SALAM DARI SAINT DIE’ FRANCE!

Amat pantas masa berlalu. Dah seminggu umat Islam berpuasa. Bagaimana agaknya dengan puasa kali ini buat kalian? Aku harap semuanya okay. Juga genap seminggu aku & Eric berada di Perancis – suasana yang sungguh nyaman dan sentiasa berlangit biru serta dengan sinaran matahari di musim panas ini membuatkan segalanya indah dan menarik. Cuaca panasnya tidak seperti kita di Malaysia. Panas tetapi sentiasa ditiup angin sejuk.  Suhunya hanya 28 darjah celcius. Maksimum hanya 32 darjah celcius.

Berpuasa di  sini di dalam musim panas bukannya mudah. Siang yang sangat panjang. Matahari terbit setiap hari jam 5.30 pagi (lebih kurang); dan jam 9.45 malam matahari baru menyusul beradu. Ya, 8 atau 9 malam masih terang seperti jam 6 petang waktu Malaysia. Jadi, pendek kata, sesiapa yang tak tahan nak berpuasa di Malaysia tu, fikirkan.. Di sini lebih teruk. So, di Malaysia tu mudah sangat nak berpuasa – tiada alasan.

Terasa rindu pula dengan berbuka puasa di sana. Terawih di masjid kegemaran aku (masjid Jalan Duta) dan juga Qiamulail. Aku sering buat dulu. Selalunya pergi sorang-sorang. Tiada bulan yang standing dengan bulan ini. Jadi, kita semua harus memanfaatkannya. Semoga ibadah kita semua diterimaNya. Amin…

Kali ini aku akan beraya di sini juga. Dah macam-macam persediaan aku buat. Termasuk membawa kuah rendang daging dan ayam serta ketupat dan nasi impit. Dah aku beritahu mertua yang kali ini mereka perlu meraikan syawal dengan aku pula. Krismas dah aku raikan dulu dengan mereka. Amat mudah nak jelaskan kepada mereka kerana ramai penduduk berdekatan dan juga rakyat Algeria yang beragama Islam tinggal di Republik France ini. Dua teman baik Eric juga beragama Islam. Jadi, mereka telah sedia memahami.

Di seluruh Perancis sendiri, amat ramai penganut agama Islam yang tinggal di sini. Jadi, tak susah untuk aku jelaskan kepada ibu bapa mertua apa maksud Ramadan dan Syawal. Mereka ni memang supportive sikit. Ikut je apa yang aku nak buat di sini. Aku jelaskan juga untuk wanita hamil seperti aku disarankan berpuasa jika mampu. Ada kelonggaran dalam berpuasa yang digariskan oleh Islam. Tapi nampaknya dah banyak hari juga tertinggal! Ya, aku mengaku, tak larat nak puasa di dalam cuaca yang panas ini. Kantoi!! Kena bayar fidhiah la jawabnya!

Eric adakala terikut juga tak puasa dengan aku! Dia baru belajar. Aku tak mahu paksa lebih-lebih. Aku ambil pendekatan seperti apa yang Rasullullah buat dulu. Baginda ambil masa juga nak Islamkan semua,  bukannya dalam masa satu malam. Namun aku jelaskan kepadanya sebagai umat Islam, dia wajib berpuasa dan solat. Dia masih belajar. Mahu ambil tahu dan belajar, pada aku; satu perkara yang besar dan aku bersyukur.

Kali ini aku ambil masa lama sikit di Perancis kerana selepas melahirkan, aku tak akan pulang ke sini buat seketika. Eric tak mahu travel dengan anak kecil. Katanya tak bagus untuk pendengaran bayi. Jadi, aku manfaatkan 6 minggu ini dengan berehat, belajar bahasa Perancis dan juga melakukan beberapa perancangan untuk karier nyanyian aku.

Aku punyai beberapa idea di dalam kepala ni. Cuma nak execute saja. Kali ini perlu buat betul-betul. Aku nak buat sesuatu yang berbeza. Untuk kali ini… Ya.. Bukannya mudah untuk mendapatkan lagu yang baik. Halwa telinga pendengar juga sudah berbeza jika dibandingkan dengan dahulu – ketika aku mula menjejakkan kaki ke arena seni 19 tahun yang lalu. Beberapa composer dah aku hubungi dan kali ini tak mahu buat di bawah syarikat sendiri.  Aku mahu mendapatkan kontrak bersama beberapa syarikat rakaman antarabangsa ataupun local. Tak larat dah nak buat sendiri. Tak termampu nak bertemu semua orang industry untuk promosi dan sebagainya. Bila ada syarikat rakaman, mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan. Syarikat yang aku fikir dan yang mahu aku dapatkan kontrak adalah Universal Music, Sony Music atau Warner Music. Tengok juga macam mana keadaan nya.

Itu antara beberapa perkara yang aku fikirkan ketika ini. Januari depan aku mahu semuanya telah ready – lagu dan image baru. Jika sempat, single juga telah siap. Aku mahu ubah imej dan juga muzik yang aku bawakan. Harus lakukan apa yang aku suka dan mahu lakukan. Lagipun kita perlu buat apa yang kita suka, kan? Doakan segalanya berjalan lancar dan menjadi untuk aku di dalam karier nyanyian yang aku gemari ini. Di sini, aku punyai banyak masa untuk berfikir dan merancang segalanya.

Beberapa aktiviti di sini telah aku video kan juga. Baru-baru ini pada 14 Julai, Republik Perancis telah meraikan Hari Revolusi mereka. Seperti Hari Kemerdekaan kita. Jadi, dah aku ambil sedikit video untuk dikongsi dengan semua.  Untuk kalian yang sering mengikuti aku, bolehlah ke youtube channel aku (Nurul Wahab) untuk melihat apa yang aku lakukan di sini. Mulanya malas nak rekod video (seperti selalu yang aku lakukan) . Maklum saja, ada je nanti komennya. Terasa juga tak nak tunjuk apa-apa lagi. Tetapi selepas menerima komen-komen di blog ini; yang kebanyakkannya memberi kata-kata semangat – buatkan aku mengerti yang aku punyai ramai lovers than haters!

Kata-kata si genit kesayangan aku juga melonjakkan semangat untuk tidak mengambil keputusan berdiam diri serta merajuk. Katanya biarkan saja yang membenci itu. Aku dah okay selepas seminggu di sini. Aku berfikir dan membetulkan segala pemikiran yang negative yang ada di dalam benak kepala ku. Alhamdulillah, aku okay. Lebih okay dengan semua yang menyokong dan tak putus memberi kata-kata semangat. Terima kasih wahai teman!

Oh ya! Any idea for this blog anniversary? Ya! Dah hampir setahun. Pada 27 Ogos depan blog ini dah pun mencecah usia setahun.  Terima kasih kepada semua yang follow dan baca tulisan aku ini. Aku amat hargainya. Aku dan editor comel aku sedang merancang sesuatu buat pembaca setia blog ini. Idea dibuka juga kepada semua. Mungkin akan dibuat hujung Ogos atau awal September. Segalanya masih di dalam perancangan. Si editor kecil aku tak tahu ni yang aku bukakan untuk semua memberi idea untuk one year anniversary blog ini! Hehehee… Mungkin kalian ada idea lebih bernas yang boleh dikongsikan. Kami berdua pecah kepala memikirkan apa yang harus dibuat untuk semua pembaca kami. Aku mahu bertemu dengan semua sebolehnya.

Jangan lupa letak idea kalian di laman komen di dalam blog ini, dan tonton video (muka gemuk aku hahhaha) di youtube channel milik Nurul Wahab!

Advertisements

27 Comments on “SALAM DARI SAINT DIE’ FRANCE!

    • Salam Kak Shima. kena mai nanti anniversary tu. Nanti kami announce na

  1. its good to hear from u nurul brpuasa kat sana…mmg betul dugaan brpuasa di musim panas….sama dgn saya kat US nihh…..harap2 xjejaskn kandungan tu…saya pun penah alami mcm nurul jugak thn lps…seksanyer nk brpuasa dgn tgh sarat tambah dgn masa trlalu panjang…slalu sgt kantoi….im so proud of u nurul kuat ditmpat org…take care yer n baby to….your hubby so sweet nk juga dia blaja brpuasa…but that is ok for person like him…same like my husband too…harap2 thn nihh dia bleh puasa penuh….tapi kdg2 kesian jugak tgk…..anyway selamat brpuasa diperantauan nurul…hope u b happy always there

  2. Selamat menyambut Ramadhan di sana kak Nurul. Semoga dipermudahkan urusan berpuasa sebab saya pon tgh pregnant dan cuba untuk mendapatkan puasa yang penuh kalau mampu. 🙂

    • Selamat berpuasa Irina.. InsyaAllah boleh.. hehehe.. take care

  3. Salam Ramadhan Nurul,

    Yes! betul! you lagi banyak lovers than haters! semua kita-kita ni tunggu post terbaru Nurul di Blog. Nurul ada juga reply comment saya kat blog dan instagram, terima kasih. Nurul memang sayangkan semua peminat dan InsyaAllah kita semua mendoakan yang terbaik untuk Nurul especially for baby, marriage and career.
    Sebenarnya kan, tak semua orang boleh bertolak ansur bila tiba bab Raya. Mestilah kita masing-masing nak beraya umah keluarga dulu, then baru rumah mertua. Hehehe…Macam Nurul kali ni berpuasa dan beraya dirumah mertua. Nurul utamakan kegembiraan suami dan nak mertua rasa suasana hari raya kan? Itu yang saya suka dengan cara Nurul. Biasanya kalau kita kahwin bangsa lain, mesti kita suka sebab tak payah berebut-rebut nak balik raya mana dulu kan? dah tentu kita monopoli bab raya! hahaha!! Tapi Nurul lain.

    Teruskan menulis! Eh 27hb Ogos 2013 1 year Anniversary untuk blog ni kan? wahhh!! sama tarikh dengan Anniversary saya, InsyaAllah masuk yang ke lapan tahun 🙂

  4. bonjour nurul… seronoknyer dpt blajar french kat sane.. je t’envie.. my french dah berkarat sgt2 ni.. need to brush up.. anyway take gud care of yourself & little depp.. i’m so happy for u both.. bisou..

  5. Seronok dengar Nurul sihat dan kuat berpuasa di sana.
    Hehehehehe, ajaq orang Perancis makan ketupat rendang peh ni nooooo.

  6. alhamdulillah nampak nurul happy sangat…anyway takecare ok 🙂

  7. selamat berpuasa di perantauan nurul…take care ok 🙂

  8. Salam Kak nurul saya suka sgt ikuti vlog Dan blog kakak. I’m a fan from Singapore and I love how u share a lot of culture and beautiful scenery in ur vlog abt France, banyak juga saya belajar 🙂 keep on video vlog And blogging I’m sure banyak peminat kak nurul yg sentiasa mengikuti perkembangan kak nurul.. You are very special pasal zaman Sekarang ni tk banyak celebriti yg berani Dan ingin berkongsi tentang kehidupan mereka in public. Haters will be everywhere they show their negativity directly but lovers will always pray for your happiness and stand by you and stick by yourself calmly 😉 akhir kata take care and love you 😉

    • Hai Zahida. Thanks for reading and following my youtube channel. Glad to know that you got some benefits from what I put up there. Take care and love you too 🙂

  9. So happy to read your story kak Nurul. Saya sbnrnya baru balik dari europe minggu lalu setelah berada selama lebih kurang 2 bulan setengah di sana bersama suami. Mmg sengaja tempah tiket balik malaysia sblm ramadhan minggu lalu sbb dapat tahu waktu puasa di sana panjang. Takut byk nanti tertinggal. hehehe. Tapi mungkin satu hari akan terpaksa melaluinya juga kan. Ow ye kak Nurul, orang europe ni confirm akan suka masakan rendang kita. 😉
    Selamat menjalani ibadah puasa kak Nurul.. Assalammualaikum…

  10. Salam ida. Need to speak kan… kalau tak hilang semua. You better sebab dah sit for exam
    I missed it

  11. salam kak nurul…saya suka sgt ngan video2 kak nurul w/pun kdgkala tunggang langgang…dapat gak tengok negara org hehehehe

    • Wsalam. Thanks a lot. Ya sorry. Rekod sendiri itah jadinya hahahhaa.. memang senget benget. Akan cuba perbaiki. Thanks

  12. Assalam Nurul, berminat dgn entri nurul.. menarik.. how to follow.. kena sign up dulu ka

    • Rasanya tak payah kot. Cuba dulu. Kalau tak boleh kena sign up la kot..

  13. Salam Nurul. I pun byk kali kantoi ketika pregnant last 2 years. Puasa tu larat aje tapi masalah bila tgh berpuasa boleh pulak nak rasa muntah dan sebagainya, sampai lembik dibuatnya. Settled dah bayar fidyah last year, alhamdulillah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: