Terkedu…. & keep learning from the mistakes….

Terkedu dan tercengang sekejap.. Bangun pagi ni tiba-tiba dah dapat email dari Ayu – komennya di dalam blog  ni. Terlintas di dalam kepala – pertamanya, tak masuk class ke budak ni.. Yang kedua terfikir pula, apa yang buatkan dia nak baca blog pagi ni… Rajin pulak tu komen.. Dan komen-komennya bagaikan seorang yang sungguh matang… Ya Allah.. Apa yang dah aku lakukan kepada anak aku sehingga sedemikian sekali matang pemikirannya… Dah pulak tu penuh dengan positivity… Syukur Alhamdulillah.. Anak aku ni faham benar akan hati serta perjuangan mamanya. Mengalir juga air mata bila terbaca komennya yang ketiga tentang impian. Ayu menjadi seorang yang sungguh kuat. Terima kasih Ayu. You have brought me happiness and now motivation to me to move on and to be successful. Hey! Belajar.. belajar.. jangan baca blog mama je! Hehehhee… Dah rindu benar lah tu.. Tak lama lagi dia kan balik bercuti sempena Tahun Baru Cina. Tak sabar nak peluk ‘badan kedua’ aku tu. Ya kami sama saiz sekarang – in fact, she’s 2cm taller than me! Tak aci! And she’s so proud of it.

I remember when I used to be like that too dengan arwah mak. Anak kita macam mana pun akan ikut perangai mak. If you want to know, 70% perangai anak-anak, sebenarnya ikut emaknya, bukan bapa. Jangan jealous wahai kaum bapa. Bekas adik ipar aku – Fir – dulu pernah memberitahu sedemikian. Kami masih berhubungan walaupun selepas 6 tahun sekarang tidak bersama family itu. Dah nak kahwin pun bekas adik ipar aku tu. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka sekeluarga. Amin.

Bercerita mengenai anak, khabarnya seorang kawan rapat dah juga selamat melahirkan! Aku melompat kegirangan. Aku tahu bagaimana perasaannya apabila melahirkan anak. Seronoknya bukan kepalangan. Rasa macam alien pun ada juga! Hahahha.. Ye lah.. Another body in our womb. Aku pasti ramai kaum ibu terfikir sedemikian. Kuasanya Allah, tiada tandingan. Bulan ni ramai pula kawan yang melahirkan. Kebanyakkannya bayi lelaki. Rezeki mereka. Aku tumpang gembira. Tak sabar juga mahu melihat wajah bayi anak kawan aku  ni. Mesti comel seperti kedua ibu bapanya. Aku dah awal-awal hantar sms ucapkan tahniah. Belum mahu melawat mereka kerana aku tahu bagaimana penatnya melahirkan. Biarkan dia berehat dahulu. Lagipun sekarang bukannya masa yang sesuai untuk melawat. Ramai di sekeliling mendapat demam serta selsema. Mungkin selepas pantang nanti baru aku nak melawat.

Last week was so busy with Herbalife Spectacular. Event yang dianjurkan Herbalife seperti satu convention untuk semua pengedarnya di seluruh Malaysia. Event ini diadakan setiap tahun. Seronok bukan kepalang melihatkan kejayaan-kejayaan mereka yang bertungkus lumus mencapai apa yang mereka mahukan. Do you believe if I say someone has earned RM300,000.00 a month? And the youngest one in the business has made RM80,000 – 100,000.00 a month?! Tak percaya kan… Tetapi itulah kenyataannya. Di dalam hati timbul semangat dan perasaan mahu menjadi seperti mereka. Orang yang berjaya harus dijadikan reference. I will be there soon – same like them! Sebab itulah aku buat business Herbalife ni sebagai part time kerana pulangan yang tinggi serta untuk masa tua. My retirement plan. Singing is my life. But Herbalife is my motivation to be successful. I can be somebody. Just make someone happy with their health & body, the rest will come to me..

Dalam pada bersemangat bersorak bagai nak rak last weekend tu, tertengok pula di dalam instagram tentang isu di dalam artikel Rozita Che Wan & Zain Saidin. Ketawa juga aku. Well.. kesilapan ada di mana-mana. Aku tidak ambil pusing atau terlalu berat tentang isu itu sebab aku tak baca artikel tu; sehinggalah Isnin lalu apabila aku hubungi one of my Herbalife customer & team member, Shakilawati. Aku nak update dia tentang the next event for Herbalife. Dia ni sentiasa positif. Selepas dah habis bercerita tentang shake, langsung dia beritahu tentang isu Metro Ahad. Aku terus teringat dengan apa yang dah aku tengok di Instagram. Kesian juga dengan dia. Katanya selepas selesai semua artikel, editor pun dah check semua, tiada pula kesilapan itu. Ye lah, nama PM langsung takde mengena di dalam artikel tu. Takkanlah dia nak tulis nama VVIP yang hebat itu. Kalau sekali pun dia tertulis, editor awal-awal akan ketuk kepalanya!

Shakilawati yang aku kenali seorang yang sungguh baik hati dan kuat bekerja. Tidak kurang juga sikap sopan santunnya. Dia agak down semasa dia sampaikan pada aku. Katanya sudah pasti semua menuding jari ke arahnya. Bukan itu saja, kawan-kawan lain juga sering menyindir dan mempermainkannya. Hmmm.. Biasala kan.. Kawan-kayang yang selalunya suka menguji keimanan. Sebagai artis aku tahu bagaimana proses story dibuat di mana-mana  suratkhabar. Aku tahu bukan salah dia. Caption untuk sesuatu artikel dipilih oleh orang atas dan grafik menaip semula caption itu. Apa-apa pun, sebagai manusia biasa, semua orang tak lari dari kesilapan. PM pun buat salah. Dia juga manusia. Jadi, jangan kita mengherdik atau mempermainkan kesalahan orang lain. Mungkin di lain hari, kita pula yang terbuat silap itu.

Sabarlah Shakila, kami tahu, bukan salah you. Keep on writing and do the best. Aku pasti ini pengajaran terbaik buat dia dan semua. Kesalahan yang kita buat, dalam apa jua sekalipun, mematangkan dan menguatkan kita. Itu sudah pasti… Keep learning –  to be the best and successful…

Advertisements

4 Comments on “Terkedu…. & keep learning from the mistakes….

  1. Semua org buat silap kak. Belajar dr kesilapan. Itu lg afdal. Abaikan org yg dok ketawakan kita. Teguran yg baik kita amik, teguran yg nak menjatuhkan. Jgn dilayan. Pi mam…ha gitew. jom senam sabtu ni

    • Hahahahha.. thanks sweets. Apreciate it. Jom sabtu ni. Ajak zizan!

  2. hi Kak nurul.. tbe2 arini baca about ayu then ade name “fir” =my fiancee.. ;-).. soon we will meet each other.. InsyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: