MENANGI HADIAH DAN JADILAH PESERTA SKINZ GIRLS DAY OUT!

Hi ladies! Masing-masing busy dengan macam-macam aktiviti la tu. Aku pun sama. Baru saja habis rakaman Muzik Muzik di Plaza alam Sentral hari ni. Lama betul tak masuk pertandingan lagu untuk program yang hebat seperti itu. Alhamdulillah all went well. Tunggu ya siarannya pada hari Sabtu dua minggu lagi ya.

Anyway, balik rumah semangat nak update entry sebab nak ingatkan semua tentang program yang dianjurkan oleh Skinz Infinite.  Jom lah sama-sama kita bertemu pada 30 March ini sempena Skinz Girls Day Out jam 11 pagi di Garden Lifestyle Store & Café di Sunway Pyramid Shopping Mall! Peluang ini diadakan julung-julung kalinya oleh Skinz Infinite kepada peminat-peminat aku dan juga pengguna Skinz.

Aku tak sabar nak berkongsi dengan semua – tambahaan pula April ini genap setahun aku menggunakan Skinz Infinite. Banyak perbezaan yang berlaku ke atas kulit aku. Kalian kena lihat sendiri bagaimana perubahan yang telah aku perolehi. Hari ini hati aku bergebu lagi apabila dipuji lagi  oleh Deq Sha –  make up artis dan merupakan seseorang yang aku anggap seperti adik aku sendiri. Dia ni jenis yang cakap terus terang. Kalau tak okay – tak okay lah katanya.

Jadi, hari ini dia datang untuk make up kan aku untuk Muzik Muzik. Katanya garis halus bawah mata aku semakin berkurangan –  mungkin hanya tinggal 10%! Aku paling seronok! Deq Sha dah 4 bulan tidak menyentuh muka aku kerana sibuk dengan urusannya. Jangan tak tahu, dia pun minta satu eye revive Skin Infinite! Deq Sha juga akan bersama aku di Sunway Pyramid nanti sempena Skinz Girls Day Out ini.

Jadi, untuk semua yang nak join dan nak hilangkan garis di muka serta tanda-tanda penuaan, datanglah sertai kami di Skinz Girls Day Out pada 30 Mac ini. Ada beberapa syarat penyertaan. Itu sudah pasti lah kan.. You all kena kreatif sikit menulis tentang Skinz Infinite. Penyertaan ini dibuka sehingga 20 Mac sahaja. Jadi, cepat! Jangan lepaskan peluang untuk sertai Skinz Girls Day Out dengan menulis tentang ‘Nurul & Skinz Infinite.’  Tulisan itu boleh di email kan kepada skinzgirlsdayout@gmail.com. Bahasa Malaysia boleh, English pun boleh! Rasa aku bahasa cina juga boleh! Apatah lagi India! Haahha.. Kita kan satu Malaysia!

Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia sahaja. (Maaf ya kepada yang berada di Singapura dan Brunei yang mengikuti blog ini. Next time ya!) Di samping menulis, you all kena jawab beberapa soalan yang disediakan. Antaranya :

–          Nurul adalah duta kepada ?

–          Apakah rejim kecantikkan anda sekarang?

–          Mengapakah anda mahu luangkan masa seharian bersama Nurul?

–          Nyatakan kenapakah anda mahu mencuba / menggunakan Skinz Infinite?

Kepada yang ada blog, you all boleh menulis di dalam blog. Jangan lupa hantarkan juga write up you all tu kepada Skinz melalui email yang aku sediakan di atas tadi.

Jangan lupa sertakan :

Nama

Alamat

No. kad pengenalan

Jantina

Telefon

Alamat email

Blog URL kepada yang mempunyai blog

Mudahkan syarat penyertaannya? Hanya 6 pemenang akan dipilih. Semuanya akan diumumkan pada 23 Mac ini. Tunggu apa lagi! Sertai sekarang. Untuk makluman lanjut, you all boleh juga ke www.skinzforyou.com.

Jangan tak tahu.. Pada 30 Mac itu aku juga akan menghiburkan kalian dan berpeluang melakukan analisa kulit yang disediakan oleh Skinz. Boleh juga mencuba product Skinz. Makanan juga disediakan… Rugi kan kalau tak datang?

Aku berharap sangat dapat bertemu dengan semua sempena majlis dan pertemuan mesra yang dianjurkan oleh Skinz Infinite di dalam program  Skinz Girls Day Out! Mari sama-sama kita berkongsi keberkesanan Skinz!

Advertisements

7 Comments on “MENANGI HADIAH DAN JADILAH PESERTA SKINZ GIRLS DAY OUT!

    • Mawar,
      Yang ni you kena try! InsyaAllah will win. Auditors yang pilih . terbuka untuk all ladies. Try! Tak cuba tak tahu. Kena yakin dapat… Saya tunggu write up dan jawapan mawar untuk semua soalan SKINZ

      • salam….memang teringin nak mencuba tapi takut tak menang dan takut tak terpilih…malu pun ada…tapi hati ada taman..

      • Kena la cuba Tira. Asalkan awak ada blog atau mana-mana FB akaun. hantarkan email ke skinzgirlsdayout@gmail.com. Tarikh dah dilanjutkan ke 28th March. Kena masuk kalau hati ada taman! hehehe

  1. Pingback: SKINZ GIRLS DAY OUT! | New Life, New Style, New Rules!

  2. Pingback: HANYA 2 HARI LAGI! | New Life, New Style, New Rules!

  3. Pingback: HARI TERAKHIR PENYERTAAN SKINZ GIRLS DAY OUT!! | New Life, New Style, New Rules!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: