SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! .. AWAS PENOLONG KANAN AKADEMI!

Cuti semester sekolah dah pun habis! Aku pasti ibu bapa dan guru-guru dah mula sibuk menyiapkan segala persiapan untuk pulang ke sekolah! Berakhirnya hari enjoy buat semua murid-murid! Termasuk juga anak dara aku Ayu Nazirah. Dia dah pun pulang ke sekolahnya di JB. Pagi-pagi dah menaiki pernerbangan yang telah disediakan ibu tirinya. Thanks Liza.

Orang lain mula bekerja dan pulang dari bercuti, aku dan Eric berada di Pattaya Thailand dan seterusnya selepas ini ke Bangkok di atas urusan perniagaan. Time to take a break. Busy sangat lately ni. Kebetulan pula bulan ini adalah bulan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Sengaja ambil masa 10 hari bersendirian berdua. Begitu pantas masa berlalu.

Sedang duduk menikmati udara segar dan indah di sini, terkenangkan anak gadis aku yang agak stress di sekolahnya. Ya tahun ini tahun yang amat penting baginya. Ayu akan menduduki peperiksaan PMR di bulan Oktober nanti. Kalau tak silap aku 9 Oktober. Bulan itu juga nanti, aku sedang sarat dan menantikan saat-saat melahirkan. Kesian Ayu. Namun, doa aku sentiasa bersamanya.

Belajar di sekolah berasrama penuh sepertinya, bukanlah satu perkara yang mudah. Besar tanggungjawabnya. Bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi sekolah. Aku naik berang juga apabila cikgu sekolah sering membebel dan memberi kata-kata yang kasar terutamanya kepada pelajar form 3 & form 5. Cerita Ayu kepada aku, penolong Kanan Akademi sekolah itu boleh tahan juga sikapnya dan tutur kata yang digunakannya. Maksud aku bahasa yang agak kasar

Aku tahu tanggungjawab seorang guru. Malah aku berterima kasih kepada mereka kerana menjadi orang tengah di antara ibu bapa membantu mendidik anak-anak sehingga berjaya. Tetapi wahai Penolong Kanan Akademi yang berada di sekolah asrama penuh yang tersenarai hebat itu; gunakanlah bahasa yang baik. Jangan kamu mengherdik murid-murid sehingga menambahkan ego remaja mereka untuk menjadi angkuh dan tak layan kamu! Adakah kamu tahu itu akan menambahkan stress mereka untuk belajar?!

Kaedah reverse  psikologi adalah yang terbaik. Ayu agak stress ketika itu dan dia mula menangis. Do you wonder why some student get hysteria? Semuanya kerana stress! Aku naik bising juga. Mahu saja tulis surat kepada sekolah itu tapi kata Ayu, jangan. Nanti dia digelar ‘BARUA’ dengan sekolah dan murid-murid yang lain. Barua yang dimaksudkan di sini adalah seperti menjadi tali barut atau betray sekolah atau kawan-kawan di sana.

Ayu bukanlah anak yang kememeh. Dia agak tough. Bila dia stress dia ada satu perangai yang hanya aku saja yang tahu. Ye lah, nama pun ibu. Kita sering tahu apa yang tidak kena dengan anak jika gaya percakapannya berbeza dari biasa.

Aku terpaksa calm her down. Siapa lagi kalau tak ibunya sendiri. Itu peranan aku. Aku juga mula terfikir, sekolah itu  disenaraikan antara sekolah berasrama penuh no.1 di Malaysia ni. Tapi cara mereka amat berbeza. Rupanya dengan memberi stress itulah, mereka sering berada di tangga teratas di dalam pencapaian sekolah.

Bercakap tentang pencapaian sekolah, aku nak juga sentuh. Guru-guru di sana penting kan pencapaian murid-murid, atau pencapaian sekolah? Perlukah stress kan murid-murid sehingga mereka hysteria dan mengalami gangguan mental? Atau mahukan murid-murid melakukan ulangkaji dengan cara yang aman dalam situasi yang baik dan mereka mampu mencapai apa yang mereka dan sekolah mahukan? Banyak pilihan yang ada. Tetapi cikgu di sana memilih menggunakan bahasa yang kasar untuk memotivasikan murid-murid mereka. One thing I want to tell you, remaja zaman sekarang berbeza dengan zaman kamu dan juga zaman aku. You should think about it.

Aku ni memang anti sikit dengan sekolah asrama but then again I know they are good. I don’t choose that school. It was the other party. Pada aku, belajar di sekolah mana pun, anak-anak boleh cemerlang jika cikgunya bagus-bagus belaka di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Ya, aku bukan  cikgu, aku tak tahu. Aku juga tak berpelajaran tinggi. Tapi sebagai ibu bapa, aku juga ada tanggungjawab aku. Aku tak mahu anak aku stress sehingga tak mampu melakukan apa yang dia mampu lakukan terutamanya di dalam peperiksaan besar seperti PMR.

Aku menulis entry ini mewakili semua ibu bapa dan juga murid-murid di sekolah yang hebat itu. Jangan tak tahu, anak cousin aku juga bersekolah di sana. Menduduki peperiksaan SPM tahun lalu. Aku terjumpa dengan cousin perempuan aku ni. Anak-anaknya boleh tahan juga di dalam bidang akademi. Ye lah.. Masakan boleh memasuki sekolah berasrama penuh di selatan Malaysia itu. Katanya, anaknya amat stress tahun lalu dan terpaksa berada di bawah pengawasan seorang doctor psikologi.

Ada murid-murid atau anak-anak yang mahu terus berjaya dan bimbang akan pencapaian yang merosot. Ayu juga begitu. Tetapi bila diganggu dengan paksaan atau gangguan emosi dari luar – contohnya seperti Penolong Kanan Akademi yang aku maksudkan tadi, memanglah akan lebih memburukkan keadaan.

Apa-apa pun, aku tahu, entry ini tak mampu merubah apa-apa situasi yang berlaku di sekolah itu sekarang dengan cikgu seperti Penolong Kanan Akademi itu. Ianya telah sebegitu selama lebih 60 tahun. Namun aku percaya, dahulunya sekolah itu way better than now! Ramai pelajarnya dulu lebih cemerlang dari sekarang kerana cikgu terdahulu lebih tahu bagaimana menjadikan murid-muridnya tidak stress serta mampu mencapai apa yang sepatutnya.

Walaubagaimana pun, aku tidak semua cikgu punyai sikap yang seperti yang aku ceritakan. Ada yang tegas tetapi tahu mengambil hati pelajar. Ada yang garang tetapi berhati lembut. Aku sanjung guru. Begitu juga cikgu-cikgu aku yang terdahulu. Kerja mereka bukannya mudah. Tanpa mereka , kita semua tidak berada di mana kita sekarang. Kerana cikgu, kita tahu membaca, mengira dan sebagainya. Mereka disanjung segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk bumi ini.

P/S: Ketawa terbahak-bahak mendengarkan cerita cikgu Penolong Kanan Akademi itu tidak dipedulikan apabila masuk ke kelas anak aku dan semua form3 yang lain! Dia dipulaukan dan bengang sendiri! I told you, children now they are different! Jangan you pula yang hysteria! Hahahahaha!

Advertisements

8 Comments on “SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! .. AWAS PENOLONG KANAN AKADEMI!

  1. hehehe…btl tu…belajar dlm keadaan stress hanya akn memburukkan prestasi pelajar…..

  2. hahahaa, maybe penolong kanan akademi tu, pernah ada sejarah hitambbelajar di zaman jepun kot.hehehehe.btw, tahniah juga pada nurul, ada anak seperti ayu.

    take care for the next baby..hope be babiess..(twin!!)

  3. memang banyak teachers sekolah kerajaan ni suka betul guna bahasa2 yg kurang enak. during my time especially (ard 80s). cikgu rasa hebat kalau student takut to them. now bila i balik kg, jumpa cikgu2 yg cakap kurang sopan ni..buat tak tau je..nak tegur pun malas wpun rumah berdekatan n pasti jumpa kalau kenduri kendara. bukan sombong now i “duduk kl” etc tapi i have no respect kat mereka. ada yg masih nak buat garang as if im still student depa… like i care. my niece n nephews studied dekat international school..sangat berbeza cara pendekatan cikgu & murid. cara bercakap & kalau students yg jenis problem ni..they know how to handle. the teachers pastikan parents tau perkembangan anak2 mereka. tak semestinya kena cakap kasar boleh jadi pandai??!! Alhamdulillah my niece n nephews & their friends elok je menjadi, semua gheja baguih2 naaaa…. so i think teachers out there..luv your job, didik la anak2 dgn berhemah, jaga pertuturan. kepimpinan melalui teladan.

    • hi Haniz…
      Itulah dia.. Hmmm.. macam-macam perangai manusia kan.. tetap dalam kategori yang tidak sempurna but they have to improve themselves. Semua dari kita pun kena macam tu. Garang untuk masa sekarang bukan lagi satu respect. Thanks for commenting

  4. Saya pun ex-boarding school. Frankly, i hate it to the max. Most of the students are mentally tired because we have to study as early as 7.30 am and ends at 11pm. Of course there are breaks in between but still….we dont have enough rest. Part cikgu cikgi…kebanyakannya macam penolong kanan akademi tu. Hope Ayu will be stronger day by day… Gambate! 🙂

  5. Me also ex boarding school. And i know where Ayu is getting her high school education. My cousins are also the same school with Ayu.Saya faham sekolah asrama penuh mmg stress but i did enjoy my 5 years there. Bila ingat balik selalu senyum sendiri. Memang ade cikgu yg agak kerek.. i couldn care less.. jus know how to enjoy and release you stress.. like what ayu did.. saya selalu bercerita dengan emak kalau saya stress.. kalau tak kerana boarding school saya tu dengan cikgu2 sekolah saya.. saya tak akan jadi apa yg saya jadi sekarang

    • Salam rina. Ya sekarang dia dah pandai handle stress. Alhamdulillah. Biasa la tu kan. Manusia macam2 karenah. Cikgu kerek, warden pun kerek hahahahhaa.. but I know Ayu will be better one day. Ni pun dia dah enjoy kat sana sebab kawan2 semua okay. Thanks for sharing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: