YAHOOOOOOOO!!! YEAY!! YEAY!!! ALHAMDULILLAH..

Yahoooooo… First time .. Lagu baru aku ‘Cinta Nurul’ di Radio.. Radio Hot FM pulak tu! Thanks Hot FM. Bukan itu saja, di Suria FM juga bertalu-talu. Dari lagu lama sehinggalah yang terbaru ini… KL POP juga tak kurang hebatnya. ‘Mari’ setiap hari diputarkan. Tersenyum lebarlah Andi Merican. Tengah tunggu radio lain pulak putarkan.. Especially Era FM..  Alhamdulillah.. Berbuah hasil selepas beberapa minggu ini sibuk mempromosikan album mini ini. Boleh dikatakan setiap minggu bangun awal pagi. Alhamdulillah.. Thanks Ayie – yang tengah seronok berjalan-jalan dan menikmati permandangan indah Sedonia dan Grand Canyon di USA.

Semua orang especially di KL ni dah mula ambil cuti panjang. Ada yang mahu menghabiskan cuti tahunan dan juga dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk membawa anak-anak bercuti. Cuti sekolah juga sudah tak lama tinggal. Ayu dah pun pulang bersama papanya. Rindu pula padanya. Rindu nak berebut laptop dan lagu-lagu K-Pop yang sering dinyanyinya..

Hari ini hari yang agak lapang. Selepas appointment pagi, terus pulang ke rumah. Aku juga sibuk mengemas barang untuk ke Sandakan Sabah Jumaat ini serta packing some of our things for France. Yahooooo…. 3 minggu di sana.. Holiday for new year. Kata Eric tahun depan belum tentu dapat pulang ke kampung halamannya. Maklum saja, masa tu kami mungkin sudah beranak kecil. Eric tak mahu anak kecil sering dibawa di dalam kapal terbang. Tekanan yang kuat tak baik untuk telinga bayi. Buat masa ini belum ada apa-apa berita yang bisa diwar-warkan untuk semua. Belum lagi pregnant. But I am waiting for the result tomorrow. Doakan ya!

Dalam pada sibuk mengemas tu, aku tersentak dengan berita yang disampaikan 2 orang fans aku ni.. Hery & Farid – dua minggu lepas mereka katakan aku tercalon di dalam top 20 Penyanyi Wanita Popular ABPBH! Terkejut sekejap.. Mereka ini antara my greatest fans. Sokongan  mereka tidak pernah putus buat aku. Rasa nak menangis pun ada.. Ada sahaja usaha mereka untuk melihat aku berjaya. Sesuatu yang disampaikan yang membuatkan aku speechless… Di dalam kesibukkan mereka, masih sempat mencari borang dan mahu menghantar undian untuk aku. Itu Hery & Farid, agaknya bagaimana pula peminat aku yang aku tak dapat hubungi? Agaknya mereka juga berhempas pulas mencari borang ABPBH untuk mengundi aku.  Tough fight. Semuanya hebat-hebat belaka yang tercalon. Jika sampai di Top 5 sahaja pun dah membuatkan aku bersyukur serta berpuas hati. Aku tak  sangka yang Hery & Farid memandang serious ke atas ABPBH kali ini. Kata mereka, mahu aku tersenarai. Ya Allah, rahmatilah fans aku yang rajin seperti mereka dan murahkan rezeki mereka. Aku hanya mampu berdoa untuk mereka. Jasa mereka hanya Allah yang dapat membalasnya.

Perihal peminat – macam-macam juga. Aku bertuah punyai peminat seperti yang aku ceritakan di atas. Aku hargai setiap yang mereka usahakan untuk aku terutamanya sokongan mereka. Pada aku, peminat adalah segalanya. Peminat juga sebenarnya wang. Peminat juga adalah satu hadiah. Anugerah yang paling hebat. Bukan mudah untuk seseorang suka akan seseorang individu yang lain  di dalam skop nyanyian. Ramai yang berbakat. Tak semua yang suka dan tidak semua yang memuja. Aku beruntung!

Ada juga peminat yang fanatic. Naik berbulu aku awal malam tadi apabila buka je twitter, ada pulak yang mahu perhatian lebih. Nak perhatian itu satu hal – kata pulak aku ini sombong! Rasanya setiap hari aku layan dia. Kena pula angin kus-kus aku sampai.. Langsung merajuk! Aku ni paling pantang dikatakan sombong. Naik hantu sekejap! Mana sempat kadang-kadang tu nak melayan semua twit. Aku memang suka melayan peminat di laman social itu; tetapi adakala terlepas pandang juga atau aku busy dengan perkara lain. Jadi, tak sempat lah nak membalas sesetengah twit tu. Jika nak mengharapkan 24 jam aku di situ, takkanlah kan.. Aku juga ada komitmen lain. Aku sampai diejek Eric ‘kaki Twitter!’..  Asyik di twitter setiap hari. Jadi, aku putuskan hanya 1 atau 2 jam sehari. Kalau pagi 20 min, akan bersambung di sebelah petang untuk beberapa minit sehinggalah cukup 2 jam. Kalau asyik di Twitter, memang terlepas semua perkara lain. Belum lagi FB. Nasib baik Pingu membantu aku menjaga FB aku itu. Sesekali dihantarnya report serta gambar kesemua message peminat-peminat aku melalui email. Pingu aku tu memang rajin. Aku punyai the best ‘pet’ ever!  She understands me and knows what I like & dislike!

Pulang bercuti nanti, banyak juga kerja menunggu. Aku mahu buatkan video klip untuk lagu ‘Selamat Jalan’ dan juga video di youtube. Banyaknya kerja. Profile belum lagi update.. Bila difikirkan, naik panic juga! Tahun baru bakal menjengah. Seperti biasa, aku dan Eric akan melihat apakah yang telah kami capai sepanjang tahun. Ini kali kedua kami lakukan bersama. Aku akan ceritakan kemudian.. Banyak nanti akan aku letakkan di sini sekitar percutian kami ke France Eropah. Aku pasti semua nak tengok gambar & nak tahu ceritakan.. So, you have to follow me here! Hehehe..

For now, I have to prepare for a meeting tomorrow with Mr. Norman Chong. Big boss Glow & Glamour. Entah mahu disambung atau tidak – aku tetap ada sesuatu yang mahu diusulkan padanya. Bekerja dengan mereka, pengalaman yang sungguh indah. Will update you guys! Doakan ya..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: