BIRU, HIJAU… TURQOUISE… DACING….BULAN… SEMANGAT BENDERA!

Perang bendera di sana sini..Di KL dan serata Malaysia aku pasti penuh dengan warna parti yang bertanding. Poster dan bendera yang menghiasi jalanraya.. Adakala buatkan fikiran bercelaru juga nak pilih mana satu. Biru, hijau, biru tua, biru muda.. Semuanya ada. Apakah pilihan kalian? Hak mengundi di tangan semua.

Hari ni mood aku nak cakap pasal politik… Kakak aku yang sulung, Noraliza akan senyum membaca entry ni. Jangan tak  tahu, dia sibuk tu di Permatang Pauh di pejabat PKR. Haaa…. Family kami besar dan kami berasal dari keluarga politik, ala-ala pendekar semuanya kalau bercakap tentang politik dan isu negara! Hahahaha..

Semua dari kami punyai ideology masing-masing. Ada kepercayaan politik masing-masing. Ada juga yang menyokong PAS dan sudah pasti UMNO & BN. Aku tersepit kadang-kadang bila semua berkempen dalam keluarga sendiri.  Tak kurang juga yang tidak professional yang bergaduh adik beradik di laman sosial FB! Aku kata kat kau, dan kau kata kat aku.. Berlawan-lawan pendapat dan akhirnya terjadinya pergaduhan mengutuk sesama sendiri sehingga ke hal peribadi dan family.. Sigh… Aduhai keluarga ku… Aku yang jadi pendamai ni, adakala naik kecut perut juga nak nasihat! Maklum saja, semua pandai bersyarah! Kalau jadi lawyer atau majistret, keluarga aku ni dah lama famous!

Tak payah tengok di luar keluarga, di dalam keluarga pun boleh berpecah. Kadang-kadang aku ketawa sendiri dengan keluarga aku yang menukar kepercayaan politik mereka kepada opposition party. Dulu, masa arwah abah masih ada, semuanya ikut abah. Hanya ada dua anak tiri abah yang agak anti dengan Tun M dan memilih parti PAS. Macam-macam cerita ada.

Aku lebih suka ambil tindakan berdiam diri. Tak mahu bersembang lebih akan hal pilihanraya ni dengan mereka. Takut jadi bergaduh lain pulak. Lagipun, apa yang aku nak pangkah adalah hak aku. undi adalah rahsia… Hehehe.. so, simpan sendiri saja. Keluarga bagi aku amat penting. Jadi, jangan berbalah di atas perkara yang hanya sementara. Silaturrahim itu lebih penting.

Pada aku, melayu dan politik amat sukar dipisahkan. Politik negara, politik parti, politik bisness, politik pejabat – macam-macam jenis politik. Walaupun kita cuba mengelak, politik tetap di situ. Bosan juga dengan politik sesama sendiri ni. Itulah agaknya ada setengah pihak buat politik itu satu bisnes! Walaupun dapat ‘sakit’ tapi ada untungnya – keuntungan wang ringgit!

Dulu aku punya hajat untuk aktif politik juga.. Tapi dulu lah.. Bukannya sekarang ni. Selepas ramai yang terlibat politik menjadikan politik itu satu business, aku jadi tawar. Kalau mahu berjuang, aku lebih prefer berjuang demi bangsa dan negara. Be fair to all. Bukan kerana poket sendiri atau perut sendiri sahaja.

Ramai juga artis memasukki politik. Aku masih ingat dengan kata-kata Tun M dulu. Artis dan politician itu sama. Semua orang suka menyelidik dan mengorek segala cerita dari individu yang aktif di dalam kedua bidang ini. Popularity penting. Begitu juga dengan bakat dan kelebihan serta kebijaksanaan. Semuanya perlu sama rata dan penting. Jadi, amat , mudah bagi artis menjadi politician kerana pengaruhnya.

Kalau kita tengok, dalam bidang hiburan ni, ada juga masa-masa untuk mengundi. Memancing undi dengan cerita dan popularity masing-masing. Nak memancing undi, perlu ada cerita gempak. Ada artis bijak menggunakan publisitinya di dalam undian jika ada anugerah seperti ABPBH. Aku sering berkata, kalau artis yang bijak sedemikian, kalau masuk politik, mesti menang! Aku tak perlulah sebut siapa namanya. Dia memang seorang yang cantik dan bijak. Strateginya sering menjadi jika tibanya ABPBH. Ini kenyataan yang aku lihat dan aku sendiri mengkajinya. Aku amazed! Aku puji kebijaksanaan si jelita itu. (Ini bukan sindiran, tapi pujian yang ikhlas)

Itu artis yang ada bakat serta tanjak menjadi ahli politik… Ada artis langsung aktif berpolitik. Aku percaya  Aishah akan menjadi ahli politik yang bagus kerana dia seorang yang sungguh bijak. Latarbelakang pengajian yang tinggi dan punyai buah fikiran yang baik. Aku ni bukannya menyokong mana-mana pihak. Aku tengok melalui hati dan pengamatan aku tentang seseorang bagaimana dia menjalankan tugasnya. Perjuangannya. Tak kiralah artis atau bukan artis.

Aku ni kan ke dari keluarga politik… Jadi, aku mengamati seorang demi seorang yang aktif berpolitik. Ada juga sepupu-sepupu aku yang bertanding – tapi aku tak tahu kali ni mereka terpilih untuk bertanding atau tidak. Ada berita datang ke telinga aku ni tentang seorang artis yang berubah – masuk politik dan namanya memang hot lah! Orangnya pun hot. *peace*

Cerita yang seronok aku dengar apabila si hot ni datang ke Baling Kedah – tak jauh pun dengan kampung asal arwah atuk & nenek serta arwah abah. Kalau nak tahu, masa zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj; arwah atuk aku ni yang berkawan rapat dengan Bapa Kemerdekaan itu, sama-sama membawa UMNO di kawasan itu di samping bapa kepada Tan Sri Kader sheikh Fadzil. Ada juga nama jalan kecil di Kuala Ketil itu bernama arwah atuk aku. Itu sedikit sejarah yang kecil tentang keluarga aku ni, sebab nak relate dengan cerita yang aku nak ceritakan ni.

Kata sepupu aku  yang berpangkat Dato ini, nama aku disebut oleh si artis yang hot ni. Katanya dia berubah kerana industry muzik dan dunia artis ni tak betul. Lepas tu ada la nama artis yang dia sebut. Dalam banyak-banyak tu dia sebutlah Nurul Wahab. Katanya aku tak sedar diri, seksi lah apa lah.. (aku tak tahu detail yang lain) Wah!! Hebat juga aku ini! Terima kasih politician yang hijau. Awak mengata tu tentang Nurul Wahab di kawasan arwah atuknya dan abahnya… Ehhehe… Orang akan sampaikan pada si tuan punya nama juga.. Hehehe.. Baik atau buruk, pada aku ianya publisiti! Kena lah berterima kasih, kan.. . Hahahhaa..

Aku belajar tentang bagaimana memberi ucapan atau apabila bercakap di hadapan khalayak ramai. Aku tak tahu lah si hot ni belajar atau tidak. Penting untuk orang tidak mentertawakan kita semula dengan apa yang kita sebut. Jadi, si hot ni tadi, selepas dah puas mengutuk aku yang tidak ada kena mengena dengan parti politiknya tu; – dengan bangganya menceritakan bahawa dia berubah kerana Allah datang ke dalam mimpinya! Wow! Itu macam dah berpangkat maksum! Setahu aku (dalam pada kejahilan aku ni) hanya Nabi Muhammad SAW yang boleh bertemu Allah. Bermimpi Nabi Muhammad itu mungkin. Tetapi tidak Allah untuk kita manusia biasa ini. Itu setahu aku lah.. Selepas dia sebutkan cerita mimpinya tu, habislah kena boo dan ada yang bangun pulang. Aku tak ada di situ. Ini cerita sepupu aku yang sampaikan. Ada video katanya. Nak juga aku tengok video tu! Aku ketawa sahaja mendengarkan cerita yang disampaikam. Biasalah tu.. Dunia sekarang berpolitik kena kutuk dan menjatuhkan orang lain… ooopppsss!

Cerita ni dah berbulan sebenarnya. Hari ni aku mood Kiah Propa. So rasa nak cerita kepada semua. Bukannya apa, kelakar aku rasa. Itulah bezanya politik dulu dan politik sekarang. Dulu bagi aku, lebih memperjuangkan bangsa. Tidak sangat mengata kepada opposition party atau sebaliknya. To me, too negative dok mengata-ngata kat orang ni. Masyarakat percaya kepada tindakan (action) bukannya kata-kata umpatan menjatuhkan orang lain atau dengan menjual janji-janji kosong.

Jika ada ahli politik lain lebih bagus dan bisa memperjuangkan bangsa dan negaranya – berbakat dan bijak – tak kira lah parti apa pun, aku pasti, semua orang akan pangkah. Kenapa perlu ada insecurity? Bukankah kebijaksanaan seseorang itu datangnya dari bakat juga yang dianugerahkan Tuhan? Insecurity itulah yang menyebabkan jadinya umpat mengumpat dan memalukan sesama sendiri.

Hmmm…Entahlah.. Itulah politik. Aku sedih kerana politik dunia sekarang lebih memecahkan bangsa, terutamanya melayu. Bukan hak aku untuk komen kerana isu politik terlalu sensitive. Punca berpecah bukannya salah sesiapa, salah kita sendiri. Salah orang yang sebelum ini yang memperjuangkan sesuatu yang bukan untuk semua. Masyarakat semakin bijak sekarang. Dunia semakin berkembang. Fikiran dan mentality juga berubah. Semuanya tahu apa yang mereka mahukan.

Aku generasi Tun M. Aku tidak sepenuhnya tahu apa yang beliau pernah lakukan tetapi aku tahu kestabilan negara ketika itu. Dari segi segalanya. Ekonomi terutamanya. Ianya memberi kesan kepada music industry juga. Dulu, show aku 4 kali seminggu. Itu minimum. Sekarang ini, sebulan hanya 2. Itupun kalau bernasib baik. Persaingan antara artis juga hebat. Itu tak dinafikan. Tapi kalau ekonomi stabil, mesti banyak juga show kan? Banyak artis, banyaklah shownya. Jadi semua dapat job sama rata.

Ada juga ni nanti yang tak berkenan apa aku tulis ni…. Hmmm… Politik dan agama jangan disentuh kalau tak tahu. Ini hanya sekadar pendapat aku.  Lagipun hidup di negara demokrasi, kita berhak bercakap dan memberi apa juga pendapat jika kita rasa perlu. Aku tidak memihak kepada sesiapa. Aku pilih pemimpin yang boleh memimpin – andai ada seperti Tun M. Itu saja. Aku akan mengundi juga. Tapi aku masih menunggu surat seperti yang dihubungi oleh seseorang yang mahu menukar alamat aku ke alamat sekarang kerana dulu aku menggunakan alamat di Damansara.

Kalian nanti mengundi di mana? Jangan tak mengundi. Ini hak kita untuk masa depan. Ini kali kedua aku akan mengundi. Dulu tak pernah register. Aku suka dengan seorang follower aku di instagram hari ni yang berkata – nak pangkah bendera atau orang? Hahahha.. Itu satu statement yang bagus. Betul juga. Kita pangkah lambang parti atau wakil parti? Terus aku terfikir hari ni.. Thanks Paezah. Bijak sungguh!

Berdebar juga menantikan pilihanraya ni. Saat yang sangat genting.  Aku boleh rasakan ada yang stress nak pilihanraya ni. Calon-calon sudah pastilah kan.. Rakyat pun turut merasa. Sehinggakan aku pegi cuci kereta pun ada yang menyebut dan bertanya di mana aku akan mengundi. Aku ingat dengan seorang lelaki yang aku jumpa di situ. Mukanya sungguh stress. Dia sempat lagi memberikan pendapatnya. Tak perlulah aku sebutkan di sini. Agak sensitive. Masuk ISA pulak aku nanti! Hhahahaa.. Tapi itu biasalah. Hanya sekadar pendapat. Namun aku setuju akan pendapatnya. Terjadinya kejatuhan adalah kerana kecuaian seseorang itu sendiri. Kebijaksanaan membuat sesuatu keputusan itu adalah satu perkara yang lain. Itu juga penting.

Entahlah apa nak jadi. Yang aku tahu, aku mahu berdoa semoga Malaysia terus bersatu. Aku mahu negara ini terus aman dan makmur serta ekonominya yang stabil. Marilah sama-sama berdoa agar pilihanraya kali ni berjalan dengan lancar dan segalanya kembali seperti biasa selepas segalanya selesai.

PEACE!

Advertisements

33 Comments on “BIRU, HIJAU… TURQOUISE… DACING….BULAN… SEMANGAT BENDERA!

  1. Pingback: Kerana Politik, Rakan Artis Sanggup Kutuk Nurul Wahab | OHBULAN!

  2. Yup, agree on you! My family pon ada beberapa ideologi politik. Of course my father org lama lebih mementing perjuangan org dulu2x dan my brother lebih byk kepada oppo sebab lebih byk membaca blog2x sebegitu. Yg penting org yg dipilih akan berjuang demi tempatnya bukan lepas menang diam seribu bahasa. Nk cari org buat kerja lebih susah dari yang hanya pandai menabur janji. Apa2x pon undi itu adalah rahsia. So better diam dan buat pilihan yg tepat. 🙂

  3. Pingback: Kerana Politik, Rakan Artis Sanggup Kutuk Nurul Wahab |

  4. Allah dtg dlm mimpinye? Bkn kah itu rahsia Allah..berkempen ni kena rasional bkn dgn emosi..etika berkata2 juga perlu dijaga..br org respect..apepun, xdpt le haizan mengundi kali ni! Heheh perintah berkurung..:)

    • Tun M pesan .. choose with your heart not choose when you hate..takut sejarah 2008 akan berulang… pilih la yang boleh buat kerja.. bukan yang hanya pandai menabur janji..

  5. kdg2 org yg xmgundi tu lg hebat kutukkan dia.. hahahahahha~ xperlu mnambahkan dosa kutuk2 org, bek muhasabah diri sndiri dulu.. jgn kata dh brubah tp lg hazabedah jd nya~ peace..

    • Hi dakcomot. I suka nama you.. hazabedah? Hahahaha… i learn something new from you hahaha..
      Thanks for reading 😉

  6. saya pun baru pertama kali nak undi
    hahaha..baru daftar kaedahnya

    sapa agaknya artis yg baru join politik tu..mcm boleh agak je 😉

    • maaf mencelah. akak, kalau dgr orang kata maksudnya tiada bukti yang kukuh. boleh jadi fitnah. fitnah yang melampau. Mimpi jumpa Allah? kalau benar lah artis yang dikata itu berkata sedemikian, saya pasti sudah lama ulamak, ustaz dan tokoh pihak hijau bersuara. Assalammualaikum =)

      • Hi dear warna.
        Thanks for sharing. Appreaciate your comment. InsyaAllah dear. Ya dah ada yang menegur dia. Kita doakan dia akan berubah menjadi lebih baik. Amin…
        My cousin was there sayang.. take care!

  7. laku jugak post kami kat instagram tu kan…hahaha!

    kami jugak generasi Tun M! kami membesar bersama pembangunan & pemikiran Tun. yg kami tau..ramai yg tak suka dia masa tu. HANYA KERANA DIA BIJAK. dunia luar takut pada ‘suara’nya.

    tapi sekarang? sedih tengok dunia politik hari ini. dulu kalau politik, dekat2 pilihanraya baru kerap masuk tv. dlm tempoh tu masing2 melengkapkan KPI masing2 saja utk rakyat. hari ni?? HARI-HARI cerita politik.

    kalau kami dapat peluang, kami nak jumpa Tun M. seminit pun jadilah! 🙂

    • Huhu… laku la hahaha… ya sungguh setuju dengan pendapat hangpa..

      • kak nurul.. best baca entry akak kali ni.. saya pun org penang jugak.. saya tak pilih parti mana tapi saya pilih calon yg boleh buat kerja dan boleh bagi sumbangan utk org kampung saya..

  8. Pingback: Kerana Politik, Rakan Artis Sanggup Kutuk Nurul Wahab

  9. salam nurul…
    maaflah kalau ape yg saya kate boleh mmbuatkan aeak terkecil hati…
    berpakaian biarlah sopan skit sbb kite org islam..

  10. Pingback: Kerana Politik, Rakan Artis Sanggup Kutuk Nurul Wahab | Blog | LelakiGhairah.com

  11. Hi sister, u are such a beautiful lady!!!i am your fan..saya kena balik mengundi ke JB, malas nye!!!!heheh

  12. artis yg konon sgt hot ni kasi malu & merosakkan imej the hijaus jer.. nak jahit jer mulut dia tu.. suh dia cermin muka dulu bole tak.. haissshhhh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: