TEGURAN .. BIARLAH YANG MEMBINA.. POSITIF!!

Hari Wilayah yang sangat tenang! Satu hari di rumah pada Jumaat yang indah ni.. Alhamdulillah. Hidup untuk satu hari lagi.. Syukur.. Hari cuti ni, sungguh nyaman sebab projek di sebelah bangunan kami tinggal ni, tak bekerja hari ni.. Tidur pun terlajak! Hahhahaa..  Appointment pula dah tukar ke esok. Aku seharian di depan laptop di posisi tepat memandang Menara Kuala Lumpur. Check semua apa yang patut di Fb dan semua yang link ke akaun aku. Dah lama juga tak check FB. Fanpage juga semakin ramai yang mengikuti. Terima kasih. Aku amat hargainya. Dalam pada tu, akaun FB yang personal tu, habis ditampal dengan iklan! Ya Allah.. Naik hantu juga aku kadang-kadang. Boleh tak kalau aku charge diaorang?! Hahhahaa.. Fikir nak buat duit aje. Kalau rasa nak iklan apa-apa saja business, apa kata gunakan saluran yang betul.. Banyak kot kemudahan sekarang ni untuk mempromosikan business. Salah aku juga sebab tak tukar setting. Lama betul tak melayan FB. Hanya Twitter. Pada aku Twitter lebih mudah.

Kemudahan lama sosial sekarang ini merapatkan dan memudahkan segalanya. Banyak juga portal-portal hiburan yang juga memaparkan cerita-cerita artis. Paper-less sekarang ini. Online magazine pun tak kurang hebatnya. Dalam pada ada semua kemudahan hebat ini, ada juga yang kurang baiknya. Semalam aku baca artikel yang ditulis Haswari Ali tentang aku dan suami yang mahu berpindah ke Bali dan plan punyai baby di Murai.com. Ayie memang seorang penulis yang aku kenal bukan hanya sebagai wartawan-artis, tetapi teman baik. Thanks Ayie for the article. Seronok membaca –  terbaca pula segala komen di bawah artikel itu. Aku terkejut dan adakala tergelak sendiri. Pada yang baca komen-komen mereka yang amat suka memberi komen ni, mesti terfikir, macam mana kami ni – golongan artis menahan segala tomahan dari mereka-mereka yang sedemikian..

Aku sebenarnya jarang baca komen-komen yang ada di bawah mana-mana artikel portal hiburan atau laman chat. Aku hanya balas yang dikomen di blog ini. Rasa kecewa tu ada pada komen-komen yang negative. Adakala terfikir juga, jika mahu menegur, tegurlah cara yang baik. Bukan melalui hinaan atau cacian. Di dalam Islam pun ada caranya. Yang menegur pula kebanyakkan yang melayu dan sudah pasti mereka itu seorang muslim. Lihat ke dalam diri dulu. Pakaian atau luaran seseorang tidak melambangkan hatinya. Mereka ni agaknya kurang kasih sayang dan banyak kekecewaan di dalam hidup mereka. Kata Kheme yang membalas twit aku semalam, sekarang ni memang trend komen-komen yang bisa dan negative. Mereka suka dibenci. Oohhh.. Begitu pula… Hahahhaha.. Macam-macam..

Selepas baca tu, terus rasa mahu lari saja dari sini. Aku tertanya sendiri kenapa begini sikapnya orang kita? Rasa merajuk itu ada. Rasanya aku tidak lagi berpakaian seksi. Maklum saja, semenjak kahwin mat saleh ni, sentiasa dijadikan sasaran umpatan. Ada yang berkata for the sake of marriage saja peluk Islam dan macam-macam lagi. Apa bezanya kahwin melayu tetapi tak pernah solat pun? Aku dah pernah lalui dulu. Aku tahu. Mereka memberi komen seakan mereka melihat bagaimana kehidupan seharian aku di rumah. Wah! Hebat benar.. Seakan Tuhan! Hanya Allah Maha Melihat dan mengetahui segalanya. Dia yang bisa menentukan dan mengadili semua umatnya.

Dalam Islam juga diajar menegur dengan cara yang betul supaya tidak mendatang kebencian sesama umat; serta langsung membenci agama Islam. Renungkan kenyataan aku ini. Jika seorang umat itu dilihat hanyut di dalam hidupnya, tegurlah dengan cara yang baik dan positif. Bukan dengan mengherdik serta menjatuhkan. Bila menjatuhkan, langsung yang ditegur itu lari serta akan lebih jauh hanyut dari melakukan kebaikan. Lebih teruk, jika dia terus membenci agama. Astarafirrullah.. Minta dijauhakan. Bukan kah kita juga yang berdosa kerana membuatkan orang lain memandang buruk kepada agama kita? Lagipun, sebagai umat Islam kita ada tanggungjawab menegur antara satu sama lain. Aku harap apa yang aku tegur ini tidak disalah ertikan. Aku berniat baik dan itu yang aku belajar dari ustazah aku. Hanya sekadar berkongsi. Aku juga mahu mendapat pahala kerana aku tahu seharian aku ni banyak buat dosa. Jadi izinkan aku mendapat sedikit pahala dari berkongsi sedikit dari ilmu yang aku belajar.

Beribadah biarlah antara kita dan Tuhan. Buat apa beribadah ditunjuk-tunjuk. Jika aku & suami lakukan apa-apa sahaja ke jalan Allah, kami diajar simpan pada diri sendiri. Nabi sendiri mengajar supaya jangan menunjuk-nunjuk. Sekalipun memberi sedekah, tangan kanan yang menghulur, sebaiknya tangan kiri pun tak boleh tahu. Adakah itu tidak memberi apa-apa ajaran dan fahaman kepada kita?

Hanya Allah bisa mengadili kita semua. Bukan kali pertama aku katakan sebegini, dah pernah sekali di dalam entry sebelum ini. Yang kelakar tu, murai paparkan gambar aku yang berpakaian sopan. Tetapi yang dikomen di situ semuanya mengutuk pakaian! Aku tergelak besar! So amusing! Hahhahaa… You know what? Tak mati pun aku. Bahkan, aku berterima kasih kerana memberi komen sedemikian. Itu membuatkan aku lebih tahu bagaimana hati orang-orang yang sedemikian. Syukurlah aku tidak suka perangai negative macam tu. Aku ni pula berpegang kepada ‘what doesn’t kill you, will make you stronger..’ Thanks for the comment!

Kalau nak cerita pasal komen yang negative ni, takkan habis sampai bila-bila. The best just ignore them. Hanya ambil teguran yang membina. Biasalah, manusia tak henti bercakap. Semua suka bagi komen kerana sukakan perhatian. That’s their opinion. Semoga diberi petunjuk dan Tuhan berikan kasih sayang kepada mereka  itu supaya lebih positive dan sentiasa memberi teguran yang membina serta dengan cara yang betul.

Buat masa ini, aku rasa agak kecewa dengan apa yang aku baca. Amat mengharapkan masa akan lebih pantas berlalu agar impian dan perancangan kami untuk berpindah ke Bali akan menjadi kenyataan. Aku mahu tinggalkan semua negativity ini. Aku tahu, di mana-mana pun, akan ada saja orang yang sedemikian. Aku tak kisah, kerana aku tahu yang bukan Islam itu akan lebih teruk mengumpat atau mengutuk. Sudah tentu, kerana mereka tidak belajar seperti mana umat Islam diajar. Jadi, kurang sakitnya.

Entah kenapa terasa benar kali ini. Dah dipesan Pingu, jangan sesekali membaca segala komen sedemikian. Tak sengaja pula aku terbaca. Dah tahu dah.. Lain kali ingat apa yang dipesan! Baik Pingu.. Tak baca dah sampai bila-bila! Hahahhhaa… Another thing I know why I am so emo while writing this… Watching Bill & Guliana Rancic make me like one.. Kena-kena pulak part masa diaorang kecewa perjalanan mereka merancang baby! Huwaaa…. Emoooooooo!! Go away! Don’t like it!

Advertisements

7 Comments on “TEGURAN .. BIARLAH YANG MEMBINA.. POSITIF!!

  1. bersabar aje la kak nurul..biasa la 2 mereka nie sebenarnya cemburu ngan kerjayaan kak nurul…sy sebagai peminat setia akak akan sentiasa mendoakan apa yg akak dan suami hajati akan tercapai…insyaallah

  2. Salam Nurul,

    Hi! terus terang saya cakap, saya bukan peminat Nurul. Saya just suka dengar lagu-lagu Nurul saja tapi takde sampai beli CD atau ikut perkembangan Nurul. Tapi sejak Nurul mula menulis blog, saya terus suka Nurul. Saya suka tulisan Nurul yang sangat true & clean. Takde bengang bengok. Saya suka sikap Nurul yang positive. Betul! Itu yang saya respect! Jatuh macam mana pun, Nurul tetap bangkit. Biasa kita dengar orang cakap “Jangan kira berapa kali kita jatuh, tetapi kira berapa kali kita bangun” So Nurul, keep positive ya!

    It’s okay, Nurul honeymoon dulu dengan hubby. Jangan pikir sangat sebab keutamaan kita berkahwin adalah kepada suami dan baru la anak. Kita senyum kepada suami, dapat pahala. Kita buatkan air untuk suami dapat pahala, dan banyak pahala kita boleh dapat dalam rumahtangga kan? so, Nurul chill dan InsyaAllah akan sampai rezeki Nurul dan suami nanti 🙂 Sementara belum sampai rezeki, Nurul polish karier Nurul ya 🙂

    • Salam Molly. Wow! sebenarnya saya dah baca komen ni seminggu lepas. dek busy dengan pindah apartment, lupa nak reply. I value every comment – and yours is very honest. sangat-sangat hargainya.
      Amin amin ya rabbala’lamin… thanks di atas semua doa ya. InsyaAllah akan lebih berusaha keras di dalam karier saya. Take care & do visit my blog selalu ya.
      Love ya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: