SI TANGGANG MODEN?! HMMM…. ENTAHLAH….

Apa nak tulis ni… Dalam kotak kepala ni ada macam-macam yang terlintas dengan pelbagai isu sekarang ini di dalam dan di luar bidang hiburan..  Aku memang sibuk sangat lately ni. Last week paling teruk. Minggu ni dapat bernafas sikit. Alhamdulillah. No complain. Aku suka karier aku dan bisnes yang sedang aku lakukan.

Dalam pada sibuk tu, jarang nak ambil tahu apa yang ‘bising-bising’ selepas PRU13 dan segalanya. Baca juga, tapi tak concentrate sangat. Harap akan okay lah selepas ini semuanya ya. Ada lagi 5 tahun untuk memasang strategi buat yang kecundang. Kepada yang menang, masa inilah nak membuktikan dan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

Jangan pula leka dan dah masuk tahun ke-5 baru nak kampui (ayat penang) betul-betul nak buat baik. Mungkin ketika itu dah jadi last minute punya kerja dan takde siapa pula nak menyokong.  Apa-apa pun, semuanya sudah selesai. Semoga kita akan aman dan bersatu kembali. Amin…

Macam mana bulan May kalian? Sekejap je dah hampir setengah tahun. May juga bulan yang sangat bermakna buat semua ibu. Oh ya! Baru je lepas seminggu kita meraikan ibu… Dalam pada tu, ada pula cerita ibu & anak yang hot! Aku pasti ianya bukan bersempena hari ibu!  Tak sesuai pula cerita seumpama Si Tanggang ini untuk Hari Ibu… Kebetulan agaknya peristiwa itu berlaku dan langsung dapat diskop media.

Takut juga nak tulis pasal isu ni. Takut jadi lain pula. Tapi ini yang amat menarik perhatian aku. Lagipun, ianya boleh dijadikan pengajaran serta sempadan buat anak-anak muda yang baru nak jadi artis ataupun yang bukan artis. Ini untuk semua yang bernama anak.

Aduhai adik manis yang bernama Afiq Muiz… (nak tulis ni  pun kena check namanya dua kali..)  Kenapa hingga begini jadinya? Kita tak pernah bertemu. Maklum saja Afiq pelakon, dan orang muda. Nama jadi hot tiba-tiba apabila media memaparkan cerita Afiq. Maaf aku tak kenal Afiq tapi sedikit pendapat yang ingin aku kongsikan. Aku percaya yang di luar sana, mahu juga meluahkan pendapat mereka buat insan muda yang bernama Afiq Muiz. Terutamanya mereka yang telah bergelar ibu. Ini hanya nasihat dari seorang senior; bukannya mahu mengherdik atau memalukan orang baru industry seperti Afiq.

Kita semua tak tahu apa sebenarnya berlaku antara mereka. Hal yang sebenar-benarnya.  Semuanya kita tahu dari media. Adik manis, seburuk mana ibu, sejahat manapun dia, sekalipun dia pernah merompak, membunuh atau apa sahaja yang buruk yang dilakukan (ini sebagai perumpamaan), dia tetap IBU yang melahirkan kamu ke dunia ini. Dia membesarkan kamu. Dia memberi susunya untuk kamu membesar. Dia pernah berkorban untuk kamu. Sepatutnya anak muda sepertinya, harus pulang dan berbincang dengan ibu sebaik-baik mungkin di luar kawasan media. Begitu juga dengan ibu Afiq.

Aku pasti sekarang ini ibu & anak ini tak duduk diam. Hati semakin bersarang dan berat dengan apa yang telah berlaku. Soal ini terlalu peribadi antara anak dan yang melahirkan. Soal besar. Tidak bau syurga untuk sesiapa sahaja yang menzalimi atau menderhaka terhadap ibunya. Kita pernah diajar agama bahawa, sekalipun seorang yang bukan Islam, dan kemudiannya memasuki Islam, dia dilarang untuk melupakan ibu bapanya. Dia harus melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak walaupun dia Islam dan ibu bapanya tidak. Begitu tingginya darjat ibu dan bapa yang melahirkan.  Tetapi, bagaimana pula kita yang beragama Islam boleh terlepas sikap sebegini mewar-war kan ibu itu salah dan langsung melupakannya? Bagaimana boleh terjadi menyalahkan ibu dan memohon ibu untuk meminta maaf? Aduh.. ini pastinya terjadi miscommunication somewhere..  Semua dari kita buat salah. Begitu juga ibu kerana dia juga bernama manusia biasa walaupun rata-rata memanggil ibu sebagai ‘angel.’

Sebagai anak, sekalipun ibu meminta wang berjuta sekalipun, jika kamu mampu, berikan sahaja kepadanya. Fikirkan bagaimana susahnya dia mencari wang menyara persekolahan kita dulu. Tak salahkan jika kita pulangkan semua segala jasa-jasa baik ibu? Aku faham, bila dah jadi artis ni, keluarga selalunya memandang kita sentiasa berwang. Adakala ianya merunsingkan. Aku dah melaluinya, aku tahu. Mungkin Afiq juga begitu sehingga dia naik rimas dan dengan tak sengajanya menjauhkan diri dari ibunya sehingga ibunya bersangka yang bukan-bukan. Ibu mana tak risau bila anaknya tidak menghubunginya.. Ibu mana pula tak sayangkan anaknya… Sebab itulah adanya risau serta bimbang di hatinya. Semuanya kerana kasih sayangnya… Tak wajar  ditolak ibu sedemikian..

Mak aku dulu sering berkata kepada anak gadisnya yang nakal-nakal tu – termasuk aku  – sebagai peringatan – katanya, jangan dilukakan hatinya, nanti bila dah semua beranak pinak, baru tahu bagaimana rasanya apabila anak melukakan dan tak dengar kata. Kata mak lagi, bila kita buat pada (yang menyakitkan) mak kita, anak-anak akan buat  pada kita seperti mana kita lakukan pada ibu kita dulu. Itu pesanan yang paling aku ingat.

Memang betul pun. Bila belum ada anak, kita tak tahu apa rasanya. Bila dah ada, barulah tahu bagaimana susahnya menjaga dan bagaimana rasa apabila sesuatu berlaku – walaupun benda kecil – si ibu akan terasa sakitnya. Aku pernah, dan dah rasa. Aku tahu. Walaupun anak aku tak berniat nak buat sebegitu yang melukakan hati ku, namun ianya cukup berbekas di hati. Umur muda remaja adakala tak sedar akan apa yang mereka katakan dan lakukan. Sebagai ibu bapa, kita yang harus menegur dan membetulkan agar tidak berulang.

Untuk keduanya, nasihat aku, hal peribadi yang sebegini jangan dijadikan mainan media. Bagi kami yang dah lama di dalam industry, kami faham. Begitu juga dengan wartawan. Mereka faham akan sesuatu situasi yang berlaku, kerana mereka juga manusia. Tetapi ianya adalah tanggungjawab kerja mereka untuk mendapatkan berita serta semuanya di atas arahan orang atas atau bos mereka. Semua mereka perlukan bahan. Bila perkara begini berlaku, ianya amat pantas merebak. Itulah kuasanya media.

Harus diingatkan juga, soal begini amat sensitive bagi sesiapa sahaja , tak kira apa kaum sekalipun. Semuanya menghormati wanita yang bernama IBU. Semua orang yang suka mengadili akan langsung memandang si anak adalah derhaka. Susah pula Afiq nanti nak cari makan nanti. Ini bukan soal orang ternampak selebriti minum, cium kekasih atau sebagainya, ini soal insan yang melahirkan. Amat sensitive. Dahlah masih hijau dan mentah di dalam bidang ini. Baru nak bermula, dah langsung ‘padam’ pula nanti. Berhati-hati apabila meluahkan kata. Terutamanya soal peribadi sebegini.

Media memainkan peranan yang amat penting di dalam menaikkan dan menjatuhkan seseorang itu. Namun, mereka bukan saja-saja mahu menjatuhkan seseorang selebriti itu. Semuanya terpulang kepada empunya diri dengan apa yang mahu dipentaskannya di mata media. Harus memilih langkah yang betul di dalam membuat atau mencari publisiti. Pendapat aku, ini bukan satu langkah yang cerdik untuk mendapatkan publisiti untuk menaikkan nama.

Ini bukan lonjakkan yang baik. Ini membunuh diri sendiri namanya. Khabar sebegini jarang diterima umum. Maklum saja, semua tahu syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Jadi Afiq Muiz, jadikan ini sebagai pengajaran. Lagipun, kalau tak pernah buat salah, kita takkan belajar. Semoga Afiq akan kembali menjernihkan keadaan bersama ibu yang melahirkannya.

p/s: Tak suka dan paling sedih bila tengok mak menangis.. Hati jadi hancur … Aku tahu mak lebih tenang di sana. Al – Fatihah..

35 Comments on “SI TANGGANG MODEN?! HMMM…. ENTAHLAH….

  1. Farah setuju dengan k.nurul..terkejut tengok melodi bila Afiq nie minta ibu dia mohon maaf kepada Eina.. Ya Allah kenapa sampai macam tue sekali..kenapa perlu merendahkan maruah ibu sendiri hanya kerana cinta..semoga dia sedar kesilapan dia dan kembali ke pangkal jalan.. Syurga tue terletak di bawah kaki ibu..

    • Selagi ada ibu sayangilah mereka…..jagan dah xde ibu baru nk menysal dah xde mkna dah…
      ibu yg lahir kan kita wajar la kita kena tangong ibu kita balik.
      klau nk cari perempuan biar la direstuie org tua kita.
      jagan lah pilih isteri pada rupa paras sahaja klau xhormat ibu kita xde gunanya

  2. girlfren bersepah leh carik.. tp ibu yg melahirkan kita hanya satuuu… …jgn jadi si tanggang..

  3. Assalam, Nurul, saya setuju sangat.apa yang tulis.Memang sepatutnya si anak tak perlu bagi apa-apa statement.kalau kita tengok kes ini dahulu pernah terjadi kepada najwa latif,tapi najwa sangat bijak..dia tidak memperbesarkan kisah keluarga.beza dengan afiq…

  4. walaumacam mana teruk pon mak kita jgn aibkan dia kat org lain. they should read this! Takkan bila esok mak dah takde br nk cari. Minta maaf lah selagi hayat mak masih ada. They need sit down together without any outsider. Walaupun mama kata apa kat saya dulu semuanya just ingat bukan mama x sayang cuma kekadang tuh tak dapat nk bahagi kasih seadilnya between adik-beradik yg lain. Yela yg pandai sket dilayan macam lain kn? Tp apa-apa pon mak mana x sayangkan anak dia. Penat dia tanggung 9 bulan 10 hari, sakit melahirkan, dijaga dan disusui sehingga mampu cari makanan sendiri. Bergenang ayaq mata bila tgk ibu-ibu menangis. Soal minta maaf memang yg muda perlu minta maaf dulu. Anyhow memang good thought la kak! Love you!

    • Betul sgt.. sbb die tak pernah rase bile takdenye ibu tu nnt.. sbb saya dah rase.. and sgt sakit hati bile tgk org yg still ade ibu buat ibu diorang mcm nie….

  5. betul tu nurul… terkesima tergamam and naik geram pun ada bila si anak ni suruh ibu minta maaf kat dia. aduhai!! besar sangat darjat anak ni ye? dah terbalik. marah mcm mana pun dia tetap ibu, banyak perngorbanan ibu masa kita kecil, terlampau banyak. tak kiralah siapa yang salah tapi maruah ibu kena jaga. pihak media pun janganlah berpanjangan bercerita masalah ini. AFIQ MUIZ… selagi ibumu bernafas jagalah, hormatilah, sayangilah dia…

    sayang nurul…. mmuahhh

  6. aslm nurul,…tu la kami pun terkejot jugak bila afiq suruh mak dia mintk maaf kat awek dia,….salah tetap salah ,tapi mcmana yg nurul kata IBU tu darjatnya sgt mulia….mak kami pun slalu kata cmtu,..” hampa esok jadi mak nanti hampa tao la” …huhu memang betui kan….dah jadi mak barukita tao….

  7. Pingback: Nurul Wahab Nasihat Afiq Muiz | Portal Hiburan OHBULAN!

  8. saya pon marah pasal kes ni.. apalah afiq tu x boleh ke fikir scra matang, fmly diorg tu boley stop x kluarkan statement dr media yang dok ambil kesempatan.. harap sgt afiq bertaubat dan memohon ampun ngan ibu dia sblom terlambat dab tinggalkan si eina tu..

  9. SOKONG NURUL 100%!!! HATI IBU AJE YG PAHAM APA YG BERLAKU…

  10. Pingback: #Hiburan: Nurul Wahab Turut Sama Beri Nasihat Kepada Afiq Muiz | MalaysiaLeaks.com

  11. ape yg kak nurul cakap betul..smoga afiq kembali ke pangkuan ibunya…dan bukan nya pilih girlfriend lagi dr ibu..

  12. semoga afiq balik ke jalan benar, jgn ikut perasaan, kekasih datang dan pergi tp ibu satu2 nya tiada ganti.
    Amin

  13. Pingback: Berita Cerita Dunia – Nurul Wahab Turut Sama Beri Nasihat Kepada Afiq Muiz

  14. Well said Nurul, cuma kesal dgn sikap Afiq juga dgn kekasih Afiq kalau mereka berdua tu BERFIKIR mungkin ini takkan berlaku, kesudahan nanti keduanya yg rugi duniaWalAkhirah. Sejahatmana pon seorang ibu itu kita tak perlulah meminta atau demand Ibu itu meminta maaf, kedua nya terlalu muda, inilah yang dikatakan Syaitan & Iblis bilamana dapat menguasai manusia maka sesuatu yg buruk serta jijik sekali bakal dipersembahkan pada ramai, mengaibkan darah daging yg melahirkan & membesarkan ditambah lagi dengan peraman MEDIA hanya pandai mensasikan kejadian supaya perkara ini ditambah burukkan keadaan cuma segelintir MEDIA bersikap menasihati.

  15. Pingback: Nurul Wahab Turut Sama Beri Nasihat Kepada Afiq Muiz | Semasa

  16. this is what we call young and dumb.hahah…sy plg agree dgn statement Kak Nurul kalau kite x buat salah kite x belajar. sy sendiri banyak buat salah n bdosa pada mak ayah masa muda2 remaja dulu.n masih banyak lg terbuat & dibuat walau telah dewasa. namun jujur semakin tua usia semakin rs sayu tengok wajah2 ibu dan ayah. membesar dgn keluarga yg agak kacau bilau dr kecil sy cukup wild & nakal namun bagi sy setiap kesilapan yg sy lakukan tetap salah sy kerana sy punya akal malah tak pernah terdetik sekalipun utk membuang keluarga sendiri. Kerana setiap kali sy jatuh keluarga sy sentiasa ada untuk memaafkan, apatah lagi si ibu yg selalu menangis dgn kerenah anak2 dan suami. Jujur, semakin tua mereka semakin kasih sy dengan mereka. Tak terampun rasanya dosa2, tak terbalas rasanya jasa2..kalau sy mampu, ingin sekali sy beri apa jua yg xmampu ibu sy beli seumur hidupnya

  17. setuju dengan kata-kata kak nurul…..didoakan, segala nasihat dari pelbagai pihak kepada afiq boleh dijadikan panduan dan teladan untuk afiq dan yang lain….harap sangat afiq bangun dari mimpi….bangun dari dunia fantasi…..dan berpijak di bumi yang nyata yang sesungguhnya dia masih punya ibu untuk mengadu dan mendapatkan kasih sayang…ibu hanya satu…tiada pengganti…..

    wake up afiq…!!!

  18. well said k.nurul. saye respect gile bile aku ckp mcm tu. bagi saya mungkin ade betul dan salahnye ttg diorg tp sebagai anak x sepatutnye afiq buat mcm tue. should die lebih concern maruah and aib mak die. mak biaselah ime marah sedih mmg semua die akan keluarkan tpi kite selaku anak should more tolerate la. sebut psl wang, kalau nak ikutkan mak die lg bnyk keluarkan duit + jasa. slama nie sape yg bg makan, minum, bgun mlam time baby. semunye Mak. itupom x hargai mak,
    sorry akak, emo skit. harap2 afiq dan keluarga akan berubah . amin.

    • setuju dengan kak nurul . Hari ni, bila baca lagi di sinar harian dan twitter afiq,jadi lagi sedih dengan kenyataan yg mereka keluarkan. betul, biar seburuk mana pun ibu, Jasanya tetap takkan terbalas oleh kita.

  19. sedih gila…. gamak seorang anak buat begitu. setuju dgn pendapat sis nurul. lagi sedih bila si eina tu leh kata mak afiq ni “kurang siuman”. aiiii si afiq ni….. perempuan mcm ni ke ko nak buat bini? adoiiii

  20. tak baik membuka pekung di dada, apalagi menceritakan keburukan ibu bapa kita 😥 bukan pada SIKIT org, SATU MALAYSIA diburukkan ibunya, 😦 redha Allah itu terletak pada redha ibu bapanya,kan?

  21. kene belajar proses ibu mengandung 9 bulan and all the risks that a pregnant woman faces.
    then kene tengok proses bersalin, right from when the contractions are kicking in, bape jam ibu menanggung sakit dan lapar, pastuh kene teran lagi.
    kene tgk labor yg byk complications sket, how the mother bears all those tears and bleeding.
    bukan nak cerite gross kat sini, but really, one should be grateful hidup membesar ade mak bapak bela.
    setakat duit nak dibandingkan dengan sakit perit die lahirkan dan besarkan kite – fuh, mane ade banding.

  22. Assalamualaikum,

    my 1st time here. tak tau nurul ada blog. 1st time baca & u feel u want to read more. so mula godek2 baca previous posts. thumbs up 😉

  23. Salam,
    Sedih tgk afiq muiz
    Wahai manausia tahukah kamu,ketika nabi muhmd telah memberi syafaat kepada umatnya, ketika nabi hendak masuk kedalm syurga tiba2 nabi muhamd terdengar rintihan dari neraka…(Rasulullah..tolong kami…kami umatmu….)orang terakhir yang merintih dineraka memohon rasullah memberi syafatnya untuk mereka masuk kesyurga adalah anak2 yang tidak diredha oleh kedua ibubapanya,sehinggakn Allah berkata kepada rasullah.Allah tidak membenarkannya kerana ,Rdha Allah adalah redha kedua ibubapanya.subhanaallah..Sehingga rasulullah sanggup mencari kedua ibubapa mereka yang sudah masuk kesyurga dan berkata : lihat lah anak2 mu yang menderita disana kerana kamu tidak meredhakanya,sehinggalah ibubapa itu memberi redhanya (jgn lah mengingkari ,menindas,memalukan kan kedua ibubapa.)
    Walau bagai mana teruk sekalipon kedua ibubapa kita,pilihlah jalan mengalah.dan perlu anda tahu mengalah bukan bearti kalah.menyelamatkan keadaan.Mohon lah kepada Allah supaya dilembutkan hati ibu,dijauhkan dari sikap buruk sangka terhadap anaknya..ibu manusia biasa membuat kesalahan,dosa dan sebagainya..
    Jika ibu memulakan sengketa,jangan lah kita mempebesarkannya.berbincanglah..
    Saya tidak berpihak kepada anda,atau pon ibu anda.saya juga manusia yang sering menyakiti sesama.jd kita harus selalulah merendah hati.nasihat menasihati.segeralah memohon ampun kepada ibu.dan saya mohon sedarkanlah ibu jika dia bersalah.tp jangan smpai memalukannya..ingat untuk kesyurga perlu redhanya..semoga kita berjumpa di syurga Allah. InShaAllah…..
    Dalam hal ini, berbincang adalah lebih baik,daripada membuat statement di media..saya faham ibu dah memalukan anda di media.tp cara awak menghentam balik untuk mengunakan media adalah salah.sepatutnya awak terus berjumpa ibu awak dan keluarkan kata2 itu didepannya ,bukan media..
    Saya sedih tengok keluarga dan anda sendiri diperkecilkan oleh mata masyarakat.telah bertambah lagi dosa masyarakat yang menilai tersebut.dgn cara meghina dan mengherdik

    allah humma firli warhamni watub alayya
    wallahualam.

  24. selama ni just tgk dlm cerita2 drama,tapi realiti lebih truk apa yg dijangkakn,,x ptt afiq soh ibu dia yang minta maaf,mmburuk2kn ibunya dimedia..anak zaman skrgkn,lupe jasa ibu..aku ckup myesal sbb x dpt mmbhagiakn ibuku,disaat dia hdup,,ble x ada di dunia ni baru terasa,,hnya org yang x de ibu atau bapa je taw,betapa pentingnya mereka disisi kta.

  25. Huda @ Nurul, kehidupan artis sentiasa menjadi tontonan dan bualan masyarakat, waima hubungan anak-beranak yang keruh juga akan menjadi bualan ramai. Semua anak wajib menghormati ibunya selama hayat masih ada. Jangan sampai terlambat, menyesal tiada gunanya. Tidak kira siapa pun mereka, ibu adalah syurga…

  26. Sgt sentap tgk kisah ni dlm melodi, galaksi dll.. mak dia hanya ckp ‘dia mahukan afiq yg dahulu’ dan tidak langsung menyebut anak durhaka dsb. si afiq dan eina je yg tunjuk sms anak durhaka tu…sms dr mak dia…sms yg afiq hantar or reply xde plak dia tunjukkan…aku sure yg ayat dia mesti kurang ajar hingga mak dia tergamak keluarkan kata-kata begitu..INGATLAH AFIQ..MASYARAKAT KATA KAU ANAK DURHAKA BUKAN SEBAB TERPENGARUH MAK KAU CKP YG KAU ANAK DURHAKA… TAPI MELIHAT PERANGAI KAU MEMBURUKKAN MAK SENDIRI DI MEDIA DENGAN KEKASIH..DAN SIAP BWK SEDARA MARA ….INGATLAH BUKAN SEDARA MARA KO ATAU KEKASIH KAU YG BESARKAN KAU…DAN BUKAN SEDARA MARA KAU JUGAK YG BG KAU MAKAN HINGGA KO BESAR MCM NI….cuba fikir lah….

  27. siapa pon kita…sehebat mane pon kita…ibu wajib dihormati.
    Mungkin ada silap ibu, tapi sebagai anak..jangan sesekali kita
    melukakan hatinya. Semoga hubungan mereka ini pulih seperti sebelumnya.

  28. Sebelum nie saya antara yang paling menentang dalam isu2 camnie … tapi hari nie dah banyak blogger yg bagi pencerahan atas hal2 camnie.. terima kasih awak atas penulisan nie…

Leave a reply to noryn Cancel reply