HARI – DATANG DAN PERGI.. MASA YANG HILANG, TIDAK BERGANTI….

Pantasnya masa.. Aku di kampung Eric pun dah masuk hari ke tujuh. Hujan, berangin serta cuaca yang mendung – Ya Allah cozy ya amat di sini. Kadang-kadang fikir 2 kali nak keluar. Otak pun naik beku nak menulis! Hahhaha… Reminder dah berbunyi dari Pingu ku. Katanya ada masa update blog ye. Masa tu ada. Tapi idea kadang-kadang tak ada. Sekejap datang, sekejap hilang. Adakala ianya datang ketika sedang mandi la, sedang masaklah dan entah bila-bila. Itu hanya alasan. Jika di focus, bisa selesai walaupun 10 entry satu hari! Masa bercuti ni lah yang selalu  datang rasa malas tu.

Aku di sini seronok sangat. Enjoy masa yang ada dengan parents in law. They are so sporting. Sentiasa layan apa yang aku buat. Aku percaya ramai juga kalian dah menonton video yang aku buatkan. Maaf ya jika ada yang perlu sengetkan kepala. Cameraman amatur. Begitulah jadinya! Hahhaha… Semenjak aku tukar ke Samsung S3 ni, bukan main seronok merekod video. Paling best dapat upload terus ke youtube. Hi new subcribers! Selamat datang! Thanks for following me.

Masa pantas sangat berlalu. Bila terfikirkan hari-hari yang mudah berlari pergi, aku teringat akan kata ustazah aku beberapa tahun yang lalu. Katanya, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang jika satu tahun berasa satu bulan, jika satu bulan terasa seminggu, jika seminggu terasa seperti satu hari – satu hari terasa satu jam dan satu jam terasa satu minit – berjaga-jaga. Hari akhir itu kian dekat. Gulp!  Takut!! Itu yang ustazah aku kongsikan bersama ketika aku kerapkali berulang ke rumahnya untuk mengaji. Memang terasa benar masa yang pantas berlalu. Dalam pada itu, rata-rata juga mengatakan tentang 21 Disember tempohari. Ia sepatutnya hari kiamat atau end of the world. Hmmm…. Macam-macam spekulasi. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Syukur Alhamdulillah. Hari ini, saat ini kita semua masih hidup di atas bumi yang indah ini. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Stesyen TV di France juga memaparkan cerita tersebut. Pada 22 Disember, disiarkan penduduk di negara seperti Filipina, Itali dan lain-lain bersyukur dan menangis kerana dunia masih kukuh berdiri di atas paksinya. Aku juga berasa yang sama. Jauh di sudut hati berdoa juga. Takut tetap ada. Maklum saja, amal ibadat belum cukup. Taubat entah bila. Tau buat dosa je! Hehehhe…

Bila sedar akan satu hari kita semua akan kembali, semakin kuat rasa di hati mahu berbuat baik kepada semua. Waktu yang pergi, usia makin meninggi. Berbuat baik itu – satu perkara. Amal ibadat lain pula. Apa yang penting, biarlah ibadah itu hanya diketahui Allah Taala SWT. Pada aku luaran seseorang itu, bukanlah sesuatu yang bisa diadili siapakah seseorang individu itu. By the way, bukannya hak kita untuk mengadili sesama manusia. Itu adalah kerja Allah Taala. Dia yang berhak mengadili semua hambaNya.

Semalam selepas pulang dari melawat istana lama yang terletak di Alsace –  Haut Koenigsbourg (sila tonton di Youtube Channel Nurul Wahab) – seperti biasa balik tu, aku check twitter. Ada pulak hamba Allah ni mendoakan aku dan kawan-kawan aku mati! Adik oiii… Aku ni ada ramai kawan-kawan yang aku kurang suka dan mereka suka mengata dan macam-macam lagi; aku tak pernah mendoakan sedemikian. Terkejut dan terkedu sekejap. Terfikir sejenak, anak siapakah dia, asal dari mana. Apakah ajaran ibu bapanya padanya sehingga begitu sekali doanya pada orang seperti aku? Tak juga aku fikir dalam tentang perkara itu. Biasalah manusia ada pelbagai perangai.  Kata Eric, “please tell him, be careful on what he wish..” aku tidak reply. Biarkan saja. Kesian pingu yang naik hantu apabila budak lelaki itu reply yang sungguh kasar padaku. Aku suruh abaikan saja. Semoga Allah beri petunjuk padanya.

Hidup ini sementara. Nak bermusuh lama-lama atau dengan ramai orang pun tak guna. Kelak makan diri juga. Aku cuba berbaik semula dengan semua yang pernah selisih faham dengan aku. Cuma dengan yang terlalu melukai seperti seseorang yang pernah memfitnah aku sehingga aku terlepas peluang business di Indonesia – itu susah sikit aku nak lupa. Sengsara betul bila difikirkan semula. Berlaku 5 tahun yang lalu. Hebatnya mulut perias wajah itu. Dia pernah rapat dengan aku. Dia juga memperkenalkann aku kepada make up artis kesayangan aku Deq Sha. Dek kata-kata bisanya, aku kehilangan manager yang paling baik yang pernah aku kenali serta aku terlepas peluang memasarkan album di Indonesia.

Mesti ramai yang pernah baca artikel di akhbar tentang album Indonesia itu,  tertanya-tanya, ke mana perginya album itu. Sudah aku rakamkan 2 lagu. Sedap pulak tu! Mungkin kalian tidak akan dengarinya – sampai bila-bila. Aku cuba juga memujuk penerbit serta syarikat di sana. Kata mereka, hubungan baik antara mereka dan bekas manager aku itu lebih penting. Jadi, mereka tidak mahu teruskan demi persahabatan mereka.

Fitnah sememangnya merosakkan. Sebab itulah dosa memfitnah itu seperti dosa membunuh. Deq Sha tempat aku menangis malam itu apabila aku dihamput oleh bekas manager aku itu. Aku tidak menjawab. Aku hanya berdiam. Tuhan saja yang tau bagaimana tajamnya bahasa yang digunakan. Sudahlah masa itu baru 5 bulan bercerai. Deq Sha juga pernah menasihati aku lupakan saja peristiwa itu dan maafkan saja penata rias itu. Aku pernah hantar message di FB padanya. Tidak berjawab. Aku biarkan saja. Harapnya dia baca. Pada aku, aku takkan bisa berbaik lagi dengannya. Dia telah menutup rezeki juga mengaibkan aku pada bekas manager aku. Usah ditanya siapakah dia. Bukannya seorang yang sangat penting.

Begitu juga kisahnya dengan seorang bekas dramatis yang aku pernah gelarkan ‘kakak’. Juga dengan tidak sengajanya telah menutup periuk nasi aku. Adakala sikap lurus bendul juga bisa ‘membunuh.’ Komennya kepada seseorang yang selalu berikan aku show – setiap tahun 3 atau 4 show yang lumayan di istana DiRaja – buatkan hamba Allah itu naik berang dan langsung melabelkan aku si mulut besar. Apalah nasib aku masa tu. Asyik terkena dengan mulut orang. Aku tak pasti apa niat bekas dramatis itu. Selepas insiden itu, ada lagi insiden yang lain. Jelas dan nyata aku tak bisa menjadi ‘adik’nya lagi. 2 hari lepas ternampak pula instagramnya. Rasa menyesal pun ada sebab ter-sekodeng! Hahaha.. Tak sengaja tertengok. Aku harapkan dia bahagia melalui hari-harinya. Bahaya betul mulut manusia. Aku biarkan saja. Aku tak tahu aku dah ampunkan atau tidak dosa mereka. Apa yang aku mampu buatkan, hanya berdoa agar Tuhan berikan petunjuk kepada mereka.

Itu semua berlaku di masa yang lalu. Semuanya telah berlalu. Biarkan ianya pergi. Aku tak mahu kenangkan lagi. Peritnya dah aku buangkan jauh-jauh. Hari ini tidak sama dengan semalam.  Semalam yang berlalu tidak sama dengan masa yang akan datang. Aku punyai hidup yang baru. Hari ini, esok dan masa depan aku pasti ianya menjanjikan banyak yang terbaik buat aku.

Cuti 3 minggu ini aku manfaatkan dengan berehat serta memuhasabahkan diri –  apa yang perlu aku perbaiki di masa akan datang – untuk kerjaya, peribadi dan masa depan! Yang pasti, bulan ini masih menanti, akan ada entah tidak berita baik yang akan kami bawa balik ke Malaysia di awal tahun 2013! Esok ke Paris untuk celebrate tahun baru dan berjalan-jalan dengan Eric. Preparing my plans too for 2013 – for my singing career. Budget  & all. Lagu baru serta perancangan showcase. Harapkan segalanya akan termakbul!

Advertisements

12 Comments on “HARI – DATANG DAN PERGI.. MASA YANG HILANG, TIDAK BERGANTI….

  1. terleka membaca blog nurul tak sangka rupanya i di office… (berangan berada di france ngn nurul) mmg best baca blog u. dun worry la ramai yg ada dibelakng u. eric kan adaaaaa…. 🙂 peace

    • Hi Erin. Thank you so much for reading. That’s the whole idea. Heheheh.. jangan lupa tengok video juga ya. Lagi la awak rasa awak dengan saya. Hehehe. Take care

  2. Blog kak Nurul best sgtttttt……tk sabar nak tunggu post yg lain plak…..awesome and nice!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: