AAARRRRGGGHHHH… OH TIDAK!!! TERIMA KASIH KERANA MENGINGATKAN

Aaarrrrgggghhhhhhhhh… tidak!!!  Bayangkan betapa kuatnya aku jerit bila sampai je dari Bangkok Thailand dan berada di atas penimbang berat badan! Penangan Thai food yang memang aku suka selama 10 hari di negara Thailand. Apalagi, lupa diri sekejap!  Makan tak ingat dunia. Eric hanya menggelengkan kepalanya melihatkan selera makan aku sehari dua ni.. Memanglah pregnant…. Berat badan kena jaga juga. Tambahan pula kandungan dah menjangkau 6 bulan ni. Hujung minggu depan, baby akan berusia 6 bulan. Alhamdulillah, all good.

10 hari berada di luar, macam mana pun tetap selesa di rumah sendiri, katil sendiri dan bantal sendiri. Tak berapa selesa tidur di katil hotel walaupun ianya dihias rapi. Home sweet home! Memang seminggu dua ni aku dan Eric akan sibuk keluar masuk negara atas urusan perniagaan kami. Ke Bangkok pun atas urusan perniagaan yang sama juga. Kami meghadiri acara tahunan yang dianjurkan Herbalife yang dinamakan Extravaganza.

Acara ini menggabung ke semua negara Asia Pasifik (APAC). Kali ini yang ketiga kali aku menghadirinya. Cuma tahun ini Extravaganza dibuat tanpa negara India & juga Korea. Dua tahun yang lalu, mereka menggabungkan kesemua negara-negara APAC, tapi kali ini tidak. Tahun lepas tanpa Korea. Semuanya kerana jumlah distributor yang meningkat di seluruh negara APAC. Sangat hebat! Tanpa dua negara itu, jumlah kehadiran bagi Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Hong Kong, Taiwan, Filipina, New Zealand dan Australia; seramai 23,000!

Korea dan India masing-masing punyai Extravaganza mereka sendiri kerana jumlah yang sangat besar dan tidak dapat digabungkan buat kali ini. Keseluruhan jumlah kesemua distributor negara-negara Asia Pasifik adalah lebih dari 55,000 orang distributor! Imagine that! How amazing this company is! All about dreams and changing people’s life.

Aku sendiri terpegun dan amat sukakan perniagaan ini. Ianya adil dan sangat mudah untuk memperolehi keuntungan serta dapat menggubah kehidupan yang lebih bagus. Semuanya perlu berbekalkan usaha. Apa sahaja yang kita lakukan, mestilah beserta usaha. Kalau tidak, semua impian tidak akan tercapai. Extravaganza adalah merupakan satu mesyuarat besar serta latihan yang diadakan oleh Herbalife International setiap tahun. Jadi, CEO & Chairman, doctor, pengarah syarikat serta mereka yang nombor satu di dalam perniagaan ini; akan turun bersama memberi latihan dan update all latest news regarding business and its achievement.

Kesemua distributor tak kira apa sahaja level mereka, dilatih oleh mereka yang punyai pendapatan lebih dari $US100,000 sebulan. Ada yang memperolehi lebih tinggi dari itu. Bukan hanya latihan, tetapi juga personal development training serta berkongsi cerita kejayaan mereka yang dah lama di dalam perniagaan. Dari susah, ke senang dan sebagainya. Memang seronok. All about positive thinking & doing. Change people’s life. To get better health and better lifestyle. Mudahkan? I enjoy this business from the past 3 years. Need to work harder kerana aku juga mahu memperolehi gaya hidup yang lebih baik. Perniagaan ini adalah untuk masa depan aku. Nyanyian tetap yang pertama. Itu hidup aku. Herbalife is my retirement plan. Aku buat dari sekarang supaya aku ada wang di kemudian hari apabila aku tak lagi aktif di dalam bidang nyanyian. Aku tak mahu tua tanpa duit. Perlua ada sesuatu untuk menampung kehidupan di masa akan datang. Aku juga sukakannya kerana ianya penuh dengan positivity.

Bercerita pasal buat duit – siapa tak mahu punyai wang dan gaya hidup yang baik. Siapa yang tidak mahu senang. Masakan kita semua bangun awal pagi, bersiap ke pejabat dan pulang lewat hari. Kena pulak stuck dalam traffic jam. It’s all about money. Kita bekerja untuk wang dan untuk menyara kehidupan. Siapa kata duit tak penting? Penting… Tambahan pula di dalam zaman sekarang ini. Bergerak sikit – semuanya duit! So, you have to work hard & smart for your money.

Banyak yang aku belajar di dalam acara hebat sepanjang hujung minggu lepas. Money is everything and yet it’s also not. Duit tak boleh dibawa mati. Tapi duit itu amat berguna sepanjang kita masih bernyawa. Pendidikan, perubatan  – kedua ini memerlukan duit yang sangat banyak untuk kita belanjakan kepada anak-anak atau kepada diri sendiri. Menyedari hakikat itu, aku buat business ni – untuk masa depan aku. Aku juga dah banyak berubah dengan business ini. Aku sentiasa happy dan positif! That is what I want! Surrounding with positive people too!

Namun, kita semua manusia. Ada banyak kekurangannya kerana kita bukannya maksum. Kita lakukan kesilapan. Kita punyai ego dan sebagainya. Wang kebiasaannya merubah seseorang. I learned something good too in this event in regards to that. Kesimpulan yang aku dapat, ada wang yang banyak serta berjaya, tidak bermaksud kita hebat sekiranya tiada rasa hormat pada orang lain, bongkak dan angkuh, tak tahu jaga kebersihan diri dan penampilan, tidak menjaga kebersihan tandas awam – you have no value with all your achievements and money!

Aku belajar tentang perkara ini dah lama melalui bidang nyanyian yang aku ceburi selama 19 tahun ini. Dah banyak aku lihat yang sombong, bongkak, ego dan bermegah dengan wang ringgit serta pencapaiannya; jatuh menjunam menyembah bumi. Allah itu maha kaya. Apa yang diberi kepada kita selalunya ujian. Kita perlu bijak menilai. Kesemua yang diberi hanya pinjaman. Ianya bersifat sementara. Tak kiralah wang ringgit atau paras rupa. Yang Maha Esa yang berkuasa bagi seluruh alam ini, tidak suka akan kesombongan.. Kita sombong dengan orang, Allah sombong juga dengan kita. Nabi juga membenci akan perkara ini.

Aku sebutkan perkara ini kerana sesuatu berlaku juga pada aku. Beberapa bulan lalu, one young guy – we called them Gen H – qualified for one of the highest levels in the company. Memang satu pencapaian yang hebat. Jadi hebat lah juga gayanya. Ada juga sebelum ini Gen H pertama di Malaysia ni, sudah menjejakkan kakinya ke level itu. Namun, wanita muda dan suaminya yang hebat itu, tidak pula bongkak. Makin menunduk. Begitu juga ‘diamond’ nya yang baru juga qualified. I respect them loads because they work hard and respectful. Tidak langsung berubah. Wajah sentiasa dihiasi senyuman.

Lain ceritanya dengan yang lelaki muda yang aku ceritakan awalnya. Aku faham akan hukum menyalam tangan yang bukan muhrim. Hukumnya haram. Ustaz aku juga tak sentuh kulit bukan muhrim. Tapi ada pula caranya menyatakan dengan baik tanpa menjatuhkan air muka si penghulur tangan.. Tapi menjatuhkan air muka orang lain juga satu perkara lain yang harus dielakkan.

Aku bukanlah jahil. Tapi agak terasa hati pula dengan OKB muda itu. Malunya bila aku hulurkan tangan dan dia buat muka semacam je dengan aku seolah aku ini kotor dan di hadapan orang lain. Ada juga Gen H lain tak salam. Tapi mereka awal-awal dari jauh dah meletakkan tangan di dada dan mohon maaf kerana mereka tak sentuh bukan muhrim. Itu yang benarnya.

Di zaman moden ni, kita selalunya dah biasa berjabat tangan untuk menghulurkan salam hingga lupa akan hukum menyentuh bukan muhrim itu haram. Aku berterima kasih juga kepada OKB muda itu kerana mengingatkan. Aku juga nak ingatkan pada yang lainnya yang tak salam bukan muhrim; awal-awal letak tangan di dada dan ucapkan salam dari jauh tanpa menghulur tangan – barulah si penerima salam lelaki atau perempuan yang bukan muhrim itu faham. Tidaklah dia termalu sendiri – macam yang aku kena. Mohon maaf kepada yang menghulur tangan dengan cara yang baik tanpa menjatuhkan air mukanya. Jangan pula buat muka masam dan semacam dengan orang yang dah seawalnya termalu menghulurkan tangan pada orang yang benar mematuhi ajaran benar dari agama Islam.

Macam-macam yang aku belajar. But, it makes me wiser. Bagus pahala yang OKB muda itu dapat. Ianya menyedarkan aku. Cuma dia tak tahu yang aku terasa hati kerana termalu di khalayak ramai. Aku tak tahu yang dia tak salam bukan muhrim. Seingat aku, dahulu mula-mula jumpa ada dia salam. If I’m not mistaken, dan rajin lah juga bercakap walaupun hanya sepatah dua. Itu kebiasaan di dalam bisnes ini. Kami bertegur sapa kerana kami bagaikan satu keluarga yang besar walaupun kami smeua bukan dari kumpulan yang sama. Misi dan visi kami sama. Jadi, ada antara kami memang akrab. Aku yang perlu lebih berhati-hati selepas ini supaya aku tak dimalukan lagi. Aku kena beringat yang salam bukan muhrim itu haram hukumnya.

Perkara ni bukannya baru. Dulu Rabbani, Raihan dan kumpulan nasyid yang lainnya juga begitu. They preach what they learnt. Aku faham. Pada pertama kali jumpa, memang dari awal mereka menyatakan dan mengingatkan yang mereka tak salam perempuan yang bukan muhrim. Tak pula aku terasa hati kerana mereka tak pernah menjatuhkan air muka dan manyatakannya dalam cara yang betul. How I miss all the moment dengan kumpulan nasyid hebat seperti Raihan. Mereka banyak juga mengajar dan mengingatkan tentang perkara yang dituntut Islam dan kita sering melupakannya.

Malam ni, malam sentimental sebenarnya. Selalunya lepas balik event yang semacam Extravaganza ni, aku akan duduk diam-diam, ukur balik apa yang aku lakukan dan apa kesalahan yang telah aku lakukan. Semangatnya lain macam. Otak semacam dibersihkan dan dipenuhi positive vibes. So, mulalah dapat macam-macam kesimpulan.

Dalam gembira melihat kejayaan orang lain, ada juga sedihnya meliihat perubahan diri seseorang yang mana aku tahu bisa menghancurkannya. Harapnya dia tidak sebegitu. Hanya aku berfikir sedemikian. (ada perkara yang aku lihat yang buatkan aku berfikiran sedemikian) Ada juga yang aku belajar tentang hukum hakam serta perkara lain yang membuatkan aku sedar dan mahu terus belajar. Hidup ini adalah satu proses pembelajaran. Setiap hari aku belajar. Tiada yang rugi, malah banyak mengingatkan dan membetulkan.

You can be young, successful and earn a lot of money due to your hard work. But it’s nothing if you put your ego first – in front of everything. Ingat, apa yang dapat hari ini, tak sama dengan apa yang kita akan dapat esok hari. Semuanya dari Dia.

P/S:  Lebih terasa hati bila OKB muda excited semacam semasa hari kedua pembukaan acara – terkinja di kerusinya dengan mengibarkan bendera Malaysia bersama satu cahaya lampu – kebetulan aku nak ke tandas dan tak perasan melepasi mejanya. …dan…bukkkkk! Tak sengajanya terhantuk  pula  batang lampu yang dikibarkan ke sana ke mari di kepala aku! aduh!! Nasib baik kepala bukannya perut aku yang memboyot ini! Ada juga orang lain berdiri di kerusi dan sambil mengibarkan bendera negara masing-masing. Tapi tak pula menyodok kepala orang lain! Control your excitement please!

Advertisements

8 Comments on “AAARRRRGGGHHHH… OH TIDAK!!! TERIMA KASIH KERANA MENGINGATKAN

  1. Congrats sbb kandungan nak masuk 6 months. semoga mommy n baby sihat..Ameen. Patutnya pegi Extravaganza but im not well 😦
    sangat tertarik dgn – “You can be young, successful and earn a lot of money due to your hard work. But it’s nothing if you put your ego first – in front of everything. Ingat, apa yang dapat hari ini, tak sama dengan apa yang kita akan dapat esok hari. Semuanya dari Dia”.

    It’s a very good peringatan for everyone. Thanks Nurul! 🙂

  2. Alhamdulillah…semoga kandungan kak nurul sihat hendaknya. Upload la picture akak sekarang. Mesti cute seh…hihi…
    Semoga perancangan akak utk masa depan SuCCess dengan Izin NYa…Insyallah…Aminnn~~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: