BAWA HATI… BAWA DIRI…. MERENUNG KE DALAM DIRI & BELAJAR….

Bangun pagi ni, terus mata tertumpu di laptop dan langsung terfikir.. Lamanya tak update blog. Memang terlalu sibuk kebelakangan ini. Banyak aktiviti yang perlu dibuat. Bila dah penat, jangan harap dapat menulis. Maaf kepada yang menanti. Ada pembaca blog ni dah ingatkan aku di instagram minggu lalu. Terima kasih. Memang amat lama kali ni. Here is the new entry! Kepada yang menunggu, selamat membaca! Betapa aku hargai kalian dan sayang akan peminat dan  hargai kalian. May Allah always keep you safe from harm. Amin.

Hari ini hari terakhir di Malaysia untuk 6 minggu yang akan datang. Selamat tinggal dan selamat menyambut Ramadan yang mulia. Semoga semua ibadah kita diterima Yang Esa. Ya, aku akan berada di Perancis untuk 6 minggu itu. Tujuan ke sana untuk belajar bahasa Perancis – yang mana aku dah belajar di sini – bersama cikgu perseorangan; iaitu cikgu aku Shah Shamsiri dan juga di Alliance Francais. Tapi kalau tak practice memang tak menjadi. Faham tu… Dah memang faham… Cuma nak jawab balik selalunya tergagap!

Kebetulan pula kandungan aku dah mencecah usia 26 minggu. Masa untuk berehat dari aktiviti. Bulan puasa biasanya tak ada apa-apa aktiviti; serta selepas aku melahirkan, Eric bercadang tak mahu travel ke mana-mana dengan flight bersama baby. Not good for the baby’s ears. Jadi, hanya tinggal 7 minggu untuk aku travel sebelum aku melahirkan. Kebetulan pula dapat class nak belajar bahasa.

Di sana aku perlu bertutur bahasa Perancis kerana ibu bapa mertua tak boleh berbahasa Inggeris. Begitu juga kebanyakkan saudara di sana. Aku pula sudah sememangnya belajar bahasa itu sebelum aku mengenali Eric – 4 tahun yang lalu. So, this is my best time to be there!

Dalam masa yang sama, minggu lalu dilanda emosi sensitive, dan kesedihan yang amat sangat. Biasalah, manusia ni suka menguji. Naik merajuk juga bila dicaci dan dicerca di laman Instagram yang aku milikki. Ada gambar lama yang aku muatkan. Ada pula yang membandingkan dengan bekas suami dan sebagainya.

Ada pula yang berkata, sebab  kawin mat saleh, terikut-ikut mat saleh. Nak saja aku katakan, aku lebih sexy dan lebih open sebelum aku kenal  mat saleh yang bernama Eric Depp ni. Cuba lihat gambar lama aku dari tahun 2007 hingga 2010. Mungkin ada yang tak berapa kisah masa tu sebab tak ramai rakan artis aku yang berhijab; serta masa tu kalau ada yang mengutuk pun hanya di belakang – belum ada instagram untuk meluahkan kata-kata sinis atau cacian mereka.

Aku tak kisah ditegur. Cuma ada caranya. Banyak kali aku katakan sebelum ini, jika mahu menasihati orang lain atau menegur untuk ke jalan Allah, ada caranya. Jangan kerana ayat-ayat bisa kita, membuatkan orang lain tak hormat dan langsung membenci  agama Allah yang mulia ini. Lagipun jika dikomen di laman-laman social sebegitu, semua orang boleh baca. Aku punyai ramai peminat yang bukan Melayu dan bukan Islam juga. Bagaimana pandangan mereka untuk si pengkomen yang negative dan sentiasa merendahkan artis?  Kebanyakkan yang memberi komen adalah mereka yang berhijab.

Tanya mereka, adakah Islam mengajar sedemikian?  Ada juga yang mengatakan, patutlah mereka tak suka Islam sebab perlu sensitive dan negative serta perlu mencaci orang lain jika tidak menurut cara pemakaian yang disyorkan Islam. Itu pertanyaan dan pendapat mereka. Naik berbuih juga mulut aku nak jawab. Perlu jelaskkan supaya agama dipandang mulia serta kedudukan aku sebagai artis yang dihina dan direndahkan. Bukannya mudah. Ianya satu tanggungjawab juga.

Eric tempat aku meluahkan.  Katanya, bila dah seseorang itu dikenali, letaklah apapun ada sahaja yang dikomen. We have to expect that. Aku pula bukannya mahu dipuji sahaja. Tak  dikomen pun tak apa. Instagram itu bagaikan satu album gambar yang mahu aku kongsi bersama peminat dan penggemar aku.  Bukannya dengan yang membenci.

Lojiknya, kalau dah membenci, kenapa perlu ikut aku di mana-mana sahaja laman social? Bukan aku sahaja, artis lain juga. Kenapa perlu membuat dosa mengata seseorang artis itu dengan melihat gambar dan menghinanya? Jika benar apa yang dipakai, apa yang dibuat tak kena – menganggu pandangan mata kamu yang membenci kerana kami artis tak memakai pakaian tutup litup seperti kamu – kenapa perlu kamu komen atau follow? Dan yang paling ketara, jika benar alim dan tak mahu ada dosa mengumpat, kenapa ada instagram? Kenapa ada Twitter? Kenapa ada Facebook?

Ustazah aku (Ustazah Yati) tak mempedulikan hal dunia. Langsung tak ada mana-mana laman social. Katanya, “Saya mengejar akhirat. Saya yang begini (tak tinggal solat, mengajar mengaji, fardhu ain & ceramah) belum tentu saya selamat di sana” – jelasnya bila aku meluahkan kedudukan aku sebagai penyanyi. Katanya lagi, “Saya tak boleh judge orang, Nurul. Itu kerja Allah. Ya, Nurul dan yang lain moden, tak pakai tudung dan sebagainya. Jangan Nurul melupakan Allah. Solat jangan tinggal. Mengajilah selalu. Itu yang saya tinggalkan untuk Nurul buat bila saya dah tiada di dunia ni. Itu sahaja ilmu yang saya panjangkan supaya saya dapat pahalanya di sana kelak.”  Itu pesannya.

Ustazah Yati pernah berkongsi dengan aku juga tentang kita sesama manusia yang suka mengadili antara satu sama lain. Andai kata seseorang itu mengadili seseorang yang contohnya dia mengatakan yang rakannya itu moden seakan kafir atau munafik, atau sebagainya – jika Allah tidak mengadili individu yang dikatakan itu sedemikian, dosa itu jatuhnya kepada yang mengadili tadi. Jadi, maksudnya di sini, jangan kita judge orang. Kita tak tahu apa di hatinya serta apa yang dilakukannya ke jalan Allah. Bukan mengenai agama saja –  di dalam segala hal.

Dalam kes aku pula, perlukah aku tunjukkan bila aku solat dan mengaji? Aku tak mahu tidak mendapat berkat dari ibadah aku disebabkan terpaksa menunjuk yang aku ini mulia di mata masyarakat kerana aku ni selalu buat apa yang Allah suruh. Aku & Eric punyai pandangan yang sama. Kalau buat apa-apa kebaikan, terutamanya solat atau charity, jangan ditunjukkan.

Makin ramai yang suka mengadili sesama sendiri serta langsung membuat kesimpulan tentang seseorang individu itu. Itu kerja Allah. Bukan kerja kita sebagai manusia. Aku sedih dengan keadaan ini. Bukan itu saja, ada seseorang yang aku kenali di dalam Herbalife – seorang yang aku hormati juga. Mengajak aku ke umrah Mei lepas. Katanya, “Jom lah adik. Semuanya first class, hotel juga 5 bintang dan semuanya dilayan baik.”  Mungkin dia ingat aku ni artis dan mahukan segalanya dilayan first class. Aku hanya tersenyum. Kata ku jadual dah agak padat dan semuanya telah dirancang awal. Bukannya bermaksud memberi alasan untuk tidak ke sana.

Dicubanya lagi supaya aku tidak memberi apa-apa alasan lagi. Kata ku, aku mahu bawa Eric ke sana. Eric belum pernah melihat kebesaran Allah di Mekah dan mahu dia lebih faham dengan agama. Cuma masa kami belum sesuai kerana jadual sudah tersedia penuh semenjak Februari lepas untuk sepanjang tahun 2013. Niat aku sudah ada. Lagipun sudah dua kali aku ke Mekah sebelum ini. Semestinya aku mahu dijemput lagi.

Mendengarkan penjelasan aku, dia nyaris tersedak dengan makanan yang ada di dalam mulutnya. Kebetulan masa itu kami bersama sedang menikmati lunch. Mungkin pada pandangannya, aku yang moden dan asyik terdedah sana sini – kahwin pula mat saleh – mungkin dia bimbang tentang aku ‘di sana’ kelak. Aku hargai caranya mengingatkan aku kerana Allah. Namun, ada sedikit sikapnya yang seakan mengadili aku. Aku tak kisahlah. Aku tahu niatnya baik.

Itu yang aku maksudkan, jangan kita mengadili seseorang itu. Kita tak tahu silap-silap orang yang kita lihat seolah tak ingat agama dan tuhan, rupanya orang itu lebih banyak belajar dan kenal Allah lebih dari kita. Aku tak kata aku tahu semuanya tentang agama. Cuma, cara aku tak melambangkan sedemikian.

2 kali ke tanah suci – di tahun 2002 dan 2004 – pengalaman yang sungguh indah. Banyak yang aku pelajari di sana serta membuka pandangan aku seluasnya tentang kehidupan dan agama Allah yang indah ini. Dosa kepada Allah, insyaAllah akan diampunnya kerana Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Dosa sesama manusia, di bawa ke mati jika tidak diampunkan. Aku juga belajar tentang tanggungjawab sesama muslim. Perlu mengingatkan di antara satu sama lain. Itu antara yang aku belajar di sana. Cukup setakat itu aku ceritakan. Aku perlu banyak lagi belajar. Doakan aku dan Eric ke sana tahun depan, insyaAllah.

Kecewa dengan sikap si pembenci bukan main. Dah lah emosi mengandung ni up & down. Eloklah pula aku memutuskan beberapa bulan lalu nak ke Perancis. Jadi, jauh sekejap dari Malaysia. Bawa hati yang sedih ni dari orang-orang yang membenci. Terjadinya sebegitu, membuatkan aku terfikir mahu saja private kan mana-mana akaun laman social aku itu, serta tak mahu berkongsi apa-apa gambar sekalipun dengan public. Rasa merajuk dan tak mahu tunjukkan gambar anak aku bila dia lahir nanti. Bila ikutkan emosi, itulah yang aku fikirkan. Tapi bila difikirkan semula, takkanlah kerana seorang dua aku nak buat sedemikian. Just block them – that’s what we – artistes- normally do.

Saranan aku kepada si pembenci, jangan diikut mana-mana artis pun jika kamu tak suka.  Buang masa, sakit mata dan buang tenaga.  Buat perkara yang bermanfaat kepada kamu. Kan ke bagus? Aku tahu kamu ni banyak kesedihan di dalam hati dan kehidupan kamu. Sebab itulah kamu sedemikian. Cuba renung ke dalam diri dan buangkan segala yang tak baik di hati tu. Aku percaya Allah akan berikan kamu lebih banyak rahmatNya dalam hidup ni.

Ramadan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Masa yang paling baik untuk renungkan tentang diri dan kehidupan ini. Improve yourself – in life and akhirat. Aku juga akan berbuat sedemikian. Berbuat baik harapnya bukan di dalam bulan mulia ini saja. Tetapi di dalam bulan-bulan lain juga. Semoga Allah berikan petunjuk buat kita semua.

Semoga semuanya bahagia dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Apa yang ada di pakaian kita, tidak melambangkan hati kita. Tutup aurat itu tuntutan agama. Jangan menutup aurat kerana trend & fashion. Jangan pula bertudung tetapi buat perkara yang memalukan orang lain yang benar bertudung kerana Allah dan agama.

Sebagai manusia, kita tahu, kita semua  tidak sempurna, tidak maksum. Bukan aurat sahaja, perkara lain yang dituntut agama – mulut, lidah, mata – semuanya perlu dijaga juga. Itu belum masuk lagi hal ibadah dan yang lainnya. Jadi, sama-samalah kita renungkan. Selamat berpuasa!

P/S : Maaf andai ada yang terasa dengan teguran aku dan membenci. Niat aku ikhlas dan mahu jujur. Andai ada yang aku katakan di atas ni salah – fakta tentang agama – sila tegur aku dan betulkan supaya yang lain yang baca kelak mendapat manfaat darinya. Thank you.

Advertisements

63 Comments on “BAWA HATI… BAWA DIRI…. MERENUNG KE DALAM DIRI & BELAJAR….

  1. i have been ur silent reader and love the way u write. just ignore apa orang nk cakap , just be urself.
    happy holiday n selamat myambut ramadhan .

    • Hi Badar. Thanks a lot. Really appreciate it. Ya you are right.
      Selamat berpuasa. And take care.

  2. Selamat berpuasa Kak Nurul, Take care always.. Love you!! =)

    • selamat berpuasa kak nurul…
      suka ustazah yati pesan… kejar akhirat…Isha Allah.. 🙂

  3. Ibadat kita…biar Allah sahaja yang tahu….dosa pahala…bukan kerja kita untuk menghitungkannya…Jalanilah hidup sebaik mungkin….moga hidup kita dipermudahkan-Nya didunia dan diakhirat. Walau siapapun kita…sentiasalah berdoa didalam hati agar kita tergolong dalam golongan insan yang disayangi oleh Nya. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat Kak Nurul sekeluarga.

  4. All the best kak nurul… Allah maha mengetahui, apa saja yg kita lakukan meskipun cuma sebesar kuman, bernilai d cc Allah, abaikan kata2 yg hanya merosak perasaan… anggap saja parasit… Smg ramadhan kali ini menjadi ramadhan paling bermakna buat kakak dan kita semua….. 😀

  5. bukan artis je yg kene cerca mcm akak …
    kite org biasa pun kene cerca kak…
    mungkin ramai yg jeles dgn kejelitaan kita ni so…*lol 😀

    • Hi eni… kan!! hahhahahaa…. Ramai yang kurang kasih sayang dan bencikan kehidupan mereka tetapi mereka tak pernah menerima hakikat itu. sebab itulah asyik membenci sahaja. doakan semoga mereka di beri hidayah.

  6. salam k.nurul..bru beberapa bulan jd SR blog akak..suka cara akak menulis..Selamat Menyambut Ramadhan buat akak, hubby, ayu n baby..saya harap akak kuatkan semangat..biasa la manusia suka sgt judge org..tapi cm akak kata la..klu xsuka tgk..nape nak follow..kdg2 menyampah pun ada..kita follow ig artis nk tgk diaorg update pasal diri or family..penuh komen yg +ve..kdg2 fans bergaduh ngn haters..klu niat nk menegur..tegur personally..xpun doa dalam ati moga si polan bin si ploan diberikan hidayah..bukan nasihat yg menyakitkan hati..btul x..

    terpanjang lak komen…hihi..saya harap akak jaga diri bebaik..xmo sedih2 ye..semoga Allah permudahkan urusan kita dan membuka hati kita untuk menjadi lebih baik..hanya Allah yg berhak menilai kita..

    • Hi Shya…
      Thank for the comment. I like it. You are such a positive person!
      Thanks for all the prayers. Take care

    • Biasalah tu. Manusia memang suka mengadili orang lain sesuka hati. Bagusnya Nurul dalam keadaan mcm ni still nak pergi belajar bahasa. It’s sort of need right when you are married to a foreigner. At least, dia belajar bahasa kita and you ambil effort utk belajar bahasa dia pulak. Unfortunately, I ni pulak a bit lazy bila tang belajar bahasa nih…

      • Alamak! So sorry… I tersilap hantar reply kat this comment pulak! So sorry, dah tua dah ni!

  7. Pingback: Nurul Wahab Sedih Peminat Bandingkan Bekas Suami | Portal Hiburan OHBULAN!

    • okay Izzqan.. taksedih dah! betul tu.. takleh stress2. Thanks a lot

  8. akak,,kuatkan semangat..pedulikan apa orang cakap.. ye,,memang senang saya cakap macam nie,,sebab akak yang rasa.. tapi sekurang2nya,,saya bagi semangat tuk akak.. orang y kutuk,perli,umpat kita sebenarnya dia jeles dgn kita y tiada padanya..

  9. Hai nurul sayang!!!!!jangan sedih sedih susah hati mase mengandung ok, emosi ibu memberi kesan terhadap emosi bayi di dalam perut, Just be happy, semoga Allah lindungi Nurul, dan baby!!!!Take care dear.

  10. Assalamualaikum Kak Nurul. Kak Nurul, sesungguhnya Allah swt menyayangi Kak Nurul. Kerana Dia memberikan ujian kepada Kak Nurul dengan adanya si pembenci. Allah swt memberikan ujian kpd Kak Nurul kerana Dia mahu lihat sejauhmana Kak Nurul mampu untuk mengharungi ujian itu. Orang yang berkata-kata tentang Kak Nurul bererti dia prihatin akan kehadiran Kak Nurul. Namun apa yang ditegurnya tidak disenangi. Sabarlah Kak Nurul, Allah swt lebih mengetahui segalanya. Semoga Kak Nurul tabah mengharungi ujian-ujian Allah swt. Amin.

    Btw,
    Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak Kak Nurul. Moga Ramadhan tahun ini membawa 1001 kebahagiaan dan keberkatan buat Kak Nurul dan keluarga. Happy holiday and study untuk Kak Nurul! 🙂

    • Wsalam Ayuni..
      Thank you.. amin.. amin… terima kasih

  11. This is what you’ve to pay for being an artist. Just ignore those stupid remarks. Like you say, they have nothing better to do.

  12. As salam kak,

    Selama nie sye jadi silence reader je..& hari nie baru tergerak nk tggalkan komen di sini..sye pon takut nk judge org sbb sye tau sye pon x sempurna.Hanya Dia yang layak menilai kte..moga2 Allah bukakan pintu hati kte utk selalu berubah ke arah kebaikan..amin..
    Selamat berpuasa dan selamat bercuti..

  13. Nurul…I adore you eversince you got married to your hubby now Eric. Just ignore these people. I’m a woman in my mid 30s and just started hijab on and off and i am taking my own phase.I know what you are going through. As i aged, i don’t wear as sexy as before. We should not judged people. These people judged you because they envy you ang got nothing better to do. If they don’t like you, they should not read about you. Wishing you and family a blessed Ramadhan and hope everything is okay with your pregnancy.

  14. keep strong…Moga Allah limpahkan rahmat dan hidayahNya pada kita semua…amin

  15. yayyy thanks nurul sbb update blog…
    i hate those ppl yg suka jugde orang.. sighhhhhh
    anywayyyyy…. Selamat menyambut Ramadhan, safe flight & please take care. May ALLAH bless u & your family 🙂

  16. Mahatma Gadhi once quote “dont hate the sinner.. hate the sin..”

  17. salam nurul….so sad baca bingkisan kali nihh dr nurul…sabar byk2 k….kuatkn semangat sbb nurul beruntung berada disisi keluarga n teman2 rapat yg sntiasa menyokong dlm situasi sebegini…saya pun selalu jugak kena mcm nurul almaklum laa kite nihh kan kalu brsuamikan bgsa asing mmg xbleh lari dr benci n hinaan sebegitu…tapi saya yg duk jauh nun diperantau tanpa keluarga kdg2 sedih jugak bila trkena cam nurul….tapi trpaksa kuatkn semangat sorang2 kat sini…nasib baik ada my hubby always b my side….n my baby adam penghibur duka lara….so kuatkn semangat nurul yer…mesti comel baby nurul nnti…..xsabar nk tgk

  18. akak akan melahirkan baby di france kah? selamat ya!
    pastu akak tak nak cuba career nyanyian di sana ke?
    mana tahu tuah akak macam anggun cipta sasmi.
    yuna & zee avi dah sampai amerika,
    shila amzah dah sampai china,
    mungkin akak di sana?

    • Hi jaycinta
      taklah.. akan melahirkan di Malaysia. datang ke sini untuk 6 minggu sahaja. Thanks for the comment. nak sangat sayang oiii.. dok berusaha ni.. bukannya mudah. market sini besar. just need to know the right people. Thanks for the prayers. take care

  19. selamat berpuasa kak nurul. biasa lah mulut orang, akak sabar lah ye. ALLAH juga lah yang menilai kita dengan sebenar-benarnya.. 🙂

  20. Nurul, nanti jangan lupa kongsi pengalaman berpuasa di sana. mesti rindu nak pergi bazar ramadhan kan? 🙂

    • ya teringat juga nak ke pasar ramadhan. baru 11 hari di sini dah rindu nak balik sana! heheh

  21. Kita sebagai manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Selagi kita bernama MANUSIA, kita tidak sempurna.
    Semoga kak Nurul kuat dalam menghadapi cabaran dan dugaan. Mungkin gelaran akak sebagai selebriti membuatkan semua diluar sana buka mata dengan setiap apa yang akak lakukan.

    Kuatkan hati, buat yang terbaik untuk diri akak & family.
    Hanya Allah yang lebih memahami.

  22. Dear K.Nurul,
    I’ve been meaning to read your blog but I’m too occupied to do so. Well here I am, posting a comment on your ‘lil blog. I must say, we either make ourselves miserable, or we make ourselves strong. The amount of work is the same and you’re doing just fine. Haters are like crickets. They chirp all day but you can never see them, then you walk right by them and they’re quiet. Enjoy your getaway in France and ignore all those crickets which never stop chirping! 🙂

  23. Bonjour!
    Ca va kak nurul?
    I just want you to know that you are one great woman and I envy you a lot. Semoga Tuhan melindungi kak Nurul and family.
    Xoxo

    • Bonjour Felicity. Je vais bien. merci. amin.. thanks for the prayers darling!

  24. Saya terpaksa berterus terang… yang saya kurang bersetuju dengan pedapat awak.. camna pon idea awak memang benar.. saya hormat awak atas penulisan ni

  25. Love your blog! But if you ad some pics it will be great!

    Anyway, i know how you feel when ppl comment kata kita ni perempuan melayu bila kawin or dating lelaki mat saleh konon2 terus nak jadi macam mat saleh (ada yg teruk tu siap kata pompuan melayu yg tak laku je yg keluar with lelaki mat saleh). Geram pun ada.. But we know ourself better than them. So let them talk.. at the end of the day it’s between us and god! 🙂

    Check my blog at;
    http://bellavitadiines.wordpress.com/

    • Thanks a lot. There some pictures here and in my instagram.

  26. As salam puan nurul…saya slh seorg folowers nurul di instagram…pnh sekali nurul reply komen.rasa happy tak ter hingga :)…haterstu block kan je..,sbb hdp mereka teruk jd nk happykn diri kutuk org lain huhu..kesian manusia jenis ni…ok selamat berpuasa…semoga selamat melahirkan…

  27. Salam k.Nurul; alaa..takpe k.nurul, biarlah orang nk kata apa pun..k.nurul anggap benda tu positive way..anggaplah mrk tu SAyAnG k.nurul sbb itulah mereka tegur…habis baca kutukan sebut “Alhamdulillah..” sbb ada juga orang sudi tegur dan doakan MOga2 k.nurul & org yg menegur tu mendapat hidayah drNya…rilex k.nurul..nk berubah kena slow2 tp at least try nk lakukan perubahan..k! & selamat berpuasa!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: