MY UPDATE! ALHAMDULILLAH!

Di dalam sibuk dengan persediaan Skinz Girls Day Out pada Sabtu 30 Mac ini, aku juga sibuk dengan program terbaru Astro Ceria iaitu Ceria PopStar. Hujung minggu lepas lokasi pertama untuk aku menjalankan ujibakat iaitu di Johor Bahru. Ramai lah juga yang datang. Hari yang sama juga dijalankan satu lagi sessi ujibakat tetapi di bahagian utara iaitu Pulau Pinang – negeri kelahiran aku!

Ujibakat ini terbuka kepada semua remaja dan kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah. Penyertaan terbuka kepada nyanyian secara berkumpulan dan juga solo. Boleh menyanyi apa sahaja jenis muzik. Termasuk dikir barat ke, boria ke, dan apa-apa sahaja. Nak nyanyi lagu Korea pun boleh! (Aku rasa la.. Hahhaha).. Kepada yang tak dapat nak hadir sendiri untuk ujibakat, boleh juga menghantarkan video kepada Astro Ceria.Aku akan letakan gambar di sini tentang syarat penyertaannya.

IMG-20130325-WA0003

Hujung minggu ini (selepas Skinz Girls Day Out) pada 31 Mac, aku akan berada di Wangsa Walk seawal 10 pagi untuk sessi ujibakat ini. Datang awal untuk mengelakkan kesesakkan di meja pendaftaran! Tak sabar nak melihat bakat-bakat yang berada di sekitar Lembah Kelang, Seremban, Perak dan dari mana-mana sahaja! Sessi ujibakat akan dibuka dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Hari ini aku akan sibuk dengan meeting – bertemu dengan pengarah video klip! Ya, nak buat video klip untuk lagu ‘Mari’. Komrad – kumpulan yang aku undang menyanyi bersama aku – berasal dari Singapura. Mereka akan ke KL pada 14 April ini sempena rakaman Muzik Muzik pada 16 April. Dah lama sangat aku tak buat video klip! Sebab itulah aku agak ‘sunyi’ di TV. Kali ini kena buat sebab lagu ciptaan gabungan Andi Merican & Nadia Aqilah itu agak menarik, dan sedap didengar. Boleh buatkan semuanya bergoyang apabila mendengarnya!

Jadual semakin ketat untuk beberapa minggu yang akan datang – rasa aku sehingga Julai depan. Alhamdulillah. No complain. Aku suka sibuk. Business Herbalife juga semakin menjadi-jadi. Organisasi aku semakin berkembang. Itu hanya perniagaan sambilan yang aku lakukan untuk masa depan – my retirement plan!

Aku nak ingatkan sekali lagi untuk semua wanita yang rajin blog – macam aku!  Hahahha.. Rajin la sangat.. Adakala seminggu tak menulis! Hahahah… Aku nak ingatkan, penyertaan untuk Skinz Girls Day Out masih dibuka sehingga 28 Mac. Ada dua hari lagi untuk sertai program seumpama ini yang dianjurkan oleh Skinz. Terbuka kepada semua peringkat umur. Cara nak sertainya – mudah sahaja :

Tuliskan tentang ‘Nurul & Skinz’ – tak kira berapa jumlah ayat pun. Dan jawab beberapa soalan seperti :

1: Nurul adalah jurucakap / ambassador kepada produk ________________?

2. Apakah rejim kecantikkan anda sekarang?

3. Mengapa anda mahu meluangkan masa seharian bersama Nurul?

4. Nyatakan kenapa anda mahu mencuba Skinz

You all perlu letakkan tulisan dan kesemua jawapan yang you all buat ni di dalam blog yang you all ada. Dan kemudiannya, hantarkan tulisan you all tu dan kesemua jawapan bersama link blog tu ke email skinzgirlsdayout@gmail.com . You all juga disarankan untuk meletakkan link blog tulisan yang you all buat mengenai Skinz ni ke mana-mana laman sosial seperti di FB, Twitter dan sebagainya. Bila lagi nak promote blog you all kan?! Masa nil ah!

Aku akan menantikan penyertaan you all. Sekarang!! Jangan tunggu lagi. Kami akan mengumumkan pemenang pada 29 Mac. Jadi bersiap sedia andai nama you all terpilih. Kita jumpa di SKINZ GIRLS DAY OUT  pada 30 Mac 2013 jam 11 pagi di GARDENS LIFESTYLE STORE & CAFÉ, LOT 2.126 SUNWAY PYRAMID SHOPPING MALL.

JUMPA DI SANA!

Advertisements

One Comment on “MY UPDATE! ALHAMDULILLAH!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: