HOT… HOT.. HOT…. LELAKI ITU! SABARLAH WAHAI WANITA

Semalam satu hari berada di luar kerana Eric ada tetamu yang datang dari Germany. Tak jauh dari sana nak ke tempat kami di Saint Die. Kawan lama yang banyak membantunya sedari dia berusia 10 tahun. Orang di sini pandai menjaga friendship – itu yang aku belajar semenjak aku menjadi ahli keluarga Depp ini. Percaya atau tidak kawannya yang bernama Kevin itu telah 38 tahun mengenali ibu bapa dan juga Eric sendiri.  Lama kan?

Pengenalan yang hanya bermula dari perkelahan keluarga di selatan Perancis itu, membuatkan lelaki berbangsa Amerika tersebut menjadi kawan baik Eric. Selepas 10 tahun Kevin datang kemari kerana telah lama tidak bersua muka – hanya melalui telefon dan email.  Semasa aku dan Eric diijabkabulkan tahun lepas , Kevin tak dapat menghadirkan diri di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkannya. Jadi, sementara dia di Eropah dan berdekatan dengan kami, dia mengambil keputusan untuk mengunjungi kami. It was nice. Nanti boleh tonton video di dalam youtube yang dah aku muat turunkan beberapa aktiviti dan juga Kevin yang wajahnya seperti Steve Job. Seorang yang sangat waras!

Aku menaip entry ini dari Varesse Itali. Selepas 8 jam di dalam kereta – musim panas di sini seakan kita rakyat Malaysia bercuti setiap kali perayaan – jalan jem ya amat! Singgah di Switzerland buat seketika kerana menurunkan Kevin – cukup aku menikmati keindahan bandar yang gah itu. Tak banyak video yang aku ambil, kerana hanya 1 jam di sana. Nak ke Itali, kami perlu melalui Switzerland, dan Germany. Selalunya hanya 4 atau 5 jam dah tiba di bandar Milano Itali. Kali ini memang naik kebas semuanya kerana lama duduk di dalam kereta. Eric agak lewat ke latihan kumpulan Herbalife nya di Varesse dek traffic yang teruk. Kami tiba 2 jam lewat. Nasib baik semuanya masih menunggu & memahami.

Ketika ini, aku di antara berbicara di dalam bahasa ibunda di benak kepala ku; sambil di telinga sedang mendengar bahasa Itali. Eric sedang memberi latihan kepada kumpulannya dan aku mengambil keputusan untuk menulis entry ni. Banyak pula idea keluar! Lagipun aku tak faham apa yang mereka bicarakan. Lebih baik bercerita apa yang aku nak ceritakan untuk semua pembaca setia blog aku ini. Hey! Kalian menjadikan aku sungguh hebat dan bersemangat! Setiap hari bila terlihat nombor statistic yang membaca blog ini; aku amat teruja! Ada juga dari negara yang luar dari Malaysia. Terima kasih!

Selepas seharian sibuk melayan tetamu semalam – balik ke rumah, seperti biasa – aku melihat instagram. Ianya juga sebagai satu pemberi maklumat dan dapat mengetahui apa perkembangan terbaru teman-teman dan sekitarnya. Dulu Twitter je, sekarang Instagram. Lebih puas sebab ianya ada gambar! Aku melihat rata-rata semalam meletakkan gambar kata-kata seperti dari seorang wanita yang sangat kecewa. Termasuk pingu aku juga!

Apa lagi, tak payah tunggu aku bangun tidur esoknya;  masa tu juga aku tanya dia di whatsapp. Masa tu agaknya dia sedang enak dibuai mimpi indah. Jam 11 malam di sini, di Malaysia jam 5 pagi. Aku mendapat berita walaupun dah terlambat. Pingu aku ni memang pemberi berita dan macam-macam lah role nya bagi aku. (Bukan mata-mata saja!) Katanya ada cerita hot tentang Ashraf Muslim! Siap di screen shot gambar-gambar artikel dari blog dan juga web serta portal hiburan yang lain supaya aku mendapat maklumat penuh.

Aku terpanggil nak menulis tentang isu ini juga. Dari context dan pemahaman aku tentang hubungan. Bukannya aku nak kepochi atau nak tahu lebih-lebih pun. (Walaupun adakala boleh jadi Kiah Propa! Hahaha) Hal sendiri pun tak terjaga. Cuma, aku tergerak untuk menulis sesuatu kerana ini melibatkan wanita. Lagipun, aku sendiri telah melalui sesuatu di dalam satu fasa hidup aku yang membuatkan aku belajar tentang lelaki dan perhubungan. Aku pernah ditindas dan belajar dari pengalaman itu. Pengalaman melawan penindasan. Mungkin tak ramai perasan. Aku banyak simpan pengalaman itu pada diri sendiri. Hanya terkeluar apabila ada sesuatu isu yang berkaitan.  Soal wanita yang ditindas, lagilah aku suka. I like to fight for women.

Ceritanya tentang lelaki hot Malaya yang sungguh kacak dan diminati ramai.. Aduh … (Aku agak confuse dengan dia ni. Siap tanya si Pingu, dia ni Imam muda ke, pelakon?) Imejnya lebih kepada dakwah agama kan? Tapi dia memang famous. Aku tahu. Calon suami yang dimahukan wanita Malaya juga satu masa (dua tiga tahun lalu). Itu yang aku dengar melalui angin lalu. Aku ni selalunya jumpa orang hai-hai, bye bye je. Aku pernah bertemu hanya sekali dengan Ashraf Muslim – yang pada aku, aku takut nak tengok muka dia. Kami bertemu untuk Wanita Hari Ini satu masa dulu – kalau tak silap aku. Aku ingat ianya di TV3. Aku takut bukannya apa, tenungannya melihat aku atas bawah. Agaknya dia ‘scan’ aku! Maklumlah orang kan ‘pandai..’ Aku tak selesa. Namun, dia nampak baik. Takdelah pandangan dia tu macam cuba menggoda atau apa. Mungkin dia banyak mendengar pasal aku, so, dapat pula jumpa tu yang dia tengok kot..  Perasan pulak bunyinya statement aku di atas ni.. Macam la aku ni hebat sangat… Tapi itu yang aku rasa. Mungkin niat dia lain.

Sudah pasti di Kuala Lumpur dan Malaysia amnya hot dengan nama Ashraf Muslim sehari dua ni. Meh kita bagi kot lagi! Hehehe..  Tak kisahlah apa dia nak buat. Nak kawin 4 pun boleh… Tapi bagi pendapat aku biarlah jujur. Agama Islam yang indah ini membenarkan berpoligami sehingga 4. Aku percaya agama juga mahu umatnya bertindak jujur terhadap isteri atau isteri-isteri seseorang lelaki itu. Boleh ikut sunnah Rasulullah. Tapi Baginda tak  pernah menyuruh umatnya tidak berlaku jujur serta tidak menjaga amanah. Dah berkahwin anak orang, jaga amanah ibu bapanya. Perasaan mereka perlu dijaga juga.

Aku yang pernah mengalami beberapa pengalaman dengan sikap lelaki sebegini; terasa kesian dengan isterinya, Dayana. Lelaki zaman sekarang, suka sangat memberi alasan yang macam-macam kalau dah tak mahu. Paling aku geram bila memberi alasan tak  mengandung lagi. Alahai Encik Ashraf yang handsome (ni aku nak kasar sikit – maaf ye) sekarang ni zaman semua dah berubah. Teknologi perubatan dah hebat. Boleh ke hospital atau mana-mana fertility centre untuk mendapatkan zuriat. Kan ke kita semua percaya pada Allah – kita mohon, beserta usaha – InsyaAllah dapat. Kalau berkahwin 4 pun, tapi semua isteri tak dapat beri zuriat, then how? Ceraikan semua dan kahwin lain – lagi 4?

Itu yang aku dengar tentang alasan yang diberi oleh lelaki hot itu. Janganlah beri alasan sedemikian. Katakan saja jika hati telah tiada untuknya. Aku tahu lelaki memang akan ‘makan luar’ atau cari lain jika dia tak dapat apa yang dia nak dari isterinya. Tapi jika masih ada cinta dan sayang, aku pasti tidak berlaku sebegini. Wanita memang mudah menangis. Mereka emosional. Tetapi wanita biasanya bisa mendengar kejujuran daripada tipu helah serta alasan yang tidak berasas. Bukan niat aku nak masuk campur tapi sedikit pendapat dan nasihat yang mungkin mampu mengubah pemikiran seorang lelaki seperti Ashraf. Aku pernah merasa ditipu. Aduh… Sakit! Ditipu duit ringgit; itu soal lain. Ditipu dari cinta dan perasaan – ianya sakit ya amat!!

Aku pasti Dayana sekarang berendam air mata. Sabarlah Dayana. Allah tak beri ujian apa yang kita tak mampu tanggung. Ujian sebegini buatkan kita kuat. Menjadi lebih matang dan lebih mengenali kehidupan – terutamanya soal lelaki. Aku sedih kebanyakkan wanita di Malaysia mengalami perkara sebegini. Bukannya buruk kahwin 2-3, tapi cara lelaki handle situasi sebegini – salah. Semua wanita mengerti akan hakikat berpoligami di dalam Islam. Ramai juga yang kahwin dua tiga empat, tetapi semua isteri, baik dengan satu sama lain. Itu suami yang cerdik. Dia berterus terang dan menurut cara yang  betul yang dituntut agama. Jujur & berterus terang. Tidaklah wanita rasa tidak dihargai atau tertipu.

Cara Ashraf agak salah sedikit – salahnya dekat part menunggu keputusan kebenaran mahkamah. Nikah boleh tunggu. Respect lah sikit isteri pertama tu. Tak tersabar-sabar… Kan ke sekarang dah kena bayar denda? Patutnya RM8000 tu boleh buat kenduri dan resepsi yang hebat. Dah sekarang menjadi milik mahkamah. Sorry agak sinis sebab aku tak suka cara wanita dilayan sebegini.

Wanita bukannya bahan reaksi, atau bahan mainan. Kami ada perasaan. Bagi aku, jika seseorang lelaki itu mengecewakan seseorang wanita; ianya ibarat mengecewakan ibu mereka sendiri.  Ianya kerana isteri dan ibu itu adalah kaum hawa. Kami wanita. Perasaan kami sama. Halus dan mudah terluka. Do you like to see your mom cry? Tanya soalan itu ke dalam diri jika kamu (lelaki) rasa tak mampu nak teruskan hubungan dan terpaksa mengecewakan hati wanita. Be truthful to yourself.

Tanya juga soalan ini, ‘perlukah beralasan atau menipu; atau memberitahu yang sebenarnya..’ bagi aku lah, kalau aku di dalam keadaan itu dan suami aku berterus terang dengan apa perasaannya, aku akan bertambah respect.. Ya! Aku akan bersedih. Malah akan rasa menyesal kerana tidak menjaga atau buat yang terbaik untuk menjaga perasaan cinta suami. Tapi, aku akan belajar dari kekecewaan dan aku hormat akan kejujurannya berterus terang. Hidup ini adalah satu proses pembelajaran. Lelaki dan perempuan perlu belajar.

Wanita pula bila suami berterus terang, jangan pula kamu hysteria tak tentu pasal. Dengar dengan tenang. Takde siapa yang perfect. Kita semua manusia biasa. Kita perlu belajar dan menerima kenyataan. Kamu sendiri perlu belajar berterus terang dengan apa yang kamu rasa dengan suami kamu. Perasaan cinta akan sentiasa mekar jika dibaja. Ianya akan pupus jika tidak disiram dengan kasih sayang dan kemesraan. Komunikasi adalah sangat penting di dalam hubungan. Perlu sentiasa bercakap dan berterus terang dengan pasangan.

Keadaan aku dulu agak terbalik. Aku yang berterus terang tetapi pihak satu lagi pula tak boleh menerima kenyataan. Aku tahu dia ‘sakit’ (you know who), tapi aku perlu memberitahu yang sebenarnya kerana aku tak mampu meneruskan hubungan yang berlandaskan hipokrasi. Kasih sayang dah pupus, buat apa nak menipu diri untuk meneruskan sesuatu yang rapuh? Aku juga rasa kecewa kerana aku dan dia tidak berkomunikasi dengan baik sehingga kami hilang rasa. Semua yang berlaku ada sebabnya. Ianya tidak berlaku begitu sahaja. Ada hikmah di sebalik segalanya. Apa yang aku tahu, dia (you know who) tidak menggunakan kesempatan yang aku beri padanya untuk berpoligami. Keadaan menjadi buruk sehingga berlakunya perceraian. Lelaki – ada sesetengahnya tak pandai handle keadaan. Belajarlah ye..

Kepada semua wanita yang dimadukan – nombor satu, nombor dua, nombor tiga atau empat; kalian sangat hebat dan kuat! Aku tabik! Lelaki yang pandai menjaga hubungi poligami; kamu sangat bijak! Tahniah kerana berlaku jujur antara isteri-isteri kamu. Jagalah kebajikan dan bahagiakan kaum hawa yang sememangnya perlu dibimbing ini. Moga semuanya bahagia.

Kepada yang dikecewakan; bertabahlah. Allah tak beri apa yang kita MAHU, Dia beri apa yang kita PERLU. Keduanya berbeza. Mahu & perlu. Terima kenyataan dan belajar dari kekecewaan. Jadilah seperti phoenix yang bangkit dari abu. Hati yang lebur dan hancur, tetapi bukannya akal dan kebijaksanaan. Gunakan akal di setiap tindak tanduk, bukannya dengan emosi. Aku faham bila terlalu kecewa, kita melakukan perkara yang tidak munasabah. Jadilah wanita yang bijak menjaga maruah diri dan dipandang tinggi oleh semua. Kita mudah dipandang rendah dek sesuatu yang buruk yang kita lakukan. Sekali buruk, sampai bila-bila pun akan jadi buruk dipandang semua.

Sebenarnya, banyak kali terpanggil nak menulis pasal isu perceraian dan kekecewaan wanita dan lelaki. Aku banyak mendapat email di FB dan juga email peribadi; memberitahu masalah perasaan mereka yang kecewa dengan suami. Ada juga minta nasihat supaya mereka menjadi lebih kuat. Ramai yang mencari jawapan kenapa mereka ditinggalkan. Ya, ramai wanita ditinggalkan suami untuk wanita lain. Kenapalah lelaki suka buat wanita sesama wanita berseteru? Aku sendiri mengalaminya. Kebetulan pula aku dapat tahu pasal isu ini, aku kaitkan sekali.

Akan aku tuliskan sesuatu untuk memotivasikan semua wanita. Aku juga tak kuat, tapi aku belajar dari pengalaman dan pelajaran yang Tuhan berikan untuk mematangkan aku. Being positive is everything. Jika kamu tahu kamu menjaga suami dengan sempurna, namun dia masih mahu meninggalkan kamu untuk perempuan lain – harus katakan pada diri sendiri yang kamu tahu value kamu dan telah berlaku baik padanya. Cuma ianya sampai di situ sahaja jodoh kamu berdua. Melangkah dengan berani walaupun masa depan masih kabur. Allah ada. Dia Maha Mengetahui. InsyaAllah Allah akan sentiasa dengan kamu dan bersama orang yang benar.

Jangan risau, jika kamu ada value yang tinggi, bekas suami atau kekasih, tak berani nak kata apa pun. Kalau dia nak kata pun, hanya di belakang. Di depan – pijak semut pun tak mati dan akan respect kamu. Dia takut kerana dia tahu kamu tak lakukan apa-apa yang salah padanya. Aku tahu – kerana ianya dah berlaku pada aku! cakap di belakang macam dia lah yang ‘angel’.. Mohon simpati dari semua kerana isteri meninggalkannya.. Bila ditanya, mengaku pun tidak.. Punyalah baik cakapnya.. Hahhahaha…  Macam-macam.. Teruskanlah bercakap buruk kerana Allah itu Maha mendengar. Sedekahkanlah pahala kamu itu buat aku yang kurang imannya. *peace!

P/S: Haaaa…Hambik.. Panjang bebenor. Baca lah ye… Jenuh bersengkang mata! Adakala terasa syok nak buat bengkel nak bantu wanita yang teraniaya dan ditinggalkan.  Mahu sangat bantu mereka di dalam memotivasikan diri mereka untuk menjadi lebih kuat dan berdikari. Tunggulah nanti dengan RUMAH WANITA yang bakal aku president kan! AJK sedang sibuk menguruskan segala urusan pendaftaran tu! I can’t wait for that!

Advertisements

42 Comments on “HOT… HOT.. HOT…. LELAKI ITU! SABARLAH WAHAI WANITA

  1. Suka apa yg nurul tulis….mmg betul…”terus terang” tu sgt penting….
    Tapi tulah tak ramai yg mampu buat kan….hummm….saya pun pernah rasa apa yg nurul rasa….cuma beza nyer saya tak pergi…..
    Saya cuba utk hadap….dan syukur saya menang….perempuan yg tak tahu erti hati perempuan tu yg pergi sendir dgn izin tuhan..
    Saya sokong kalau nurul tulis motivasi utk kaum wanita…sebab ayat tulisan u mmg sgt sgt sempoi dan boleh di terima ke dlm hati….good luck for u dear

    • Alhamdulillah.. terima kasih kak lin. Pada saya kak lin sangat kuat. Tahniah daoat hadapi ujian itu. InsyaAllah akan saya tulis lagi nanti. Thanks for reading. Take care

  2. Steady Nurul..krn telah menjadi Wanita Tabah Setabahnya…Itu lah yg perlu Ada pada semua Wanita…Lihat Lihatlah Aku Buktikan Pada Mu Walaupun Aku Jatuh Tapi Tak Tersungkur..Versi Trisya Ceria Popstar…

  3. Tahniah kak Nurul kerana telah berjaya membuat saya membaca entry ini sehingga habis.. Good artikel kak…

  4. i suka n setuju sgt dengan idea RUMAH WANITA, semoga ianya dapat membantu dan menjadi platform untuk wanita2 yang teraniaya agar dapat bangkit untuk menjadi lebih hebat lagi… 🙂

    all the best kak nurul… 🙂

  5. Hurm, yang baca pon sedih apatah lagi yang menanggungnya. Kalau dibuat cara yang betul macam Ustaz Azhar Idrus or Salih Yaacob semua dpt terima konsep poligami. Tp nie sanggup g Thailand tp preparation baju nikah macam dah buat lama. Ntah la nk komen apa hanya berharap Dayana tabah menghadapi dugaan yg sgt berat nie. Soal anak itu ketentuan Allah SWT. Jgn sesekali menggunakan tiada zuriat sebagai alasan.

  6. adoiiii… naik juling baca entry ni heheheee…. Tp memang betul la, apa2 pun kenalah jujur. Sebab tak ada zuriat tu, macam tak logic la. Baru je khawin tunggu la lagi… rezeki tu ada. Usaha dan sabar In shaa Allah…. mcm Nurul…kannnnnn. hehehhee peace!

  7. perghhhh …..v.long article but worth reading it. Leh la akak join ur RUMAH WANITA tu jg tp am SINGLE still lookin for MR RIGHT (selalu jumpa SUAMI ORANG yg bacul) , hahaha….so forget it. Am happy wit my single life pn . Klu ada JODOH , adala.

    • Laaa… maaf saya ingatkan akak lelaki by your name. Ampun…
      Takpe kak.. insyaAllah.. ada tu nanti. Allah ciptakan kita berpasangan. Cuma masanya belum sampai. Yes you can join. Will update!

  8. Setuju 100% dgan apa y kak Nurul tulis tentang isu ashraf muslim tu.tapi entry kali nie memag panjang erk..? hehehe..apapun terhibur membcanya 🙂

  9. i follow.. teruskan menulis kak nurul… jangan lupe gambar sekali.. hehehehe

  10. Betul tu Nurul. Lelaki bila tak suka mmg pelbagai alasannya. Logik atau tidak, tolak ke tepi. Tapi hati perempuan ni sgt lembut. Walaupun rasa tertipu dek ketidakikhlasan hati lelaki, tetap juga sanggup memaafkan.

  11. Sentuhan dalam blog awak buat saya termenung… mungkin simple .. tapi mendalam bagi yg mahu berfikir.. tahniah .. dari peminat tulisan awak 🙂

  12. Totally agree with k.nurul.pengalaman sy di mana ayah sy ad hubugn dgan istri org dan ketika itu sy dpt tau yg ayah sy memburuk2kan kami beradik dan ibu.kononya dia lah mangsa.kami xpndai menjaga keperluan harian.walhal sebalikny.bila ditanya xmengaku pula.lelaki ni hanya pandai mencipta alsan utk menyelmtkn diri.kdang2 benda yg begini la yg mbuatkn sy takut utk berkhwin padahal keinginan 2 ada.

  13. salam kak nurul..syukur alhamdullilah..ur pemikiran is exactly same with mine..bezanya sya bljar dari pnglaman org..truskan usaha anda yg cuba mmbntu wnita dari sudut psikologi.dan agama..smoga Allah redha,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: