BONJORNO! SALAM FROM MILAN, ITALY!

Salam from Milan, Italy! What a beautiful day here to start with! I’m so lucky to be here. Alhamdulillah. Hari ini hari ke 4 di bulan yang baru dan juga di tahun baru. Azam aku mahu lebih berjaya. Tetapi kali ini cuba melebarkan sayap ke luar negara, insyaAllah. Jika tuhan mengizinkan. Hanya Dia yang tahu. Apa-apa pun, yang akan berlaku akan tetap berlaku. Hanya usaha yang perlu diletakkan di dalam setiap azam atau impian yang ada. Fokus aku di tahun yang baru ini adalah kepada nyanyian – of course perlu ada lagu baru; focus kepada beberapa jenama yang aku galas di bahu aku iaitu Skinz & juga Colourvue. Soon will be one more! We are now in the midst of dealing with the client! Keeping my fingers crossed! Doakan ya! Aku perlukan lebih banyak modal untuk aku invest semula di dalam bidang nyanyian yang menjangkau usia 18 tahun – tahun ini! Perlukan sesuatu yang lebih gempak dan hebat! 2013 –  tahun  kerja keras!

Semangat semakin bertambah apabila pagi ini, di kota Milan ini – terbaca twit dari David Foster tentang Yuna! Wow! I am so proud of this tall & exotic girl! You go girl! Nak nangis pun ada sebab gembira. Kawan baik Eric, Kuider Akani akan gembira juga apabila nanti dia tahu akan berita terbaru tentang Yuna. Dia salah seorang – rasa aku hanya satu–satunya peminat kental Yuna di France! Dia ‘jatuh cinta’ selepas Eric sarankan tentang muzik Yuna 2 bulan yang lalu. He’s a Jazz music lover. Music Yuna tak jauh dari muzik tersebut. Aku turut berbangga. Kuider sering mohon maaf dengan aku setiap kali dia pasang lagu Yuna yang dibeli dari iTunes. Dia bimbang aku terasa kerana CD aku juga ada padanya. Hey! I’m proud, you know! She’s different. She deserves it. Terbukti aku perlu lebih berusaha keras untuk menjadi lebih baik di dalam cara aku, serta nyanyian aku. Nak sebut muzik, aku tak bisa bermain alat muzik. Jadi, hanya dengan bakat nyanyian aku.

Semua punyai impian mahu ke luar membina nama. Jika ada salah seorang yang dapat peluang, itu tandanya bakat yang ada di negara kita bukannya calang-calang. Soon will be more. And I don’t want to miss the opportunity too. Aku juga punya impian yang sama. Go Yuna! The world is on the way to your feet. When it’s arrived, enjoy the moment and do bigger!

I am waiting for my turn. Dalam masa yang sama, banyak juga perkara bermain di fikiran. Planning for career is another thing – baby is another thing. Jika kali ini menjadi rezeki aku dan Eric; aku sarankan pada Eric, aku mahu bersalin 3 tahun turut-turut, dan selepas itu ‘tutup kedai!’ I want to be like JLo! Eric ketawa. Katanya nothing is impossible! So, imagine, nak cari peluang ke luar negara, nak buat lagu baru… hmmm…. Pening! Hahahhaa.  Setiap bulan, dalam entry aku, ada saja cerita tentang baby. Hahahha.. Impian juga tu! Setakat ini, itu hanya plan. Jika ada rezeki, akan datanglah ia. Hanya Tuhan yang bisa menentukan.

Cerita tentang mencari peluang ke luar negara, teringat pula tentang cerita penyanyi hebat dari France iaitu Shella. Dia popular di awal tahun 70-an. Baru-baru ini ada disiarkan tentang videography nya di salah satu saluran tv yang terkenal di France. Aku langsung sukakannya. Seorang yang sungguh tinggi determination, committed & punyai personality serta aura yang menarik! Her life story is almost similar to mine. Started her singing career at a very young age. I think when she was 17. Popular dengan beberapa lagu, langsung kahwin selepas bertemu dengan seorang penyanyi juga. Tak ingat nama lelaki itu. Selepas 3 tahun bercerai. He’s such an @#%&^*@.. Sakit hati! Hahhahaha… Shella was a young girl and work so hard for her career. Due to her divorce & the heartbroken, she made a bold move! Dia tinggalkan France kerana mahu lupakan segala kesedihan. She went to USA! Di sana, tiada seorang pun kenali siapakah Shella – seorang yang amat popular di France Republic!

She starts from scratch. Enrolled dancing classes – a professional dancing class – and yet she has to start from level 1! Padahal dia dah bagus! Di USA lebih banyak talents yang lebih hebat. What she did was, to study dancing, get established, makes few contacts – and she made it! Long story short, she turned to be a whole new person and again, popular with disco music bersama dengan kumpulan bernama – S.B. Devotion. Seorang gadis putih bersama 3 orang penyanyi & penari latar berkulit gelap! Aku ternganga melihatkan video music nya! What a bold move and a very nice one! Hanya selepas beberapa tahun dia berpindah ke USA, dia berjaya membina nama semula. Aku yakin, banyak usaha yang diletakkan. Dia bertuah kerana semua peluang yang diterimanya disebabkan oleh seorang pengurus serta investor yang yakin dengan bakat yang dia ada.

She has a son, dan dia tinggalkan anaknya bersama ibunya demi membina impian semula di negara orang. Selepas berjaya di USA, dia kembali ke France dengan beberapa lagu baru di dalam bahasa Perancis. Of course she made it! Aku tertarik dengan keyakinan yang dia ada. Terpancar di wajahnya, dia seorang yang suka bekerja keras dan impian tiada batasnya. What an amazing story. At the end of her story, aku hampir menitiskan air mata apabila ada video memaparkan show terakhirnya di France yang mana dia mengucapkan selamat tinggal kepada karier nyanyiannya. Peminatnya menangis merayu jangan berhenti menyanyi! Sebagai seorang penyanyi, aku tahu apakah perasaannya. Aku sorokkan tangisan itu dari mertua dan suami yang turut menonton. She took the time off for 9 year to write books and see the outside world! She came back in 2006. Aku salut penyanyi yang bernama Shella ini. Bukan calang-calang orangnya,  dan bukan mudah mengambil keputusan yang telah dia lakukan. Aku tak pernah dengar atau tahu tentang Shella. Hanya pada usia ini aku baru sekali dengar akan namanya.

Cerita itu buatkan aku bersemangat – something as a good reference – malah langsung teringat dengan kisah hidup aku – awal selepas aku bercerai. Always something to relate to. . Ya, dulu aku tak boleh ke luar negara. Paling jauh Indonesia & Hong Kong. Itupun hanya dengan alasan nak pergi ke Disney World bawa anak holiday!! Ruginya hidup ini jika tidak menjelajah melihat negara orang. Blessings in disguise – I am now travelling around the world. Aku ni memang suka travel!

Dulu sering berimpian mahu ke luar negara. Pernah hampir mengambil keputusan yang hampir sama dengan Shella –  mahu keluar negara – mencari nama dan membinanya dari scratch melalui nyanyian. Kalau nak tahu negara yang aku pilih dulu adalah FRANCE. Aku pernah suarakan kepada Deq Sha. Dia yang paling dekat untuk aku suarakan segalanya, dan dia juga teman berangan aku!  Katanya, pergi jika rasa mampu dan ada ‘lubang.’ Takut ada juga di dalam jiwa masa tu. Dalam masa yang sama, fikirkan Ayu yang perlu aku tinggalkan di sini. Itu yang buatkan aku kalah. Kesian dia akan kerinduan dengan ibunya. Itu aku tak mampu handle. Jika aku masih beribu dan berayah, mungkin aku boleh minta mereka jagakan Ayu untuk aku.

Jika aku ambil keputusan itu, aku yakin – mungkin aku tidak seperti hari ini. Bertemu lelaki yang benar-benar faham dengan apa yang aku mahukan. Berbeza segalanya. Mungkin juga aku akan bertemu dengannya, tetapi di dalam keadaan dan situasi yang berbeza. Mungkin bukan bertemu di Malaysia. Itulah yang dikatakan suka berangan. Berimpian. Nah! Lihat pada aku. semuanya berlaku kepada aku sekarang ini. Jika dulu aku berpindah ke France, aku mungkin merempat atau melalui liku yang sukar. Di kota besar, banyak cabarannya. Tuhan bukakan jalan ke arah impian aku, tetapi melalui keadaan yang lebih teratur. Biarpun aku melalui jalan yang jauh, namun ianya kurang sukar. Biar pun mengambil lebih banyak masa, ianya berbaloi. Dalam masa yang sama, Tuhan takkan bagi semuanya sekali. Maksud aku dari segi karier dan juga personal. Dalam kes aku, Tuhan berikan kebahagiaan melalui personal aku dahulu. Soon may be my career. Itupun, aku bersyukur juga dengan rezeki yang telah Dia berikan melalui beberapa usaha di dalam kerjaya aku sebagai penyanyi.

Hidup ini jika kita benar-benar lihat semula dengan apa yang telah kita lalui, kita akan mendapat jawapan ke atas apa yang telah berlaku. Semuanya punyai makna yang tersirat. Patutlah Allah beri aku kehidupan serta pengalaman yang sebegitu. Hanya aku yang tahu. Sukar aku nak jelaskan dan mahu uraikan di sini. Biarkan menjadi sejarah serta kenangan buat aku. Ianya satu reference yang amat bermakna yang bisa aku gunakan di kehidupan kini dan di masa yang akan datang.

Sementara menanti Eric habis meeting di Herbalife office – aku enjoy cahaya matahari yang masuk ke ruang café indah ini. Italy sering mendapat cahaya matahari yang banyak walaupun di dalam musim sejuk! Sungguh indah bumi ciptaan Allah. Dan aku salah seorang yang bertuah kerana berpeluang menikmati ruang udara di sini. Terima kasih kepada Eric. Tanpanya, aku tak mungkin dapat melihat negara lain selain Malaysia.

Kesian kepada semua di Kuala Lumpur  – yang rata-rata dok post gambar-gambar langit kelabu serta hujan di sana. Sabar ya, soon it will be bright again – blue sky! Alhamdulillah aku di sini menikmati cuaca indah di bawah langit biru – tetapi suhu di bawah 10 darjah celcius! Kalau nak tengok semua gambar-gambar sepanjang perjalanan kami, sila ke Instagram (Nurul Depp)  serta video log yang aku rakamkan di channel Nurul Wahab di youtube! Terima kasih kepada Ohbulan kerana sudi feature all my pictures in their portal and blog.

Okay, aku berhenti di sini dulu! Nak sambung jalan-jalan di Kota Milan dan lusa ke Geneva! Will update all with more pictures! Take care and stay safe!

Advertisements

7 Comments on “BONJORNO! SALAM FROM MILAN, ITALY!

  1. i am deeply adore with ur passion n ur determination to construct back ur career. this is undeniable girl power i can say.. u really reminds me my mother. i wish u all the best n i am strongly believe with u kak nurul..

    • Hi Roses.
      Thanks for all the support. I have to work harder. Now on how to fight the politics in the music industry. it’s everywhere actually. i always believe as long as you dont hurt or use people, you will be okay. all my wish will come true as long as I work for it. Thanks sweetheart

    • adik manis.. ada banyak di dalam blog ni chek oiii… sila check.. penat kita letak, dia tak tengok pulak gambar2 kita.. hehehe.. thanks dear!

      • Nurul..i am proud of u..we both always chatting together..msg all the time but never see each other..as a mother..i really proud of u..always..keep it up!! Only Allah knows..wish u will hv a cute baby and menjadi anak yg soleh dan solehah.aameen..do keep in touch!!
        Love..lynda

  2. hi mama… i know that 1 day you can be like shella and kak yuna… make them as your idol… and i don’t mind if you want to leave me here in malaysia, just go to france and live your dream… i know you can do it… you are my strong and most wonderful mother . we always go through thick and thin… never give up.

    • You are my strenght and happiness. You have brought tears to my eyes to read this. I am living my dream now – with you. I’m working towards it. InsyaAllah. Oh god. What have i made my daughter has became so strong. ..thank you sweetheart. May Allah always be with you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: