IT’S ALL ABOUT STATUS… WHO YOU ARE…

Hari malas sedunia.. As usual for Sunday.. Aku percaya ramai juga macam tu. Hari terbaik untuk berehat dan bersama keluarga. As for me, still in my pyjamas while writing this.. Mr. Depp is busy in the kitchen.. Katanya hari ni nak buat brunch and he will do. Jangan kacau! Baiklah.. I’m in the room, better to update my blog. Dah seminggu kot tak update. Haiiii… Dah makin jauh..Jauh jaraknya ye…  Busy apa pun entahlah.. Minggu ni hanya busy for my Herbalife business and also preparing some stuff for Skinz Infinite program. Yes, we gonna do Girls Day Out!  Insya Allah akan diadakan next month pada 16 March. Ada beberapa syarat dan juga kelayakkan untuk semua ikuti bengkel kecantikkan bersama Skinz Infinite ini. I will update soon in this Blog, Twitter, FB dan juga Instagram!

Kegilaan Instagram makin menjadi-jadi! Gambar menyatakan segalanya. It’s so interesting. Membantu juga mendekatkan semuanya. Tak kurang juga menjadi bahan bualan dan umpatan. Ada sesetengah friend list aku tu artis juga. Local and also international. Yang paling teruk kena kutuk adalah Kim Kardashian. Bukan di negara kita ni saja yang ada perangai suka mengutuk dek cemburu. Satu dunia sebenarnya! I just laugh sometime to read all that. Baca bila ada masa je. Aku pun adakalanya kepochi juga! Hahhaha.. Just want to know how some fans for a celebrity like that bagi komen. Rupanya sama juga! Malah lebih teruk. Hingga ke bahagian tubuh pun dikutuk dan dihina. I think she is way better than all of us to handle all kind of comments. Stress mereka lebih tinggi dan teruk. Kalau Kim Kardashian seorang melayu, dia dah mungkin berkata “ada aku kisah?!” Hahahhaa.. Biasalah tu.. Manusia suka berkata-kata. Especially kepada golongan artis dan selebriti, semua nak ambil tahu. Tak kira apa status, ada saja komen-komen tu yang negative. Terutamanya kepada  golongan wanita.

Wanita paling mudah mendapat perhatian dan  seringkali dikaitkan dengan pelbagai perkara. Tak kira apa status sekalipun. Artis mahupun orang biasa. Perempuan lah bahan yang paling mudah untuk diumpat. Golongan ini juga dihormati dan dikasihi. Status seseorang perempuan itu yang membezakan antara seorang wanita dengan seorang wanita yang lain. Something that I learn from being a single mother atau janda.  Apa yang dibuat, dipakai, dikata – amat mudah dijadikan bahan umpatan serta melibatkan fitnah. Ya Allah.. Sakitnya bukan main! Hanya Tuhan yang tahu. Bukan pada aku sahaja, malah kepada wanita lain yang berstatus sama dengan aku ketika itu. Ramai yang berkata bila single ni macam-macam dugaan. Memang  betul. Tetapi bezanya adalah status. Antara janda dan andartu – keduanya berbeza.

Last week me and ma petite femme (Ina Mohd) melepasi apartment lama yang aku tinggal dulu. Aku berkata padanya adakala aku rindukan apartment yang berdepan dengan padang golf itu. Indah permandangannya. Langsung perbualan kami melayang ke isu tinggal seorang dan being single…Status seseorang wanita..  Dia yang masih single sering mengadu juga terasa lonely. Dan aku katakan memang benar bila tinggal seorang atau tiada teman lelaki atau suami; seseorang perempuan itu berasa insecure. It’s very true. Lepas tu pula, adakala nak zipkan baju sendiri pun boleh menangis sebab tak ada sesiapa nak tolong buatkan! Kami ketawa bila aku buat joke tu. Ya! it happened to me many times dulu masa aku tinggal sorang. Naik menangis aku sorang-sorang terkial-kial menarik zip baju. Kalau dah make up, naik cair make up dek berpeluh stretch tangan supaya baju dizip! Jadi satu exercise pulak! Hahahha…

Kebanyakkan perempuan yang masih single, sentiasa takut dan sering memikirkan masa depan tanpa seorang pelindung. Aku katakan lagi padanya, seorang yang single yang berstatus anak dara adalah berbeza dengan status janda. Masyarakat jarang memandang rendah kepada anak dara. Tetapi tidak janda. So, beruntunglah masih single dan berstatus anak dara. Aku nasihatkan padanya bersabar sahaja dan enjoy all the time that she has now. Esok-esok kalau dah bertemu jodoh, kebebasan itu dah mungkin terbatas dan tanggungjawab kepada rumahtangga serta suami sudah tentu menunggu.

Isu tentang single dan tidak sering disebut merata-rata sekarang ini. Some become so sad and pathetic sebab tak bertemu jodoh. Jodoh itu rahsia Tuhan. Dia dah tentukan. Sabar aje. Not only for women, men also the same. Pagi tadi bangun clear kan FB, untuk contact yang mana yang di bawah fans, aku nak masukkan dalam fanpage di FB tu. Punyalah ramai lelaki juga meletakkan status yang mereka mahukan girlfriend. Fikiran jauh juga melayang ketika aku single dulu selama 5 tahun. Sebagai perempuan yang berstatus janda lebih sukar. Aku sendiri melalui pelbagai tohmahan. Kena pulak masa tu join geng mak datin yang seksi. Terbawa-bawa sekejap the diva-ness sehingga masyarakat memandang rendah kepada ku. Namun ramai juga yang suka dengan style aku. Tapi jangan tak tahu, ada juga memandang aku ni nampak mahal dan aku ‘dibela’ serta aku dikatakan tak perlu bekerja kerana kelihatan sungguh senang. Ye lah tu.. Senang lah sangat. Menangis sendiri siapa yang tahu.

Macam-macam pengalaman sebagai janda ni. Aku juga jarang sekali dijemput ke majlis besar yang melibatkan korporat dan orang kenamaan kerana ramai yang bimbang seorang janda seperti aku akan ‘menculik’ suami orang. Itu yang aku belajar dari geng mak datin yang aku kenal masa tu. Mereka ni semuanya vogue dan berstatus isteri orang. Boleh tahan juga kerenahnya. Mereka ini suka berlawan dengan perempuan yang single atau janda. Maksud aku dalam nak test ‘saham’ diaorang. Kata mereka biar berkenalan dengan ramai dan mereka akan kenalkan. Ye betul; dikenalkan but for them first! What an experience. I will never forget for the rest of my life. I learnt my lesson well. Macam-macam yang aku lihat masa tu. Adakala rasa takut dan tak sangka dengan apa yang aku lihat. Mengerikan!

Janda juga menjadi telinga kepada suami-suami orang yang kononya cuba menyelamatkan janda. Ini golongan lelaki yang merenyam. Nak menangkan hati kita, dikutuknya isteri sendiri. Berlaku juga berkali-kali pada aku. Kalau benar isteri tu tak okay, kenapa masih balik tinggal dengan isteri dan takutkan isteri?  Aku ni senang straight to the point. Aku dengar dulu; dan langsung lepas tu kutuk balik – personally to them. Lepas dah tahu yang kita ni diaorang tak boleh ‘dimakan’,  langsung kita dijadikan mangsa umpatan serta fitnah kerana ego mereka tercabar.

Aku pernah juga dihina oleh seorang lelaki yang memilikki sebuah syarikat rakaman yang pernah aku naungi dulu. Ceritanya dia ni punyai perangai yang suka mengadu domba macam yang aku sebutkan tadi. Setiap hari BBM. Aku respect dia sebagai boss. Tetapi dia sebaliknya. Hanya mahu jadikan aku sebagai bahan mainan. Bila dah tak dapat, lain pula jadinya. Langsung involve dengan kerja – karier aku. Kontrak rakaman ditamatkan setelah tamat tempoh. Itu tak kisahlah. Aku faham. Contract dah habis. Tapi kenapa aku dihina? Aku dikutuk di status bbm nya setiap kali aku update status aku. Aku tak ada kena mengena lagi dengan dia professionally. Perkara itu jadi besar setelah ada bekas staff mamat owner record label ni tahu tentang perkara tu. Salah aku juga sebab terberitahu kepadanya. Aku ingatkan dia yang aku kenal lama tidak akan bercerita kepada wartawan. Wanita 40-an tu mungkin berniat nak membela nasib aku. Tetapi lain pula jadinya. Setelah perkara itu besar, aku dikutuk juga di dada akhbar oleh staff nya yang lain – sebagai maklum balas pihak mereka ke atas satu kenyataan akhbar yang dibuat bagi pihak aku. Aku kenal benar dengan staff nya – bertahun lamanya sebagai kawan. Orang sekampung pulak tu. Dia masih di dalam industry ini, dan sekarang bersama KRU Music.

Aku ingat sehingga ke hari ini. Geram bila fikirkan semula. Tetapi aku belajar selepas insiden itu untuk lebih bijak menutup mulut tentang sesuatu perkara. Banyak yang menyakitkan. Menjadi janda kerana seorang lelaki, tetapi dihina juga oleh seorang lelaki – kebanyakkannya. Itu secebis cerita aku semasa aku berstatus janda.

Sekarang ini aku kesian kepada Nabila Huda. Ada sekali tu terbaca twit nya. Tak sengaja terbaca dalam pada aku check timeline aku tu. Langsung aku retwit apa yang ditulisnya. Apa yang dia buat, semuanya tak kena dan sering dipandang serong. Let her enjoy her life. She’s treating her life well after all the sadness. Dia mencari kebahagiaan seperti orang lain juga. Bila dah single ni, memang sentiasa sedih. So, most of us yang tak mahu jadi pathetic kerana ditinggal atau bercerai –  we find our own way to make ourselves happy – kebanyakkan orang tak faham – especially those yang bukan berstatus janda. Semua orang  layak bahagia. Namun, kebanyakkan orang yang sukar menjadikan diri mereka happy, penuh negativity dan langsung tak suka kepada mereka yang sukakan happiness.

Persamaan antara janda & andartu adalah sama-sama ada fear to face the future if they are still alone. Insecurity. Perbezaan antaranya pulak adalah janda sering dikaitkan dengan negativity terutamanya sex. Tak semua dari kita sama. Ada juga yang bukan berstatus janda punyai attitude yang teruk juga. Tetapi tidak dikaitkan dengan apa-apa kerana mereka dipandang single atau anak dara. Manusia tiada yang sempurna, baik lelaki mahupun perempuan. Janda atau anak dara, teruna atau duda, status isteri orang atau suami orang – semuanya manusia biasa yang punya kelemahan. Yang penting, jangan memandang rendah sesama sendiri. Ujian yang Allah beri kepada semua umatnya, ada sebabnya. Tiada perkara yang berlaku tiada bersebab. Ada pengajaran di sebaliknya untuk mendewasakan. Bila kita dah belajar dari apa yang telah berlaku – samada baik atau buruk – barulah kita mendapat kebahagiaan yang hakiki. Syaratnya, mestilah melihat dan sentiasa muhasabah diri. Faham akan kesalahan dan belajar. Jika tidak pernah belajar, memang tidak akan nampak dan tidak akan mendapat apa yang mahu Tuhan tunjukkan.

Apa-apapun, janda ke, single ke, you must enjoy this life. Hidup hanya sekali.  Enjoy the moment! Pengalaman apa yang berlaku pada aku, dewasa ini, aku lihat semula dan aku hanya ketawa dan tersenyum puas. Itu pada aku. Kepada wanita lain, fikirkan 10 kali di dalam apa jua tindakan yang bakal dilakukan. Mahu berkahwin, mahu bercerai atau terus single. Perlu tahu akan tanggungjawab kemudian hari serta apa yang akan ditempuhi. Especially to those yang terpaksa memilih untuk menjadi janda. Aku faham akan kedudukan kalian. Bersabar dan kuatkan hati menempuh hidup kerana status yang paling susah adalah JANDA.

Advertisements

3 Comments on “IT’S ALL ABOUT STATUS… WHO YOU ARE…

  1. tak kira lah janda ke… andartu ke… single ke… yg penting tahu jaga diri. org lain nk ckp ape let it be… AAK. kannnn…. mmg lah bila bertitle mcm tu yg bkn artis pun bole terjadi artis dengan umpatan dan bahan cerita yg tak bagus oleh org setempat (neighbour laa… #bored) lagi byk dorg bercakap lagi banyak la pahala yg dapat, so biarkan mereka… jom join GIRLS DAY OUT! lg best..

    • Hehhe.. very true. Let’s! Soon will update you . Thanks and take care

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: