ALHAMDULILLAH.. IT’S ONE YEAR & STRONGER!

Aduh! Naik bersarang pula blog ni! Busy nya lately ni..  Dengan show dan juga recording Ceria Popstar! Bukan itu saja.. Banyak lagi hal lain juga yang buatkan aku tak duduk diam. Maaf ya kepada semua pembaca dan follower blog ni. First of all, aku nak berterima kasih kepada semua subcribers yang subscribe to my blog dan juga semua pembaca. Belum pun setahun… Namun, sambutan dan sokongan yang diberikan buatkan aku ternganga. Terima kasih. May Allah bless all of you.

Sebut pasal setahun, hari ini hari penting bagi aku dan juga Eric. It’s our wedding anniversary! Alhamdulillah.. 12 bulan bersama – segalanya indah. Kami sangat bahagia. Aku cukup bersyukur. Terima kasih juga kepada yang mendoakan kebahagiaan kami.

Bangun awal pagi ini setelah semalam satu jam setengah, entry ini dirasakan kurang menarik. Edit & edit sampai puas hati. Kata pingu harus publish di masa yang sama aku disahkan sebagai isteri kepada Eric Depp – jam 12:20 tengahari 6 Jun 2012.

Setahun yang lalu, hari ini… Debaran yang teramat sangat. Sedikit flashback dan cerita behind the scene serta apa yang aku rasakan di hari ini setahun yang lalu. Seawal 6 pagi aku sudah bangun dan menyiapkan diri ke tempat pernikahan iaitu Duchess Place di Jalan Ampang. Eric juga tak boleh tidur. Panggilan telefonnya mengejutkan aku di pagi itu, ternyata dia juga excited dan berdebar menantikan saat indah kami berdua yang dijadualkan berlangsung 11 pagi hari itu. Dia terpaksa kejutkan aku pagi itu kerana semalaman kepenatan rehearsal dan aku agak stress dengan pelbagai perkara.

Itu di hari pernikahan… Sebelumnya, jangan ceritalah kelam kabutnya persediaan yang telah dirancang 6 bulan lebih awal semenjak Januari 2012. Tanpa beribu dan berayah, aku ada beberapa teman yang benar membantu aku menyediakan segalanya. Meskipun ada juga kami bertegang leher, tak bertegur sebulan pun ada – namun semuanya berjalan lancar. Segalanya kerana kami semua mahukan terbaik untuk pernikahan kedua aku ini. Aku harus berterima kasih sedalamnya kepada adik si kenit aku yang aku gelarkan Pingu.

Kesabarannya menangani perangai dan tabiat aku memang aku salut. Walaupun dia memedam rasa dan agak makan hati dengan aku, tapi dia tetap berada di sisi aku.  Dia antara yang paling sibuk hari itu. Tidak langsung di alas pinggulnya di kusyen kerusi yang ada di Duchess Place yang dihias rapi oleh Zaha Wedding Planner itu. Berlari ke sana ke mari memastikan tetamu mendapat layanan yang baik. Terima kasih Pingu. I love you dunia akhirat.

Deq Sha juga tak kurang sepenuh hatinya menunjukkan kasihnya kepada aku yang dipanggil ‘kakak kami..’  Kami seperti dua beradik. Dia bahu aku menangis tatkala kesedihan dan kesunyian menghimpit aku dulu apabila keseorangan. Bersama assistant nya Sharendra Razak, mereka membuatkan segalanya riang. Dengan hilai tawa di sebalik duka sewaktu hari rehearsal;  aku hampir lupa kesedihan yang melanda. Biasalah, family besar… Ada saja yang tak kena dan tak cukup. Aku cuba buat yang terbaik untuk semua. Hari besar dan bersejarah buat aku, aku tak mahu susahkan keluarga.

Aku jemput semuanya (kecuali lain bapa) dan mahukan mereka menyaksikan hari bahagia aku dengan aman dan tenang tanpa berasa penat menguruskan segala hal lain seperti selalunya majlis perkahwinan yang sering kita adakan di kampung. Di KL ni semuanya dah disediakan.

Aku beruntung punyai teman seperti Rizman Ruzaini, Bon Zainal, Zaid dari Zaha Wedding Planner, Deq Sha, Indra, Fendi Sani, Ina Mohd, Fizar Harun, dan Mas Anizah – ketika itu – yang membantu aku dari hal yang sekecil semut hinggalah ke akhirnya. Kerana mereka ini, buatkan segalanya berjalan lancar. Oleh sebab itulah aku berniat tak mahu menyusahkan family aku.  Mereka adalah tetamu kehormat aku.

Namun, tak semua yang kita harapkan berlaku. Menangis juga aku dihimpit kebuntuan dan kena ‘slam dunk’ dengan kata-kata abang aku. Dia tersalah anggap. Tapi tak berpanjangan. Aku jelaskan di dalam perbualan telefon selama satu jam itu. Sampai juga dia di KL walaupun lewat. Dia almost merajuk. Adalah sedikit hal adik beradik. Bila berjauhan, memang boleh jadi salah anggap. Salah aku juga.

Dek insiden itu, terbatal niat aku nak makan malam ramai-ramai dengan semua adik beradik & sanak saudara di KL Tower yang dah aku book awal-awal. Just to celebrate with them. Dalam tak mahu abang aku penat, dia keletihan juga sebab sampai lewat di KL pada malam sebelum pernikahan aku.  Wali nak merajuk weiii… Habis lah  aku… Tak nikah nanti! Hahhaa… Biasalah.. Dalam hal apa sekali pun, ada sahaja miscommunication.

Biar aku makan hati. Asalkan mereka datang dan turut sama menyaksikan hari besar aku. Itulah family… Baik buruk mereka, tetap darah daging aku. Aku telankan saja walaupun naik bengkak mata menangis! Dah macam mata watak kartun The Simpson! Nasib baik tak nampak dengan make up yang kemas dari Deq Sha pagi itu.

Segalanya berjalan dengan baik walaupun ada sedikit hick up sehari sebelum pernikahan aku. Seperti biasa, apabila aku down, Eric pendengar setia yang mengamankan. Bukan dia sahaja, Ina Mohd, Deq Sha dan sudah pasti Sharendra. Aku kembali senyum dalam mata yang bengkak itu apabila dihadiahkan dua pasang kasut oleh Deq Sha dan juga Sharendra! Terus senyum riang! Hahahaha… Aku ni kan suka dengan kasut! Macam-macam aku ni… Mereka adalah teman yang tidak akan aku lupakan selamanya.

Itu cerita sehari sebelum bernikah… Persiapan yang dilakukan dari bulan Januari sebaik sahaja aku dilamar Eric dan keluarganya. Bermula dari urusan convertion Eric, kursus masuk islam, urusan JAWI, pakaian, tempat pernikahan, sehinggalah ke Wedding Planner – bukannya mudah. Ambil masa juga. Setiap hari ada saja yang aku fikirkan. Nak menjemput tetamu lagi. Segalanya idea aku sendiri sambil dibantu oleh mereka yang aku senaraikan tadi.

Rizman Ruzaini sememangnya pilihan pertama untuk mereka pakaian untuk hari besar aku itu. Mereka berdua ini, fashion designer yang memang aku minat dan sering memakai baju rekaan mereka. Aku bertemu beberapa bulan awal untuk bertanya apakah rekaan yang sesuai untuk gown pengantin aku. Sepantas kilat, Rizman yang sememangnya pakar melukis, melakarkan gaun pengantin yang aku mahukan. Katanya pilihan aku telah dibuat mereka beberapa tahun sebelumnya. Dia langsung propose pada aku rekaan yang dia rasakan besesuaian buat aku.

Nyata ideanya lebih bernas dan buatkan aku benar-benar tertarik! Sebenarnya, aku sering berikan kebebasan padanya untuk menyediakan baju. Itu bahagian dia. Dia lebih arif.  Itu satu perkara yang buatkan aku keriangan. Ada pula lainnya yang buatkan aku sebak menangis. Katanya, dia mahu sponsor wedding gown aku itu. Tak ke aku terkejut! Dah la sebelum tu Deq Sha pun buatkan aku menangis. Mereka ini tak mahu sesen pun kerana kami sering bekerjasama – beberapa tahun bersama, kami seperti satu family. Rizman Ruzaini& Deq Sha memang pemurah. Aku menangis kerana terkejut dan terharu.

Rezeki aku datang bergolek apabila aku nyatakan kepada semua bahawa aku akan berkahwin. Rizman juga telah memperkenalkan aku kepada  Zaha Wedding Planner. Zaid – boss besar wedding planner yang sedang meningkat naik itu, datang bertemu aku dan bersetuju untuk menaja pelamin dan perhiasan pernikahan aku itu. Dia juga antara teman yang bertungkus lumus memastikan segalanya indah di dalam hall Duchess Place yang sedia menarik itu.

Ramai tahu bahawa Bon Zainal adalah pereka pakaian lelaki yang paling handal. Dia dengan segera memberi kata putus untuk menaja pakaian Eric dan juga bapa mertua ku Roland Depp. Abang Bon juga dah lama aku kenal. Terima kasih daun keladi. Ternyata Eric sangat gemarkan rekaannya yang selesa itu. Dijaganya dengan rapi sehingga hari ini. Disimpan di dalam almarinya dengan kemas.

Aku juga dihubungi oleh beberapa photographer yang ingin menaja gambar-gambar hari bahagia kami. Red Photography yang paling awal menghubungi aku sebaik sahaja aku umukan di sidang media album mini ku tanggal 9 Mei 2012. Cantik sekali gambar-gambarnya. Aku pasti kalian telah menyaksikan ke semua gambar-gambar yang ada di internet dan juga majalah. Sebahagiannya adalah dari Red Photography. Satu album dihadiahkan kepada ku dengan susunan yang sangat menarik.

Terima kasih wahai teman. Setahun sudah berlalu.. Aku masih mengenangkan jasa kalian. Begitu juga dengan adik beradik dan saudara mara yang sentiasa mendoakan kebahagiaan aku dan Eric. Memang tahun 2012 – 6 bulan pertama, gone just for the wedding! Bukan main busy aku masa tu dengan jadual yang ketat – bukan sahaja aktiviti nyanyian dan product endorsement, tetapi juga rakaman album dan juga wedding! Segalanya serentak satu masa. Pelbagai kenangan yang aku abadikan di ingatan. Tak mungkin aku lupakan.

Teman media juga banyak membantu. Thanks for all the magazine covers, newspapers cover.. Penuh muka aku dan Eric di dada akhbar. Sehinggakan menangis ibu mertua aku melihatkan sokongan yang diberi media. Begitu juga bloggers and online news. Thanks for coming. Aku nak mohon maaf andai ada yang tak aku jemput. Macam-macam berlaku belakang tabir yang tak boleh aku ceritakan di sebalik 200 jemputan yang aku dan ‘ajk’ aku putuskan. Ini perkahwinan kedua, aku tak mahu buat besar sangat. Pada aku 200 jemputan was just nice! Ada yang aku terlepas pandang. Maaf ya.

Memang aku mahu benar intimate with my family, closest friends and reporter yang dah menjadi teman. Aku mahu orang yang benar rapat dengan aku.  Kenalan – memang ramai. Tetapi ianya adalah sesuatu yang istimewa bagi aku. Aku mahu yang terdekat sahaja. Tak semua faham, tapi itulah kenyataannya.

Ayu Nazirah – anak gadis ku yang paling gembira di pagi 6 June 2012 itu. Tidak pernah aku melihat dia melemparkan senyum semanis itu. Dia yang excited dan tak habis mengenggam tangan ku sebelum aku diijab kabulkan. Kegembiraannya semenjak hari itu sehingga ke hari ini – tak pernah pudar apabila aku telah ditemani insan yang dia approve kan untuk menjaga aku! Katanya dia amat gembira akhirnya doanya dimakbulkan. Memang ini yang dimahukannya. Ayu bangun awal bersama aku pagi itu dan langsung ke Duchess Place jam 7 pagi untuk ditatarias oleh Deq Sha dan Fendi Sani. Terima kasih Ayu di atas doa untuk Mama selama ini…

Segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang aku mahukan tak dapat dilaksanakan. Apa yang penting, pernikahan kami telah disahkan oleh kadi yang mengakadkan kami dan disaksikan oleh anak aku, abang yang mewalikan, keluarga dan 200 tetamu termasuk media.

Selain majlis pernikahan di Kuala Lumpur, Eric juga telah merancang untuk membuat majlis resepsi di pulau indah iaitu Bali. Itu dah memang impiannya. Sebelum bertemu aku, dia berkunjung di satu tempat perkahwinan di sana yang dikenali sebagai Tirtha Bali yang terletak di Uluwatu.

Selepas 6 bulan kami bercinta, Eric bawa aku dan ibu bapanya berkunjung ke pulau itu sebagai ‘hint’ untuk aku dan ibu bapanya bahawa dia mahu melangsungkan perkahwinannya di sana. Memang Februari 2011 itu satu kenangan manis apabila dia nyatakan di sana yang dia bersedia untuk berkahwin dengan aku di hadapan ibu bapanya – Cuma ketika itu, dia dan aku belum tahu bilakah tarikhnya – sehinggalah Disember 2011.

Majlis resepsi yang diadakan oleh keluarga Eric di Tirtha Bali itu,  hanya dihadiri keluarga dan teman-teman rapat aku dan Eric. Sangat indah majlis itu. Ianya lebih exclusive – sebagai penghargaan (aku tercicir Pingu ku kerana salah penilaian) kepada yang membantu kami di Kuala Lumpur. Kami terbangkan mereka ke Bali untuk beberapa hari di sana. Satu majlis resepsi yang simple dan dihadiri 25 orang tetamu sahaja. (Eric anak tunggal) hanya majlis makan-makan yang dianjurkan keluarga Eric untuk teman-teman dan sanak saudara sebelah Eric. Ianya lebih kepada love vows. Tidak menyebut tentang agama kerana telah kami lakukan mengikut syarak dan sunnah Islam di Kuala Lumpur. Lagipun, Eric tahu, dia telah memeluk agama Islam. Mana boleh buat sesuatu yang bertentangan dengan agama yang indah ini.

Bukan main menimbulkan pelbagai reaksi  tentang majlis resepsi itu. Ada yang mengatakan aku membelakangkan agama. Hmmm… Aku tak tahu dari mana datangnya cerita itu. Pernikahan di KL tu, kenapa aku buatkan mengikut syarak agama jika aku membelakangkan Islam? Itu yang aku dahulukan. Agama adalah hal penting dan utama. Aku seorang yang menganut agama hebat ini. Masakan mungkin aku berbuat sedemikian. Allah & agama agong ini sentiasa di hati aku.

Aku tahu, mungkin cerita itu disalah anggap oleh seseorang yang juga berada di majlis resepsi itu. Sekejap aje cerita itu sampai ke KL. Zaman teknologi tinggi.. Segalanya pantas! Syabas! Aku jemput sebagai penghargaan menjadi rakan bisnes aku, tapi lain pula fikirnya. Habis satu alam dicanangnya. Sebelum aku sampai pulang dari Bali ke KL, cerita itu dah kecoh  di kalangan rakan media. Hmmmm… Macam-macam… Biasalah.. Semua dari kita suka memberi pendapat dan suka salah anggap tanpa usul periksa. Di sana, majlis dijalankan di dalam Bahasa Inggeris & French. Dia kurang faham agaknya.  Itu yang terjadinya salah anggap. Aku amat kecewa namun aku simpankan saja. Allah tahu apa niat di hati ku. Yang penting, pernikahan kami sah di sisi Islam.

Adat dan tradisi adalah perkara yang berbeza dengan agama. Di dalam kursus perkahwinan dan semasa Eric memeluk agama juga diterangkan. Melayu sememangnya punyai budaya & adat yang tinggi. Agama jangan dicampur adukkan dengan budaya. Memang love vows bukan budaya kita. Tetapi perjanjian cinta di antara pasangan, tidak bercanggah dengan ajaran agama. Asalkan jangan disebut nama Tuhan lain selain Allah serta dinikah atau dikahwinkan mengikut cara agama lain.

Ekoran insiden itu dan sebaik sahaja aku bernikah di KL pun –  aku terbaca juga di laman-laman portal hiburan dan juga komen-komen terutamanya di cari.com! Aduhai… Meruntun keimanan aku untuk bersabar. Macam-macam komen yang diberikan. Ada juga yang mendoakan keruntuhan rumahtangga aku. Haters, you are always make me stronger. Thank you for your ‘kind words.’ Hanya ucapan Terima kasih dan Alhamdulillah  yang dapat aku ucapkan. Semoga Allah ampunkan kalian dan diberi petunjukNya. Aku bimbang andai doa-doa yang tidak baik jatuh semula kepada diri mereka sendiri. Aku doakan yang terbaik buat mereka.

Syukur alhamdulillah. One year & we are stronger! Syukur aku punyai suami yang penyayang dan memahami segalanya. Semoga Allah limpahkan rezeki dan RahmatNya kepada Zahida Rafik yang mengenalkan aku kepada suami aku. Jodoh itu sememang rahsia Allah. Diberi pula melalui hambaNya yang berhati mulia seperti teman baik aku ini. Moga Allah sentiasa melindungi insan yang bernama Zahida Rafik dan kakaknya Hasina Rafik. Kita tak tahu sebenarnya apakah bahagian masing-masing yang telah Allah susunkan buat kita. Ada saja rahmatNya buat semua. Betapa besarnya pahala mereka.

Buat suami ku, I love you every second, every minute, every hour, every day – for richer & for poorer, I will cherish our love. You are my happiness, and my everything. May Allah bless us till jannah. Amin…

P/S : Masih pening memikirkan hadiah apa nak bagi! Last-last bawak pegi spa je  lah! Dengan Ayu sekali aku angkut!

Enjoy all the pictures here – including the one in Bali dan juga love vows kami yang disalah anggap! Exclusive hanya di blog aku ini! TQ!!

RED_6007 IMG-20130605-WA0010 20130605_234356 7

IMG-20130605-WA0011 IMG-20130605-WA0012 IMG-20130605-WA0007 Eric 256 Eric 242 IMG-20130605-WA0006

b  a

Advertisements

33 Comments on “ALHAMDULILLAH.. IT’S ONE YEAR & STRONGER!

  1. Nurul!!! me pun anniversary hari ni… yang ke 6… Alhamdulillah…. semoga berbahagia hingga ke syurga… amin

    • Salam Erin. Congrats to you too dear! alhamdulillah.. amin…

  2. alhamdullilah,, akak doakan semoga adik akak ni dilindungi allah swt,, serta diberikan kebhagian dunia dan akhirat.. selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 1…..mis u so much

  3. Tahniah sis Nurul di atas ulangtahun. biaselah mmg mustahil kite nak puaskan hati semua orang. saya pun pernah mengalami situasi seperti itu. yang penting dalam hati kita sentiasa mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik. tidak perlu nak bgtau orang. Allah lebih tahu. Banyak pahala sis Nurul menambah seorang lagi saudara baru dalam agama kita. semoga kita bersama2 tidak putus dari hidayah-Nya

  4. Barokallahulakuma wabaroka ‘alakuma wa jama’a bainakuma bil khoir….:)

  5. Hi Nurul….Happy Anniversary!! May Allah protect you and your family from harm and may your marriage last to Jannah…Amin

  6. Alhamdulillah.Happy Anniversary to both of u. May Allah bless both of u forever. Ameen.

  7. Happy 1st Anniversary Nurul dan Eric. Alhamdulillah, kisah yang amat manis. Terima kasih sudi kongsi bersama kami semua. Dengan blog Nurul inilah saya kenal siapa Nurul Wahab 🙂

    Alhamdulillah, Nurul bakal menjadi ibu 🙂

    • Hi Molly
      Thanks for reading dear. appreciate it. Alhamdulillah blog ini mendekatkan kita. Amin…

  8. Happy Annivessary Nurul…. moga berbahagia hingga ke jannah…. Amin

  9. happy anniversary kak nurul… baju u kat Bali are awesome! very nice… it’s belong to you…

    • Hi Msahida
      Kedua baju di KL & di Bali adalah rekaan Rizman Ruzaini. Thanks dear

  10. alhamdulillah…tahniah & tahniah kak nurul…
    im ur silent reader…,congrats on ur 1st anniversary…!!
    moga kak nurul & family diberikan kesihatan yg baik & harapnya kak nurul selamat melahirkan baby nanti okeyh…
    kalau sudi,mai la singgah di blog cheq nanti na… =p
    with love..- Bedah Gebu..! =)

    • Hi Cik Bedah Gebu terima kasig di atas ucapan. Amin.. amin..
      Thanks for following. Nanti I baca your blog juga. Thanks for all the support. amin…. amin… Take care

  11. Hi Nurul…keep up your positive attitude….im wishing you metric tons of happiness…and all the best….

    • Hi Farah.. Thanks a lot. amin.. amin ya rab bal alamin… thanks dear 😉

  12. Hai Kak Nurul. First of all I’d like to wish Happy first anniversary to both of you.
    If you don’t mind I’d like to ask you something, have you changed your last name to Depp in Malaysia? Or just when you register your marriage in France? I’d like to know about it because I also married with a european man, and I really don’t know about the procedure in our country about changing the last name. As we know, our country just use bin and binti. Please let me know about it if you have a free time to reply my message. Thanks.

    • Salam Intan.
      Thanks for the great wishes.
      I tak tukar my last name di Malaysia di dalam mana-mana dokumenstasi penting. Hanya guna unofficial sahaja. memang saya letak Nurul Wahab Depp. tetapi di dalam urusan penting nama masih Noorulhuda Wahab. Tak ada last name hubby sebab banyak halnya kalau nak buat atau tukar nama di sini. kena angkat sumpah di pejabat pendaftaran rasanya. I’m not sure sebab tak penah bertanya pula di department berkenaan untuk tukar nama belakang officially. Untuk Malaysia tak payah kot.. Hanya registration di France dan Italy sahaja, I guna Nurul Wahab Depp officially & unofficial. Nama bapa sebolehnya jangan dibuang. Itu pendapat saya. May be you can ask jabatan pendaftaran negara. I’m sure they will help. Thanks

      • Hi Kak Nurul, Thank you so much for your kind replied. It really helps. Have a good weekend wherever you are.. 🙂

  13. asl akak..belum terlewat…hepi wish for u too….rupa-rupanya saya pun sama..6 june…my 3rd annvsy..;-)…

  14. Happy anniversary kak nurul! lewatnya wished..huhuhu..tarikh hampir sama dah kita, mine is 9 jun 2011.. btw, can’t wait to see nurul junior! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: