KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN.. NIKAH & KAHWIN…

Selamat berhujung minggu! Minggu ni penuh dengan wedding invitation! Bermula dengan Sabtu – wedding anak tuan punya Karangkraf di Shah Alam dan Ahad (malam ni) di KL Hilton. Puas makan nasi minyak. Semalam yang paling best – nasi dagang! Walaupun  nasinya dah habis, hanya lauknya yang kami dapat rasa. Memang best! Sampai hari ni kempunan dan terfikirkan rasanya! Dah satu hal nak cari nasi dagang pula lepas ni. Aku ni macam tu.. Kalau dah suka, memang itu je dihadap sampai naik jelak! Hanya tertakluk kepada makanan sahaja. Tidak kepada sesama manusia.. Boleh gitu?! Hahhaha..

Wedding masa yang paling best nak pergi. 1st because of the food and 2nd the decorations. Di samping itu juga dapat merapatkan silaturrahim.  Fikiran melayang ke majlis perkahwinan kami pada  June lepas. 4 bulan lagi, dah genap setahun kami berkahwin. Time flies.. Paling pantas berlalu. Alhamdulillah. Semua mengharapkan perkahwinan yang indah. Aku juga. I did it for my 2nd marriage. The first one was a history but always something good to take as a reference for future.

Hari tu, aku ada photoshoot untuk muka depan majalah ‘Cosmetic, Surgery & Beauty.’ Bertemu dengan team majalah terbitan berselang 4 bulan itu, membuatkan aku girang. Mudah bekerja dengan mereka. Sessi interview dibuat oleh Sharmila penulis bebas untuk laman web majalah tersebut. Macam-macam gambar yang diambil untuk dimuatkan di dalam laman web mereka. Banyak yang menarik di belakang tabir.

Di dalam sessi interview tu, aku ditanya soalan yang amat menarik bagi aku. Thanks Sharmila. You were right. I should share more about it. Sharmila mengambil scope dan angle yang lain. More like a summary on what I’ve went through in my life. Jangan tak tahu, dia kaji semua hal aku. Sampai blog ni habis semua entry dibacanya! Malu pun ada.. Dia seorang penulis bertauliah.. Dalam masa yang sama aku berbangga kerana blog ini boleh dijadikan rujukan pada kumpulan wartawan dan penulis seperti Sharmila. Aku ni tak suka bercerita tentang perkara yang lalu, tetapi Sharmila ada caranya yang tersendiri sehingga aku berasa mudah untuk bercerita dan memberi pendapat aku.

Salah satu soalan Sharmila itu memberi idea kepada aku untuk berkongsi dengan semua –  tentang berkahwin muda. Dengan jawapan yang aku beri kepadanya, pantas dia memberi pendapat untuk aku menulis di dalam blog ni  tentang perkara itu. Ya tak ya juga.. Aku tak pernah sentuh tentang pengalaman itu dan tak pernah berkongsi dengan sesiapa pun. Aku hanya lupakan segala kenangan lalu kerana ianya perit dan bagi aku. Bila difikirkan semula, sayang juga jika tidak dikongsi. Aku terpanggil untuk bercerita tentang apa pendapat aku tentang perkahwinan di usia muda…

Ramai yang tahu perkahwinan pertama aku gagal setelah 10 tahun bersama. Aku berkahwin awal – ketika aku berusia 19 tahun. Memang tidak aku sangka sama sekali yang aku akan berkahwin seawal itu. Memang benar jodoh di tangan Tuhan. Tidak bisa aku elakkan – walaupun telah dicuba. Jika sudah tertulis, memang akan berlaku. Berkahwin muda pada aku, bagus. Dapat mengelakkan maksiat dan menjaga nama serta maruah keluarga. Tetapi di dalam setiap kebaikan, ada keburukkannya. Itu semua dari kita tahu.

Di dalam perkahwinan, tak kira apa usia sekalipun, memerlukan kesabaran yang tinggi. Maklum saja, 2 kepala, 2 hati yang berbeza perlu disatukan agar mendapat rumahtangga yang harmoni. Lelaki dan perempuan, dua individu ciptaan Allah yang berbeza dari pemikiran, emosi,serta perasaan. Masa kan ada baris ayat Inggeris yang mengatakan ‘Men from Mars, Women from Venus.’ Itu sudah jelas menyatakan bahawa lelaki dan wanita itu berbeza. Berkahwin adalah satu perkara, cinta juga satu perkara yang lain. Di usia muda terutamanya, kita mudah jatuh cinta. Maklum saja perasaan baru nak rasa. Kita belum kenal apa maksud cinta yang sebenarnya. Kerapkali jatuh cinta kepada seseorang itu kerana style nya, kerana senyumnya, kerana matanya, kerana suaranya dan entah apa-apa lagi. Semuanya tiada sebab yang kukuh untuk bisa membuatkan cinta kita itu waras. Cinta yang waras? Ya cinta perlu juga waras. Tahap kewarasan di usia yang muda amatlah rendah. Aku sendiri dulu mengalami pelbagai pengalaman. Bergaduh jangan ceritalah. Asyik salah faham je. Naik bosan dengan bertekak. Jika ada yang tak kena, jadilah perbalahan.

Masa bercinta, semuanya berbeza jika nak dibandingkan apabila tinggal di bawah satu bumbung. Kena pulak pasangan kita tu tak punyai wavelength yang sama. Memang pengakhirannya banyak bergaduh. I went through it all. Sakit!!! Sebagai isteri, kita perlu patuh kepada suami – jangan melawan cakap suami. Aku ni pulak lurus bendul. Apa ajaran orang tua hanya mengikut saja. Memang naik lebam la telinga menahan leteran. Hati ni jangan ceritalah. Dah naik bengkak. Itu ketika awal perkahwinan. Bila dah terlampau lama dipendamkan, hancur jadinya – jadi abu!

Kenapa aku lalui perkara yang sebegitu? First kerana – kononnya taat. Ikut saja kata suami. Kedua, masih ‘hijau’ (muda) tahap kewarasan belum cukup tinggi, ketiga, pemikiran remaja, keempat – masing-masing mahu pasangan masing-masing ikut cara bagaimana yang pasangan mahukan. control freak. Insecurity jangan ceritalah kan. But whatever it was, I tried to work it out. Perlu ada kesedaran untuk menyelamatkan rumahtangga. Allah bencikan penceraian. Tetapi ianya dibenarkan jika memudaratkan. Segalanya berubah apabila tiba certain year and certain age in our life. Why? People change and yet they never change. Pening kan kenyataan ni? Hahaha.. this is what I learned.

Manusia tidak pernah berubah – cara dibesarkan; tetapi pemikiran mereka yang berubah. Tahap kewarasan meningkat apabila usia meningkat. Apabila terjadinya sebegitu, timbullah masalah di dalam perkahwinan tadi. Ye lah, masa berkahwin masih muda, bila dah lama bersama, usia makin meningkat dan pemikiran juga berbeza. Mulalah segala impian dan kemahuan dalam hidup juga berbeza. Jika pasangan juga berubah kearah yang sama, then – you are safe. Kalau pasangan tak faham dengan perubahan pemikiran kita, agaknya bagaimana? Jadilah macam aku dulu! Hehehe…

Setelah aku laluinya, memang aku sarankan kepada semua, elakkan berkahwin muda. Cinta itu ada yang membahagiakan jika kita mendapat pasangan yang benar secocok – bukan cocok hanya dari segi rupa sahaja, tetapi pemikiran serta dalaman. Cinta aku dulu, bukannya cinta. Aku tak tahu apa aku nak namakan perasaan aku itu dulu kerana aku terlalu muda. Kenapa aku katakan sedemikian, kerana sekarang aku benar rasa, dan faham apa maknanya cinta setelah dengan apa yang aku pelajari dari pengalaman hidup aku.

Usia yang muda kita gelojoh dan buat keputusan membabi buta – sehinggakan – adakala ibu bapa sukar untuk melarang. Mereka tersepit dek keinginan dan impian anak-anak. Aku dah bisa menganalisa perasaan ibubapa kerana aku kini punyai anak dara yang meningkat dewasa. Bila berada di dalam golongan sebagai parents ini berbeza. Barulah kita tahu apa yang ibu bapa fikir dan rasa dahulu semasa kita muda remaja.

Apa-apa pun, sebuah perkahwinan itu, adalah amat suci di sisi Allah dan agama. Tak kiralah perkahwinan di usia muda atau tidak, yang penting masing-masing tahu akan tanggungjawab di dalam rumah tangga dan juga kehidupan. Fahaman agama di dalam perkahwinan amat penting supaya rumahtangga lebih harmoni. Ini hanya satu pendapat. Jodoh di tanganNya. Dia yang menentukan. Aku mendoakan semua perkahwinan yang aku hadiri minggu ini, dan juga semua pasangan di dunia, bahagia dan kekal hingga ke syurga. Amin…

Advertisements

3 Comments on “KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN.. NIKAH & KAHWIN…

  1. Suka kak nurul sgt2..kalo free datang la mkn dekat restoran saya di Prima bistro, Prima damansara pj…luv

  2. kawen muda ni ada baik dan buruknya’
    saya pun kawen muda
    umur saya 21 dan psgn 24
    tp kak nurul lagi muda la..hihi

    diawal perkahwinan..tempoh mencari keserasian
    sebab tu salah sorang kena sabar
    kalau tak mmg berkecai la 😉

    apa2..jodoh pertemuan ditangan Allah
    suka tgk kak nurul dan eric sekarang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: