PINDAH & TINDIK.. TINDIK PUN NAK PINDAH!

Dah jadi tak reti dah nak menulis.. . Asyik bercakap dengan diri sendiri tapi jari tidak juga berjalan menulis… Minggu lepas was such a chaos… Kami pindah rumah. Projek di KL ni  naik bagaikan cendawan lepas hujan. Unit apartment lama kami setiap hari bising dengan construction side di kiri kanan.  Bangun pagi dikejutkan dengan bunyi lori simen dan juga ketukkan tempat membancuh simen. Selepas dah berbulan macam tu, Eric decided to move out. Not only that, our neighbor upstairs, sentiasa bising juga kerana ada 2 anak kecil. Adakala jam 1am aku akan terkejut jaga apabila jiran atas aku itu berlari ke  bilik sebelahnya – aku agak la – mungkin anaknya tidur di bilik sebelah. Macam dihentak kepala kami! Tak tahan!

Now dah 3 malam di tempat baru. Alhamdulillah. Sungguh tenang. New view. No more KL Tower view. Kami pindah tak jauh. Di bangunan yang sama, tingkat yang sama; hanya apartment yang berbeza! Hahhahaa…  Kiri kanan bangunan yang terletak di Bukit Ceylon ni, ada 3 bangunan baru yang sedang dibina. Di sebelah kanannya dah siap. Jadi kurang bisingnya. Kami pindah ke apartment di sebelah kanan bangunan ini. 2 lagi bangunan di sebelah kiri, masih didalam proses  pembinaan. Adakala aku rajin juga menjenguk ke bangunan sebelah. Intai apa yang pekerja buat setiap hari. Jarak yang dekat, memudahkan aku mengintai mereka!

Ada juga sekali tu pekerja Bangladesh bergaduh sesama sendiri. Aku yang paling kepochi dan paling pantas menjenguk keluar! Takut juga di dalam pada aku melihat tu. Kepochi nya bukan main. Macam la berani sangat nak tengok scene bergaduh! Nak tengok tapi takut! Hahahha.. Nasib baik tak ada pergaduhan besar. Mulanya ada antara mereka berlari mengambil cerucuk besi di kawasan pembinaan untuk memukul satu lagi group yang berada di atas bangunan! Jadi huru hara sekejap. Melihatkan keadaan itu, di dalam kepala dah terbayang ada juga nanti yang kena tusuk dengan cerucuk besi tu. Dah siap ada drama di dalam kotak fikiran aku ketika itu.

Boss yang berbangsa cina tu aku tengok naik takut juga. Entah bagaimana bermulanya persengketaan antara pekerja mereka sehingga menyebabkan beberapa kereta polis datang ke bangunan sebelah ni. Nasib baik tak ada apa-apa yang teruk. Akhirnya yang menyebabkan pergaduhahan (hanya seorang) ditahan polis. Macam-macam juga kerenah pekerja asing ni. Sesama sendiri pun nak bergaduh. Itulah antara beberapa pengalaman yang aku ada semenjak pindah dan tinggal di bangunan ini dari Jun lepas. Sebelum ini di Damansara – bertahun juga di sana.

Hari ini setelah selesai semua mengemas dan menyusun semula peralatan rumah serta barang-barang aku & Eric, terasa rindu kepada blog aku ni. Aku yang bangun awal pagi – seakan mahu menyambut perayaan Tahun Baru Cina ni, bukan main semangat nak update blog. Oh ya! Jangan tak tahu, hari ni, tahun baru bagi kaum cina – bermulanya tahun ular – tahun aku & Eric! Kami yang beza usia 12 tahun, lahir dalam tahun yang sama iaitu tahun ular. Cuma Eric ular kayu dan aku ular api. Oh patutlah ngam aje kami berdua ni. Kata kawan kami yang berbangsa Cina, kami saling memerlukan. Andai benar, Alhamdulillah. Tapi memang pun. Tak nampak muka masing-masing tak boleh duduk. Best juga ya this year kalau kami ada baby. 3 snakes in the house! Hahahha.. Lahir tahun ular tak apa, jangan jadi ular atau lidah bercabang macam ular, sudah! Hahaha…

Ayu yang balik bercuti 4 hari, dah aku pesan, bagi aku satu jam untuk menulis di blog hari ini. Dia yang asyik keluar masuk bilik office baru aku ni, tak habis-habis nak menyakat. Anak dara aku ni semakin nakal pula! Dia tahu aku perlukan konsentrasi, tapi mahu juga diusiknya! Rumah tak pernah sunyi jika Ayu pulang ke mari bersama kami. Kalau dia tidak menyakat aku dan Eric; kami yang akan menyakat dia. Suara kuatnya selalu memenuhi ruang rumah – agaknya satu bangunan pun boleh dengar suara kami ketawa! Alhamdulillah. Aku sering bersyukur dengan kebahagiaan yang aku kecapi kini.

Ayu pulang kali ni dengan list yang sungguh panjang. Bukan itu saja, banyak juga seluar, tudung dan pakaian lain koyak! Ishhh .. Ganas betul anak dara aku ni.. Mama lah yang kena jahit kan.. Kalau agak-agak malas, hantar saja ke tailor. Kalau ada masa. Jika tak, memang aku sendiri kena jahitkan.. Dah jadi mak ni, memang tak boleh lari dari semua tu. Peminat K-pop ni ada permintaan lain juga. Katanya nak tindik telinga – di bahagian atas telinga. My personal opinion : I don’t like it. Kata aku padanya, bahagian atas telinga itu sakit jika ditindik. Aku pernah menindik telinganya ketika usianya 3 tahun.

Sewaktu Ayu kecil, kami berdua sering meluangkan masa bersama di shopping kompleks untuk menonton wayang serta jalan-jalan meluangkan masa bersama. Entah kenapa, satu hari tu sebelum movie, aku rasa aku nak tindik telinga Ayu. Dia yang faham semua yang aku katakan, tak kisah. Dia kata dia mahu sebab nanti telinganya cantik bersubang. Mamanya hanya psycho sikit je. Aku hanya bertanya padanya, mahu tak pakai subang macam mama. Katanya ya. Aku pun bawa Ayu masuk ke kedai emas yang ada di shopping mall yang besar itu, iaitu MidValley.

Setibanya kami di dalam, kami disambut oleh seorang gadis berbangsa Cina dan aku beritahu yang aku mahu tindik telinga anak kecil aku tu. Ayu hanya melihat. Gadis itupun mengambil alat menembak subang telinga itu dan langsung menyembur ubat tahan sakit serta kebas ke telinga Ayu. Kali pertama dia okay. Katanya sejuk! Selepas menunggu beberapa saat sebelum ditindik, Ayu kelihatan agak nervous bila dia ternampak alat tembak subang tu. Dia okay cuma muka agak cuak! Selepas ditembak kali pertama ditelinga sebelah kanannya, dia menangis! Dia terkejut apabila subang itu masuk ke cuping telinganya!

Ketika itu juga aku rasa bersalah pada anak aku! Aku tak sangka dia akan menangis dan langsung takut nak tindik sebelah lagi. Kesiannya Ayu. Terus aku rasa kejamnya bagi anak aku sakit! Jenuh juga memujuk nak habiskan tindik. Dia tak henti menangis. Akhirnya aku gunakan paksaan.. Dia memeluk erat di badan aku sambil menangis, dan aku pegang kepala dan telinganya. Langsung disembur ubat tahan sakit dan ditindik. Semakin kuat dia menangis. Sehinggalah selesai ditindik. Dia takut rasa spray dan juga terkejut dengan rupa seakan ‘pistol’ itu untuk menindik telinganya.  Tapi dek kerana nak juga anak bersubang dan bertindik telinga, aku paksa juga. Sampai ke hari ini aku terkenangkan peristiwa tindik itu. Yang lebih mengingatkan aku, apabila Ayu minta tindik telinga lagi –  siap mahu tambah hingga ke atas bahagian telinga!

Rasa bersalah tu terus hilang hari ini bila Ayu minta ditindik lagi. Siap mahu lebih! Bukan satu lubang saja di kiri kanan, tapi di atas cuping telinga. Amboi.. Itu dah lebih! Aku ingatkan dia insiden di usianya 3 tahun tu.. Dia langsung tak ingat! Aku beri alasan yang di atas cuping telinga itu akan lebih sakit dari di tempat biasa ditindik. Dengar aje perkataan sakit, dia agak kurang berminat. Katanya biar dicuping telinga saja sebab tindik yang lama itu dah tenggelam kerana aku tanggalkan subangnya ketika dia mula masuk ke sekolah rendah. Banyak perkara nak buat, tetapi masa yang amat limited. Kalau sempat, mama bawak lah pergi tindik ya…

Apa yang anak-anak kita bakal minta pada kita sebenarnya, sama dengan apa yang pernah kita minta kepada ibu bapa kita dulu. Diusia aku sebaya Ayu juga, ramai yang menindik telinga dua tiga.  Penuh satu cuping telinga pun ada! Itu dulu. Sekarang makin hebatlah trend yang remaja suka nak buat. Aku tak dapat nafikan pengaruh kawan-kawan juga membuatkan semua remaja mahu ikut sesuatu trend dan style yang ada. Sebagai ibu bapa, aku dan Eric hanya nasihatkan apa yang baik dan buruk di atas setiap apa yang mahu Ayu lakukan. Dilarang keras pun, akan memudaratkan. Jika dilonggarkan sangat pun, tak boleh juga. Nak handle anak remaja ni bukannya mudah. Kena pandai tarik tali.

Cerita tindik pula hari ni. Dalam kepala ada cerita lain sebenarnya – something related to young love and parents. Dapat idea nak menulis tentang  isu itu apabila aku ditemubual oleh Sharmila, penulis bebas laman web untuk majalah ‘Cosmetic, Surgery & Beauty’. Bukan itu saja, aku juga di update oleh Pingu tentang isu Shila Amzah – keluarga – kekasih. Aku ada pandangan aku sendiri. Aku juga mahu berkongsi tentang perkahwinan muda dan juga apa perlunya restu ibu bapa. Aku berkahwin kali pertama dulu, dengan hanya mendapat  setengah restu dari arwah mak aku – tidak sepenuhnya. Aku sedih dan faham akan keadaan tersepit di tengah-tengah antara keluarga dan cinta. Aku dah melaluinya. Cerita itu akan aku publish kan esok hari! Semuanya dah tersedia di dalam kotak fikiran aku. But now, terpaksa melayan anak gadis aku ni yang nak pegi kedai K-Pop nak beli birthday present pada kawannya. So, esok jangan lupa baca ya!

6 Comments on “PINDAH & TINDIK.. TINDIK PUN NAK PINDAH!

  1. anak dara sulung saya umur 11 tahun baru tindik telinga
    itupun dia yg mintak
    igt nak tindik utk anak dara kecit tu tp takut meraung pulak.

Leave a reply to Azura Razali (@taliponmerah) Cancel reply