TIADA LAMA, TIADA BARU….

Busy betul dua tiga hari ini.. Alhamdulillah, no complain. Undangan show semakin banyak dan begitu juga dengan jemputan untuk mempromosikan album ‘Mari.’ Rabu ini ke Singapura untuk beberapa interview yang telah disusun oleh representative aku di sana. Singapura salah satu negara dan kota yang aku gemari dan sentiasa mahu berada di negara sedemikian. Tak sabar! Tidak ada apa-apa persembahan, hanya interview bersama media di sana.

Semakin hari, semakin banyak aktiviti yang aku lakukan. Tambahan pula segala aktiviti karier dan promosi album dirangka oleh aku sendiri. Aku baru membuat keputusan sedemikian minggu lepas. Itu yang aku agak jarang update entry di blog ini last week! Hanya satu atau dua kalau tak silap. Terasa rindu nak menulis. Bila dah mula menulis, macam-macam nak cerita. Siap tak sabar nak publish! Untuk semua yang mahu menghubungi aku untuk persembahan pentas, boleh hubungi aku di emel nurulwahab77@gmail.com. Manager aku yang biasanya bersama dengan aku, iaitu Mas Anizah aku letakkannya untuk menguruskan urusan pentas sahaja (event). Dia pakar di dalam menguruskan pelbagai acara pentas serta memang arif mengatur acara. Dia juga bertindak selaku ejen persembahan tetap aku. Lebih mudah sebegitu kerana aku perlukan lebih  banyak persembahan pentas.  I’m back to managing myself, my career – on my own, sambil dibantu oleh beberapa teman rapat di sekeliling aku termasuk Mas Anizah juga. Beberapa perubahan aku lakukan supaya perjalanan karier aku lebih lancar.

Bercerita tentang persembahan, baru-baru ini aku dijemput untuk mengadakan persembahan untuk salah satu program hiburan TV1, iaitu ‘Tiada Lama, Tiada Baru.’ Aku yang dihubungi penerbitnya sendiri – Encik Muharji 2 minggu sebelumnya, melonjak kegirangan. Maklum saja, lama betul aku tak dijemput untuk mengadakan persembahan di kaca tv. Peminat pun dah mula bising bertanya kenapa aku jarang muncul di dalam mana-mana stesyen tv sekalipun. Bukannya tak mahu, jarang dijemput! Aku pula tiada PR yang mewakili untuk mendapatkan program tv. Nasib baik Abang Muharji adalah seorang kawan lama yang memang banyak berurusan dengan aku sedari mula pembabitan aku di dalam bidang ini. Jadi, nombor telefon aku sentiasa ada padanya.

Berbalik kepada ‘Tiada Lama, Tiada Baru,’ aku diminta menyanyikan lagu berhantu aku iaitu ‘Kerana Terluka’ bersama dengan lagu terbaru  iaitu ‘Cinta Nurul.’ Seronoknya! Hari itu 1 November 2012, bangun pagi dengan semangatnya – seperti biasa belek Twitter dulu. Terbaca  twit Ariell – yang dia perlu ke airport mengambil penyanyi Azie. Aku pun suruh dia sampaikan salam. Kata aku bagaimana rupa Azie yang dah beranak 5 itu! (sangkaan aku dia ada anak 5 – sebenarnya 3)

Aku yang tidak tahu siapa  lagi artis undangan yang lain, tiba di studio 1 RTM seperti yang dijanjikan. Setibanya aku di sana, Abang Muharji, Ariell dan krew lainnya sedia menanti untuk rehersal. Alangkah terkejutnya apabila aku disapa oleh penyanyi lemah lembut yang pernah menjadi kawan rapat satu ketika dulu – Azie! Aku ingatkan dia kemari untuk program yang lain.  Rupanya untuk program yang sama! Itulah, tak pernah tengok TV, begitulah jadinya. Aku memang tak tahu langsung bagaimanakah konsep rancangan itu. Yang aku tahu hanya ‘Masterchef US!’ berlagak kan?!

Kami pun berpelukkan dan seronok betul! Lama sangat aku tak bertemu dengannya dan aku tak ada nombornya untuk dihubungi. Last time I met  her was  in 2007 – di RTM Sarawak. Azie masih kelihatan sama. Jangan tak tahu Azie dulu ‘partner in crime’ aku! Kami di bawah syarikat rakaman yang sama dan sering bersama di dalam mana-mana promosi syarikat yang telah disusun pihak pengurusan. Azie mudah tersenyum dan ketawa! Kalau diusik, siap aje lengan  atau peha untuk dicubit olehnya! Itu habitnya yang belum berubah yang masih ada padanya. Naik lebam belakang dan juga tangan aku ditampar dan dicubit. Kami ketawa bila aku katakan padanya aku sangka dia beranak 5! Sekali lagi aku ditampar sambil dia ketawa berdekah-dekah! Hahhahaha… Itulah Azie… Kami sebenarnya ada banyak kenangan manis bersama. Malah, Azie juga banyak menyimpan cerita kami yang orang lain tak tahu. Entah dia masih ingat atau tidak. Terlalu lama dulu. Pertemuan itu mengubat kerinduan dan juga membangkitkan segala kenangan lama.

Bukan Azie saja yang aku jumpa pada petang penuh kejutan itu. Masih ingat dengan Haida Hajat? Lagi ternganga mulut aku bila dia juga turut sama di dalam rancangan itu! Sedikit berubah (chubby), sudah beranak 2, dan masih comel! Ramah seperti dulu juga.. Aku sering panggil Haida ‘Diva kecil’ dulu! Hahhaha.. Don’t  ask why! She’s cute dan petah bercakap. Dia juga di bawah naungan syarikat rakaman yang sama dengan aku dan Azie. BMG Music ketika itu punyai ramai artis wanita & ramai yang berjaya. Banyak juga kenangan aku dan Haida sebenarnya. Ada setengahnya itu, aku dah lupa dan aku mahu lupakan. Arus masa dan pengalaman hidup masing-masing, menjadikan  kita semua matang dan lebih dewasa. Jadi, masa muda kadang-kadang tak fikir apa yang kita tuturkan adakala menyakiti orang lain dan bisa merosakkan. Aku ni pemaaf. Hal lama. Elok dilupakan. Ianya hanya salah satu lipatan kenangan di dalam perjalanan karier aku.

Malam itu, persembahan kami diserikan dengan sorakkan penonton yang merupakan peminat tetap program tersebut. Kata Abang Muharji, untuk episode itu, nama-nama kami adalah suggestion dari Aki, salah seorang peminat setia aku. Dia juga turut sama di dalam barisan penonton yang happening! Bukan main kuat sorakkannya. Aki siap bawa beberapa CD aku yang dibeli. Aku terharu dan amat teruja apabila ada peminat yang prihatin sepertinya. Dia ingat lagu-lagu aku. Ada beberapa lagu yang dia nyanyikan yang aku dah hampir lupa! Kami ketawa bila aku gagal mengingati bait-bait lirik lagu-lagu lama aku. Kata Aki selepas persembahan malam itu, ada yang tergamam melihat persembahan kami semua. Salah seorang temannya juga berseloroh padanya dengan mengatakan aku ini masih boleh menyanyi ke.. Aku tak suka menunjuk. Alhamdulillah dan aku bersyukur kerana aku berjaya buktikan padanya malam itu. Aku terima segala kritikan dengan positif. Aki tersenyum gembira. Dia peluk aku & berbangga dengan kelebihan yang ada pada aku.Terima kasih Aki. Semangat dari peminat seperti Aki & lain-lain yang sentiasa bersama membuatkan aku sentiasa mahu memajukan diri.

Nak tahu apa yang berlaku malam  dengan lebih lanjut dalam rancangan yang dihoskan oleh Raja Azura ini, kenalah tontoni ‘Tiada Lama, Tiada Baru’ di TV1. Setiap Isnin jam 10 malam! Untuk yang nak tonton persembahan aku sahaja, boleh ke Nurul Wahab Channel di youtube. Gambar-gambar sekitar persembahan malam itu juga disertakan di sini. Enjoy!

Sempat habiskan entry ini di Isnin yang busy (saja buat busy –  fikiran yang ‘busy’ berfikir sebenarnya)  – sambil menunggu bos besar Glow & Glamour,  Encik Norman Chong. Seronok menulis sambil dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi hebat seperti Sheila Majid di Hyatt Hotel KL. Semua lagu melayu dimainkan di sini – yang lama, yang baru. Tapi lagu aku dari album ‘Mari’ masih belum juga kedengaran di sini! I must take back my CD! Hahhahaa…

Semasa rehearsal
Make up time!
Siapa lagi nak make up kan aku kalau bukan DEQ SHA!
Siap!
Pose sebelum rakaman bermula

Inilah Aki…
Bersama Azie…

Pose lagi…Hehehehe..
Azie sungguh jelita malam itu.. Elly jangan cerita la kan…

 

Advertisements

2 Comments on “TIADA LAMA, TIADA BARU….

  1. Salam Nurul….. Dalam semua semua di dalam gambar gambar tu…. You yg paaaaaaaaaaliiiiiiiiiiiiiiiiiiing cantik…. Akak suka sesangat…The hair.. Uhh La La… Wunderbar!!! Soo kemas … Nampak penampilan yg penuh keyakinnan diri, yg lain tu pun cantik jugak….. But adik Nurul…. From head to toe…. CLASSIC !!!! Good luck and all the very best in everything…. Take care Nurul….

    • Wsalam…. Thankkkksssss a lot! hahahhaa… Amin.. syukur alhamdulillah…
      May Allah bless you always ❤

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: