BUSY, ITCHY …. AND SCRATCHY ME!!!

Daripada last entry last week, aku tak duduk diam.. Ya Allah, syukur dengan kesibukkan ini. Sampai tak sempat nak menulis. Dalam kepala macam-macam idea yang aku terfikir nak menulis. Masa memang milikNya.

Menulis dari Dalat; hampir jam 1 pagi. Hmmm.. Dah lama tak tidur lewat. Tak boleh tidur pula di hotel ni gara-gara ada banyak hama di tilamnya. Habis gatal-gatal satu badan. Tak apa, faham dengan keadaan bandar kecil ini. Tak ada hotel yang hebat. Terima seadanya demi mempromosikan ‘Mari’. Flight pulang ke KL 1:40 petang, tetapi aku perlu bangun seawal jam 7am. Dari Dalat ke Sibu memakan masa selama 3 jam. Sebelum ini, aku ke Singapura – juga mempromosikan ‘Mari’. Seronok di sana berceloteh di radio Ria dan Warna. Thanks Hafeez Harun dan TG! Begitu juga dengan Berita Harian – Kak Hanim dan juga majalah Manja. Pertemuan yang singkat dengan mereka, amat bermakna pada aku yang telah lama tak menjengah kota singa atas urusan promosi seumpama itu.

Penat betul sehari dua ni. Semalam (10 Nov) sebelum ke sini, aku berada di Gambang Kuantan Pahang untuk persembahan bersama Celcom Sports Club. Kemudiannya bergegas pulang ke KL untuk packing dan bangun 5 pagi untuk ke airport kerana flight aku ke Sibu, tepat jam 8 pagi. Semalam hanya dapat tidur 4 jam. Malam ini kurang selesa pula. Esok memang zombie lah jadinya! Ayu yang aku heret bersama ke Pahang, turut merasa penatnya. Ya, Ayu dah balik bercuti! Seronok mamanya! Tapi hari ni Ayu kena tinggal sorang-sorang di rumah. Eric pula ke Sandakan. Sesekali, biar kena tinggal!

Aku ke sini kerana mengadakan persembahan sempena Karnival Masihkah Kau Ingat yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dalat dan juga Kelab Hiburan yang diberi nama Kelab Permata Biru. Karnival ini juga telah dianugerahkan sijil Malaysia Book Of Record kerana penganjur mengadakan susunan umai paling panjang di Malaysia. Tak tahu apa umai? Haaaa… Sedap betul makanan tradisi rakyat Sarawak ini – especially those in Mukah. Aku dah pernah makan dulu ketika berkunjung ke Kuching. Kali ni lebih special. Freshly made masa aku tiba tengaharinya! Terus tapau! Umai dibuat dari ikan segar yang aku lupa apa namanya. Tadi ada disebutkan. Diperah limau kasturi, bawang serta cili. Ada juga yang menyediakan umai dengan sago. Sarawak juga terkenal dengan sago. Puas tadi aku makan umai.. (Walaupun masih rasa nak lagi.. Hahahaa) Sungguh menarik aktivit yang diadakan. Pujian harus diberikan kepada penganjur. Syabas!

Persembahan aku di sebelah malam. Lebih kurang 1000 orang telah hadir. Walaupun blackout banyak kali (power supply kurang), namun tidak membuatkan penonton berganjak dari tempat duduk masing-masing. Aku hanya menyanyikan 3 buah lagu.

Tengah seronok nak bercerita ni, telefon ni nak hang pula. Sakit pulak hati ni.. Tak bawa laptop untuk short trip. Sudah la aku ada banyak cerita nak menulis ni.. Hmmmm.. Apa la pulak masalah Blackberry aku ni?! Nampaknya Samsung S3 bakal menyusul. Ramai yang beritahu fungsinya bagus! Esok juga aku survey!

Cuba nak lelapkan juga mata walaupun badan tergedik-gedik gatal dek hama tilam ni. Sabarlah Nurul. Esok balik KL, berendam air garam!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: