BELAJAR.. BELAJAR.. BELAJAR.. NAIK SEBU & RINDU!

Macam-macam ceritanya di Malaysia yang aku dengar melalui  media sosial – Instagram, Twitter dan Facebook. Cerita yang mahu memecah belahkan bangsa – antara melayu & cina; pelajar bukan islam diarahkan makan dalam tandas dan sebagainya. Alahai.. Siapalah yang suka menyebarkan cerita tak betul – especially pasal makan dalam tandas untuk pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ni? Aku terbaca satu ulasan dari seseorang yang aku tak pasti namanya di Facebook. Ada salah sangka rupanya. Dia ke sekolah itu untuk melihat keadaan yang sebenarnya. Tidak seperti yang digembar gemburkan. Alahai.. Si mulut jahat, kamu telah kecohkan satu Malaysia..Malah bisa menyebabkan perang! Nasib baik takde apa yang berlaku – I hope. Aku di sini, itu je yang aku tahu. Kena juga ambil tahu.

Dalam pada tu, masih hebat juga cerita si Ashraf Muslim ni. Aaahhhh.. Bosannya alasan lelaki-lelaki yang macam ni. Aku percaya bukan dia saja. Malah bukan pada lelaki melayu saja yang suka beralasan – semuanya! Tak kira bangsa. Namanya pun lelaki. Rimas bila baca. Nak naik  muntah pun ada. Senang je kalau dah tak mahu. Katakan saja. Jawab saja pada umum yang awak tu sememangnya berniat berkahwin lebih dari satu. Kan senang?!  Lelaki.. Lelaki… Belajarlah berterus terang. Face the fact. Better. Good for you & good for your spouse.

Aku berhenti di sini saja cerita pasal Ashraf. Hak dia, hidup dia. Cuma bila berlakunya macam ni, umum makin kenal perangai & tabiat sebenar seseorang itu. Kita doakan yang terbaik saja. Nak judge dia pun, bukan kerja kita. Lain kali aku cerita lagi soal lelaki. Meh  cerita pengalaman aku di sini pula.

24 hari lagi ke Kuala Lumpur! Ya, I’m counting days! Baru 5 hari tanpa Eric – aku dah menggelabah. Kami tak pernah berjauhan semenjak kami kenal 3 tahun yang lalu. Setahun selepas berkahwin, lagilah tak pernah jauh. Semakin dekat kerana sama-sama tinggal di bawah satu bumbung. Kalau dia jauh pun tak lebih dari 4 hari atau paling lama 10 hari. Rasa rindu dah mula menjengah. Dia di India sekarang untuk 7 hari. Dia menjalankan latihan untuk kumpulan pengedar Herbalife nya di sana.

Aku di sini bersama kedua parent in law. Tujuannya hanya satu – belajar French! Basic nya dah belajar dulu di Alliance Francais di Kuala Lumpur. Aku hanya perlu banyakkan vocabulary dan hanya perlu banyak bercakap bahasa yang banyak verb nya itu! So far so good. Tapi adakala macam ayam dan itik juga lah! Bahasa isyarat pun keluar bila ada sesuatu yang aku tak faham. Bapa mertua aku yang banyak mengajar dan menjelaskan segalanya. Dia arif tentang bahasa. Aku dah faham banyak juga. Namun, banyak juga yang tak faham! Hahahaha… Bahasa luar, bukan bahasa ibunda, memanglah susah. Tapi aku tak suka nak fikir susah untuk belajar. Kalau fikir susah, susahlah jadinya.

Aku sebenarnya dari dulu memang mahu menguasai lebih dari satu bahasa. English – bahasa kedua di Malaysia – ianya mudah dipelajari. Jika dibandingkan dengan French, ianya jauh berbeza. Ianya tak boleh disamakan. Maksud yang amat berbeza. Juga struktur ayat nya. English lebih jauh mudah dipelajari. Mahupun beberapa perkataan English datangnya dari French, ada sesetengah maksudnya lain.

Ini bahasa ketiga yang aku pelajari. Aku mahu. Sebelum kenali Eric, aku dah belajar bahasa ini dari Shah Samshiri – seorang wartawan dan juga kawan. dikenalkan kepada ku oleh bekas PR, Afdal Shahizad di satu rehersal persembahan Anggun pada tahun 2008 yang lalu. Semenjak itu, aku langsung berhubungan kerana ketika itu aku mahu ke Republik Perancis kerana mahu bermastautin di sini. Jadi perlu tahu berbahasa mereka. Kalau nak tahu, sedari dulu, aku ni amat terpegun dengan sesiapa saja yang bisa berbicara bahasa lain juga. Yasin Sulaiman antara kawan yang aku kagumi kerana dapat menguasai lebih dari satu bahasa. Bahasa Arab juga bukannya mudah. Bagi aku, seseorang yang sebegini, mereka sebenarnya bijak.

Namun, tak disangka, dalam pada aku nak belajar bahasa perancis pada mulanya dulu – aku kenal pula dengan jejaka Perancis. Aku selalu katakan kepada teman apabila bercerita mengenai perkara ini – Ianya ‘Law of Attractions’!  Amat menarik dan seperti ada kebenarannya. Eric boleh berbicara di dalam beberapa bahasa selain bahasa Perancis.  4 kesemuanya – Itali, English, Perancis, German dan dia faham bahasa Sepanyol. Masa mula kenal dulu aku tak tahu pun dia boleh bercakap bahasa-bahasa tersebut. Yang aku tahu dia hanya tahu bahasa Perancis & English. Sekarang ni, Eric simpan satu azam. Mahu belajar bahasa Melayu. Tapi dah lebih setahun tak belajar lagi! Hahaha.. dah dibeli semua buku tapi belum mula. Aku ajar juga dia sikit-sikit. Tak lama lagi, pandailah dia tu. Eric punyai teknik belajar bahasa yang tersendiri. Dia memang seorang yang bijak.

Asal yang buatkan aku minat dengan bahasa Perancis ni – kerana aku berasal dari Penang. ‘R’ yang disebut bunyinya ‘Q’. senang untuk dipelajari – bagi aku masa tu lah..  pada usia 17 rasanya. Pendapat aku, kami yang lahir di Penang sebenarnya orang Perancis! Ada?! Hahhaa.. berangan dan perasan namanya! Semuanya sebagai alasan untuk aku belajar bahasa itu. Sebab lain, bagi aku bahasa perancis sangat halus dan indah – juga penuh romantis. Bahasa yang sangat manis untuk melafazkan cinta. Perancangan aku kerana aku juga mahu kuasai market bahasa asing di dalam nyanyian. Mahu lakukan perubahan, kenalah belajar serta berkorban sedikit masa dan tenaga. Itu perancangan aku selain niat mahu menetap di Perancis pada tahun 2009. Namun, takdir menentukan segalanya. Kenal pula dengan Eric yang berbangsa Perancis dan bisa berbicara dengan baik di dalam bahasa lain juga. Selepas bahasa perancis, aku mahu kuasai bahasa Itali pula. Tapi tak mahu tinggal di sana! Aku gemuk nanti dengan pasta setiap hari! Hahahaha..

Aaarrrggghhh.. back to school adakala memeningkan. Aku ni pula bukannya dulu pandai sangat belajar. Suka membaca – tapi takdelah seperti ulat buku. Nak selak muka surat satu-satu dan nak fahami segalanya; dalam masa sekarang ni – bukan masa yang sesuai! Mana taknya, perempuan mengandung mudah lupa! Alahai!! Nurul…. Nurul.. buat keputusan beberapa bulan yang lalu, ingatkan aku okay. Aku lupa akan hormone mengandung yang bisa membuat banyak perubahan! I will do my best. Speak and learn whatever I still can while I’m here.

Lama wehhhh… ada lebih lagi 3 minggu. Aku rindu suami & anak! Huwaaaaa…. Sedih… emo setiap hari. Takpe.. baru ‘ditinggalkan’.. dalam seminggu lagi okay lah ni – aku harap… hmmm.. rasanya tak! Hahaha.. Raya tak lama lagi. Di sini raya jatuh 7 haribulan kalau tak silap. Ada juga  aku terlihat di dalam jadual puasa di sini. Hari Raya ni, aku pasti aku akan berendam air mata juga. Mana taknya, mestilah terkenangkan Ayu & Eric yang berada di Malaysia. Cabaran pertama dan pengalaman pertama beraya jauh dan berada di perantauan. No complain- good experience.

Doakan aku berjaya menguasai bahasa yang aku minati ini dalam 3 minggu lagi supaya aku tak payah datang lagi tinggal di sini dan berjauhan dengan semua!

p/s: takut nanti dah pandai cakap French, taknak balik pulak! Hahahaha.. Nampaknya bukan aku saja kerinduan. Panggilan dari India membuktikan dia juga tak tahan! Belum sempat aku katakan apa-apa, dia dulu menyatakan 21 Ogos pulang ke Malaysia agak lama! hahha.. haaa… dah rindu tendangan anaknya lah tu.. kesian dia.. Keputusan telah dibuat mon amour! But please bring me back there before that, because I miss you too! hahahah

Advertisements

12 Comments on “BELAJAR.. BELAJAR.. BELAJAR.. NAIK SEBU & RINDU!

  1. Kira kak pun org france jgk la nooo… sbb pandai sebut r pd q…

  2. Salam Dek Nurul, Bon courage!! je sais que ce n’est pas facile d’apprendre cette langue à court terme!, Bila tengok TV or dengar radio tu kena prihatin dengan “Prononciation” etc. Dulu Akak communicate dgn my mother inlaw(she’s french) pun sama mcm dek nurul, I really struggle learn this language taking class for 3 years in Brussels etc. now alhamdulillah, I’ve got no problem. Satu aja, kena rajin membaca story book french! hahaha..Confiance à vous-meme que vous pouvez parler!! Take care dear!!

    • Wsalam. Merci. I will do my best. Thanks for reading. Memang kena baca banyak dalam french. I want to be like you!

    • Salam..
      Merci! Travaille beaucoup maintenant.. will do my best. Ni dok tengok tv dan baca semua apa yang ada in french. Thanks for readin. And i want to be like you!

  3. cuba kenaikan org sana apa itu “lapaq”, “hingaq” “ketegaq” hehehe. mesti senang dorang nak ikut 😉
    saya asal kulim..masa skolah dulu dok sebut kulim tu kulimfornia…. tu diaaaa punya la perasan….

    • Hahahhaha… pancoq satu lagi! Hahaha wah special tu kulimfornia hahahhaha… thanks for reading

  4. Respek dgn Nurul. Masih sanggup belajar dalam keadaan sekarang. Kalau nak fikir pasal alasan, memang beribu2 boleh diberi utk tidak meneruskan sesuatu niat.

  5. Seronok tgk video nurul..cantik2 negara orang…dapat jugak saya cuci mata, walaupun dalam you tube je…

  6. kak nurul..shah tu cousin saya..die jd mc masa kak nurul kawen kan..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: