I FORGIVE & FORGET… BUT… GET OUT OF HERE!

Malam ni tak boleh tidur. Banyak pula perkara bermain di fikiran. Bila banyak berfikir, mulalah banyak juga berkata-kata kepada diri sendiri. Datang rasa nak menulis. Penat nak mendengar keluhan diri sendiri – di dalam kepala sendiri. Dituliskan, lebih bagus. Lagipun blog ni dah diam seminggu. Semakin lama pula gap di antara satu entry ke entry yang lain. Selepas jetlagged hari tu, demam pula beberapa hari. Nak kata tak cukup nutrisi serta khasiat vitamin, rasanya dah terlebih-lebih supply nya hari-hari. Ramai yang berkata perubahan cuaca. Pada aku, semuanya kerana aku stress.

Banyak kerja yang perlu dilakukan dan banyak perkara yang difikirkan. Selepas demam, langsung meneruskan aktiviti yang telah sedia menanti. Perasaan agak berkecamuk sedikit sehari dua ni. Hmmmm… Ada beberapa perkara yang tidak berapa aku suka untuk disebutkan berkali-kali. Terutamanya perkara yang menyakitkan. Aku paling tidak suka melukai perasaan orang lain. Bila aku pula yang dilukai, paling aku tak suka mengingati perkara itu semula – setelah aku move on. Satu perkara mengenai seseorang yang pernah baik dengan aku ni, benar-benar menganggu fikiran aku. Insiden yang berlaku last year selepas wedding aku itu, yang paling tidak mahu aku ingat sehingga bila-bila. Terjumpa pula seseorang yang asyik menyebut nama yang mahu aku lenyapkan di dalam kepala aku. Mengingatkan aku semula betapa aku digunakan, aku diumpatkan, aku disalahkan – apatah lagi merasa bersalah akan keputusan yang amat bodoh yang aku lakukan. Yang paling rapat dengan aku juga merasa kesannya.

Betapa hebat pukulan ‘dia’ yang menyakiti aku serta mereka yang rapat dengan aku. Bila timbul aje perkara itu disebut, mula datang merah di muka, dan naik pening bila mengenangkan kebodohan aku. Perkara telah berlaku. Tak guna bukakan apa yang terbuku. Selalunya bila ada je cerita itu, aku hanya katakan pada diri aku, biarkan saja. Dia telah tak ada lagi bersama untuk melakukan kerja. Biarkan sahaja. Ada bahagian aku nanti. Yang penting aku telah bantu dan buat yang terbaik untuk dia kerana Allah Taala. Membantu teman lain gembira. Terasa lega bila fikir sedemikian. Namun, apabila disebutkan berkali-kali; makin mengenangkan apa yang aku terima, naik lelah juga sebenarnya. Benar kata orang, kawan melukai lebih hebat sakitnya dari seorang kekasih. Itulah lumrah kehidupan.

Di saat ini, fikiran jauh berfikir dan kuat mendesak untuk aku bukakan hati aku, lihat ke dalam jiwa. Check bentuknya, remuk ke, berkecai ke dek kekecewaan yang pernah berlaku. Pernah tak you all buat macam tu? I did many times. And still doing it. Rasa tiba-tiba mahu focus kepada diri – melihat jauh ke dalam hati & perasaan – mahu meneliti apa yang baik, apa yang perlu dijauhkan – untuk menjaga hati dan diri sendiri dari dilukai lagi. Tak kira lah oleh teman atau kekasih. Bila dapat merasa kesakitan dari apa yang berlaku, mulalah rasa kesian pada diri sendiri. Bila dah ada kesian, datang rasa sayang pada diri sendiri. Bila ada rasa sayang, baru datangnya ‘security’ –  untuk protect diri sendiri dari dilukai lagi. Itu yang sering aku lakukan.

Hari ini, malam ini, masih ada sakit itu. Entah kenapa. Agaknya selepas kena tegur dengan si genit semalam. Maklum saja, dah namanya macam adik sendiri, terasa juga – sedikit-  bila ditinggikan suaranya begitu. Tak apalah, niat dia mahu menegur. Dia juga kecewa atas perlakuan artis wanita yang mengenakan aku di rakaman rancangan Apa Saja FBI Selasa lalu. Tidak aku dan dia sangka sebenarnya cerita kecewa itu disebutkan lagi. Telah aku lupakan. Tiba-tiba ada pula yang menyebutnya. Biarkanlah. Pengalaman semalam itu, aku jadikan iktibar untuk belajar. Jangan terlalu cepat emosional dan melatah. Mengalir juga air mata dek kesan-kesan pengalaman yang mengecewakan itu. Berlaku sebelum show pulak tu. Demam pun baru 24 jam berlalu masa tu. Nasib baik segalanya berjalan lancar. Dalam hati masih berbuku rasa nak bagi je sebuku ke muka artis semalam yang menyakat aku itu. She doesn’t know anything sebenarnya. Hanya mahu memprovokasikan aku dengan menyebut nama yang aku tak mahu dengar itu. Dia nak tengok bagaimana reaksi aku agaknya. Aku buat bodoh aje. Malas nak melayan kebodohan.. Tak suka! Tak suka! Tak suka! I give you peace and get out of here. Don’t come back & don’t disturb me – anymore!

Itulah baris-baris ayat yang aku belajar dari Eric dan aku gunakan kepada mereka-mereka yang aku rasa aku tak mahu dekat lagi. Langsung terasa sedikit better dan kuat. Barulah datang semula senyum dan ketawa setelah aku let go rasa sakit itu. Ramai juga yang bertanya pada aku apa yang aku lakukan untuk buatkan aku sentiasa kelihatan happy dan ketawa. Aku memang mudah ketawa. Mudah juga tersengih. Adakala rasa macam kerang bsusuk pun ada! Hahahaa…  Jawapan aku mudah. Aku mahu happy. Life is too short. No point talking about pain. Shit happens. So just go with the flow and find your own happiness. In the same time, make yourself happy.

Aku ketawa setelah aku rasa aku kesian dan sayang akan diri aku. Tak guna bersedih – berpanjangan. Kesedihan hanya akan mengundang depressi. Tak guna juga jika mahu membuatkan orang lain nampak, apa yang kita nampak, dan berusaha buatkan mereka faham dengan apa yang kita nampak. Tak semua orang mahu melihat apa yang telah kita nampak di dalam kehidupan ini. Adakala kita rasa terluka kerana mahu mengubah orang lain ke arah positif dan kebaikan. Tetapi jika mereka tidak mahu berubah dan tidak faham, tak guna juga untuk kita push lebih-lebih –  sehingga mengundang kekecewaan dan kesakitan kepada jiwa serta perasaan sendiri..

Suami aku faham benar. Aku ni suka sangat buat baik yang lebih-lebih. Kadang-kadang tu sampai tak nampak diri sendiri. Si genit ‘sekenit’ yang rapat dengan aku itu pun sering berpesan dan menegur. Buat lagi baik. Kan dah terkena. Geram juga bila dengar ditegur begitu. Tetapi bila difikirkan balik, bagus juga ada ‘mata-mata’, & ‘telinga’ macam dia untuk mengingatkan. ‘Sakit’ pun ‘sakitlah’. Terima je. Salahnya aku. Aku yang biarkan orang lukakan aku. So, I have to accept it . I forgive & forget –  but will never forgotten…

P/S: Masih terbayang wajah si genit ‘sekenit’ yang ‘ter’ tak sengaja tinggi kan suaranya langsung berasa serba salah selepas semuanya selesai.. Haaaa.. Tahu takut! Hahaha.. Apa-apa pun dia happy sebab first time dia dapat tinggikan suara – walaupun dengan tidak sengaja – kepada seseorang yang dianggapnya kakak. Tak apa, aku bagi chance. Adakala, ada manisnya buatkan orang lain menang. Hehehe… (Senyum dengan penuh evil langsung berkata, ‘nanti kau!..’)  Hahahaha…

Advertisements

14 Comments on “I FORGIVE & FORGET… BUT… GET OUT OF HERE!

  1. Some people are not worth even thinking about …..although they may just appear from time to time to air themselves …..

  2. U sememangnya strong, jgn sbb bnda yg lalu buat u rasa down. And u harus tahu bahwa senyumanmu membuati org lain ceria. Bila tgk u senyum automatically I akan senyum… suka.. sukaaa 🙂

  3. Kita mmg tak boleh tutup mulut manusia yg tak abis2 ungkit kisah lama..kesilapan smlm yg kita mahu lupakan..takmo ingat2..Apa yg nurul lakukan ada hikmahnya..menjauhi org yg suka menyakitkan hati – kita akan slowly lupakan apa melukakan hati kita..fokus aje pada diri sendiri dan famili..kalo bukan kita yg buat diri kita dan hidup kita sekeluarga happy, sapa lagi yg kita boleh harapkan??? I met you once in SG airport..personally to me, you are kindhearted, friendly and cheerful..Not all humans will response to a stranger’s “Hi” but you did..that’s why I said you are kindhearted! Your smiles are beautiful dan boleh buat sesapa di dlm dunia nie tersenyum sama..so, keep on smiling and laughing ok, Nurul..Buat mereka yg suka nah sakitkan hati Nurul tu – maafkan aje ketelanjuran mereka tu..No one can really understand you except yourself..Continue smiling at them and simply walk away..Stay POSITIVE as always..*komen seposen dari saya*

    • I like the phrase ‘komen seposen!’ Hahaha.. thanks a lot sweets. Really appreciate your comment and compliments. I am so glad i have a supporter like you! Much love

  4. hi mama… don’t worry about the past, think of the future and live the moment.. never give up, just be yourself… good luck in life. i love you! 😀 (your daughter ayu)

  5. sape buat adik akk camtu?? nape akk x tau ek? I know u…u’re strong enough to face that kind of ‘shit’ la adik..and..u’ll always have me kalau nak berstory naaa..love u!!

    • Salam kak Huda. Alaaa.. biasala kak.. kawan2 tak semua honest. Nanti adik story.. thanks a lot kak. I’m gald I have you. Love you always

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: