PLEASE BE SAFE….

Bangun pagi hari ini disambut dengan cerahnya cahaya dari langit yang sangat biru… Alhamdulillah, Allah berikan sekali lagi peluang untuk hidup buat ke sekian kali. Melihatkan cuaca yang indah, buatkan aku tak boleh nak lelapkan mata semula – tidur lambat semalam. Jam 1:45 baru terlena. Bila tidur sorang, selalu terlajak nak tidur awal. Eric takde. Ke India petang semalam hingga Isnin 15 April ni. So, aku sorang-sorang lah.. Bila dia takde, mata memang terbuka awal pagi. Tidur tak nyenyak. Itu dah kebiasaan semenjak 9 bulan yang lalu – sejak berkahwin dengan Mr. Eric Depp! Dia ke India atas urusan bisnes Herbalife nya.

Sorry I’ve been busy with a lot of things… Photoshoot la, apa la.. and buat-buat busy pun ada – but no complaint. Naik sunyi dah blog ni. Komen setiap hari masih masuk ke blog ni. Thanks kepada yang banyak mendoakan aku.  Syukur…

Hari ni bersemangat terus nak menulis. Dah naik gian kata orang.. Macam-macam cerita lately ni. Especially about robbery dan macam-macam lagi. Tak kurang juga rakan-rakan artis yang turut hampir menjadi mangsa. Please be safe ladies. Aku pun naik takut juga kalau memandu seorang diri walaupun di siang hari. Aku tak percaya bila ada yang mengatakan crime rate menurun.  Dengan bebanan yang masyarakat rata-rata rasakan – ramai yang tersepit – prone to do crime. Ada juga yang bukan kerana kesempitan hidup – kerana hobi! Jangan tak tahu ada ‘penyakit’ merompak, mencuri dan yang berkaitan dengannya.  Hobi dijadikan mereka-mereka yang suka merompak ni.

Aku pernah juga mengalami pengalaman kereta dipecahkan sedikit masa dulu. Tapi dah lama. Zaman aku bersama ‘Pak Abu’ dulu. (Nama timangannya kerana ada masalah telinga). Aku tak perlu jelaskan dengan lebih lanjut siapakah hamba Allah itu. You guys know who! Hahhaha… Sempat lagi kan nak masuk juga commercial break… Sengal! Hahhahaa… Ada juga cerita nak cerita pasal tu. Tapi itu di dalam entry lain. Meh sambung cerita ni..

Ada ke depan office pun boleh jadi nak pecahkan kereta?! Yang paling syok tu, time aku turun nak ke kereta. Office masa tu di Taman Tun Dr. Ismail. Ada 2 motosikal dan 4 lelaki remaja. Semuanya Melayu.. Alahai… Anak melayu… Aku yang dari tangga office terus menekan kunci kereta untuk membuka pintu – pantas mengejutkan lelaki-lelaki muda itu – langsung mereka lari lintang pukang dan memecut laju. Aku dan Pak Abu serta seorang kawan mengejar budak-budak lelaki ini hingga ke Jalan Sultan Ismail. Dari Taman Tun – imagine how far! Manalah diaorang nak berhenti. Cuba juga nak tahu mana tempat diaorang pergi. Langsung hilang dalam kesibukkan jalan pada malam tu.

Naik bengang juga. Cermin di bahagian pemandu dah naik berlubang ditebuknya! Rupanya mereka ini cuba nak curi radio kereta! Dengan menggunakan screw driver untuk menebuk cermin dan kemudian memecahkan seluruh cermin pemandu, dapatlah mereka masuk ke kereta. Tapi malangnya aku turun ke bawah. Bukan ‘rezeki’ mereka malam tu. Nasib baik juga aku memasang tinted pada cermin. Ia sebenarnya membantu untuk menahan pecah cermin apabila dihentak dengan kuat. Haaiiii…. Bila boleh di tinted kereta, dilarang pula. Tapi sebenarnya itu yang paling banyak membantu bagi mengelakkan cermin dipecahkan.

Bila dah terkena macam tu, dah satu malam jadi busy. Ke balai polis untuk buat report. Aduhai.. Masa sepatutnya boleh digunakan ke lain, dah kena buat hal yang tak dijangkakan. Masa berlakunya kes itu, pada malam hari jam 9 malam. Habis mengejar pencuri dan buat laporan polis pula hingga tengah malam. Setibanya di balai polis, bukannya aku saja yang nak buat laporan, ada lagi orangg lain – yang kesnya seakan aku juga. Kata polis ianya dari kumpulan yang sama. Kerja diaorang curi radio kereta. Kalau tak silap aku ada 3 kereta lain yang dipecahkan dan dicuri semuanya. Hanya kereta aku diaorang tak sempat nak mencuri. Aku bernasib baik walaupun selepas tu kena repair cermin kereta.

Entah pihak polis dah dapat menangkap pencuri-pencuri itu atau tidak. Wallahualam.. Apa agaknya dah jadi dengan budak-budak tu semua.. Harap-harap jangan dah ‘upgrade’ jadi pencuri yang lebih professional, sudahlah..

Sekarang ni kan ke banyak kes pecah cermin untuk curi handbag – terutamanya pemandu wanita. Aku pernah juga melihat dengan mata aku sendiri di Jalan Ampang. Kesian seorang wanita berbangsa Cina yang luka jari dan tangannya dek cermin kereta dipecahkan. Semuanya berlaku dengan sepantas kilat! Berhati-hati kepada semua yang wanita yang memandu. We never know. Letakkan beg ditempat yang tak boleh dilihat oleh pencuri-pencuri ini.

Nasib baik tak ada apa yang berlaku kepada Yasmin Hani yang baru-baru ini juga hampir disamun dari keretanya. Always look around you and be aware ladies. We never know. Semua pencuri ni amat cekap dan pantas. Kalau memandu tu, focus di atas jalan  raya dan sentiasa lihat side & rear mirror. Nampak je apa-apa yang tak kena, cepat-cepat memandu ke balai polis berhampiran.

Banyak kes samun yang kita dengar. Aku juga tak terlepas dari pelbagai cerita yang diceritakan. Ada juga kawan-kawan terdekat pernah mengalami disamun dengan parang dan pedang. Lebih seram kan… Dulu hanya curi radio kereta, selepas tu, samun handbag. Sekarang pecah cermin kereta untuk samun handbang dan juga curi kereta dengan menggunakan object tajam. Ada juga kes mencuri di restoran. Aku dapat satu cerita dari seorang teman yang mengatakan sebuah restoran Itali yang terletak di hadapan rumah aku ni, baru saja kena samun!

Aku yang baru tahu cerita itu, tercengang sekejap… Siapa pun tak tahu. Ceritanya sebuah kereta dan beberapa orang lelaki berhenti di hadapan restoran, masuk ke dalam dan mengunci pintu. Semua pelanggan restoran dan restoran itu disamun mereka yang tidak bertanggungjawab itu! Aduhai… Taknaklah makan kat luar lagi macam ni. Just eat at home!

Eee… Seram.. Don’t want to think about it. Lagi fikir, macam dah jadi focus ke arah itu dan seakan memanggil pula. Just take a precaution. Bawak pepper spray dan berhati-hati. Stay safe wherever you are.

Cerita jenayah di mana-mana sahaja. Bukan di Malaysia sahaja. Cuma aku rasa walaupun macam-macam kes sekarang ini, jika dibandingkan dengan negara luar, negara kita masih under control but still, crime rate semakin meningkat. Itu pasti. Bukan sahaja kes tentang mencuri yang kita dengar – pelbagai lagi. Kes bunuh pun ia juga. Bercerita pasal kes yang melibatkan kematian, aku terpanggil pula untuk ceritakan tentang seorang teman ni.

Beberapa minggu yang lalu, aku dihubungi olehnya yang awal bulan lepas ditahan untuk membantu siasatan kes suaminya yang meninggal. Ya aku ada menulis di dalam satu entry tentang kononya  dia dikatakan membunuh arwah suaminya itu. Nouri hubungi aku selepas beberapa hari dia keluar dari tahanan polis. Katanya mahu menjemput aku ke kenduri doa selamat. Alhamdulillah all is okay now. Kesian juga pada Nouri. Kejadian itu asalnya disalah ertikan dek headline suratkhabar yang gempak! Macam-macam cerita yang keluar tentang kes itu dan rata-rata memburukkan Nouri.

Ceritanya Nouri yang kena attack dan dipukul dahulu. Arwah was an abusive guys rupanya. But Nouri never told us. Sering bercerita yang baik sahaja tentang arwah suaminya. Dipendekkan cerita (tak baik nak cerita tentang aib orang yang sudah meninggal) arwah jatuh dan pengsan pada mulanya.  Anak-anak buahnya yang berada berhampiran hanya menyaksikan kejadian itu pada awalnya. Sesudah arwah rebah dan pengsan, Nouri memohon anak buahnya mengikat kaki dan tangannya kerana bimbang bila dia tersedar dia akan kembali attack Nouri.

Tetapi malangnya, dia tidak sedarkan diri. Pantas Nouri menghubungi ambulans. Katanya arwah meninggal di dalam perjalanan ke hospital. Ketika dia rebah dia masih punyai nadi. Begitu juga ketika bantuan tiba. That was the story. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Cuma kejadian itu berlaku di dalam situasi yang tidak dijangkakan oleh sesiapa. Kuasanya Allah. Semoga dosanya diampunkan Allah Taala. Ini adalah panduan buat kita semua especially men.

Suara Nouri ketika dia menghubungi aku di dalam hujan yang lebat di petang Khamis itu, tetap girang. Riang seperti biasa. Katanya I’m even better & stronger! Apa-apa pun sememangnya pengalaman yang memberi keperitan dan kesedihan akan memantangkan dan menguatkan seseorang. Always look on the bright side on everything that happened to us. Tak kiralah disamun atau sebagainya.

Whatever it is, ladies, being beautiful and confident are two different things – stay safe!

Advertisements

One Comment on “PLEASE BE SAFE….

  1. kak nurul, da lama x tgk gambar2 kak nurul..update la sikit utk tatapan blog

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: