CUTI LEBIH BUSY… SEE YOU AT GLOW & GLAMOUR 14TH ANNIVERSARY!

Salam Maal Hijrah 1434! Bercuti panjang betul minggu ni. Kepada yang berkeluarga tu seronoklah dapat bercuti tambahan pula cuti sekolah dah bermula. Bagi aku sama juga. Ayu dah seminggu balik. Dah puas melepas rindu. Rumah sentiasa ceria dan lagu-lagu K-Pop menjadi lagu tema buat masa ni. Ayu kan ke peminat setia K-Pop! Aduh… Mama pening! Siap dia bagitahu apa plan lepas habis sekolah. Nak tinggal di Korea dan kalau boleh nak kahwin orang Korea! Aduh.. Anak aku dah pandai buat perancangan masa depan. Dah besarlah katakan… Aku layan je….

Kesibukkan aku bertambah dengan adanya Ayu. Sebab itulah dah berhari-hari tak dapat nak update blog! Bukan itu saja alasannya, masa yang amat suntuk dan kepala yang penat. Aku yang mula menguruskan sendiri urusan nyanyian, terpaksa menyusun semula semua jadual dan juga beberapa urusan yang lain. Tiba malam je, aku tidur bagaikan baby! Kepenatan! Memang benar masa itu amat berharga. Perlu bijak menyusun masa seharian dengan apa yang mahu dilakukan. Kalau terlepas, habis semuanya.

Pagi ni aku curi masa sebelum aku ke gym. 30 minit sebelum aku turun ke bawah. Dah minum shake for breakfast – itu yang aku lakukan setiap pagi. Sekejap lagi ada meeting di Pavilion dengan 1 new client. Few ideas  to propose to that company. Mudah-mudahan ada rezeki aku. InsyaAllah, Amin..  Setiap hari sepanjang minggu ni, aku penuhkan dengan meeting. Berjumpa client dan juga rakan-rakan related to business. Hujung minggu ni juga dah penuh. Esok ada program dengan Glow & Glamour di AmCorp Mall Petaling Jaya. Aku perlu berada di sana jam 2 petang dan sebelah malamnya ke AIM di Shah Alam. First time nak muncul dengan Eric. Saja nak bawa dia bersama supaya dia tahu akan situasi industry ini dan faham sedikit sebanyak how this business works. Maklum saja dia memang asing dengan bidang muzik. Banyak yang perlu dia tahu. So far he is good. He’s a fast learner. Eric juga merupakan advisor aku dari segi marketing & akaun. Dia juga berkelulusan akaun – so memang patut dia advise aku!

Banyak sebenarnya nak menulis. Dah biasa menulis – kalau tak menulis dalam kepala ni macam-macam terlintas nak bercerita. Hmmm… Aku perlu cari masa yang benar-benar sesuai untuk aku menulis semua cerita yang terlintas di dalam fikiran aku ni. Esok-esok, adalah tu masanya. Minggu depan lebih penuh sehingga awal bulan Disember. No complains, I like it!  PR baru yang baru aku lantik untuk mendapatkan aku program di TV dan juga radio serta suratkhabar, sedang gigih memenuhkan lagi jadual aku. That’s what I want. Album ‘Mari’ perlu dipromosikan. All of you will see me more in TV starting next week. Tunggu ya. Aku update nanti masa & which channel. Buat masa ini hanya 1 hari saja dalam seminggu yang aku free. Kesian Ayu. Nasib baik dia faham. Dan aku ada teman jika si kecil peneman aku (Pingu) tak dapat bersama dengan aku. Itupun untuk sementara Ayu di sini saja. Next month Ayu akan ke rumah Papanya pula. Kami ambil giliran berselang bulan. Itupun Ayu yang putuskan. Jika tidak seminggu di sini, dan seminggu di sana. Ayu runsing!

Dalam pada aku sibuk ni, dia pun sibuk juga menyusun masa bertemu kawan-kawan dari sekolahnya dulu serta bertemu kawan-kawan K-Popnya. Aduh! Akulah driver nya! Aku ikutkan sahaja asalkan tidak bertemu di tempat-tempat yang aku tidak mahu dia pergi. She knows how to take care of herself. Dah aku pesan, begitu juga ‘mummy’ nya, papa nya dan juga daddy nya! Banyakkan pesanan yang dia terima?! Hahhaa.. Ayu sungguh bertuah!

Kan dah melalut menulis! 30 minute is up! Masa untuk ke gym. Aku perlu menurunkan 3kg!  Naik selepas ambil hormone yang Doktor bagi untuk membantu aku mengandung. Hmm.. Dah ramai pesan, biarkan datang naturally! Bukannya aku ada masalah pun. Nurul Wahab, memang kadang-kadang tak sabar! Semua nak cepat! Hahhahaa… Stress sekejap bila berat badan naik! I don’t like it!  Nasib baik ada Glow & Glamour yang membantu aku menurunkan berat badan dengan cepat!

Hope to see many of my fans at Glow & Glamour 14th anniversary Sabtu ini 17 November  & 18 November di AmCorp Mall Petaling Jaya jam 2 petang! Mereka juga akan melancarkan program baru yang dapat membantu wanita  tampil lebih yakin. Nak tahu apakah program dan treatment baru tu, you all kena datang sendiri! See you there!

Advertisements

4 Comments on “CUTI LEBIH BUSY… SEE YOU AT GLOW & GLAMOUR 14TH ANNIVERSARY!

  1. Sambil baca bole imagine ape yg brlaku… Rasa mcm x ckup masa. Tp.. Nurul Wahab bole!! Always support u dibelakang… Go nurul go!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: