HARI BIRU, GELOMBANG BIRU…

Bangun pagi ni, tak sabar-sabar nak tengok apa update yang ada di Twitter dan juga berita di semua akhbar online. Semalam dah terlena jam 12 malam. Hari yang amat stress semalam. Stress mengundi dan berdebar tunggu keputusan Pilihanraya ke 13.

Mood orang mengandung ni pulak boleh turun naik. Tapi semalam – hari mengundi, memang mood menyinga je! Hahhaa… Aduh.. Pantang ada yang dikomen atau apa-apa yang kearah negative, aku tegur balik! Selalunya cool je… Semalam paling teruk. Ada pula hangsuang kat Instagram tu, yang tak suka dengan aku, ada je yang nak menguji keimanan. Semua aku tegur. Aku tegur dengan cara yang baik dan dengan berseloroh – tapi agak straight forward juga menyindir! Aku ni boleh tahan sarcastic nya!

Selesai sudah Pilihanraya yang ke 13. Alhamdulillah BN berjaya juga. Tahniah kepada semua yang bertanding. Sesebuah negara perlu ada parti politik  yang pro dan tidak di dalam satu-satu pemerintahan. Kalau tak ada, kerajaan yang memerintah takkan improve. So, aku dapat katakan, kali ini pengundian agak baik berbanding sebelum ini.

Pengalaman kali kedua aku mengundi – lebih teratur kali ini. Walaupun pada mulanya I make a big fuss about nail polish, tapi apabila aku faham kenapakah ianya dilakukan, barulah calm down sikit. Kan ke semalam hari ‘singa’ aku sedunia! Hahahaha… Demi tanggungjawab pada negara, aku tak kisah buang kan colour gel di kuku jari telunjuk tangan kiri aku. Tak kisah lah.. Colour tu selalu buat bila ada aktiviti. Bukannya penting pun. Nak solat, buang juga warna kuku tu.

Dalam pada aku dok joke pasal kuku kat Instagram semalam, ada juga lah yang masuk kutuk pelbagai. Ada juga 2 komen (yang dah aku block dan buang sebab ada berbaur nak cari pasal – malas nak layan, buang je) yang bertanya, selalu colour kuku, tak solat ke? Nak kata period, pregnant pula. Thanks a lot ladies. Aku tahu siapa kamu. Kawan kepada kawan yang katakan poyo pada aku kononnya meletakkan gambar kuku. Dah kena block, tak boleh lagi komen. So, kawan-kawan lah kena balas dendam. Ini kalau jadi ahli politik bagus ni.. Ada back up dan penyokong yang kuat! Hahhaha..

Jawapan aku mudah saja. Aku memang suka mewarna kuku bila ada kerja – shooting atau show. Soal solat, aku tak perlu nak war-warkan satu dunia apabila aku di atas tikar sembahyang kerana aku tak mahu solat aku itu dikategorikan di dalam group menunjuk-nunjuk dan tak diterima Allah. Aku tak mahu amal ibadat yang aku buat penat-penat siang & malam dikira untuk nama sahaja. So, better to keep it to myself & Allah saja yang tahu. Aku juga bukannya seorang yang warak dan alim. Setakat tahu apa yang aku belajar dengan ustazah aku tentang agama Islam. Aku dilahirkan dalam Islam, aku tahu apa tanggungjawab aku kepada Allah dan sesama muslim. Menegur itu perlu sesama muslim, tapi ada caranya. Bukan dengan berbunyi hinaan dan mengutuk.

Itu cerita aku semalam di Instagram. Sikit-sikit masih ada hormon menyinga aku ni! Hahhaa.. Kadang-kadang kita rasa, sesuatu gambar atau apa-apa yang kita letak di Instagram tu sebagai joke. Tapi ada juga pihak yang tak reti joke. Mereka follow hanya untuk mengambil tahu dan mahu mengumpat. Tak payah lah macam tu. Kalau benci, unfollow saja. Senang.. tak buat dosa.. Kan?

Itu cerita in conjunction of Pilihanraya semalam! Hahaha… Macam-macam. So, berbalik kepada pengalaman aku mengundi, rata-rata aku tengok, SPR kali ini menjalankan tanggungjawab yang sungguh baik, lebih teratur. Ada bilik untuk orang tua dan wanita mengandung. Aku pula semalam pakai baju yang kurang nampak perut aku yang membulat. Jadi, mulanya aku rasalah juga beratur selama 15 minit. Bisik si pingu yang menemani aku dengan tak sengaja itu; cuba tanya kepada abang polis yang bertugas. Aku pun langsung menyapa seorang pegawai polis yang kebetulan lalu di sebelah aku. Katanya kenapa tak beritahu kamu itu pregnant.. Langsung dibawanya aku ke depan dan aku dapat menjalankan tanggungjawab aku buat kali kedua.

Semasa aku sampai ke Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan itu juga, aku dapat saksikan ada sekumpulan anak muda berbangsa Cina sebagai pemantau Pilihanraya. Oh ada juga rupanya! Mungkin kali pertama dulu aku tak perasan. Apa yang dapat aku katakan, kali ini lebih telus dan teratur. Tahniah SPR. Sorry walaupun pada mulanya aku agak pelik dengan dakwat biru apabila kecoh di Twitter dan juga Instagram yang kononnya sesiapa yang mewarnai kuku, undinya tidak dikira! Itu yang trigger aku hot semalam! Hahaha..  Haiii… Macam-macam pendapat rakyat Malaysia ni!

Mana  taknya, tak relevan langsung yang sampaikan pada aku tu! Aku ni benda tak lojik aku memang akan persoalkan balik. Kalau ada peti cadangan semalam, aku tuliskan aje cadangan aku. Buat colour gel warna biru supaya colour tu bertahan 3 minggu! Hahaha… Kata si pingu, akak jangan over.. Makcik-makcik dan orang lain yang beragama Islam tu macam mana nak solat! Nanti kecoh pulak!Hahaha! Aku hanya berseloroh sebagai meredakan mood panas aku semalam. Entah apa lah mood aku semalam. Semacam je… Aku sendiri pun pelik. Selalunya okay je.

Satu lagi aku agak kecewa dengan sikap sesetengah orang terutamanya orang Melayu kita. Tak payah jauh. Adik beradik sendiri. Aku agak terkilan dengan bahasa yang digunakan di laman-laman sosial mengutuk kerajaan atau pemimpin-pemimpin parti yang tidak mereka sokong. Tidak sokong, tak apa. Tapi gunakan perkataan yang betul. Memaki hamun tidak membawa kita kemana-mana. Hanya membawa penyakit kepada diri sendiri. Bukan itu saja, orang lain akan menilai kita dengan apa yang kita cakap. Kerana itu adalah lumrah manusia. Menilai sesama sendiri. Jika ada yang mahu menghukum (to those yang judgemental) mereka langsung meletakkan kita di golongan yang kurang cerdik. Agak sedih melihatkan metaliti sesetengah pihak.

Jika mahu negara kita berubah, ubah dulu diri kita. Lihat ke dalam diri kita, apa yang perlu kita improve. Yes, kita perlu ada leader. Tapi kita juga perlu bijak untuk memilih leader. Leader yang bagaimana, ikutlah kepandaian sendiri menilai siapa yang dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan bijak. Mahu negara berubah, diri kita perlu berubah dulu. Ubah pemikiran dan the way you see things. Jika punyai fikiran yang negative, segera bertukar ke positif.

Perlu sentiasa awasi pemikiran. Bukannya apa, bila sentiasa positif, kita akan guna perkataan di dalam percakapan yang hanya baik-baik sahaja. Bila kita bercakap yang baik, semua perkara akan jadi baik dan Tuhan akan hantarkan segala yang baik-baik sahaja.  Ini hanya teguran sesama insan bukannya kerana politik. Aku harap semua yang membaca ini faham. Ini bukan kutukan atau hinaan, Cuma sedikit perkongsian mahukan bangsa sendiri berubah ke arah yang lebih baik. Bukan hanya kepada rakyat biasa, pemimpin juga. Yang berjaya , yang tidak berjaya; gunakan perkataan yang baik di dalam berkempen atau ceramah.

Aku juga sedih melihat Melayu semakin kurang bersatu…. Tak maccam dulu.. Memang amat ketara. Itu adalah satu perkara di luar kuasa aku. Sebagai seorang rakyat Malaysia, aku buat apa yang termampu untuk membantu sesama insan bersatu terutamanya yang melayu dan yang beragama Islam.

Ingat, tak semestinya berpelajaran tinggi itu, bijak, dan yang tidak berpelajaran itu tidak bijak. Educated & intelligent are two different things. Fikirkan maksud phrase ini yang suami aku kongsikan. Memberi banyak maksud jika kita benar-benar menilai apa yang tersirat.

Apa-apa pun, setakat ini aku seronok membuatkan rakyat Malaysia sihat dengan Herbalife. Nutrisi  terbaik dan nombor 1 di dunia! Itu yang lebih penting. Bila sihat, semuanya happy. Can make extra money, even happier!

Tahniah kepada yang menang. Kampung aku Tasek Gelugor, BN menang. Kepala Batas BN memang. Tahniah kepada Reezal Merican Bin Naina Merican. Tahniah kepada BN. Aku suka Dato Mukhriz Mahathir menang! Tahniah Dato! Tahniah PM Dato Seri Najib Tun Razak. You have a lot more to do for the next 5 years. Time to prove to everyone! Semoga PM menyatukan kembali Melayu yang telah berpecah.

Hari sungguh biru, hari gelombang biru! Bersatulah wahai bangsa ku…  P/S : Yang tak sokong BN ni, marah ni dengan aku bila tengok the last phrase that I put up here.. Jangan marah ya. Kita sama je.. Jangan jadi macam aku semalam, yang menyinga je! Peace..…

Advertisements

3 Comments on “HARI BIRU, GELOMBANG BIRU…

  1. Sakit kepala dan sgt sedih bila tgk result kat negeri tumpah darahku pulau mutiara yg rata-rata dimenangi oleh roket. Cuma diharap tidak racist dan diberikan keadilan yg sama rata kepada semua bangsa. Tak perlu nk bertegang leher atau buat perarakan bagai. Rakyat telah memilih jadi laksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah di negeri mahupun peringkat negara.

    • Very true irina. Kata roket depa fight for all malaysian bukannya ikut bangsa. Mari kita lihat…

  2. Hidup Kedah!!!
    Cuma kami bersimpati kpd nasib segelintir org melayu di Penang. Melayu yg ada pun dah tinggal berapa kerat ja lg. Dalam2 yg tak ramai tu jugaklah pakat berbalah sesama sendiri. Lihatlah siapa yg sedang ketawa. Itupun taknak sedar lg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: