BERITA YANG DITUNGGU-TUNGGU : DEPP’S JUNIOR IS ON THE WAY!!!

Ketika entry ini diletakkan, aku sedang berada di Sunway Pyramid untuk Skinz Girls Day Out. Berminggu dah prepare acara yang dianjurkan oleh Skinz ni. Naik stress juga nak tentukan pemenang dan peserta. Maklum saja ramai yang hantar dan semuanya bagus-bagus belaka.Mereka yang berada di PR company lah yang pening nak pilih. (Aku pun naik pening sebenarnya!) Hanya 10 orang terpilih. Tak sabar nak bertemu dengan semua.

Hari ini bagaikan hari yang sungguh istimewa. Aku pilih hari ini bukan untuk Skinz sahaja tetapi untuk perkara lain juga. Minggu ini agak penuh jadual aku. Esok aku akan berada di Wangsa Walk untuk ujibakat rancangan baru terbitan Astro Ceria iaitu Ceria Popstar. Kepada yang ada anak-anak berusia 15 tahun dan ke bawah, boleh bawa ke Wangsa Walk seawal jam 9 pagi untuk pendaftaran. Aku akan berada di sana jam 10 pagi untuk memulakan acara.

Entry ini, dah tiga kali aku padam dan buat semula.Ubah itu dan ini.Entry yang mengambil masa yang lama untuk aku siapkan.Aku tak tahu bagaimana nak beritahu berita yang satu ini. First, nak berterima kasih buat semua. Di atas semua doa yang diberikan untuk kami berdua – aku dan suami. Alhamdulillah, aku bersyukur.Ini bukannya press release, tetapi satu khabar yang perlu aku kongsi dengan semua – terutamanya peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan aku di dunia dan di akhirat.

Aku simpan cerita ini selama yang mungkin. Mahu juga buat surprise, dan dalam masa yang sama excited nak khabarkan. Mungkin ada yang perasan – kepada yang benar-benar mengikuti – tentang perubahan aku dua tiga minggu ini. Aduh.. Macam mana nak mulakan ayat ni… Blur pulak! Hahhaha.. Jangan marah ya. Sedang mencari ayat yang terbaik.

Tanggal 2 Februari yang lalu, aku dapati aku telah 2 minggu pregnant. Ya! Berbadan dua. Aku mengandungi, aku hamil… Apa lagi perkataan untuk pregnant? Heheh.. Khabar di pagi hari itu aku kongsikan bersama suami – yang kononya pada awal perancangan aku nak buat surprise.. Tak jadi dah nak surprise dek excited teramat. Pagi itu disambut dengan air mata kami berdua dan juga orang pertama yang mendapat tahu – si kenit yang genit;  yang pangkatnya seperti adik aku.

Dia yang berada di wedding Liyana Jasmay ketika itu, sememangnya sedang terkenangkan majlis akad nikah aku pada Jun lepas.Tengah syahdu lah juga jiwanya.Tiba-tiba dapat pula message aku hantar melalui whatsapp. Katanya, terkeluar juga air matanya, namun terpaksa control sebab nanti apa pulak kata rakan wartawan yang lain.

Aku dan Eric sememangnya menantikan saat ini. Ramai yang lain-yang dekat dengan kami juga menantikan khabar gembira ini. Aku simpan berita ini sehingga bulan ketiga.Ya, minggu ini dah 3 bulan.Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua. Jangan excited sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah 3 bulan. Aku juga ikut jejak langkah teman aku , Ning Baizura. Caranya itu betul.Dan Ning juga merupakan kawan yang pertama yang tahu.Ayu orang yang kedua kerana dia berada di sekolahnya di Johor.Ayu melompat keriangan dan tak habis-habis mengucapkan syukur kerana doanya dimakbulkan.

Kata doctor semalam yang memeriksa kandungan aku, ‘you can tell the world if you wish to..’ Eric pantas mencelah :‘Ya. She can’t wait and plan to announce tomorrow..’ Doctor hanya tersenyum.Dari wajah suami aku itu, aku tahu dia juga excited.Tambahan pula selepas melihatkan anaknya yang sudah mula bergerak dan punyai dua kaki & dua tangan.

Itulah berita yang aku nak sampaikan.Sememangnya pada tanggal 30 Mac dan pada minggu ini aku nak khabarkan buat semua.Kandungan dah makin membesar.Perut aku makin nampak.Aku tak mahu juga aku rimas dengan pertanyaan semua nanti jika aku masih berahsia.

Kalian akan dengar berita ini juga di murai.com. Terima kasih Ayie a.k.a Stailista yang menyimpan rahsia ini semenjak beberapa minggu yang lalu.Selain daripada rakan wartawan, dia juga merupakan teman baik aku. Kami share the same star sign (Leo) dan juga tarikh lahir. Cuma tahun yang berbeza. Selepas portal murai, Metro Ahad juga akan mengeluarkan berita mengenai aku dan kandungan ini pada esok hari. Shakilla & Editor nya kak Hartati paling seronok apabila mendengarkan berita itu minggu lalu.Terima kasih kerana menjadikannya ekslusif untuk disiarkan di akhbar hebat tempatan hujung minggu itu.

Hari ini jam 5 petang, Muzik Muzik juga akan memamparkan cerita tersebut. Semuanya gara-gara pencalonan Muzik Muzik untuk lagu ‘Cinta’ 2 minggu yang lalu. Masa tu perut start nampak! Aku dikejar oleh G-Bum dan E-One untuk Buletin Muzik Muzik.. Alamak! Kantoiiii!!!! But, they are so nice to keep the news selepas aku mohon untuk simpan sehingga 30 Mac – kebetulan pula lagu itu akan dicalonkan minggu ini. To all who wants to see me sing live during Anugerah Juala Lagu, segera vote selepas siaran Muzik Muzik petang ini. Thanks Su Osman & G-Bum for keeping the secret. I owe you one.

Aduhai..Nak announce pregnant pun nak buat exclusive.. Hehehe.. Maaf ya.. Sebenarnya sorokkan dulu kerana tak mahu apa-apa yang tidak diingini berlaku; dan kemudiannya kerana aku menantikan jawapan sebuah syarikat gergasi untuk menjalani sebuah projek bersama mereka. Lagi pun early stage, pelbagai kemungkinan. Sekarang dah melepasi jangkamasa itu. Ada baiknya diberitahu kepada umum.

Dalam pada nak beritahu ni, perasaan malu tu ada juga. Lama benar aku tak pregnant. Dah 15 tahun.Terasa seperti tak pernah mengalaminya. Dah lupa akan pengalaman yang pertama itu. Ayu paling menjaga aku. Ketika aku pengsan di JB minggu lalu, dia bersama aku dan si kenit aku tu. Dia paling risau.Menangis juga kerana bimbangkan terjadi apa-apa pada baby di dalam kandungan aku.Aku pengsan kerana kekurangan darah dan juga penyakit SVT yang sememangnya aku ada sedari remaja. SVT terjadi kerana stress dan salah makan. Bila ianya berlaku, degupan jantung terlalu laju dan darah mengalir laju ke seluruh bahagian badan dan bisa mengakibatkan pengsan kerana kekurangan darah disalirkan ke otak.

Kata doctor semalam, aku tak boleh makan kacang. Semenjak pregnant ni, kacanglah kegemaran aku! (Selalu pun!) Malam sebelum aku pengsan tu, aku teringin satay. Kuah kacangnya habis aku sebat! Mananya tak kena! Itulah cerita di sebalik peristiwa pengsan itu.Aku naik fobia juga mengenangkan insiden itu. Kata penolong penerbit, aku jatuh dengan penuh gaya! Kami ketawa bersama apabila bercerita tentang hal itu. Siap dilakonkan semula di depan aku! Hahahha…

Kena la control, aku bimbang jika aku langsung berjalan dari meja pengadil itu, aku akan jatuh dengan tak sengaja dan akan membahayakan kandungan. Alhamdulillah segalanya okay. Degupan laju jantung aku dek SVT itu berhenti selepas 10 jam kemudiannya – ketika kami di dalam perjalanan pulang ke KL.

Kebetulan pula hal itu berlaku sebelum seminggu aku nak hebahkan cerita ini. But now, I’m all okay. Alhamdulillah.Family aku menyambut berita ini dengan gembira sekali.Lebih mengharukan di sebelah Eric.Ini cucu pertama kepada kedua mertua aku.Germaine menangis.Roland setiap hari berseri-seri dan tak sabar menantikan kelahiran cucu pertamanya ini.

Kepada yang masih menantikan peluang untuk mengandung (aku tahu ramai yang nak sangat mengandung) can I share one secret? This is what I do and Alhamdulillah Allah berikan rezeki ini. Kita hanya berusaha dan Allah akan buka jalan insyaAllah. Rahsianya amat mudah : NUTRISI. Aku ambik shake Herbalife 6 kali sehari tanpa apa-apa makanan. Aku lakukannya selama seminggu; 7 hari berturut-turut. Dalam masa yang sama, kebetulan aku terjumpa seorang makcik yang pandai mengurut semasa penggambaran rancangan ‘Pelik Tapi Benar’ Januari lalu di Port Dickson. Dia memang arif membetulkan bahagian reproductive wanita.Alhamdulillah dengan usaha yang aku lakukan membuahkan hasil. Cubalah..

Buat masa ini, aku menjalankan aktiviti seperti biasa.Dan selera makan juga lebih daripada biasa.Selera Melayu teramat menjadi-jadi. Sekejap nak nasi dagang, nak pulut kuning, nak laksa dan yang paling best; petai! Nasib baik lah si kenit rajin melayan dan suami aku juga.Eric tak punya apa-apa pengalaman bagaimana nak handle perempuan mengandung. Satu perkara yang dia sering pesan, eat healthy food and make the right choice in choosing food. No processed food. Macam-macam supplement dia beli untuk aku. Patutlah baby bukan main aktif bila semalam doctor scan. 12  minggu – dia seakan menari di dalam perut aku. Aku belum dapat rasa pergerakkannya tapi melalui scan itu bukan main dia berpusing. Agaknya sedang buat konsert! Hahhahaa..

I will share more in the next entry. Let’s spread the positive energy to all the ladies that been waiting to be a mother. Aku nak share energy itu buat semua yang sedang menanti untuk menjadi ibu. Aku doakan semoga doa kalian dimakbulkan. Amin…

169383_10151641598214240_490434806_o

Advertisements

52 Comments on “BERITA YANG DITUNGGU-TUNGGU : DEPP’S JUNIOR IS ON THE WAY!!!

  1. akak..tahniah..alhamdulillah..syukur diberikan peluang utk mengandung lgi..semoga ibu n anak sht hendaknya… semoga saya pun akan jadi mcm akak.. :).. take care kak… congratsss.. happy for you.

    bole tau tk pakcik mana kt port dickson tu?

    • Congrats……for the new comer…..Btw…betullah….share lah nombor phone dan alamat makcik tukang urut yang kat PD tu…..Tq nurul

  2. Pingback: » Tahniah! Nurul Wahab Hamil 3 Bulan | OHBULAN!

  3. Happy nya kami!! Alhamdulillah..syukur. Lahir 25 september tau..sama kami. Baby libra!

    • congrats akak ! take care always ya 🙂
      May Allah ease everything~

  4. ALHAMDULILLAH..my Umi & me so happy for you both…Have alot of rest…Let the daddy do all the domestic works…Must take care, ok?!…ALHAMDULILLAH..termakhbul juga do’a kalian to have a baby…

  5. Congrats! Seriously, this will be the happier news for you and hubby. Really can wait to see the baby. Must be super2 cute pan-asian!

  6. Tahniah Kak Nurul…kak, just wanna share something with you, Yani pun sedang consume Herbalife for the same reason. I wanna get pregnant, since sudah 2 tahun lebih berkahwin. Doakan untuk Yani, ye kak?

  7. Wah!congrats kak nurul.happy for u..sy pon dah setahun cuba nk pregnant lg tp belum berhasil.kak nurul ada address or contact no makcik urut tu x?boleh share?

  8. tahniah! tahniah! tahniah! tak tahu nak ucap apa lagi sebab terlalu gembira untuk sama2 berkongsi kegembiraan bagi pihak kak Nurul, suami dan Ayu. Moga segalanya yang terbaik sepanjang usia kandungan nanti. aminnnn…

  9. Alhamdulilah…tahniah kakk…akhirnya tercapai jugak hasrat akak n suami utk memiliki cahaya mata..akak jaga diri n baby elok2 tau..sy doakan semoga akak ngan baby sihat sentiasa..tahniah lg sekali kak…

  10. Hi, it’s Fish here. congrats! 🙂 take care during the journey towards delivering a (or two) healthy baby! nice meeting you in person today @ Skinz with the fellow fans and bloggers. Hope to listen to your lovely singing again! I….will..always love you~uuuu~~~ 😛

  11. Pingback: Tahniah!! Nurul Wahab Sah Mengandung 3 Bulan » Blog Fyna

  12. Alhamdullillah…… Congrats to both of you. Take care dear. Happy for you.

  13. Assalamualaikum Adik Nuruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuullllllllllllllllllllll………..
    I’m exteremly happy gila gila…….. alhamdullillah alhamdullillah alhamdullilah……
    Ya Allah Ya Tuhanku…. I’m tearing right this moment…. writing at the same time… mujur my hubby in the toilet now doing his business as usual.. reading newspaper on the toilet bowl.. his favourite routine.. if not surely his panicking tgk airmata Akak jatuh ke pipi… but it’s a unbelievable happpppppppppppppppppyyyyyyyyyyyyy tears…… as a mother/women you surely faham perasaan akak… 9 years of trying…. pregnant… but ectopic.. twice … so your news… make my day….. make me feel like eventhough i’m now 42… there’s still hope… we’ve trying and still do….InsyAllah… Kun fayakun… apa apa pun seizinnya jua…

    jika nurul tak letih and only when you have an extra extra extra free time… kindly write the number of that Mak Cik in PD.. that urut you tu…and we might probably go back to herbalife again … InsyAllah..

    Adik Nurul… insyallah.. Akak doakan supaya Nurul, Ayu, Eric and the bun in the oven senantiasa… aman, damai, harmoni sehat walafiat.. sentiasa dibawah lindungan ILLAHI…. Amin amin amin ya rabbal alammin…

    Take very good care sweetie… xoxoxoxoxoxoxoxooxoxoxoxoxoxxoxoxoxooxoxoxoxoxoxoxxoxoxooxoxoxoxoxoxoxoxo–much love–

    Salam..
    kak Nora..

    • Salam Kak Nora.
      I’m excited too to read your comment. sorry lambat reply. Busy ya amat sehari dua ni. amin..amin.. InsyaAllah. terima kasih di aats doa akak. Saya doakan akak juga insyaAllah one day akan mendapat rezeki. kuasa Tuhan,, mana lah tahu. hanya Allah yang berkuasa dan Maha Besar. InsyaAllah kak. you take care too.

  14. Pingback: Tahniah!! Nurul Wahab Hamil 3 Bulan | Ais Kosong

  15. Tahniah nurul,mesti ble dah lahir,anak kak nurul ngan husband,comel dan cutekn..

  16. Alhamdulillah… tetiba lak sebak baca entry ni, actually happy sangat2… nurul….. jaga diri n baby elok2. saying uols

    mmmuahhh…. 🙂

  17. tahniah tahniah tahniah kak nurul
    tumpang gembira dgn berita itu
    semoga selamat sepanjang tempoh itu ye
    take care 😉

  18. Alhamdulillah, tahniah Nurul dan Eric 🙂

    Saya pernah komen dan post dulu dan Nurul ada reply. Masa tu Nurul cerita tentang plan nak pregnant. Alhamdulillah rezeki Nurul sampai. Banyakkan berehat tau. Pasal makan tak payah advise la sebab Eric lebih pakar nak handle Nurul hehehe….

    Congrats again 🙂

  19. First time read ur entry kak 🙂 and i like it so much! btw tahniah sgt2. doakan utk sy juga ye 🙂 masih menanti berita gembira.. like u sis 🙂

    • Hi Fiza. Thanks for reading my blog. appreciate it. InsyaAllah saya doakan.. Take care

  20. Alhamdulillah… syukur ke atas kurniaan dari Illahi… semoga kandungan kak Nurul baik2 sahaja.. saya pun tngah tunggu2 saat nak mom to be, tapi..takde rezeki lagi.. mcm kak Nurul ckp berdoa kpd Allah dan berusaha… semoga kak Nurul dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah dan dikurniakan rezeki selalu.. amin. salam sayang…xoxo

    • Hi Anggun.. Thanks. syukur alhamdulillah. InsyaAllah masa Anggun akan sampai.. One day. I’m sure

  21. alhamdulillah! i pun tengah pregnant, 10 weeks 🙂 i’ve been waiting for this baby for 5 years, so i know how it feels when u want a baby so BAD. i wish u all the best, lets enjoy this moment, and doa byk2 kita selamat melahirkan 🙂

    • alhamdulillah.. Congrats to you! InsyaAllah.. amin.. amin ya rabbalalamin.. you akan melahirkan may be dua minggu lepas Nurul kot.. All the best ya..

  22. congrats nurul.. kalau korang nak tahu, kulit nurul memang cantik. flawless.. thanks to skinz agaknya.. and sure saya ni antara yg ‘membantu’ nurul stress dlm event girlsdayout itu.. huhu….anyway nurul and fizar mmg best….appreciate for the opportunity.. im still in the highest cloud nine, [even dah seminggu dah berlalu]

    • Thanks Enira. Thanks for coming to the event and really appreciate it. Ya, thanks to SKINZ . Take care and see you again soon..

  23. Assalammualaikum Nurul.. How are doin.. Still remember me..? Its me Ida anak Cikgu Adenan .. Tak apa kalau lupa sbb dah berzaman kita tak jumpa.. BTW br tahu nurul ada blog.. Sooo proud to see ur achievement after achievement yg nurul lakukan dari dulu hingga sekarang… Btw my sis KAK YAN pun baru jugak mengandung baru 2 bulan lebih.. last but not least congrats to both of you ya.. Confirm baby lahir nanti CHOMELLLLLLLLLLL like you guys.. 🙂

    • Wsalam IDA!!!!! Ingat aaaiihhh.. mana boleh tak ingat. Gamabaq kita kat rumah bukit indah masih ada disimpan. Thanks for visiting and reading my blog. Hope all of you are doing good too. Alhamdulillah. But i have to work harder. Banyak lagi tak tercapai. Kirim salam kak Yan and ucapkan tahniah juga ya. You take care too and salam semua the adzas…

  24. Congrats dear. U are so kind with all ur doa to all woman out there..so sincere. May Allah bless u and u family alwiz..

  25. as salam kak nurul….citer akak ni kan buat sy nk preggy no.3 plak…heheheee…tahniah kak…

  26. Alhamdullillah..syukur alhamdullillah..tahniah kak! jaga diri baik2 ya..

  27. Pingback: Tahniah!! Nurul Wahab Hamil 3 Bulan | Sensasi Selebriti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: