TERKENANG SEMASA DULU…

Show di Penang minggu ni membawa aku kembali ke zaman kecil aku. Di dalam bilik hotel yang berkonsepkan tahun 20an ini, membuatkan aku rindu akan kampung halaman aku di seberang pulau – Butterworth. Entah kenapa organizer show ni mahu letak aku dan pingu ku di hotel Heritage 1926 ni. Aku tak pernah sampai ke mari. Selalunya hanya lihat dari luar saja. Arwah abah sering melalui jalan di hadapan hotel ini dulu. Aku punya kenangan yang banyak di Penang ni. Maklum saja, di sini aku dilahirkan. Lebih membuatkan aku rindu bila teringatkan Arwah Abah. Lalu je di depan hotel ni, aku berasa seperti aku berada di dalam kereta arwah yang dipandunya dulu. Dulu jika mahu kemana-mana, especially ke seberang Butterworth, abah yang akan pandu kami ke mari. Aku & adik beradik yang lain jarang menaiki bas awam. Abah seorang yang protective akan semua anak gadisnya. Kuat cemburu!

Pemandangan yang cantik di waktu malam hotel ini, membuatkan hati bertambah sayu. Entah apa yang aku nak emo sangat ni.. Mungkin mahu beralih bulan.. Tetapi dah agak kurang jika nak dibandingkan 2-3 hari lepas. Takpe, I’ll be okay. Tak mahu layan sangat perasaan ni. Nanti lain pula jadinya. Aku biarkan fikiran aku hanyut di dalam kenangan lama aku di kampung  dulu ketika arwah mak dan abah masih ada. Kami yang tinggal di Kampung Selamat Tasek Gelugor Butterworth – agak jauh jika mahu ke Pulau Pinang. Jadi, abah sering memandu kami ke sini.

Adik beradik ramai, kena ambik turn. Jika tiba Ramadhan, kami sering berebut, adakala kami o-som untuk ambil giliran siapa dulu yang akan bersama mak dan abah untuk keluar shopping serta langsung berbuka di luar. Ketika itu, ianya bagikan satu retreat kepada kami adik beradik. Aku yang sering mengalah. Adakala aku main kuasa juga dengan mak – mahu dulu beli baju raya! Kalau mak & abah ada budget lebih, kami akan ke Penang untuk beli persiapan raya. Jika sebaliknya, hanya di Bukit Mertajam. Tak sampai ke Penang ni.

Pasaraya Gamma, Komtar menjadi sasaran kami sekeluarga selalunya. Bila di Bukit Mertajam hanya di pasaraya yang paling besar di sana, yang mana aku dah lupa namanya. Aku masih ingat, pasaraya di sana punyai tangga yang sungguh tinggi. Mak selalu berhenti beberapa kali setiap kali kami mendaki tangga pasaraya itu. Sekarang segalanya berubah di sini. Especially di Bukit Mertajam. Adakala aku sesat apabila balik ke sini. Semua jalannya dah ditukar dan baru. Segalanya pesat membangun dengan arus ekonomi yang stabil. Aku berbangga juga melihatkan negeri kelahiran aku ini banyak berubah serta membangun.  Aku ni memang jarang balik ke sini semenjak arwah mak dan abah meninggal. Bukannya lupa. Aku sedih bila pulang ke mari dan bila kenangkan mak dan abah tiada lagi. Perkara itu mengundang kesakitan kepada aku. Bukan aku tidak terima takdir mereka, cuma aku tidak suka perasaan sedih itu. Ianya akan membuatkan aku down… Aku ni memang seorang yang berbeza dengan adik beradik yang lain. Aku tidak suka kesedihan.

Di sini, memang adik beradik lain masih ada. Adakala aku hubungi untuk berjumpa, adakala hanya  melalui telefon bertanya khabar. Semuanya membawa haluan masing-masing serta telah punyai keluarga sendiri.  Bila dah tak ada ibu bapa ni, selalunya begitulah. Jika masih ada, mereka merupakan tempat pertemuan semua apabila raya atau apa-apa family gathering.

Masa merubah segalanya. Mak abah tiada lagi. Namun kasih sayang dan kenangan bersama mereka tidak pernah aku lupuskan dari ingatan aku. melihatkan orang lain ada ibu bapa, adakala aku jealous. Untungnya mereka. Aku tidak juga rasa ralat. Syukur aku sentiasa dulu penuhkan apa sahaja permintaan mak dan abah. Ingat lagi pada  malam mak menghembuskan nafas terakhirnya – di atas ribaan aku. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan. Selepas mak pergi, aku yang paling sibuk menyiapkan semua peralatan kafan. Entah kenapa rasa kesian pada mak dan mahu dia segera dibersihkan dan dikafankan. Aku tak tahu dari mana datangnya perasaan itu. Terjadi dengan sendirinya. Tak ada rasa sedih sehingga selesai dikebumikan. Selepas  tidur 2 jam kerana keletihan –  bangun baru aku sedar yang mak dah tak ada. Tahulah kan apa yang jadi selepas itu. Melalak bagai nak gila! Aku kesedihan yang amat sangat apabila kehilangan keduanya. Kesedihan itu mendatangkan keperitan kepada aku. Kecewa yang teramat sangat. Namun semua dari kita harus melaluinya. Aku redha..

Tak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun walaupun adik beradik aku sendiri kenapa aku jarang sekali pulang ke sini. Aku tak tahu macam mana nak luahkan. Aku bimbang mereka salah anggap. Ternyata tindakan aku mendiamkan, sebenarnya mendatangkan pendapat atau buruk sangka. Mereka tak tahu perasaan sedih aku setiap kali aku jejakkan kaki di negeri ini. Ada antara mereka berfikir yang aku lupakan mereka. Jauh sekali. Setiap saat adik beradik dan kenangan bersama keluarga sentiasa bersama aku. Adakala rindu nak berkumpul macam dulu apabila tiba Ahad. Makan sama-sama dan sentiasa kena tumbuk dengan abang – itu  masa kecil la.. Sekarang abang dah banyak berubah. A good family man & religious. Perihal adik beradik aku hanya aku yang tahu dan faham akan keluarga ini. Sukar nak diungkapkan. Biasalah, setiap keluarga ada isu masing-masing. Baik buruk tetap keluarga. Air yang dicincang tak akan putus.

Mak , Abah.. Uda rindu…. Al-Fatihah… Dah sedih pulak dalam pada taknak melayan emo.. Huwaaa…..

Advertisements

7 Comments on “TERKENANG SEMASA DULU…

  1. Assalam,Nurul saya Anisah asal dari Penaga,Kepala Batas.klau saya Padang Serai saya selalu tengok klinik kt Kampung Selamat tu.Best ler kisah nurul ni sedih…and Good Luck…:-))

    • Walakumsalam Anisah.
      Kakak saya sorang duduk sana. Thanks for reading. Take care

  2. al fatihah..semoga mereka ditempatkan bersama2 org beriman & beramal soleh. parent saya bercerai tp still rapat ngn mama & babah.. everyday nak dengar suara die..3x 1hari call..kalo takda msti lagik sedih.. takpalah, skrg akak ada peneman setia.. insyaALLAH kurang skit kesunyian lebih2 ayu ada bile cuti sekolah

  3. Pagi lagi dh bergenang air mata… Hurmmm x mau sedih2 pagi hari. But now nurul strong, and byk improvement dari dulu. Apepun… Sentiasalah doakan utk parents dan adik bradik yg lain.

  4. Jahat la hangpa. Tiba2 kami gheyau baca entri ni.
    Adoii sebak tersekat kat dada aihh..

    • salam kak nurul..

      Smoga kak nurul sihat dan bahagia slalu di smping kluarga…
      Kg. Selamat, tasek gelugor… Kg arwah mak saya…
      Saya pon dh lama x blik…rindu pd mak2menakan…che amah, maklong.. dan sepupu2..suhaila dan suhaida…dll..

      Bila blik kg…saya mesti lalu dpn klinik…

  5. Assalamualaikum,

    Kak Nurul,

    Saya asal dari Kg. Selamat…Kg. Selamat dah bnyk berubah. Klinik lama tu dah dijadikan klinik baru… Semua tinggal kenangan. Anyway, semoga K.Nurul success selalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: