JETLAGGED.. JADI MERAPU & HARU BIRU..

Perihal cerita Jet lag.. Langsung lagu Jet lag terngiang-ngiang di telinga, nyanyian Simple Plan & Natasha Bedingfield… Alahai… dulu ke London, ke Mekah – balik takde pulak jet lag. Kata Eric semakin usia meningkat, semakin lambat nak recover dari jetlagged.. Alamak.. Usia meningkat!  Sebenarnya semakin waras, semakin sedar akan keadaan sekeliling.. Semakin matang. Jadi, semuanya akan kita alert. Itu pendapat aku sebagai alasan taknak mengaku tua! Hahahhaa… Hey! I’m just 35! Age is just a number. It’s ain’t  anything.  Apa yang penting adalah bagaimana kita berfikir, apa yang ada di hati (niat baik & buruk), jaga fizikal serta kesihatan. Amalan untuk akhirat itu sudah tentu perlu diambil kira juga. Hidup lama, tetapi tiada ‘simpanan’ dari amalan, hanya sia-sia. Kata-kata ini sebagai peringatan kepada aku juga. Tersedar sekejap…

Semenjak sampai di KL awal pagi Sabtu lepas, hingga hari ni masih jetlagged. Agak pelik pada aku. Tak pernah teruk sampai macam ni sekali. Jurang perbezaan masa adalah antara punca berlakunya jet lag. Mengantuk ya amat! Siang sehingga tengahari kepala ‘stone’ je rasa. Tak boleh berfikir straight. Sebab  itulah diam je blog ni. Sebelum ni aku tak faham langsung apa itu jet lag. Itulah agaknya aku tak pernah rasa langsung dulu. Betul tak pendapat aku tadi? Semakin berusia, semakin matang dan waras meneliti keadaan sekeliling. Semakin faham akan sesuatu, semakin fikiran menguasai lantas menyebabkan sesuatu itu berlaku. Agaknya faham tak baris ayat tu? Aku pun tak faham. Terima jelah .. itu ayat jetlagged namanya! Hahahhaa…

Menyusun semula aktiviti harian – macam-macam juga aku kena buat ni. Selepas 20hb bermulanya aktiviti seperti biasa. Kenapa selepas 20hb? Semuanya kerana aku perlu menguruskan semula bentuk badan aku yang naik 4 kg semenjak berada di France dan Itali! Bercuti panjang, itulah akibatnya. Nasib baik 4 kg sahaja. Kalau lebih, rasanya aku taknak makan sebulan untuk turun balik. Mana taknya, sepanjang 3 minggu –  makan, makan, dan makan. Tak ada langsung exercise. Hanya berjalan-jalan makan angin. Dalam cuaca sejuk, apa lagi senang benar nak rasa lapar. Itupun nasib baik aku control.

Breakfast, aku makan. Tengahari – makan juga – on time okay! Mak mertua rajin pulak tu memasak. Aku pulak memang enjoy food. Layan je lah.. But when you are in Itali & France, you cannot avoid their fresh bread. They have the best one! Aku ni hantu roti!! Apa lagi, belasah roti je kerja aku. Bermula dengan breakfast hinggalah ke lunch. Sedap ya amat! I’m sure ramai yang kata, oh roti tak apa. Jangan salah anggap..  Ya! Roti boleh menyebabkan kegemukkan yang amat pantas sekali.  Karbohidrat dan lemak – bahaya! So, I start to calculate what I eat & pay more attention selepas pulang ke tanahair. Alhamdulillah badan aku ni cepat turun. Dalam 2 hari, 1kg dah turun. Nasib baik hanya 4kg naik. Itupun sepanjang di sana, pada malam hari, adakala aku gantikan dengan shake Herbalife. Ianya  amat membantu sekali! Kalau takde shake tu, mahu aku naik lebih dari 4 kg!  Kebiasaannya, shake aku ambik sebelah pagi dan tengahari. Dinner aku makan. Hanya 1 meal a day. Itu diet di Malaysia. Di Eropah, bertukar!

Sampai je Sabtu pagi tu, aku tak buang masa lagi! Teruskan dengan proses detox! 5 shake 1 hari – without any food! Dah puas makan kan, so kenalah cuci segala saluran dalaman. Hingga Isnin aku lakukan sedemikian. Ahad hari pertama aku mula exercise di gym. Masuk hari ketiga – hari ni, ya Allah! Tahu je lah kan.. Sakit badan! But worth it! Sebenarnya makan banyak sepanjang bercuti sebab aku enjoy sangat-sangat kerana di sana they have variety of food. Maksud aku hanya tertakluk kepada yang halal dimakan. Tidak semua. Lagi pulak contract aku dah habis dengan syarikat pelangsingan badan – aku tiada kawalan! Hahahha… Lega juga contract itu dah habis. Aku risau juga dengan elektrik dan wave dari mesin yang diaorang guna. Maklum saja, aku tengah cuba nak pregnant. Takut juga effect. But they are quite fair. Selepas aku beritahu, aku dan Eric sedang plan for a family, they decided not to continue. Dah 3 tahun pun dengan diaorang. So now, better to continue with my plan to live healthily – eat well, take good nutrition & go for organics food. Limit the chemical & all the waves that harmful to body & health.

No doubt they have a variety of excellent treatments. Aku enjoy sangat buat treatment masa dengan syarikat pelangsingan badan tu. Aku combine pulak dengan Herbalife shake – that’s actually makes me look better! Rahsia di dalam rahsia! I will open more in the new kolum yang bakal aku ceritakan tentang beberapa testimony dari rakan-rakan di dalam kumpulan aku; yang telah berjaya menurunkan berat badan melalui nutrisi. Pengalaman yang sungguh hebat bagi aku!  Wait for that ya! That’s the only thing that I can do to help all my fans – tak kira lelaki atau perempuan to stay fit & slim healthily. Aku juga boleh bantu jika ada yang ingin mencari extra income melalui perniagaan yang aku ceburi secara part time ni. Ramai yang mungkin belum tahu sebenarnya dah 2 tahun setengah aku menjalankan aktiviti business membantu kawan-kawan serta fans aku kurus. I love doing it. Dulu kan ke nak jadi doctor tapi tak menjadi. So being a wellness coach kerja macam doctor juga. Kena follow up tanya soalan macam-macam! Hahaha.. Tak habis-habis berangan! Apa-apa pun bagi aku kesihatan itu penting. Apa pengetahuan yang aku ada tentang apa sahaja, aku mahu kongsikan bersama dengan semua yang mahu sentiasa kelihatan menawan serta sihat. I will reveal all soon, all the secrets! For now, time to sleep.. Tata..

Advertisements

8 Comments on “JETLAGGED.. JADI MERAPU & HARU BIRU..

  1. It was beautiful story life sis…wish u all the best, stay healthy & May God bless u and family 🙂

  2. hi mama.. untunglah mama pergi France… this year result PMR 8A’s nak pergi France tau!!!! nak rasa jugak kelazatan makanan mereka… and don’t forget the phone you promise to buy me hahaha… (joking) till then tata…. love you :D!!!

  3. I actually ponder as to why you titled this article, “JETLAGGED.

    . JADI MERAPU & HARU BIRU.. | New Life, New Style, New Rules!
    ”. In either case I personally loved it!Thanks for your time-Jaunita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: