BERBUNUH SANA SINI…

Minggu baru di bulan baru! Dah pun bulan Mac di tahun 2013. Makin pantas masa berlalu. Makin banyak juga yang perlu dilakukan. Masa berubah, banyak juga yang berubah. Manusia pun berubah. Dengan kejadian di Lahad Datu – sudah memeranjatkan dan banyak merubah segalanya. Kasihan dengan penduduk di sana. Bukan itu saja, berbunuh sana sini.  Semoga segalanya selesai segera di sana dan kembali aman. Pagi semalam another shocking news.. Paling aku terkejut dengan news yang aku terima dari adik aku, Syikin. Katanya (dengan muka emoticon terperanjat)  suruh aku segera membeli Harian Metro kerana ada berita di dalam related to someone that we both know. Aku yang tak sabar-sabar nak tahu siapa dan apakah ceritanya, langsung bertanya siapa dan apa.

Masa dan keadaan sememangnya bisa merubah seseorang. Nouri teman seangkatan ketika kami sama-sama di bawah naungan Universal Music dulu – sememangnya aku kenal. Dia seorang yang periang. Amat mudah tersenyum dan ketawa. Ada sahaja yang kami akan ketawa bersama dengan joke yang dibuatnya. Lama juga aku lost contact dengannya selepas dia membuat keputusan meninggalkan Universal Music & berkahwin. Perkahwinan pertamanya dulu tak siapa pun tahu. Dia seorang yang tidak suka share hal peribadinya kepada public.  Oleh sebab itulah, dia mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi. Prinsipnya itu dipegang sehingga hari ini.

Kami berhubung semula apabila dia menghubungi aku melalui FB. Banyak gambar manisnya yang aku lihat di laman sosial itu. Setelah beberapa tahun tidak bertemu, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya di dalam tahun 2011. Kali terakhir kami bertemu, Nouri mengandung anak perempuannya empat bulan. Hasil perkahwinan pertama, dia mempunyai seorang anak lelaki yang amat cerdik – seperti ibunya – dan perkahwinan keduanya bersama suaminya yang kita semua baca di akhbar semalam.

Cerita Nouri, suaminya Khairul Azmi Jaafar merupakan teman lama sekolahnya yang ditemui semula selepas dia bercerai. Langsung membuat keputusan berkahwin kerana arwah & ibunya  amat sukakan Nouri – seorang yang pandai menghormati dan mengambil hati keluarga. Nouri banyak juga cerita pada aku di dalam pertemuan kami di tahun 2011 itu. Suaminya pandai menjaganya. Setiap malam sebelum tidur, arwah akan mengurut kaki Nouri. Betapa sayangnya dia kepada Nouri. Cerita ini dari mulut Nouri sendiri. Aku tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dia perolehi ketika itu.

Dalam pada itu, dia amat risau dengan aku. Dia mengikuti perkembangan aku walaupun dia tidak lagi aktif di dalam bidang muzik. Dia tahu apa yang berlaku pada aku. Jadi, apabila berpeluang bertemu Eric –  habis dia  interview!  Dia juga berpesan jangan buat macam-macam pada aku. Katanya aku seorang yang lurus bendul. Adakala tak nampak apa yang orang akan kenakan. Pesannya jaga aku baik-baik. Itulah kali terakhir aku bertemu dengannya. Hanya dua kali kami berjumpa di tahun 2011 itu. Kami masing-masing sibuk dengan urusan business. Pada aku, dia bahagia dan busy dengan kerjaya bersama suaminya. She’s in the good hands. Aku pun ke sana ke mari – ke luar negara dan sebagainya. Dia hanya komen di FB & juga di Instagram aku selepas itu.

Nouri ada berhubung dengan adik aku, Syikin di atas urusan perniagaannya. Adik aku itu langsung kenal rapat dengannya. Sehingga semalam baru aku tahu yang Nouri memberitahu adik aku, yang dia di dalam proses perceraian. Aku tak tahu kenapa Nouri tidak memberitahu aku. Kami bukanlah kawan rapat tetapi bila bertemu tu, sering juga masing-masing share cerita kehidupan. Agaknya kalau dia beritahu aku, aku mungkin akan beri nasihat yang sebaiknya kepadanya – based on my experience. Aku rasa bersalah pula kerana aku tak tahu akan hal itu. Bukannya apa, sekurang-kurangnya dapat membantu apa yang patut supaya perkara sebegini tidak berlaku.

Perempuan bisa bertindak ganas apabila ditindas. Aku dah melaluinya, aku tahu. Tanyalah Ajai tu, berapa kali dia kena tampar dan kena cekik sampai biru. Itu semua berlaku apabila keadaan yang amat tertekan dan benar-benar di akhir tahap kesabaran. Semuanya kerana mulut. Memang benar kata orang, kerana mulut badan binasa. Berlaku pertengkaran kami yang kasar apabila aku membuat keputusan untuk bercerai. Penghinaan bukanlah sesuatu yang bisa diterima oleh semua wanita terutamanya yang mengjuruskan ke arah fitnah. Sebab tu lah Pak Abu tu (Ajai) berapa kali pecah bibir dan biru! Bukan aku sengaja. Tangan mamak ni laju je bila dah hilang sabar. Terbalik kan?! Perempuan yang selalu kena tampar kerana mulut. Ini lelaki. All of you know how he is. You saw him talking on tv! That’s only 40% ya! Hahahhhaa…

Aku percaya Nouri sendiri tidak menyangka akan terjadinya peristiwa seperti yang dialaminya sekarang ini. Aku bersimpati. Cuma sebagai kawan, aku terkejut. Aku tak sangka sama sekali sehingga berlakunya pembunuhan. Aku juga percaya suaminya bukanlah seorang yang ganas. Tetapi, mungkin bahasanya tajam – seperti yang aku kena dulu. Kewarasan seseorang sebenarnya terletak kepada keimanan. Pembunuhan berlaku apabila hilangnya keimanan dan langsung kewarasan di tahap kosong. Bukan itu sahaja, pemikiran tidak lagi lurus apabila sering terkena mental torture. Aku bersyukur saat aku benar-benar tertekan dulu, aku sering berada di atas sejadah. Hanya itu yang bisa meluruskan hati, pemikiran dan perasaan.

Sehingga ke hari ini aku rasa bersalah kepada bekas suami aku itu kerana aku menamparnya dulu. Katanya dia maafkan. Dia tahu tindakan aku itu kerana mulutnya. Semuanya bersebab. Itu hanya menampar, agaknya apa perasaan Nouri sekarang ini? Apa yang mahu dijelaskan kepada kedua anaknya yang sedang membesar? Hanya dia yang tahu sebabnya berlaku pergelutan itu dan langsung membunuh.

Satu pagi semalam aku tercengang dan terkejut dengan berita itu. Eric pun sama. Dia kenal Nouri, dia tahu bagaimana periangnya Nouri. Dia pun tak sangka. Seharian aku di luar. Cuba merasakan kehidupan yang aman dan bahagia langsung merasa syukur kerana tidak berlaku pada aku apa yang berlaku kepada kawan aku itu dulu. Aku cuba melupakan kerana aku terbayangkan senyuman dan ketawanya itu apabila berbicara. Aku sedih dan turut bersimpati kepadanya. Mungkin ketika ini dia sedang menangis – tanpa henti. Tiada lagi kebebasan kepadanya.

Aku ni tak suka keganasan selepas apa yang berlaku kepada aku dulu. Aku paling takut dengan pembunuhan. Bukan hak kita mengambil nyawa manusia lain. Itu kerja Allah. Itu pendapat aku. Maksudnya di sini, jangan libatkan diri dengan jenayah seperti membunuh. Berdosa besar hukumnya. Aku paling tak boleh terima pembunuhan.

Tentang Nouri – Jangan pula kita menghukum dia dengan berkata yang bukan-bukan. Kita tidak berada di dalam situasinya. Hanya dia yang menerima dan melalui segalanya di dalam hidupnya. Hanya dia yang tahu.  Aku sedih kerana kes ini disabitkan di bawah ata 302 kanun kesiksaan. Kita semua tahu apakah hukuman yang bakal diterimanya jika disabitkan kesalahan.

Jadi perempuan ni bukannya mudah. Sering dihimpit emosi. Cuma bagi aku, jika tertekan bagimana sekali pun dengan suami atau kekasih, jangan sesekali mengambil keputusan untuk membuat sesuatu yang melibatkan jenayah dan keganasan. Aku juga pernah buat salah seperti yang aku sebutkan di atas. Aku belajar dari kesilapan aku itu. Tak manis. Sudahlah perempuan ini sering dikaitkan dengan negativity. Sedikit kesalahan yang kita buat, memang amat mudah dilihat buruk. Fikir dan ambil keputusan yang waras. Perempuan menampar lelaki tak salah, tetapi tidak apabila membunuh.

Sebelum kes Nouri berlaku –  aku dan Eric yang suka menonton CNN especially Anderson Cooper & Piers Morgan – ketika ini juga memaparkan isu bunuh. Last 3 week kes bunuh Blade Runner – Oscar Pistorius yang membunuh kekasihnya Reeva Steenkamp. Baru berusia 30 tahun dan amat jelita sekali. Bukan hanya satu kes, ada lagi satu kes yang lain. Tetapi kes satu lagi ni berlaku dalam tahun 2008. Teman wanita membunuh kekasihnya. Tikam 29 kali dan satu das tembakan. Jodi Aras juga memotong leher kekasihnya sehingga hampir putus! Seram kan?!  Kedua kes itu berlaku di dalam bilik air. Hmmm… Pelik! Itu di negera luar, kita sudah terbiasa dengan cerita yang sedemikian. Aku tak sangka pula akan berlaku kepada seseorang yang aku kenal – yang langsung tidak punyai ciri-ciri seorang yang kejam.

Apa yang berlaku kepada mereka sehinga berlakunya situasi sedemikian, hanya mereka dan Tuhan yang tahu. Aku mendoakan semoga Nouri tenang dan mohon agar dia tidak disabitkan kesalahan sehingga dijatuhkan hukuman maut. Kesian dengan anak-anaknya. Nouri yang aku kenali, seorang yang pandai membuatkan semua selesa apabila berada dengannya. Kelakarnya jangan ceritalah. Ada saja joke yang akan dibuatnya! Aku tak tahu di mana salahnya dan apa yang berlaku kepadanya sehingga dia membuat keputusan yang sedemikian. Semoga pengalaman ini mengajarnya erti kehidupan yang sebenar dan lebih mewaraskannya.

9 Comments on “BERBUNUH SANA SINI…

  1. pengalaman mak saya dlu pun mcm tu gak utk mempertahan kn diri dia sbb emosi terganggu dek sikap insan yg dia syg..tp xda la smpi berbunuh nih..pas gadoh baek smula..adat la tu kan..smpi la akhir hayat abah saya, diorg romantik sgt2..

    • biasa lah tu kan.. bagus la mereka sama-sama kekal hingga sekarang. alhamdulillah

  2. hai nurul..
    selalu baca blog nurul ni
    dan banyak kali saya cuba komen tak menjadi
    last2 terpaksa register akaun utk wordpress

    sedih untuknya wlpun saya igt2 lupa siapa dia
    bila nafsu menguasai fikiran..macam2 boleh jadi

    • Salam Mawar

      Thanks for reading. Ya betul tu.. Keep on visitingmy blog since dah register akaun dengan wordpress tu.. heheh Take care & thanks for all the support

  3. Assalamualaikum Nurul,

    keep writing ya. seronok baca.

    Hopefuly kejadian-kejadian yang berlaku sekarang kita dapat jadikan sebagai iktibar dalam hidup.

    • Waalaikumsalam.
      Thanks for reading. appeciate it. InsyaAllah. Will do.. Ya betul tu

  4. Sayu baca kisah Nouri yang akak tulis….
    terasa mendapat lebih pencerahan dari membaca gosip2 tabloid yg ntah betul atau tak..
    Akak memang berbakat sebagai seorang penulis…. kalau tulis buku mesti best…. 🙂
    Saya dah tolong promote blog akak ni kat radio online khayalan saya he3…
    kalau nak dengar silalah bertandang kat sini….

    teruskan menulis….Teruskan bahagia…

    • Salam. Thanks a lot for promoting. ada dulu buku. ada juga saya letakkan kat blog ni di bawah tajuk novel.. saya hanya boleh menulis tentang real stories.. for now.. hehhe.. Novel lain-lain yang fiksyen tu, tak berapa pandai.. Thanks a lot. Semoga Allah merahmati..

Leave a reply to nurulwahabdepp Cancel reply