UNDI! UNDI! UNDI…. UNDI LAH AKU! PILIHLAH AKU!

Semua orang busy dengan menyebut perkataan undi, vote, Pilihanraya, PRU13 – semenjak tarikh telah dipilih untuk hari besar Malaysia itu. Sekarang ini lebih sibuk buat semua calon-calon yang telah pun dipilih mewakili kawasan masing-masing. Semoga semuanya berjalan  lancar. Statement ini untuk semua pihak – untuk BN, serta semua parti yang ada di Malaysia. Aku tak nak pilih bulu. Dah takut nak keluarkan apa-apa statement. Rimas apabila sering disalah anggap.

Sedikit komen dan cerita di dalam entry sebelum ini; dah ada yang menyamar sebagai Ajai (sebagai provokasi) untuk aku menjawab dan melatah di atas komennya. Kata aku, biarlah aku bodoh, aku boleh belajar sampai pandai. Daripada aku pandai-pandai atau berlagak pandai. Aku letak statement tu kat Twitter. Aku takkan melatah wahai ‘Ajai’ palsu. Dan kalau nak tahu, Ajai yang sebenar takkan buat begitu. Dia bermulut laser tapi tidak di belakang-belakang aku. Dia akan katakan depan-depan! Itu Pak abu a.k.a Faizal Maas. Aku tahu siapa yang memberi komen itu. Aku rasa you all boleh agak kan… (Hehhee.. dengan muka emoticon evil…) Hahahhhaa… Aku tak ambil pusing pun. Tak sakit dan tak mati. Aku ketawa lagi ada! Hahahahaa…I am politic dear.. I know every move. Cuma aku ni tak nak sangat berpolitik je… Tak larat! So, thank you for commenting – khas buat Ajai palsu. (Mesti panas telinga dia ni kalau baca statement aku ni… Maaf ya… Tengah mood nakal atau Kiah Propa juga! Hahahahha.. – Hormon mengandung!)

Semalam letak gambar pasal Tun M di Instagram aku pun, jadi hal. Macam-macam.. Kan ke kita hidup di negara yang demokrasi… semuanya berhak menyatakan pendapat. Pendapat itu biarlah ke arah yang membina, bukannya menjatuhkan. Jika suka, katakan suka. Bila tengok gambar atau statement tak suka, letak je komen ‘saya tak suka dia @ parti itu @ si polan itu…’ Tak payahlah nak panjang berjela nak komen yang bukan-bukan sehingga menjatuhkan air muka ataupun nama seseorang individu itu. Ini pendapat aku lah ye… Bukannya apa-apa.

mari

Yang kata tak suka semalam tu, bukannya orang lain.. Kawan aku juga.. Kawan yang bukannya berusia 30-an sama dengan aku. Dah pun 50-an. Rupanya dia yang aku kenal lama ni, banyak yang dia tak happy. Dalam FB nya (sebelum aku delete dan block) dia mengutuk semua parti. Kesian dengan dia. Buatlah parti sendiri dan wakili diri sendiri jika tak suka dengan semua orang Malaysia. Kan senang…

Aku marah sedikit dengannya yang terbawak-bawa di dalam komen yang berjela panjangnya serta mengutuk dan merendahkan follower (fans) aku! Naik hantu lah sekejap kan! Aku agak sedih dan tak sangka dia seorang yang sedemikian. Dia bukannya calang-calang orang. Dihormati di dalam bidang pergigian. Aku ni tak suka orang yang emosional dan negatif. She showed that yesterday. Semoga dia berubah. Kata suami aku, “educated & intelligent are two different things”… Memberi makna yang mendalam. Suami aku ni memang adakalanya mengeluarkan statement yang buatkan aku berfikir dua tiga kali. Thanks sweetheart. You have opened my mind.

Kalau sekali pun kawan yang berpangkat Doktor dan Datin ini membaca blog ini, aku harap dia faham kenapa aku agak marah dengannya semalam. Dan aku tidak mahu lagi berhubungan dengannya. Biarlah sehingga dia berubah menjadi seorang yang bukan kaki complaint. Complainers will never grow.

Bukan itu yang aku nak ceritakan seluruhnya. Sudah habis di situ. Sampai ke hari ni rasa serik nak letak apa-apa gambar kat Instagram atau nak komen apa-apa di atas gambar atau statement yang ke arah politik. Ramai yang sensitif sekarang ini. Terbaca juga cerita Datuk Michelle Yeoh. I’m sorry, aku terpaksa katakan statement nya di dalam satu artikel online yang aku baca semalam bila dia berkata semua berhak memilih siapa yang mereka mahu dan ini adalah negara demokrasi. Semua berhak bersuara dan mahu buat yang terbaik untuk negara terutamanya tiba Pilihanraya. Itu pendapat dia. Namun ada juga yang sensitif. I want to stay out of this matter. Rimas dan takut!!!

Dah ke lain pulak cerita aku ni… Sebenarnya semangat Pilihanraya tu sampai juga ke jiwa Nurul Wahab Depp ni… Tu yang terkeluar segala statement. Bahang kempen tu terasa di mana-mana! Cerita undi ni berkaitan dengan apa yang aku nak sampaikan…Haaaa….. Sebenarnya aku nak khabarkan hari ni bahawa aku juga sibuk vote – jangan tak tahu! Fans aku rata-ratanya sibuk berada di depan komputer atau laptop mereka untuk vote lagu ‘MARI’ – lagu terbaru aku featuring Komrad dari Singapura – yang baru di preview oleh Era FM! Thank you Era. Really appreciate it! So, all of you, please.. please… Vote lagu ‘MARI’ di laman web Era. Link nya : http://www.era.fm/Carta/Prebiu.aspx . Boleh vote seberapa kerap yang mungkin!

Itulah maksud aku tadi bila aku letakkan tajuk di atas ‘Vote! Vote! Vote!’ – Untuk lagu aku sebenarnya… Hehehhee… Hujung minggu ini pula, hari Sabtu, Muzik-Muzik akan ke udara dengan lagu ‘Mari’ juga. Komrad datang khas ke KL demi pencalonan lagu yang bisa membuatkan semua bergoyang! Link Muzik Muzik aku belum tahu. Nanti aku akan update di sini juga. Untuk lagu ‘Cinta’ belum lagi disiarkan. Aku tersalah info di dalam entry yang sebelum ini.

Vote jangan tak vote! Undilah aku ya… Undi ‘MARI!’

P/s: Ada ni yang berjiwa patriotik yang akan marah dengan aku ni.. Orang sibuk PRU13, dia sibuk vote lagu… Hahhahaaa. Aku rasa, voting lagu lebih aman! Tiada politik dan komen-komen kesat yang menjatuhkan.. Lebih positif bossssss… Hehehhe… *PEACE*

Advertisements

5 Comments on “UNDI! UNDI! UNDI…. UNDI LAH AKU! PILIHLAH AKU!

  1. Sakit jiwa agaknya…abaikan!

    Suka sungguh dgn lirik ‘rambut tolak tepi’ tu..aah aahhh!

  2. Salam

    saja nak share dgn nurul dan pembaca. Saya makan herbalife tahun 2008. Dan masa tu tak sedar dah sebulan pregnant. Bila tau pregnant saya stop kejap. Tanya dekat agent (remi laforge namanya) dia ckp ok ja continue. So saya continue cuma herbal tea saja saya tak ambik. Hasilnya anak sulung saya lahir kulit putih merah gebu sampai org tak prrcaya sebab saya dan suami tak putih mana. Tapi tu la dah time pregnant tu kena diabetis plak sebab hari hari minum soya hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: