FRANCE, AKU DATANG! VIVE LA FRANCE!

Lama pulak antara satu entry ke satu entry yang lain.. Last entry 10 days ago.. Busy ya amat sebelum tiba di negara France ni. Ya! Dah sampai ke France pagi 19 Disember semalam. Seronok betul dapat tiba di Saint Die’ ni.. Satu kampung kecil di dalam daerah Des Vosges berdekatan Strasburg dan Colmar. Eric yang nampak excited nya. Maklumlah tempat jatuh,  lagi kan dikenang. Ini kan pula kampung sendiri. Kami akan pulang ke Malaysia tanggal 11 Januari depan.

Perjalanan 13 jam diisi dengan tidur… Tidur.. Tidur… Mengantuk betul. Sebelum kami ke mari, memang tak ada banyak masa untuk berehat. Kali ini betul-betul rehat. Pagi ni 5:45 dah bangun. Terlebih sudah tidurnya! Hahahhaa.. 8 pagi di musim winter ni masih gelap di seluruh France. Semalam tiba dengan cuaca yang sungguh nyaman. Sejuk tetapi ada matahari. Langit birunya menambahkan lagi seri hari aku tiba di sini. Ada beberapa gambar je yang sempat aku ambil. Dah tahu nak ambik banyak gambar, bateri phone tu tak pula charge.. Sebenarnya busy ber-instagram! Hahahhaa…  Sesiapa yang ada instagram account, please follow me dengan nama Nuruldepp.

Nak sampai ke Saint Die’ ni, kami perlu menaiki 3 train! Jauhnya 2 jam dari Paris – jika menaiki train. Kalau dengan kereta akan mengambil masa 5 jam. Di dalam perjalannan, kami melalui kawasan kampung lain di sini. Indah sungguh pemandangannya! Terus idea datang sementara aku melihat-lihat keindahan luar train kami.  Aku dan Eric cadang nak buat video perjalanan kami sementara kami di sini  untuk share bersama subscribers youtube aku. Hey! Thanks for subscribing to my channel in youtube! Appreciate it!

Terus la lagi aku bersemangat bila setiap hari ada je yang follow channel tu dan juga subscribe to me. Macam-macam komen yang aku terima di atas persembahan aku sebelum ini. Terima kasih daun keladi. More to come. Banyak perancangan aku untuk channel itu. Tapi masa belum mengizinkan. Kata pingu, cepat-cepat update video, dah ramai yang follow tu!  Dia reminder dan juga GPS bergerak aku. Sentiasa ‘beeping’ me! Hahahhaa… I will do, I will.. sabar ye… Kali ada lebih masa di sini. Time nak berehat dan muhasabah diri. Kena tengok semula sepanjang 2012 apa yang telah aku capai dan apa yang belum tercapai. Last year dalam masa yang sama, aku accomplished banyak perkara yang baik termasuk endorsement. Sebenarnya sampai saja di Paris semalam, aku terima satu sms. Buatkan aku amat gembira kerana aku dapat focus kepada shake business aku dengan lebih baik! Nanti aku ceritakan apakah sms itu.

So now, nak keluar beli roti. French love bread! Phone dah ready, camera pun sudah. Ready to record! Gambar-gambar juga akan aku letakkan. I will update with more in this blog untuk tatapan semua! so, stay with me here in this blog! Please take  good care, Malaysia. Will see you soon!

3

1

2

More video please visit :  Nurul Wahab Channel , VIDEO @ PHOTO

Advertisements

5 Comments on “FRANCE, AKU DATANG! VIVE LA FRANCE!

  1. salam akak..
    i just want to say no matter what people says about you, just remember ALLAH, yourself n your beloved family…
    kadang2 dalam idup nie x perlukan orang len selain daripada mereka yg kita syg..kadang2 juga kita perlu ada sikap MALAS..MALAS utk fikir apa yg org kata..yg penting you know what you want…LOVE U..
    semoga akak akan kekal bahagia hingga akhir hayat…AMIN=)

  2. Nurul, I am so happy that you have a wonderful marriage. Insya Allah, no more hurts in your life. Take good care of yourself and family.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: