TIME FOR TAX! MAKE A RIGHT CHOICE FOR YOUR FUTURE…

‘Rain, tax! It’s an evitable…’ itu baris lagu dari favorite singer & idol  aku – Celine Dion! Time for tax guys! Nak kena submit for personal tax sebelum atau hujung bulan April ni. Company aku dah dibubarkan so, lega sikit – tak ada lah busy sangat macam tahun-tahun sebelum ini. Kalau tak, manakan company punya nak kena submit in March & personal in April.. Tak apalah tanggungjawab.  Memang masih awal tapi kita dah hampir penghujung bulan Februari. Pantasnya masa berlalu. Bila fikirkan masa laju sangat, aku decided nak bermula dari sekarang. File semua dah siap dengan invoice dan resit, hanya perlu letakkan ikut aturan sahaja.

Dalam pada dok bersiap nak keluar ni, dalam kepala terbayang-bayang file dan resit yang belum habis aku buat. Langsung mendapat idea untuk menulis kerana teringat satu cerita yang aku dengar baru-baru ini. Semuanya berkenaan kerajaan & cukai yang dikenakan. Terus ambil masa 40 minit menyiapkan entry ni sambil menunggu Mr. Depp bersiap.

Bila dah selalu dok travel serata negara di dunia ni, timbul satu kesedaran. Negara kita rupanya masih punyai the lowest tax rate. Rasa bersyukur sangat. Negara lain macam Eropah seperti France – negara yang amat terbeban dengan tax. Bayangkan cukai yang dikenakan kepada semua rakyatnya adalah setinggi 75%! Itu pun ada ura-ura nak dinaikkan ke 85%! Ramai kawan aku dan Eric di sana mengeluh dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Hidup mereka sering diselubungi depressi. Mana cukup nak hidup. Segalanya mahal di sana.

Kenal dengan pelakon terkenal Gerard Depardieu? Semasa aku di France Disembar lepas, telah berlaku satu isu yang  besar. Dia telah menyerahkan kewarganegaraannya kepada France dan tidak mahu menjadi rakyat negara itu kerana kecewa dengan sikap kerajaan baru di bawah pimpinan President baru Francois Hollande.  Gerard Depardieu boleh dikatakan seorang warganegara yang sungguh bagus kerana tak pernah putus membayar tax kepada negaranya kerana sedar akan tanggungjawabnya. Lagipun income  nya besar melalui semua lakonan yang dia dapat dari USA & juga France sendiri. Gerard telah membayar 180 million euro in the past 10 years for his income tax! Banyak kan?! Disebabkan oleh sesuatu yang berlaku, dia berkecil hati dan menyerahkan semula kewarganegaraannya.

Oleh kerana nama yang besar dan terkenal, dia ditawarkan oleh Putin President Rusia untuk menjadi warganegara mereka. Banyak warganegara France yang sedar akan beban yang diberikan oleh kerajaan mereka, hidup dan bekerja di luar negara kerana mereka rasakan tidak relevan. Aku sendiri melihat bagaimana kehidupan mereka. Memang ada sebabnya kenapa mereka dibebankan begitu kerana kerajaan mereka memberi banyak juga kelebihan dan kesenangan kepada rakyatnya. Mereka juga memberi wang kepada warga tua yang telah tidak bekerja setiap bulan dan juga kos medical yang ditanggung. Tetapi,  sekarang ini di bawah pimpinan President baru, segalanya berubah. Janjinya tidak dikotakan. Katanya sebelum menang, mahu menurunkan kadar tax di sana. Itu sebelum mendapat power! Selepas dah mendapat, lain pula jadinya. Bukan mahu diturunkan, malah mahu dinaikkan lagi. Sekarang ini kecoh pula dengan tax yang mahu diambil dari wang yang diberikan kepada warga tua. Hmmm .. Semakin membebankan…

Dalam pada kecoh pasal nak compile resit untuk tax, dalam kepala terikir juga pasal Pilihanraya. Tak lama lagi nak menghadapi Pilihanraya Umum buat kesekian kalinya. Aku nervous kali ni. Jangan tanya kenapa. Aku tidak memihak kepada sesiapa. Dari pemerhatian aku, ada pihak yang agak payah dan semakin goyah untuk meneruskan perjuangan. Hmmm.. Doakan segalanya berjalan lancar. Biar semuanya adil dan saksama dan jauhkan negara ini dari perpecahan. Cerita dari negara luar seperti France yang aku ceritakan di atas, membuktikan, jika rakyat salah memilih, memang salahlah semuanya. Kaburlah masa depan. Pilihanraya memang sesuatu yang penting untuk semua.

Tahun ini kali kedua aku akan mengundi di bahagian Damansara kerana alamat kad pengenalan aku di sana. Pilihlah sebaik mungkin kepada semua yang bakal keluar mengundi nanti. I don’t know who I should choose. Sebab aku tak ambil tahu langsung! Warga negara apalah aku ni. Peninglah hal politik ni. Hal aku pun tak habis lagi. Banyak nak kena focus. At last, aku ambil keputusan, lebih baik bagi rakyat Malaysia sihat dengan Herbalike shake – business yang aku buat secara part time. Asalkan semuanya bahagia, aku turut tumpang gembira. Kita tunggu siapa yang bakal memerintah!

P/S : Agak-agak sensitive tak apa yang aku tulis di atas? Takut juga ni.. Takut ada yang salah anggap! Jangan tau! Hanya sebuah cerita dan pendapat. Aku seorang warga dunia , warga Malaysia yang neutral. Aku pilih yang terbaik untuk negara aku, Malaysia! Aku pasti semua dari kita sama. All the best MALAYSIA!

Advertisements

4 Comments on “TIME FOR TAX! MAKE A RIGHT CHOICE FOR YOUR FUTURE…

    • Hi Ieda… Thanks a lot! Ya nervous ni.. I prefer to make Malaysian healthy and positive! hehehe

  1. Hati2 tu bagus kak Nurul jangan jadi macam Kes Salleh Yaacob…. terlajak perahu boleh diundur…terlajak berlakon video “Bangkang Dari Longkang” terus umum nak bersara…. padahal saya suka ngan dia…dan saya suka juga ngan pihak pembangkang nie….tapi ni kan negara demokrasi….anda bebas memilih…sama2 kita berdoa yang lebih baik untuk Malaysia… PEACE kak… 🙂

    • Saya tengok juga video tu. Dengan tak sengaja sebenarnya. Saya tak berani nak komen pasal tu sebab saya tak tahu apa tujuan asalnya. Pasal Abang Salleh nak bersara pun saya tak tahu cerita. Hope all will be fine. Ya betul . kita hidup di negara demokrasi. Harus lebih berfikiran terbuka kerana kita ada kebebasan bersuara dan memilih. Takpe. Kita doakan yang terbaik ya,. Kakak saya bekerja di pejabat PKR di Penanti. Tengah sibuk berkempen tu! hehehe.. Peace Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: