikin aku selalu menangis. Makan pun tak lalu.. asyik menangis je. Kak Fizah la yang kuat memujuk. Dia pun dah tak tahu nak buat apa. Masa tu, dia bukannya besar sangat. Hanya 3 tahun beza umurnya dengan aku. Dia  hanya 8 tahun.

Itulah kali pertama dalam hidup aku merasa & kenal apakah itu perasaan rindu.. mak aiihhh… sakitnya! Rindu mak paling teruk! Kelakar juga bila ingat semula. Kenangan itu hadir di dalam kepala ku semenjak Eric pulang ke KL seminggu lalu. Dah lama aku tak rasa rindu sebegini – jarang sangat-sangat selepas aku berusia 5 tahun; seperti peristiwa di rumah Tok di Sungai Bakap tu. Dalam keadaan sekarang ni, berjauhan dari suami dan anak, itu yang aku rasakan. Menangis juga di malam hari. Minggu ni dah sebulan aku di France. Rasa rindu yang sama – semasa aku kecik dulu.

Bukan rasa rindu saja, macam-macam dalam kepala ketika ini. Sebelum datang, tak terfikir pula keputusan yang aku confident putuskan; nak berada di sini 6 minggu – agak lama jangkamasanya. Itulah, buat keputusan dengan tak fikir dalam-dalam. Eric pun tak fikir masa tu yang aku akan sakit merindu macam ni..  dan sekarang  ni,  perasaan tak menentu… dalam kepala ni macam-macam terlintas.  Dah emo, tahu la kan.. Pertama sekali, aku terfikir tak nak bersalin disini. Fikiran kita ni memang kuat main game! Perasaan VS fikiran!

Sentiasa berdoa dan bercakap dengan baby di dalam ni, biar tunggu 9 bulan – sama dengan kakak Ayu. Padahal, kondisi aku dan baby okay je. Takde masalah apa-apa pun tapi nak juga fikir yang bukan-bukan. Aku tahu aku akan melahirkan genap 9 bulan kerana Ayu juga dilahirkan cukup 9 bulan. Yang pertama sebegitu, yang kedua dan selanjutnya juga akan sama, insyaAllah. Taknak di sini!!! Huwaaa… doctor sini berbeza caranya dengan di sana. Susah pula aku nak berpantang cara melayu kita di sini. Segala persiapan dan jamu di dalam pantang ada di KL. Panic juga bila fikir. Aku selalu beritahu fikiran aku ni, jangan fikir sedemikian. Bila takut, itu yang akan jadi.. No! No! No!  di Malaysia juga baby ni akan lahir.. InsyaAllah. Amin.

Mungkin agaknya dah tiba 7 bulan – aku agak panic! Minggu ni genap 29 minggu. Aku akan pulang ke Malaysia ketika kandungan berusia 32 minggu. MAS benarkan rakyat Malaysia yang pregnant, terbang sehingga 35 minggu. Dengan syarat tiada apa-apa kondisi atau masalah dengan kandungan. So far, Alhamdulillah. Aku tiada apa-apa masalah. Baby sihat dan aktif bergerak. Agaknya makin dekat hari, makin macam-macam fikirnya. I put the blame on the hormone! Hahaha.. itu yang sering aku beritahu Eric. Dia sering ketawa bila aku katakan sedemikian…

Ketika aku menulis entry ini (1hb ogos) hari ulangtahun ke 10 arwah mak meninggal. Mungkin sebab itulah makin kuat rasa rindu aku dengan semua yang ada di Malaysia, terutamanya dalam bulan Ramadhan ni. Al fatihah buat bonda tercinta. Rindu ya amat! Tambah-tambah nak dekat bersalin ni. Dulu masa aku melahirkan Ayu, dia yang jaga. Siap bawak segala persiapan untuk aku dari Penang. Naik bas pulak tu! Ya Allah, tempatkan ibu ku di dalam syurga Mu.. amin…

2 Ogos (hari ini) birthday Eric yang ke 48 pula. Birthday aku minggu lalu (27 Julai) juga kami tidak bersama. Memang lah lagi sedih kan… Tapi aku faham, dia terpaksa ke India atas urusan perniagaan. Sensitive satu hari jadinya aku last week! Emo gila!! Hari ni datang lagi rasa itu  kerana kesiankan hubby yang sorang-sorang sambut birthday. Tapi taklah teruk sangat macam minggu lepas. Katanya dah  biasa and of course better kalau aku dengan dia.

Aku dah sediakan sesuatu untuknya. Pagi nanti adik sekenit ku, si Pingu – yang sentiasa sedia membantu – akan menghantar kad dan juga sesuatu yang telah aku sediakan – sebagai surprise. Hari istimewanya, must treat him better! Namun katanya, hadiah paling bermakna padanya tahun ini adalah baby boy yang bakal lahir Oktober nanti. Alhamdulillah.. aku amat bersyukur. Terima kasih Allah. Aku amat bahagia.

Ayoooo.. emonya aku.. cool Nurul.. Cool… masa pantas berlalu.. sekejap je nanti dah balik.. itu yang selalu aku katakan… takpe .. experience…  kalau tak tahan juga, aku tukarlah nanti time dan tarikh pulang! Hahaha.. tapi kena bagi reason yang kuat pada Eric! Hehhee.. (evil mode) aku akan balik bersama Germain, ibu mertua ku pada 21 Ogos. Dalam fikiran ni terfikir je nak balik 15 Ogos! Hahahaa..

Aku di sini baik-baik saja. Dijaga seperti seorang puteri. Adakala mak mertua takut macam-macam untuk aku. Taknak apa-apa yang buruk belaku pada aku. Kalau dimop lantai, aku nak mula berjalan je, dia jerit! Katanya jangan! Licin – takut aku jatuh.. aduhai ibu mertua ku yang penuh kasih sayang. Ya … aku beruntung.. tapi naik rimas juga hahahha..  aku faham.. cucu pertama untuk mereka – selepas 48 tahun. Bersyukur saja ada ibu selepas mak pergi. Ada yang nak beri kasih sayang dan menjaga – aku bersyukur!  Tapi, tetap tak sama dengan mak sendiri.

Aku juga dapat memahami French dengan lebih baik sepanjang dah sebulan  di sini. Cuma adakala aku kurang confident nak bercakap je. Harus memberanikan diri. Dengan mak & bapa mertua je berani. Tu pun ambik masa nak hapuskan rasa takut dan malu. Kata Eric kalau tak bercakap, tak praktis. Kalau tak buat salah, tak belajar. So, aku perlu ada confident nak berkomunikasi..  Buat masa ni masih bercakap broken French! Takpelah, asalkan praktis!

Di sini, cuaca minggu ini agak panas – sehingga 40 darjah! Langit memang biru tapi panasnya berbeza dengan KL. Adakala panas dengan angin yang sejuk tetapi rasanya sangat kering. Di Malaysia, memang panas tetapi sedikit lembab. Berbeza. Orang sini memang tak tahan panas. Ibu bapa mertua aku nak naik pengsan jadinya. Bila hujan, benar hujan di sini. Memang tak keluar rumah. But no complain, I love the blue sky!

Cuaca yang cantik dan segala yang baik di sini, kurang bermakna tanpa orang yang aku sayangi. Rindu Ayu dan Eric gila-gila. Walaupun skype setiap hari sekarang, rasanya tetap tak sama seperti ada bersama.. permintaan aku jua nak ke sini untuk praktis kan bahasa perancis. Tak sangka pula aku akan merindu sebegini. Terganggu juga pelajaran. Namun aku cuba kuatkan jua hati. Jangan dilayan sangat perasaan emo tu. Si Pingu tempat mengadu! Terima kasih Pingu..

Takpe… kali ni je… taknak dah jauh-jauh! Lepas ni continue belajar Bahasa Perancis di Alliance Francais je di KL. Taknak lagi! Lagipun, memang takkanlah kan.. dah ada anak kecik lepas ni! Sakit merindu yang paling tak tenteram.. buat apa pun tak kena. Aku pasti anak aku & Eric juga begitu.. sebab tulah aku resah sebegini! Nak balik! Huwaaaa…..

p/s:  kelakar rasa. Macam budak kecik pula! Hahahhaa… ada hari okay.. kenanya hari ni kurang okay! hahaha.. Thanks for reading. lega rasa dapat luahkan!

Advertisements

42 Comments on “KISAHNYA MERINDU! HAPPY BIRTHDAY HUBBY & AL FATIHAH BUAT ARWAH MAK…

  1. Bday eric sama tarikh ngan hubby kak..sedey gak baca enri nurul kali ni..walaubagaimanapun nurul kena kuat semangat…

  2. Alfatihah buat arwah your mom & may Allah bless your hubby with good health.
    Take care Nurul 🙂

  3. luv to see your pics kat ig..cantik! and the quotes too. i always letak quotes di fb..kinda reminder utk diri sdiri.

  4. Assalammualaikum Nurul, nama saya Linda dari S’pore dna pernah mengambil Herbalife dan MEMANG berkesan. Tapi ni skrg dh lost track n tak tahu mana nk beli kat Spore, how to purchase Herbalife here in S’pore?

  5. Salam kak nurul, tengah ada masa ni, beteer belajar dulu, nanti dah ada anak kecil susah lak, kena menghadap baby…so ambil kesempatan ni utk belajar sebanyak yg mungkin ye…try the best….

  6. Assalam kak Nurul…amboi…sabaq sat…..dah x lama nk balik kl nuu….jangan dok keriau ngat aih…pak mertua ada, boleh ajak ptg2 naik bukit lgi bg hilg ghasa ghindu…hehe…chill ok…!

    • Hahahahaha… thanks Yatt. Memang pak.mentua da. Tapi tak sama dengan sang suami! Hahahahha

  7. alololo…. siannye kak nurul.. actually sy sangat memahami perasaan orang pregnant yang tengah merindu… rasa macam nak mati pon ade.. air mate ni jangan cakaplah.. asik nak manangis je kejenya.. hehehe.. kalau kak nurul tak tahan sangat balik je Malaysia.. orang pregnant ni kalau boleh nak dekat je dengan suami… apepun.. be good and take care..

    • Msahida betul tu. Dah mengalir air mata baca komen awak! Hahaha… stage ni memang emo ek.. thanks dear. Ya will see how.

  8. kak nurul rumah tok kat sg bakap kat mna?sya dok dekat ja….sorry cuma nak tau..

    • Hi zyzy. Dah tak duduk sana. Atok.pu dah meninggal. Kat jalan aman.

  9. Happy birthday to Eric…and Al Fatihah buat arwah mak Nurul. The saddened part is dia naik bas untuk bawak preparation pntang Nurul… 😥 moga dia ditempatkan bersama2 orang yanng soleh…Be strong Nurul.

  10. saya baca entri nurul ni, dan membayangkan nurul ikat tocang rambut dia sambil isap ibu jari..soooo cute..!!! take care..tak sabar nak degar bunyik baby boy soon

  11. sayang sayang sayang……jgn sedih…aku lagi sedih…dh x lama nk balik malaysia tuu..miss u…

    • Huwaaaaa…. lagi nangis baca komen hang! Hahahahaha… ya tak lama lagi
      Dah.. 16hari setengah hahahhahah

  12. I just pick-up your blog after reading Mstar online. Great writing keep it up. Looking forward reading your entree soon.

    mzm

  13. Rileks kak Nurul… Apa pun sentiasa tenang yer… Selamat hari raye.. Enjoy the view there and enjoy raya kat Perancis… 😀

  14. I’m just follow yr blog. Menarik..Banyak bersabar dok tpt orang. Selamat Hari Raya n moga selamat pulang ke M’sia.

  15. at last jumpa jugak blog nurul…best juga baca blog nurul nie…all the best ya

  16. Mmg bulan2 puasa ni terlebih feeling… Be strong! Kena banyakan berzikir. This year i tak balik raya kat KL so dok pasang youtube to get the raya feel and menangislah sorang. 😦

    Anyway, if you rajin and larat nak berjalan meh la beraya di Italy ok. Kalau nak makan rendang ka, kari mamak ka boleh la hidang. hehe…

    Selamat Hari Raya!

    Visit my blog;
    http://bellavitadiines.wordpress.com/

  17. Alamak.. Ternangis lah pulak baca entry u kali ni kak nurul. hehe..

  18. # Suka sangat baca coretan sis Nurul nie… best n tak membosankan 🙂 Good Job sis.

    • Salam kak. Thanks for reading tulisan yang tak seberapa ni.. how are you? Hope you are doing fine. See you around kak. Take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: