KERETA… OH KERETA… KU TERTIPU!

Minggu ini minggu yang sungguh stress… Aduh.. Macam-macam hal nak kena settle. Tapi most all dah settle. (Tak juga sebenarnya!) Hahahaha… 2 kereta perlu dijual – dah letak kat mudah.com, apalagi… Beribu lah panggilan masuk. Perihal kereta ni amat memeningkan. Sebenarnya tak pening apa pun. Salah aku juga. Bagi orang guna kereta sehingga rosak. Siap buat sewa pulak tu. Aku tak tahu berapa ramai antara kalian semua terbuat salah macam aku buat. Nak kata aku kaya; tak guna, hanya setakat mampu dan boleh dikatakan senang –  Senang juga dikenakan. Kereta tu teruk rosaknya. Kena repair sebab nak jual. Tak mahu pula si pembeli tertipu apabila membeli kereta itu. Kedua-dua kereta aku mahu dijual sebelum Jun ini. Lebih-lebih lagi tahun depan mahu berhijrah ke Bali. Lambat lagi ke sana – mungkin di pertengahan tahun depan.

Itulah cerita sepanjang minggu ini. Stress itu bukannya apa pun.. Sebenarnya rasa bersalah yang paling kuat. Rasa marah pun ya juga. Marah pada diri sendiri kerana terlalu percayakan orang, terutamanya yang bernama kawan. Hmmmm…Kawan ni, macam-macam jenis kawan. Kawan yang  buat sewa kereta aku ni kononnya niatnya nak membantu aku ketika itu (tahun 2010) kerana aku broke tak dapat maintain dua kereta. Bukan sengaja nak ada dua kereta sebenarnya.

Ceritanya, aku dah selesa dengan kereta Ford Focus yang aku beli di penghujung 2006 itu. Brand new and a very good car. Jenama kereta kegemaran arwah abah. Aku beli jenama itu sebab aku rindukan arwah. Ford memang sebuah kereta yang ekonomi dan tough. Selepas setahun setengah, ada pulak hamba Allah ni datang menghasut. Katanya beli la Mercedes kerana aku tengah mampu dan tambahan pula kereta impian aku. Beli lah… Katanya!

Aku yang ketika itu sedang ‘lebat’, termakan juga cakapnya. Tanpa ber fikir panjang, aku pun pegi lah ke kedai yang menjual kereta Mercedes C Class itu. Kedai itu milik kawan aku yang menghasut beli Mercedes tu tadi. Tahun itu 2008. Banyak show bukan main. Aku ada sahaja di mana-mana. Road tour dengan Avon dan sebagainya – cukup buat aku membeli Mercedes itu. Orang yang lurus bendul selalu terkena. Aku tak check berapa harga di pasaran. Main okay je beli Mercedes tu. Tambahan pulak Ford Focus aku bakal dibeli (kononnya) oleh seorang kawan di atas kawan – mutual friend lah kiranya.

Aku pun confident je nak beli Mercedes yang pada aku hebat itu. Setelah bayar deposit RM 20,000, aku diminta menandatangani kesemua dokumen termasuk loan. Selepas satu minggu, selesai dengan urusan bank. Kawan aku yang tadi nak beli Ford itupun datanglah mengambil kereta kesayangan aku itu. Semuanya berlaku di hari yang sama. Ambil Mercedes dan Ford aku diberi kepada kawan kepada kawan aku itu. Di situ dan detik itulah kesilapan besar telah aku lakukan. Rasa macam nak ulang balik masa – andainya aku mampu. Sayangnya, masa yang dah berlalu, tidak mungkin diulang semula.

Aku terlampau percaya kepada mutual friend aku tu yang kononnya nak membeli dan nak tukar nama dan apply loan baru. Apa salahnya jika aku jangan beri dulu kereta tu padanya hingga loan nya diluluskan. Ini tak, main bagi macam tu je. Bukannya kerana excited nak drive Mercedes tu – tak juga! Mercedes itupun aku park kat rumah dekat 2 hari tak keluar. Pada aku rasa malu nak bawa Mercedes tu! Kelakar tak?! Sebab masa tu aku fikir apalah agaknya orang sekeliling akan fikir apabila melihatkan aku memandu Mercedes! What a thinking! Nurul… Nurul.. Entah apa-apa.. Pada aku, asal aku bukan dari keluarga yang senang. Jadi, bila dapat Mercedes tu, dah besar ya amat & malu nak drive! Jakun betul Nurul Wahab masa tu.. Hahhaha..

Kereta Ford aku pula dipandu oleh mutual friend aku tu tanpa menukar nama kepada namanya. Setahun juga digunanya. Sehingga satu hari bank menghubungi aku. Barulah rahsia semua terkeluar. Rupanya lelaki yang sudah berusia 50-an dan sudah tidak bekerja itu gagal mendapatkan loan bagi kereta Ford itu. Lebih teruk 4 bulan dia tak bayar pada Maybank. Aku yang dengar akan hal itu, apa lagi – naik hantulah jawabya!  Segera aku hubungi lelaki itu dan aku langsung ke rumahnya untuk mengambil semula kereta itu. Long story short.. Jantung aku pecah berkecai apabila dapat tahu kereta yang aku beri dengan sempurna 12 bulan sebelum itu, berada di bengkel kerana enjin rosak dek banjir! Aduh!! Nak nangis dengar. Dah la tak bayar dan rosak pulak tu! Sampai ke hari ni aku ingat insiden itu. Aku nyaris menampar muka mamat tua  yang tak sedar diri itu! Masa nak ambil, bukan main berjanji. Apa-apa pun pada aku, kesemuanya bermula dari salah aku. Kalau aku tak bagi, takkan dia nak berarak dengan kereta aku tu ke sana ke mari sehingga masuk banjir! Mana ada orang tahu jaga harta orang lain. Semua dari kita hanya tahu jaga harta sendiri saja! Itu dah satu kesilapan aku buat.

Kereta tu terpaksa aku over haul. Deq Sha yang suka akan kereta itu – turut bersimpati dengan aku. Dia sanggup nak repair kereta tu dengan bahagikan bahagian jumlah kos over haul kereta Ford itu. Aku rasa sedikit ringan akan bantuannya. Deq Sha menggunakan kereta itu beberapa bulan sebelum abangnya bising dengan keadaan kereta itu. Deq Sha pulangkan pada aku atas sebab-sebab tertentu. Aku tak salahkan dia. Betul kata abangnya. Buat apa beli kereta mahal kalau tak boleh bawa laju. Aku lupa nak pesan masa tu. Kereta lepas over haul macam kereta baru. Hanya 80km sejam boleh dipandu sehingga di had dibenarkan. Hanya Deq Sha faham keadaan kereta itu. Tidak abangnya. Tak apalah, aku faham. Dah namanya adik. Aku  perlu faham.

Aku ambil semula kereta itu. Kemudiannya, kekasih kawan baik aku pula nak bantu setelah dia tengok aku bersusah payah bekerja nak cari duit nak maintain dua kereta yang bukannya kemahuan aku terjadinya sebegitu. Dia kesian dengan aku yang sedang broke masa tu. Katanya, biar dia bantu dan berikan saja kereta itu padanya. Dia bayar every month. Tapi bayar hanya 500 Ringgit. Selebihnya aku bayar. Katanya masih nama aku, jadi aku ada hak bayar juga. Janjinya selepas 3 tahun mahu ditukarkan nama kereta itu kepada namanya. So, bahagian yang aku bayar tu nanti jadinya bahagian aku pada bank. Maksudnya dia yang akan bayarkan apabila loan masih banyak dan harga pasaran rendah. Dan aku takde apa-apa tanggungan lagi ke atas kereta itu. Dah namanya kawan baik, aku pun  percaya. Lamalah juga dia guna.

Last 2 years, aku dengan anak aku berjalan-jalan di kota JB bersama dengan Eric dan juga ibu bapanya yang kali pertama datang ke Malaysia. Dengan tak disangka-sangka, aku ternampak sebuah kereta yang familiar sangat-sangat pada aku. Ayu langsung menjerit, ‘mama, itu kereta mama!’ Si pemandu bukan kawan aku itu. Masa tulah aku tahu dia menyewa kereta aku kepada orang lain. Sehingga naik lunyai kereta tu. Sedihnya bukan kepalang. Aku sangka aku boleh percaya, rupanya sama sekali tidak. Kereta itu aku ambik semula tahun lepas. Banyaklah juga aku kena repair. Dah jadinya macam kerja kebajikan. Bagi orang guna free, lepas tu rosak owner bayar. Baik tak aku?! Hahahha… Dalam hati Tuhan saja yang tahu…Sedih dipermainkan, sedih dibohongi dan marah akan kesalahan diri sendiri – kebodohan aku sendiri.

Eric hanya bersimpati dan tak habis-habis menggelengkan kepalanya. Aku rasa bersalah juga kerana membawa masalah ini bersama setelah berkahwin dengannya. Dia yang terpaksa turut serta menanggung masalah ini. Dah la banyak duit nak guna untuk membina villa kami di Bali. Ada juga beberapa perkara lain yang memerlukan duit yang banyak. Duit, hari ni masuk, esok keluar. Tambahan pulak cost of living sekarang yang amat tinggi.

Aku bersyukur kerana dia faham akan keadaan aku yang naïf dan terlalu percaya kepada orang lain. Adakala kami berdua ketawa apabila mengenangkan keadaan aku dulu semacam itu. Katanya, kesalahan telah dibuat. Semuanya telah berlaku. Kesalahan kali pertama, itu dinamakan pengajaran, kesalahan kali kedua di dalam perkara yang sama, dipanggil kebodohan dan ianya pilihan sendiri. Jadi, kenalah tanggung. Ford Focus tu aku memang sayang ya amat. Beli brand new dan banyak kenangan dengannya.

Dah ada beberapa pembeli interested dengan kereta itu. Mana taknya, hanya RM 30,000 aku mahu jual dengan segala kerosakkan yang ada. Harga pasaran adalah RM 38,000. Bakal pembeli kereta itu perlu membelanjakan lebih kurang RM8000 untuk membetulkannya semula. Aku perlu jujur dan berterus terang. Aku tak mahu pembeli baru akan tertipu. Cukuplah aku dah tertipu sebelum ini. Sakitnya kena tipu ni –  Sakit dibodohkkan. Aku pula perlu membayar pada bank sebanyak RM18,000 apabila ianya dijual kerana hutang aku masih tinggi kepada bank. Rugi tak?! Teramat rugi! Macam mana aku tak stress! Pekerja di Maybank tu pun naik kesian dengan aku. Tapi apa mereka boleh buat? Mereka juga bekerja. Perlu laksanakan tanggungjawab.

Satu pengajaran yang tak akan aku lupakan sehingga bila-bila. Aku menunggu tibanya hari selesai cerita Ford Focus aku ni. Sehingga tiba hari tu, aku masih punyai rasa guilty yang teramat dalam. Mungkin hanya aku mengalami keadaan seperti ini… Mungkin orang lain tak pernah mengalaminya.. Hanya aku.. Di atas kebodohan aku sendiri.. .. Cepatlah berakhir masalah ini.. Naik sebak dan menitis air mata bila sampai part ni.. Lagi pulak dapat quotation dari workshop, harga untuk suspension saja nak repair sebanyak RM 5,000 .. Huwaaaaaa….

*singing*.. ‘Oh Tuhan. Tenangkan hati dalam sanubari ku.. Untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini.. Oh Tuhan.. Ku berserah segalanya kepada Mu… Agar jiwa ku tenang dengan bimbingan Mu.. Selalu..’

P/S : Lagu ni keluar bila betul-betul rasa tertekan dan terkena…

21 Comments on “KERETA… OH KERETA… KU TERTIPU!

  1. Banyak2lah bersabar ya nurul..ini dugaan yang perlu dilalui apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Perkara yg dah lepas tentunya tidak akan kembali. Mudah2an Allah mempermudahkan segala urusan nurul. Take care and don’t miss ur meal!

  2. SEDIH BACA KISAH KAK NURUL DAN KERETA ITU
    KDG2 X NAK PERCAYA TAPI DAH KAWAN .KONON DAH KENAL LAMA
    X SANGKA..KAWAN MAKAN KAWAN
    SEMOGA ADA PEMBELI DAN SELESAI PASAL KERETA ITU YE

  3. sama je kes kita kak…tp dgn adik beradik lah…skrg ni pd kwn laki kita lak kete pdana..harap2 xde apa2lah…

  4. hahaha… tak sangka terjumpa blog kak Nurul petang tadi. baca dr mula entry hingga yang ini (latest). xsedar masa dah berjam2.
    apa2pun … luahan pengalaman mendewasakan, mengajar dan lebih mematangkan kita untuk lebih berfikir dalam bertindak. pengalaman orang lain sebagai ingatan untuk orang lain.
    teruskan menulis ; best baca kisah kak Nurul.

    dari saya yg suratnya ada dalam buku pertama kak Nurul (kalau masih ingat) ….

  5. Be strong girl, eventually this will pass and hopefull u can laugh about it! May Allah help u thru this tough time. 🙂

  6. Nurul… mula je baca entry ni I dh sayu, sbb ape? sbb…. “Lebih-lebih lagi tahun depan mahu berhijrah ke Bali. Lambat lagi ke sana – mungkin di pertengahan tahun depan.” words ni la buat I rasa kecewa bila dpt tau yg Nurul akan berpindah ke sana. Then baca lg pasal kereta Nurul yg sangat la baik hatinya memberi dan mudah percaya pada “kawan” Nurul. Tak pe… u mmg baik hati and ALLAH telah memberi u kesenangan yg u dapat pada hari ini. Hurmmm… tak nak comment lagi la sbb rasa nk menangis. Huhuhuu…. ok u take gud care.. 🙂

    • PEngalaman mematangkan tetapi peritnya tu sementara nak solve all the problem. takpelah.. dah salah sendiri.. Thanks for reading Erin. Take care

  7. salam,itulah lumrah hidup.jgn sesekali percaya pada kawan.berkawan boleh namun jgn baik keterlaluan.kdang2 ni manusia zman kita masih ada yg terlalu baik hati,,.zaman skrng membuat suatu kebaikan mungkin BUKANLAH BENDA YG BAIK.
    krana sifat baik itu digunakan pula untuk mengkhianati kita.

    pesan org tua,jika nk kaya dlm berniaga dan sng mmg boleh,namun mesti kena selari dgn agama.Jika hndk kaya tp kejar dunia dulu..esok lusa psti ada masalah yg mendatang untuk menduga kita.kejarlah akhirat kerana kekayaan,keberkatan,kesenangan,ketenangan jiwa InsyaAllah akan menyusul

  8. oh gosh… baca pun rasa berat dada ni… penat…. 🙂 sabor jer ler… hope you have learned your lesson, cuma learned the hard way lah kan 🙂

    i enjoy reading your blog, santai and bersahaja the writing.

    • I’ve learned the lesson. Will not do it again. Until now not yet solve la dear. Looking for buyer. But all good now. Alhamdulillah

      • Salam. Kak Nurul, sama kes mcm saya. Sy beli GTI, tu pun percaya pd Kawan rekemen satu Kedai Ni. Guna Sebulan dua je pastu asyik rosak. Habis berpuluh ribu nk betulkn balik. Dahla baru start wat Bisnes n baru kawen Mmg stress n sedih sgt kak. Nk jual Kena tmbh 25-30k , Mmg xdela budget tu. satu demi satu rosak, terpaksa pakai dulu.. Baru2 Ni dpt tau rupanya owner Kete sebelum Ni wat racing Kat litar & dah lenjan habis.. Dia jual waktu Kete Mmg kondisi x ok.. Sy pun rasa bodoh Atas kenaifan diri Ni.. 😦

  9. Allah tak akan datangkan kesedihan melainkan disusuli dengan kegembiraan. Tidak akan datangkan kesukaran melainkan disusuli dengan kemudahan…. Anda telah diuji dengan kesenangan, menyebabkan anda leka… lalu diuji dengan kesukaran, membuatkan anda pasrah. Fikirlah sejenak, ingatlah setiap apa yang anda lalui…. nescaya anda akan mendapat petunjuk. Apapun.. inilah blog pertama yang saya baca dari awal sampai habis (memang saya malas membaca). Walaupun saya tak kenal awak, tapi turut rasa bengang, marah dan tension dengan ‘kawan-kawan’ awak tu. Semoga awak terus cekal menghadapinya. Jadikanlah setiap apa yang berlaku sebagai pengajaran dan pedoman. Moga hari-hari mendatang akan kembali cerah…. Eh!… macamana aku boleh sesat ke blog ni ye?…..

  10. Ths is life… not even fren… fmily also sometimes cheated… pengalaman suatu pembelajaran… sy bace tak abis kisah nie… tapi sy dpt fhm… life must go on…:)

  11. tidak sangka kak nurul pun ada blog. hehehe… yup sis.. be strong… kadang – kadang kawan yang baik terlalu tu lah yang tidak berapa mau baik/

  12. hahaha .. bab lagu tu lawak..kawan susah nak dpt yg jujur sbb tu la eden ni loner…ade kawan seketui dua ja… kikikiki

  13. Salam. Kak Nurul, sama kes mcm saya. Sy beli GTI, tu pun percaya pd Kawan rekemen satu Kedai Ni. Guna Sebulan dua je pastu asyik rosak. Habis berpuluh ribu nk betulkn balik. Dahla baru start wat Bisnes n baru kawen Mmg stress n sedih sgt kak. Nk jual Kena tmbh 25-30k , Mmg xdela budget tu. satu demi satu rosak, terpaksa pakai dulu.. Baru2 Ni dpt tau rupanya owner Kete sebelum Ni wat racing Kat litar & dah lenjan habis.. Dia jual waktu Kete Mmg kondisi x ok.. Sy pun rasa bodoh Atas kenaifan diri Ni.. 😦

  14. Citer sya lak..s
    Keta sya waja bli masa masih couple dgn husban kenaganlah…niat mmg x mo jual..lgipun keta dah x ada hutang dgn bank..dan sejak bli mmg jarang guna sbb syarikat bgi keta utk kgunaan famili..waja parking n kadang2 panaskan enjin jak…suatu hari iklan kat fb keta utk di sewa..niat sewa agar waja tu bjlan…tetiba ada mmber msg “jgn bgi sewa keta tu dia bminat nak bli..bincng dgn husbn..mmg dia x nk jual sbb waja tu knangan..klu nk jual pun 24k..mmber tu setuju nk bli dgn hrga tu..husban pun uruslah tukar nama..tukar tayar dn ada lgi benda2 yg dia tukar..dia antar jak p wshop suruh tukar apa yg plu..
    Waja tu mmber dah guna wlaupun blum bayar atas kerana sahabat…bila dah satle smua..mmber komplan keta tu byk rosak…
    Kita laki bini pun serba salah nk buat mcmana..
    sbb kita x ada niat nk tipu…apa pendapat sahabat?

  15. Nak tanya pendapat sahabat…
    Kwn sya baru kerja..dpt kerja kg org pula..
    Rumah x ada …
    Bgi tumpang lah kwn sementara dpt rumah..
    jarak dri rumah ke tmpt keja dlm 45minit..
    atas keikhlasan bagilah dia guna keta
    Utk guna ke tmpt kerja…
    beberapa bulan jugalah dia guna…spi dpt rumah..
    yg jdi masalah tu..semasa dia guna keta tu rosak..
    masa baru bagi guna x ada masalah..
    so nk tnya klu saya minta dia tolong repair salah tak?

Leave a reply to mrsjenglord Cancel reply