Happy New Year 2013 from Paris with Love!

Berakhirnya 2012. Alhamdulillah masih ada umur menjengah ke 2013. Terima kasih Tuhan. Banyak kenangan dalam tahun 2012 –  more to my personal life I would say. Hidup berasa lengkap serta bahagia sentiasa menyelubungi aku. Syukur alhamdulillah.

Kenangan yang indah yang aku lalui sepanjang 2012 amat aku hargai. Apa pula kenangan kalian? Apakah pencapaian yang telah kalian perolehi sepanjang 2012? Bagi aku 2012 mengajar aku erti cinta, kasih sayang, kejujuran di dalam persahabatan serta keikhlasan.

Di dalam aku temui cinta sejati, aku kehilangan teman dan juga rakan kongsi di dalam perniagaan dek cemburu serta isi mulut yang disampaikan orang tengah. Dalam manis, ada pahitnya. Kalau semua manis, tak pula lengkap resepi hidup ini. Adakala enak juga merasa pahit di atas sesuatu yang berlaku. Ia mendewasakan walaupun menyakitkan.

Tahun 2012 – dalam sepanjang hidup aku, hanya dalam tahun itu buat kali pertamanya aku melihat lelaki yang menjadi suami, menangis melihat aku tiba di depannya di dalam persalinan serba putih di hari perkahwinan kami. Tak siapa tahu. Hanya aku dan dia. Di hari indah itu juga aku melihat betapa benar wajah bahagia anak gadis ku menyambut bapa tirinya serta aku dinikahkan dengan seorang lelaki yang benar aku cintai.

Semua telah aku accomplished – dari segi personal. Masih banyak impian dan  pengharapan. Makin banyak dicapai, makin banyak juga yang diimpikan. Dari segi karier, masih banyak yang perlu aku usahakan. Aku perlu bekerja keras untuk tahun 2013 – untuk karier nyanyian dan juga Herbalife business.

Terima kasih wahai sahabat serta teman di atas doa kalian. Terima kasih pengikut ku yang sentiasa menyokong perjuangan ku. Selamat tahun baru dan aku doakan beroleh kebahagiaan, kesihatan serta diberkati Allah Taala. Be safe on this new year and have a good one!

17

Advertisements

6 Comments on “Happy New Year 2013 from Paris with Love!

  1. suke bace blog kak nurul..tulisan yg jujur.semoga kak nurul happy sll disamping family tercinta!

  2. love your posts kak nurul! keep smiling & stay happy always (you know you deserve it).. hope to continue reading your future posts! **HUGS&KISSES**

    Ayesha
    Singapore

    • Hi Ayesha
      Thanks for reading. Appreciate it. Alhamdulillah. You take care

  3. suka baca blog kak nurul , rasa dekat je dkt akak ….hari2 mesti stalker blog akak…heheee….. semoga sis nurul , baby sihat hendaknya 🙂

    • Hi Norliza. Thanks for reading. Datang selalu! hehehe.. Take care !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: