KEJUTAN.. KEJUTAN.. KEJUTAN…

Kali ini, lama betul.. Lama betul tak update entry. Sorry guys, cuti sekolah macam’cuti menulis’… Ayu conquer laptop ni & itu alasan yang amat baik untuk aku gunakan ketika ini. Padahal, bukan kerana  Ayu saja; aku busy mempromosikan album ‘Mari’ sepanjang November ni! Ianya akan bersambung hingga pertengahan Disember. Setiap hari ada sahaja aktiviti yang disusun oleh Ayie – PR yang aku lantik untuk membantu aku menjalankan promosi mini album ‘Mari’ ini. Pantas betul bekerja si Ayie ni.. Start 9 November, dah dipenuhkan jadual ku keesokkannya. Ayu yang baru mula bercuti mula muncung panjang bila mamanya pagi-pagi dah tak nampak batang hidung. Sebab itulah laptop ni jadi kawan karib dia. Bukan itu sahaja, Ayu ada the best person to be with her everyday – daddy. Ayu panggil Eric daddy semenjak kami putuskan untuk berkahwin.  Diaorang berdua tu macam belangkas ada kala kaki buli. Mangsanya – aku. Siapa lagi!

Adakala Ayu ikut juga aku bersama di dalam mana-mana program yang aku buat. Sesekali rasa bosan, jelas di mukanya. Ye lah, cuti sekolah. Kena ikut mama kerja pula. Harap-harap, jadilah papanya bawa dia holiday ke Australia this month like what I heard. He promised her so since last Raya. Kesian Ayu.. Sempat juga aku bawa dia berjalan-jalan di dalam Kuala Lumpur di hari free aku semalam. Kami penduduk dan penghuni KL yang belum habis melawat kawasan indah dan juga tempat-tempat tarikan pelancong. Terasa jadi pelancong di negara sendiri untuk satu hari. Ayu seronok di Taman Burung. Aku diusiknya apabila aku takut dengan cengkaman burung yang  menghinggap di tangan. Terasa nak layan dia betul-betul. Puas kali ini cutinya panjang bersama aku & Eric. Jumaat ni Ayu perlu pulang bersama papa & mummy nya. Bukan hanya bersebabkan laptop aku busy dek kegunaan Ayu – tetapi juga aku tak mahu melepaskan setiap saat yang aku ada dengannya. Aku tutup sebentar ruang ini sementara Ayu di sini. Setiap saat, minit , jam & hari amat bermakna buat aku. Sudahlah aku busy dengan promo, kalau aku busy depan laptop pula; bukan saja mulutnya yang muncung, dengan hidung-hidungnya sekali panjang!

Baru habis menonton movie Katy Perry bersama Ayu. Sementara menunggu Eric sampai (pulang dari Thailand), aku rasa rajin pula nak update blog yang hampir sepi tanpa lawatan aku ke mari. Terasa rindu… Adakala rasa rimas juga. Apabila dah jadi kebiasaan, tetapi tak dibuat kebiasaan itu, mulalah kepala naik stress. Terasa tanggungjawab tak dilaksanakan dengan baik. Janji yang kurang ditepati. Kan ke aku berjanji 3 entry seminggu.. So I didn’t keep my words. That’s not good. I’ll do my best after this okay. Talking about doing the best – to relate with the movie just now; aku rasa sedikit down. Hari ni sebenarnya agak emo. Mungkin mahu beralih bulan. PMS mungkin. (What?! PMS ?? Tak suka.. Tak suka! Kalau benar, maka gagal lagi bulan ini untuk mendapatkan junior. It’s okay. My time will come..  I feel that I don’t do the best so far in my whole career. I must work harder & smarter. Mulalah datang rasa macam-macam di dalam hati ni. Menaip di katil, sambil menjeling ke langit luar tingkap. Banyaknya bintang. Begitu juga ‘bintang’ di bumi ini. Dilihat indah. Dicaci jika tersalah. Dikata, dihina hingga bisa menyebabkan mengalah. Bukan mudah. Sesiapa jua yang bergelar bintang, perlu lalui pelbagai cabaran. Aku telah melalui dan masih melalui. Cabaran kami adalah mulut dan kata-kata orang ramai. Kata-kata manis , dari penggemar. Sebaliknya of course from haters. But you know what, that’s make us stronger!

Kata-kata juga buatkan aku naik hantu seminggu dua ini apabila berkunjung ke Astro, TV3 dan juga stesen-stesen radio. Ada beberapa producer, wartawan malah jurugambar yang memberitahu serta bertanya kepada Ayie juga aku di dalam pertemuan kami – kata mereka, ada beberapa orang memberitahu mereka yang aku tidak mahu keluar tv lagi dan busy dengan business lain. Malah, ada juga berkata aku busy dengan stesen tv Mediacorp Singapura; yang mana tidak pernah langsung sepanjang tahun ini stesen negara hebat itu menjemput aku mengadakan mana-mana program mereka. Hanya lawatan ke radio Ria tempohari serta temubual bersama Berita Harian Singapura serta majalah Manja. Ternganga mulut aku dan Ayie. Pingu ku jangan ceritalah. Naik merah juga mukanya. Hey! Aku belum pernah melantik mana-mana jurucakap bagi pihak aku! Yang paling best, apabila wartawan Utusan Malaysia Khatijah Ibrahim yang kedua bertanya selepas Kak Aina di Astro beritahu beberapa hari sebelum itu. Cerita itu back to back datang kepada kami. Mana tak terkejutnya kami!

Semua penerbit tv yang aku jumpa terkejut apabila tengok aku pun terkejut dengan kenyataan itu. Aku tidak pernah sekali memberi mana-mana kenyataan yang aku tak mahu keluar tv atau mahu berhenti menyanyi. Aku masih aktif seperti biasa. Banyak jemputan show yang aku terima dan tidak pernah putus. Aku tak faham dan masih bingung memikirkan mana datangnya desas desus itu. Sakit pulak hati ni…

Ayie yang baru mula mengenali aku naik berang juga bila dia mendapat tahu akan hal itu. Dia yang sememangnya mengenali aku sedari 5 tahun yang lalu – sentiasa mengikuti perkembangan aku; dan dia tahu aku tidak pernah duduk diam. Dalam pada itu, lawatan kami ke Gua.com lebih memeranjatkan. Kata Iki wartawan yang menemuramah – ada someone email them dan bagitahu aku shopping sakan untuk Krismas dan telah lupa akan asal usul aku. Kata email itu lagi, ternampak aku shopping di ibukota. Sakan shopping untuk Krismas. Hahahaha.. Nak gelak pun ada. Si penghantar email itu, nampak apa di hati aku rasanya. Atau mungkin juga dia boleh baca fikiran aku dengan hanya melihat aku?!

It was 2 weeks ago, on Saturday selepas menonton filem Twilight, we went to Uniqlo. Aku dan Ayu serta Pingu berjalan-jalan window shopping. Sentuh winter jacket sikit (not even try it) – nampak seluar panjang & shirt – sesuai untuk Ayu and bought for her. Oh! I forgot my root for buying such clothes for my daughter! Kata-kata dan pendapat yang membunuh. Satu hari aku terkedu. Iki pula serba salah bila nampak muka aku berubah sejurus dia ceritakan hal itu. Naik emo juga. Tak pasal-pasal pingu yang jadi mangsa. Salah aku juga. Harus lebih ingat dengan pegangan aku. Pedulikan apa kata orang. Mereka tak tahu apa yang ada di hati aku. Mereka tak rasa apa yang aku rasa serta yang utama – mereka bukan aku!

Sedih, sungguh sedih dengan mulut manusia yang tidak bertanggungjawab. Namun, aku telankan juga. Kata Eric yang sentiasa menenangkan aku – don’t think what people will say about you. What matter most is actually you – do what makes you happy.  People like to bla..bla…bla… he’s right. I’m glad I have him. Bagus juga aku melantik PR seperti Ayie. Dengan dia berada di hadapan aku dan bagi pihak aku, dia boleh menepis dan tak ada lagi kata-kata atau kenyataan seperti itu dari mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Apa-apa pun, semua tahu bidang ini bukannya mudah. Menarik perhatian ramai, maka, banyak jugalah  komen-komennya. Ada baik dan ada juga berbentuk fitnah. Redha saja. Ini jalan yang aku pilih. Nak buat macam mana. Perlu lebih kuat dari sebelum ini kerana ramai peminat hiburan tanahair sekarang ini lebih berani dan daring. Zaman berubah, manusia berubah. Apa yang aku harapkan, biarlah perubahan itu lebih ke arah positif, bukannya sebaliknya. Bangunkanlah yang dah hampir lumpuh. Sembuhkanlah wabak yang membunuh supaya lapangan ini tidak mati. Mungkin tak ramai sedari…

Advertisements

3 Comments on “KEJUTAN.. KEJUTAN.. KEJUTAN…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: